Showing posts with label untuk kamu. Show all posts
Showing posts with label untuk kamu. Show all posts






Lirik Untuk Kamu


(Chorus)

You , di hati ini cukup kamuu

Tiada pengganti

you , di hati ini hanya kamu

Sempurnakan hariku


Takkan ada yang lain

Takkkan mampu

Tanpa kamu sayang

Cukup kamu


(Verse 1)

Jelingan mata lirikan mempersona macam macam sudah ku terima

Baby you my girl banyak mata perhati

Janji sayang pegang pada janji


Kan ku selamanya tunggu

Waktu bersamamu

Hingga hujung waktu

Walau langit jatuh


(Prechorus)

Takkan ada yang lain

Takkkan mampu

Tanpa kamu sayang

Cukup kamu


(Chorus)

You, di hati ini cukup kamuu

Tiada pengganti

you, di hati ini hanya kamu

Sempurnakan hariku


(Verse 2)


Cukup kamu berapa kali nak ulang

Tiada lain yang ku harapkan

Bidadari or puteri

Takkan reply tak cukup waktu


Baby your mine semua tahu 

Takkan lagi kan mengganggu

Gadis cantik siapa punya? 

Siapa lagi kalau bukan aku


(Prechorus)

Takkan ada yang lain

Takkkan mampu

Tanpa kamu sayang

Cukup kamu


(Chorus)

You, di hati ini cukup kamuu

Tiada pengganti

you, di hati ini hanya kamu

Sempurnakan hariku


Takkan ada yang lain

Takkkan mampu

Tanpa kamu sayang

Cukup kamu





Gambar: https://www.viberate.com




Tidak kenal, maka tidak cinta.
Begitu juga kitab al-Quran, sesiapa yang tidak mengenalinya, tidak akan mencintainya.
Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi
al-Quran daripada (Allah) yang maha bijaksana lagi maha mengetahui (surah an-Naml: ayat 6)

Penurunan al-Quran sejak lebih 1400 tahun lalu adalah peristiwa penting dan sangat agung pada bulan Ramadan. Penurunannya telah membawa berperanan mengubah kehidupan umat manusia seluruhnya dan sangat relevan sepanjang masa.

Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?

Nuzul (nazala- kata dasar dalam bahasa arab) yang diambil daripada perkataan bahasa Arab maksudnya sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah , mukjizat yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia seluruh alam.

Bila Al-quran diturunkan / waktu nuzul Quran ?

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, asas daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.

Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

Namun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan.

Cara bagaimana al-Quran diturunkan ?

Al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia NAMUN diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat- peringkat ke atas baginda, kerana oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: “Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran) .”


Peranan dan fungsi kitab Al-Quran

-Sebagai Petunjuk dan cahaya kepada semua manusia - panduan sepanjang zaman.
-Rujukan supaya tidak sesat kerana ia relevan sepanjang hayat.
-Mampu memberi ketenangna dan pemahaman tentang semua ciptaan dan kejadian.
-Sumber ilmu pengetahuan- mengandungi pelbagai ilmu kimia, astronomi , agama, biologi , geografi , sejarah dan bahasa .selain ilmu kehidupan amnya.

Sebagai contoh :
Surah al-Mukminun ayat 14:
“kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah , lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging,dan segumpaldaging itu kami jadikan tulang belulang,lalu tulang – belulang itu kami bungkus denagn daging.kemudian kami jadikan dia mahluk yang (berbentuk)lain. Maka maha suci allah pencipta yang paling baik”.
-Malahan mampu menyatukan kita semua  dan membina tamadun serta mengulangi kecemerlangan islam dahulu jika benar menghayatidan memahami serta mempelajari 1001 rahsia isi kandungannya.

-Selain itu tujuan ia diturunkan untuk menyelamatkan bangsa manusia serta mempimpin mereka ke jalan kebenaran kerana di akhir zaman akan wujud fitnah-fitnah yang berleluasa.

Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.”

Video youtube johan qari tilawah kebangsaan / antarabangsa 2014
Ustaz Tarmizi



Rujukan :


Ramadhan bakal tiba. Mari kita imbas seketika (flashback). Di bawah ini saya kongsikan apa yang saya baca melalui Majalah Solusi dan Majalah Fardhu Ain berkaitan ramadhan. Ada pembetulan atau penambahan dipersilakan beri pendapat.

Mudah-mudahan kita dipertemukan dengan bulan yang mulia ini, insya-Allah. Ameen.

Maksud / Definisi Puasa:

Dari sudut bahasa [luggho]: Menahan diri dari sesuatu

Dari sudut istilah: Menahan diri daripada makan atau minum serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar siddiq hingga terbenam matahari.

Maksud Firman ALLAH s.w.t:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" Surah al-Baqarah: 183

Niat Puasa: [rujuk niat puasa jawi rumi: sini]


"Sahaja aku berpuasa ramadhan pada keesokan hari kerana ALLAH taala."

Syarat sah puasa :


- Beragama islam
- Berakal
- Tidak dalam haid, nifas, wiladah (darah ketika melahirkan anak bagi kaum wanita)
- Hari yang sah berpuasa
Saidina Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bilik-bilik gedung-gedung yang bahagian luarnya dapat dilihat dari bahagian dalamnya. Demikian juga bahagian dalamnya terlihat dari luarnya. Allah SWT menyiapkan gedung-gedung itu buat orang yang suka memberi makan fakir miskin, lembut bicaranya, gemar berpuasa dan bersolat pada malam hari sewaktu yang lain tidur nyenyak." (Hadi riwayat At-Tirmidzi)
Syarat Wajib puasa :

- Beragama Islam
- Baligh (telah mencapai umur dewasa)
- Berakal
- Berupaya untuk mengerjakannya
- Sihat
- Tidak Musafir

Hukum puasa terbahagi kepada tiga iaitu:

Wajib- Puasa pada bulan Ramadan.
Sunat- Puasa pada hari-hari tertentu seperti hari Isnin dan khamis, hari Asyura, hari Arafah, dan lain-lain.
Haram- Puasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa iaitu dua hari raya dan hari-hari Tasyrik. (11,12, 13 Zulhijah)
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Tidak diharuskan bagi wanita berpuasa sedangkan suaminya berada di rumah, me­lainkan dengan izin suaminya. Dan janganlah kamu mengizinkan seseorang masuk ke dalam rumahnya melainkan dengan izinnya (suami)." (Riwayat al-Bukhari, No. 4899)

Sunat Berpuasa


Perbuatan-perbuatan yang sunat dilakukan oleh orang berpuasa:

- Makan sahur.
- Menyegerakan berbuka puasa.
- Melewatkan makan sahur.
- Meninggalkan perbualan kosong.
- Memperbanyakkan membaca al-Quran.
- Memperbanyakkan sedekah.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa: 


- Makan dan minum dengan sengaja.
- Muntah dengan sengaja.
- Bersetubuh.
- Keluar darah haid atau nifas.
- Gila.
- Mengeluarkan mani (istimna') pada siang hari. 
- Murtad.
* Komitmen pengabdian

Perkara-perkara makruh ketika puasa:

- Berkumur-kumur atau bersugi apa­bila waktu matahari telah tergelincir.
- Telalu memasukkan air ke hidung ketika dalam puasa.
- Mengeluarkan kata-kata yang keji.*

*Jauhilah semampumu

Uzur yang membolehkan puasa ditinggalkan

- Sakit yang menghilangkan kekuatan untuk berpuasa.
- Berjalan jauh, sejauh perjalanan yang membolehkan mengqasar solat.
- Orang tua yang sangat lemah.
- Lapar dan dahaga yang bersangatan.
*Keringanan Syarak buat ummat

Rukun Puasa


- Berniat untuk berpuasa
- Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Hari Disunatkan Berpuasa


- Isnin dan Khamis
- Hari putih ( 13,14,15 hari dalam bulan hijrah )
- Hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
- Enam hari pada bulan syawal
- Hari asyura (10 Muharram)

Hari yang diharamkan berpuasa


- Hari raya aidilfitri (1 Syawal)
- Hari raya aidiladha (10 Zulhijjah)
- Hari tasyriq (11,12,13 Zulhijjah)
- Hari syak (30 Syaaban)

Ramadhan turut dikenali sebagai (nama lain bagi bulan ramadhan / puasa )
:

- Syahrul ibadah- bulan ibadah
- Syahrul Fath- bulan kemenangan
- Syahrul Huda- bulan petunjuk
- Syahrul Ghufran- bulan penuh keampunan
- Syahrul Salam- bulan keselamatan
- Syahrul Jihad- bulan perjuangan

Belajar dalam Bulan Ramadan


Sebahagian besar pelajar semakin menghampiri peperiksaan utama men­jelang Ramadan tahun ini. Masa yang di­peruntukkan untuk mengulang kaji pelajaran tentunya lebih panjang. Seperti orang bekerja, belajar juga merupakan proses bekerja yang amat penting.

Jadi, semua pelajar seharusnya mengambil kesempatan menggembleng tenaga untuk menggunakan kedatangan bulan Ramadan ini untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran dengan cemerlang. Jangan sekali-kali mengambil kesempatan untuk memberi alasan mengerjakan ibadah puasa hingga menyebabkan anda tertinggal dalam pelajaran.


Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun, maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan (ini boleh rujuk negeri berkaitan).

Soal jawab Muslimah

Dibolehkan Tidak Berpuasa 


SAYA difahamkan wanita mengandung boleh meninggalkan puasa dalam bulan Ramadan. Cuma saya musykil, ada yang mengatakan perlu dibayar kifarat dan ada yang kata tidak perlu. Minta penjelasan.


MEMANG benar, wanita atau ibu yang mengandung dibolehkan tidak berpuasa. Tetapi penjelasan mengenainya perlu lebih terperinci kerana jika berlaku salah faham, ramai pula yang tersalah amal. Keringanan ini bukan sahaja diberikan kepada ibu mengandung, tetapi juga kepada ibu yang sedang menyusu anaknya.

Terdapat dua kes yang perlu difahami oleh wanita yang terlibat. Kedua-duanya berbeza hukumnya. Supaya lebih jelas, perhatikan kes berikut:

Seorang wanita sedang mengandung anak sulung sering pening dan muntah-muntah. Oleh sebab tidak ada pengalaman sebelumnya, dia bimbang jika terus berpuasa tentu meletihkan. Dalam keadaan itu dia boleh berbuka puasa.

Suka saya sebut di sini, dalam kitab menyebut boleh berbuka puasa, ini menunjukkan sebelum itu dia sedang berpuasa, maka apabila dia tidak sihat bolehlah berbuka. Berdasarkan itu, mereka yang mengandung dalam kategori begitu perlu berniat puasa seperti biasa, tetapi apabila tahap kesihatan membimbangkan, berbukalah.

Jadi, tidak bolehlah seseorang yang mengandung itu terus tidak mahu berpuasa sepanjang hari sedangkan pada awalnya dia masih bermaya. Mereka yang berbuka puasa atas sebab di atas wajib mengqada puasa itu sebaik-baiknya pada bulan Syawal nanti atau sebelum Ramadan tahun berikutnya. Dan dia tidak perlu bayar sebarang kifarat.

Seorang wanita sedang mengandung anak sulung yang usia kandungannya Japan bulan. Dalam keadaan yang sarat itu dia kelihatan kurang bermanya, apatah lagi kandungannya semakin besar. Secara peribadi dia mampu menerus berpuasa sehingga waktu berbuka, tetapi bimbang anak dalam kandungannya tidak mendapat bekalan makanan secukupnya.

Oleh sebab memikirkan kandungannya itu mungkin terjejas, dia berbuka puasa untuk membolehkan dia makan secukupnya. Di sini, dia berbuka puasa bukan kerana dirinya tetapi kerana anaknya. Oleh sebab itu, dia wajib menggantikan puasa itu selepas masuk Syawal. Dia juga wajib membayar kifarat dengan kadar secupak beras bagi setiap hari dia tidak berpuasa itu kepada fakir miskin. Ertinya kifarat itu perlu dibayar segera pada hari berkenaan juga, bukan pada waktu dia menggantikan puasa ganti.

Perbezaan kes ini boleh dijadikan panduan sekali gus menjawab soalan yang ditimbulkan di atas. Kes yang sama juga boleh dikiaskan pada ibu yang menyusukan anak.


Puasa Qada + Puasa Syawal? 


WANITA tidak boleh mengelak daripada ponteng puasa. Persoalannya, apabila masuk 2 Syawal, bolehkah mereka berpuasa qada dan puasa enam (puasa enam hari di bulan Syawal) secara serentak?


PERSOALAN seperti ini sering ditanyakan setiap tahun. Untuk menjawab persoalan itu suka saya memberikan dua pendekatan dan kedua-dua itu boleh digunakan sebaik­-baiknya.

Jika anda mempunyai puasa qada tujuh hari, maka pada 2 Syawal anda boleh berniat puasa qada, "Sahaja aku puasa qada Ramadan esok hari kerana Allah Taala." Dengan niat itu anda beroleh puasa qada dan pahala sunat Syawal juga diperoleh secara automatik.

Apabila sudah mengqada puasa selama enam hari, secara automatik dia sudah pun melaksanakan puasa enam. Namun kalau dia hendak berpuasa sunat Syawal lagi selepas itu, masih digalakkan.

Dia juga boleh berniat, "Aku berpuasa qada Ramadan dan sunat Syawal esok hari kerana Allah Taala," dengan niat ini dia dikira berpuasa qada dan mendapat pahala puasa sunat Syawal. Jadi, puasa Syawalnya sudah memadai. Walau bagaimanapun ada yang tersilap niat dengan menyebut puasa sunat dahulu, maka dengan itu niat puasa qada tidak terpakai. Supaya lebih jelas perhatikan contoh berikut:

"Aku berpuasa sunat Syawal dan qada Ramadan esok hari kerana Allah Taala." Dalam kes ini, hanya niat yang pertama dikira sah, manakala yang kedua itu tidak mengikut. Ini kerana puasa sunat lebih kecil daripada puasa qada. Oleh sebab itu umat Islam terutama wanita dianjurkan segera menyelesaikan puasa qada dan sunat enam Syawal dalam bulan Syawal untuk membolehkan mereka mendapatkan anugerah puasa setahun. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan mengikutinya dengan enam Syawal, mereka seolah-olah berpuasa setahun:

Ini bermakna kalau seseorang yang puasa Ramadannya tidak lengkap, sama ada 29 atau 30 hari tidaklah layak mendapat puasa setahun walaupun enam Syawal sudah sempurna. Jadi, rebutlah peluang ini pada tahun ini.

----------------
Wanita dan Puasa


Keizinan Suami

Bulan Ramadan adalah bulan umat Islam menjalankan ibadah puasa. Wanita yang suei dari haid dan nifas ketika itu wajib berpuasa, walaupun suaminya tidak mengizinkan. Hal ini kerana tidak boleh mentaati arahan suami mana-mana yang bercanggah dari arahan Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud, "Tiada ketaatan terhadap makhluk (suami) dalam perkara yang menjurus kepada maksiat terhadap Pencipta (Allah Taala)." (Riwayat al-Tirmizi) Berlainan keadaannya mengenai puasa sunat. Isteri yang hendak berpuasa sunat wajib meminta izin daripada suaminya kerana izin daripada suami merupakan satu syarat bagi isteri yang ingin berpuasa sunat.

Wanita Hamil

Wanita yang sedang hamil atau sedang menyusukan bayi, diberi keringanan kepada mereka untuk berbuka jika dia tidak berdaya meneruskan puasa kerana ditakuti akan membawa mudarat kepada diri ataupun janin yang dikandungi atau bayi yang disusui. Walau bagaimanapun, mereka wajib menggantikan kembali puasa yang ditinggalkan itu. Sungguhpun begitu bagi mereka yang meninggalkan puasa kerana bimbang janin tidak mendapat makanan yang cukup atau bayi tidak mendapat susu yang cukup, dia perlu membayar fidyah pada setiap hari yang ditinggalkan.

Merasa Makanan

Wanita biasanya akan memasak pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Dalam situasi inilah, wanita sering berasa keliru adakah puasa mereka terbatal jika merasa makanan yang dimasak? Tanpa merasa makanan itu bagaimana hendak memastikan makanan itu cukup perasa atau tidak? Sebenarnya hukum merasa makanan itu adalah makruh kecuali bagi mereka yang benar-benar memerlukannya sebagai contoh pembuat roti yang perlu memastikan segala bahan yang dicampurkan dalam bancuhan roti itu adalah cukup agar rotinya tidak rosak.

Ciuman dalam Bulan Ramadan

Bercium pada waktu bulan Ramadan adalah makruh bagi yang mudah naik syahwatnya. Bagi yang tidak terangsang, hukumnya tidak makruh tetapi adalah lebih baik meninggalkan perbuatan mencium, bercumbu mesra dan sebagainya kerana ditakuti akan naik syahwat serta terbatal puasanya. Orang yang bercumbu-cumbu hingga kemudian inzal, wajib baginya untuk meng­gantikan puasa itu kerana sudah dikira terbatal. Tetapi kalau pasangan itu berjimak pada siang hari wanita itu tidak diwajibkan membayar kafarah tetapi wajib qada puasanya sedangkan suaminya wajib kafarat. Walau bagaimanapun mencium tangan suami ketika bertemu dan berpisah tiada masalah, apalagi kalau amalan itu sudah biasa sebelum berpuasa. Sabda Rasulullah daripada Aisyah r.ha., maksudnya: "Rasulullah pernah mencium, padahal Baginda berpuasa."

Kata-Kata Wanita

Wanita terkenal dengan aktiviti berkumpul dan berbual-bual. Kadangkala perbuatan seperti itu dibimbangkan mengarah kepada perbuatan mengumpat, berkata kotor dan berdusta. Ketika bulan yang mulia inilah, wanita digalakkan untuk sentiasa berzikir.

Tetap Berpuasa Meskipun dalam Keadaan Junub

Daripada Aisyah r.ha, dia berkata: "Adalah Rasulullah s.a.w. bangun dalam keadaan sudah terbit fajar sedangkan dia berjunub dengan isterinya, Baginda terus mandi dan berpuasa." (Muttafaq 'Alaih) Selain itu hadis ini menunjukkan bahawa melakukan hubungan suami isteri pada malamnya adalah harus. Allah Taala membolehkan bag; orang yang hendak berpuasa supaya berniat pada malam hari sebelum berjimak dengan isterinya dan tidur. Jadi, kalau dia bangun dalam keadaan berjunub tidak membatalkan niat puasanya. Sebahagian umat Islam masa kini tidak tahu akan hukum ini lalu menganggap puasa mereka terbatal. Hal ini tidak benar kerana Rasulullah s.a.w sendiri telah menunjukkan teladan kepada umatnya yang terkebelakang. 

Qada Puasa

Apabila seseorang wanita itu didatangi haid dan nifas, mereka mestilah mengganti semula puasa yang telah ditinggalkan mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.

• Puasa pada hari-hari lain yang dibolehkan untuk menggantikan puasa yang tertinggal.

• Tidak diwajibkan melakukannya secara segera tetapi apabila ada kelapangan waktu hendaklah dilakukan sebelum masuk Ramadan berikutnya.

Kelebihan Aktiviti dalam Bulan Ramadan


Dalam bulan Ramadan anda akan mendapat banyak kelebihan yang susah anda dapati dalam bulan-bulan lain antaranya:

- Solat Subuh berjemaah di surau atau masjid.

- Peluang membaca al-Quran waktu tengah hari atau malam sebelum tidur.

- Berhimpun sambil bertemu dengan keluarga ketika bersahur dan berbuka.

- Solat Tarawih dan Witir berjemaah dengan anak-anak dan keluarga.

- Keceriaan membeli kuih-muih sebelum berbuka.

- Menguji ketabahan ketika bangun awal pagi untuk makan sahur.

- Bertadarus al-Quran dengan matla­mat mengkhatamkan al-Quran paling kurang sekali khatam dalam setahun.

- Menanti-nanti kemunculan malam Lailatulqadar di mana jika beribadah pada malam tersebut akan mendapat ganjaran pahala seperti beribadah selama seribu bulan.

- Menyertai iktikaf dan qiamullail di masjid terutama pada 10 malam terakhir.

- Menanti datangnya malam raya yang merupakan malam kemenangan yang diisytiharkan melalui takbir hari raya bermula daripada terbenamnya matahari Ramadan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri. 

Masya-Allah, seronoknya ramadhan! :)

_________________

Selamat berpuasa, semua. 
Moga kita dipertemukan dengan bulan ini dan ibadah kita diterima, insya-Allah.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca . Salam.

SOLUSI ISU #10 • #22  I Fardu Ain #3



Sejak tahu guna apps di telefon, tangan jadi makin gatal untuk mencoret. Malahan untuk sebagai permulaan , tercurang sama tumblr yang selalu diguna sebagai madah tulisan (itu pun sudah kurang kerap) . Untuk GK, terima kasih, kerana telah membuat saya kembali bermanis-manis setelah sekian lama saya bermasam-masam . 




Selaju angin menderu
Datang aku tersedu
Mengutip kasih orang

Maaf terpaling buat kamu
Kerna tidak mahir berlagu
Mengindahkan pun tidak mampu

Cumanya mampu beri kasih
- ambillah tanpa jerih

( Puisi Amee - 
pendekkan  nama Arnamee sebab macam agak panjang )



Saya walau ada dirasa indahnya - tetap suatu pernah .
Saya walau bagus bagaimana pun  - itu hanya kisah lalu.
Tetap cerita dahulu.

Kenangan sudah namanya kenangan tetap hanya tinggal kenangan .
Jodoh tak berpanjangan pastinya ia di namakan dugaan .
Khilafnya biar kami sama-sama simpan.
Ditakdirkan bertemu muka,biar masih lagi sebagai kawan - doakan.

Namun walau bagaimana pun keadaan  - tetap hidup harus diteruskan .
Doakan kami sama-sama bahagia walau telah berbeza haluan .
Jangan kaitkan saya lagi dengan dia, biar dia - dia ada hidupnya.

Apapun saya sayang semua kawan-kawan saya .
Terima kasih semua kerana selalu ada .
Semoga ALLAH permudahkan kalian di akhirat dan juga di dunia.

Cukuplah keluarga, kalian dan ALLAH itu masih ada dengan saya.
CUKUP.

Alhamdulillah .



Coretan Gadis Lazuardi, 29 Julai, 2013 .



Malam tu, gelanggang badminton jadi tempat Anem dan kawan sebelah Anem lepaking - lagi . Dia antara salah seorang sahabat perempuan Anem yang sangat comel. Anem ingat lagi pandangan mata dia yang redup tu, dia suka beri puji insan dhaif macam Anem ni.

"Suka tengok Anem . Bukan apa, macam bersemangat je tengok , macam takde masalah ". Dush! rasa macam M16 terus tertembak menembusi halaman rusuk kanan dah.  Jika benar bagai dikata, wah muka sardin Anem ni berjayalah buat orang tak mampu menelah.

"Eh. tak juga. Anem cuma ego. Tak suka orang lihat Anem nangis, tak nak orang nampak Anem lemah. Anem cuma kalau boleh nak bagi semangat dengan semua orang di sekeliling Anem " - spontan betul Anem beri jawapan tak boleh blah tu . Padahal.

"Anem , apa pendapat Anem tentang orang ?" tanyanya bersahaja . Memohon seribu satu keikhlasan . Sudah! puas pula Anem nak buka halaman lalu, lihat secara seluruhnya bagaimana sahabat Anem seorang ini .

"Anem tengok awak ni jenis bercita-cita tinggi . Cuma awk jenis banyak fikir ". Jawab Anem selamba padahal takut amat nak luah kata benar. Kalaulah awak nak tahu, kawan, awak banyak persamaan dengan saya dari sudut ini.



"Maksud Anem ?" Tanya dia.
" Kita tak boleh takut-takut dengan kemungkinan yang ada . Jangan fikir nanti apa jadi kalau buat, macamana kalau,  , jangan terlalu fikir , kita kena cuba dulu "

Tiba-tiba kawan sebelah ni mengingatkan satu sms yang Anem tak ingat bila Anem hantar .
"Jangan biarkan diri duduk dalam sebuah kotak yang gelap, yang mana kita takut nak keluar dari kotak tu, fikir di luar ada ular lah, macam-macam lagi benda bahaya ada di luar kotak . Tapi sikit pun kita tak cuba berusaha untuk keluar ".
Anem senyum. Serius awak, ayat tu untuk diri Anem juga, wak. Anem lebih bawah dari aras laut sebenarnya tau  . Nampak macam macho je, tapi bab nak yakinkan diri , serius payah !

Malam tu , tiba-tiba muncul pula otak falsafah ajaib, ilham malam dari tuhan .

"Kita ni ibarat berada di hadapan sebuah tangga. Kita teringin sangat nak berada di puncak. Rasa nak sangat berada di atas. Tapi kita takut gayat, takut jatuh, tertanya-tanya 'bolehke aku naik tangga ni?' , sedangkan kita melangkah pun tidak , letak kan kaki dekat atas tangga tu pun tidak . Persoalannya bila masanya kita akan berada di atas kalau asyik fikir macam-macam sebelum kita naik tangga tu lagi ? Ya, betul , kemungkinan untuk turun balik dari tangga tu ada, jatuh dan gayat tu ada, tapi berjaga-jagalah. YANG PENTING naik tangga tu dulu, tak naik tak tahu hasilnya  ". 
Dia terdiam seketika. Kemudian kami ketawa dan saling bagi semangat sama-sama. Kongsi cerita sampai hampir lewat malam. Walaupun macam susah nak jumpa lagi lepas ni kerana dia sambung kerja di negeri orang dan akan sambung belajar juga nanti , Anem akan tetap terus mendoakan dia dari jauh.

Untuk kawan sebelah tersayang ,maafkan silap salah Anem selama ni.terima kasih kerana menjadi kawan yang baik , yang sudi menemani hari-hari Anem keseorangan . Selamat berjuang, selamat istiqamah Anem ucapkan, lillahitaala.  Dan semoga kuat!

Serius, orang paling susah nak terima nasihat- adalah diri sendiri. ya, Anem harap Anem juga kuat dan berani menghadapi dugaan hari hari mendatang, insyaallah ! Doakan untuk kebaikan kita semua.  Anem cuma nak semua tahu, Anem sayang kawan-kawan Anem. Dan betullah ,setiap orang  ada kisahnya, setiap kisah, ada hikmahnya :)



The Prophet (s.a.w) said : “You must speak the truth for the truth leads to virtue and virtue leads to Paradise. One who always speaks the truth and means the truth is recorded as truthful with Allah. Keep away from the lies, for the one who continually tells a lie leads to evil and evil leads to Hell-fire” [Al-Bukhari & Muslim] 

[gambar sumber dari owhsomuslim.com &; islamic-quotes.com]


Entri ni ditulis pada 2011, dan diedit atas update pada 2014 :)

Masih boleh dapatkan Album Lagu Fynn Jamal Puisi Tepi Jalan di sini: beli album Fynn


 Fynn Jamal, mula saya kenal dalam blog dia [ puisitepijalan  fynnjamal] , dan dia sangat aktif dalam scene indie sebagai penyanyi [ youtube dia ] dan pemuisi sejak 2006 / 2007 lagi. Juga seorang penulis buku puisi ( buku merah, ranap, puisitepijalan ) dan penulis lirik. Pernah menjadi pensyarah di Malaysia dan kini seorang cikgu bahasa Inggeris di Kazakhstan . Pernah menyertai program realiti tv keynote - untuk komposer di Astro. Telah berkahwin dengan seorang pemuzik Tri Hadzir. Mempunyai seorang anak angkat bernama Bakti Arjuna Fitri. [ boleh baca kisah dia di sini ] . Kini telah mempunyai album FynnTri , gabungan dia dan suami. Sangat aktif di instagram dan turut mempunyai akaun twitter dan facebook.







@arnamee: Antara gambar: Gambar Juna,  Buku Ranap ( buku puisi dia selain buku puisi tepi jalan )  dah ada, CD *projek kesian dah ada , ( *geng Jentera Tepi Jalan ) 


* Lagu Terbang Tunduk , Fynn Jamal untuk Kapten Halim Othman yang mewakili Malaysia tu best.:)




Jodoh takkan datang bergolek. Ada orang yang mahu berkahwin dan amat perlu cinta, sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani . Dalam aspek ini, apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri.

Penulisan berkaitan dalam blog ini:

Jangan labelkan diri aku yang tersisih . tapi katakan aku yang terpilih. Terpilih untuk demikian dengan manusia, tapi perlu bercinta dengan ALLAH (terlebih dahulu) .



Alasan Sukar mencari jodoh .

*Jodoh belum sampai
*Cara tepat memahami qadak dan qadar bukan menyalahkan takdir. Semua perkara ada sebab.
*Hati tidak fokus, jika berniat ikhlas, berusaha benar,insyaallah ALLAH bantu .
*Belum Bersedia
*Terlalu memilih
*Hati tak bersih - buangkan rasa yang tidak tidak dengan insan sekeliling

Kenapa sukar bertemu jodoh ?


-Fobia bercinta  (kenangan lalu ) [ baca : putus cinta nak salahkan siapa ]
-sifat negatif bertakhta dalam diri (suka membujang, melepak)
-Banyak meminta dan kurang memberi (Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat baik )
- Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan . (Pentingkan diri dan tak menghormati )
-Tidak sabar (menjurus maksiat saja fikirnya) [ video: puisi jika aku jatuh hati ]
-Kurang berusaha dengan usaha yang bersesuaian
-Restu ibu bapa
-Tidak nampak keperluan berumah tangga (Tak nampak ganjarat akhirat orang yang berumah tangga ) - malah ada hikmah yang banyak juga di dunia :)
- Banyakkan berdoa .



Dekatkan jodoh anda ( bagi yang belum jumpa sesiapa )



*Berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat
*Amati orang di sekitar anda *jodoh selalunya tidak jauh*
* Tidak Mudah patah semangat *tak semua kita nak,kita dapat, teruslah mencuba*
*Mengisi hati dengan ibadah tertentu
*Menyayangi semua orang di sekitar anda
*Menyucikan hati
*Sentiasa bersiap sedia bila-bila masa. Ceria, bersih dan baik tak kira di mana anda berada, percayalah jodoh ada dimana-mana .
*Lengkapkan diri sendiri dengan ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman.

Dekatkan jodoh (bagi yang dah jumpa orang dia suka) :



*Fahami emosi dan jiwa dia *jangan over*
*Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan * lebih lihat pada kelebihan*
*Senyuman dan bahasa badan perlu dijaga
*Keserasian atau persamaan perlu dimanfaatkan , dipupuk selalu
*Bertemu dengan menjaga syariat
*Mempamer emosi yang sama (empati selain simpati )
*Bantu naikkan semangat
*Memuji dengan ikhlas *bukan buat-buat*
*Seimbang
*Tindakan serentak yang berulang (nampak kesungguhan di situ)

Perspektif tentang jodoh





Yang salah yang betul
Jodoh tak perlu dicari ALLAH menyuruh manusia berusaha
Perempuan hanya perlu menunggu Sayidatina Khadijah meminang Rasullullah
Perempuan tiada pilihan, hanya laki yang berhak Perempuan berhak untuk memilih
Bila terlanjur, teruskan sebab xkan jumpa yang baik Pintu taubat sentiasa terbuka
Banyak beza susah kekal banyak beza saling melengkapi
perlu cinta sebelum kahwin ramai bercinta gagal, sedangkan islam galakkan bercinta selepas kahwin
pasangan perlu kerap sms dan berjumpa pasangan perlu jaga batasan
percaya janji kata manis sedangkan ia bukanlah segalanya. cinta dtg dengan tanggungjawab


Dalam bab  ni, apa yang paling penting percaya dengan ALLAH - yakin dia akan beri yang terbaik untuk kita , jangan putus asa, mencuba sesungguhnya  (ikut landasan syariat) dan paling penting berdoa, insyaallah , semoga ALLAH redha :)

- Selamat mencari jodoh, semoga bertemu pilihan hati, insyaallah :)

*antara sumber: majalah solusi




Assalamualaikum. Sebagai manusia biasa kita mesti tak lari dari buat salah. Normallah kan. Tapi bila makin belajar mendengo dan memerhati sekeliling, tiba-tiba kita tersedo,rasa nak berubah jadi lagi baik tu tiba-tiba muncullah pulak. Dan lebih normal kalau tiba-tiba juga , ada orang pertikaikan atau nak perli kutuk kita . Yelah, memang betul, kalau stock nakal-nakal ni nak merubah diri ,kalau tak kuat, tak berterusan (istiqomah), memang susah sikit. Rintangan sah-sah banyak. Tapi pedulikanlah, ada rasa nak berusaha untuk cari diri, mengenal diri, itu dah cukup indah,kan? 

Artikel berkaitan: 

Saya pernah pegang, cium, peluk yang bukan mahram

Ok, kes ringan-ringan atau kadang-kadang terberat-berat sampai terlebih muatan ni isu yang sangat tipikal. Pernah tanya kat kawan , 'Kalau ko tahu, ada kawan ko kena tangkap khalwat, apa ko rasa?" Dia jawab, "susah aku nak ngaku dia kawan aku lagi!" - Haiyo. Agak kejam juga hukuman dia bagi kat kawan dia tu. Tak suruh dia letak diri dalam kasut kawan dia, tapi bagi Anemlah, kawan tetap kawan. Paling kurang pun,bagilah dia jalan. Dosa dia tu, antara dia dengan tuhan. Sekurang-kurangnya dia nak u-turn tu, bagilah sokongan mana yang perlu.Tak layak kita ambil tugas tuhan, menjatuhkan hukuman pada manusia semerta. 

Untuk girls and boys yang dah bercouple pakwe makwe semua ni, sewajarnya mahalkan harga diri korang. Mungkin ada yang terberi , terlanjur, tapi masih belum terlambat sebelum menutup mata. Pedulikanlah si dia atau kerja-kerja yang nak bawa kita ke neraka.Insyaallah,bila hati dah baik, ALLAH akan takdirkan kita jumpa dengan yang baik. Betul tau,yang penting ikhlas nak berubah...

♫ Boleh pandang-pandang ,Jangan pegang-pegang, Duduk renggang-renggang, Bertambah sayang, Biar malu-malu, Biar segan-segan,Kerna malu itu, Perisai orang beriman.. 

# Oh! Saya tak straight lah !

Ni soal orientasi seks yang tak lurus . Der..susah tau bila kita dah berkecimpung dalam dunia sejenis atau LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual) ni, then nak out. Haish, ia tak mudah macam orang cakap, diorang cakap senanglah.  Sebab ia satu tabiat (kebiasaan) yang sebati melibatkan perasaan yang dah lama wujud dalam diri. Apapun, sebagai yang makin dewasa ni, kita tetap sedo yang salah tetap salah. Nak seribu daya, dan pilihan di tangan kita. Macamana ALLAH takdirkan wujud rasa cinta tak normal tu, ALLAH juga ada kuasa untuk tarik balik rasa tu. Tak mustahil . Untuk isu ni, bagi Anem, kita kena realize (sedo) tahap rasa sayang kita pada tuhan yang esa, yang da bagi kita rasa macam-macam dah tu sebelum dia tiba-tiba tarik nyawa kita. Perlahan-lahan berusaha menjauhkan diri dari dugaan dan keadaan, insyaallah sayang.Kuatkan hati, cari kawan yang leh dengo kita,bukan yang condemn kita ,diorang gerenti takkan faham punya. Tapi untuk semuanya, ALLAH kan ada.

"Kalau kita sayang seseorang, pastinya kita nak bawa dia ke syurga , bukan ke neraka sana".

Berhenti merokok, dadah, shisha dan seangkatan dengannya 

"Lah,berhenti semua-semua ni, kira guwa bertaubat ke beb?Haha , " Sinikal ayat tu. Bila kita rasa nak berubah jadi lagi baik, lagi sihat , kira baguslah tu. Ada niat nak jadi baik, dah berpahala dah tu. Tapi kalau niat je lebih, habuk pun tak jalan, tak cool jugak.

Kenapa benda-benda ni salah, salah ke hah? Sesuatu tu jatuh hukum tak boleh, salah, makruh, haram, sebab ia membawa mudarat. Dalam islam, benda mudarat ni akan menjadi kesukaran pada kita , bila kita nak beribadah atau nak bermasyarakat. Tu sebab jatuh hukum. Jika dah membazir duit melampau, dapat sakit yang diminta-minta, lupa solat segala, sesuatu yang kecil pun akan jadi besar dan bahaya.

Lu bagus bila lu nak berubah, tapi lagi bagus bila lu ajak kawan-kawan lu pun turut berubah, baru heroo ! .Ops, Nah Link : Tips Berhenti tabiat merokok : [klik sini]

Soal aurat : saya teringin nak bertudung labuh

Kawan-kawan mesti ada yang larik bila budak tak center , gedik gila-gila, tiba-tiba nak jadi ustazah .  Bukan ya,tapi rasa nak berubah. Taknak seksi dah. Kalau try-try pakai tudung lagi cun. Tapi kalau dapat bertudung labuh, lagi ayu. Yang penting,jangan tengok orang, tengok diri kita dulu. Keindahan yang dimiliki orang yang memenuhi tuntutan agama ni, Masyaallah, sangat sukar digambarkan. Cantik luar,. cantik dalam. Boleh refer entri Mr.K yang cool tentang gadis free hair yang kini dah bertudung labuh di sini :[klik sini : Re: Perempuan Takut Untuk Mula Bertudung]. Menutup aurat dengan betul dan kelihatan cantik adalah satu bonus, muslimah semua, jom jadi mukminah ! Jom Nem ! 

Derhaka kepada kedua ibubapa :lari dari rumah

"Parents I? Diorang tak pernah cuba nak faham I!" - Tahu tak, seumur hidup kita pun , kita takkan jumpa orang yang betul-betul faham diri kita. Kadang-kadang kita pun tak faham diri kita. Just kita cuba kita bayang, ibu yang lahirkan kita atau ayah yang sara kita tu, mereka yang dah beso kan kita tu, nak belasah kita time kita nakal kecik-kecik dulu,boleh je,kan ? Tapi diorang pilih untuk tak buat sebab the power of love : kuasa rasa sayang ditambah rasa rasional dan ilmu yang diorang ada. Kita pun ada juga rasa sayang tu. Apa kata, jika baru berniat-niat nak lari, atau melawan, sila slow talk, alah guna lah surat selit-selit kat mana-mana atau sms ke, email ke, video luahan ke, cakap rasa sebenar. Kita rasa terkongkong ke, atau kita terlalu cinta someone ke, atau kita mahu lebih masa dengan kawan ke, tell them, dengan cara  tersendiri, yang rasa mereka nak taknak akan tahu, dan insyaallah faham.

Bagi yang dah hilang atau libatkan diri dengan kes lari dari rumah ni, pesan Anem satu je, jika dah tersilap langkah , mulakan dengan kesedaran, penyesalan dan kemaafan. Insyaallah, dengan kuasa kasih sayang sebagai anak yang ALLAH bagi tu, dapat memulihkan semua. 

:: Dosa kecil akan menjadi dosa besar apabila::

-Sengaja dibuat berulang kali
-Menganggap dosa kecil itu remeh
-Berbangga-bangga dengan dosa tersebut
-Atau bila orang berpengaruh yang buat (akan beri kesan)

Solat dan Puasa yang tertinggal wajib diganti semua. Buat sedikit-sedikit ikut kemampuan. Islam bukan agama yang membebankan. Jangan ulang dosa, setelah bertaubat. Jauhkan diri dari dugaan dan keadaan yang membawa ke alam dosa lama. Insyaallah, dengan doa dan usaha berterusan,taubat kita akan diterima.


Nota : Rasa nak berubah, bertaubat, jadi baik, jangan tangguh dah. Memang akan ada kawan positif dan negatif. Tapi adatlah, kena pandai pilih kawan. Kuatkan iman. Relakslah, ALLAH kan ada tu. Selalulah Calling-calling Dia, insyaallah boleh punya :-)

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan : 1436 Hijrah !








Lirik lagu Rabbani - Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
membasuh daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

Kita beroleh mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...

Selamat datang Bulan Kemuliaan,
*indahnya perasaan menjelang Ramadhan*. 
Selamat berpuasa kawan-kawan semua <3


Berdengkur terjadi disebabkan saluran pernafasan tersekat . Boleh keluarkan macam-macam bunyi .

Apa sebab-sebabnya :


-    Lemah otot pada lidah , lelangit dan tekak . Yang ni kategori untuk orang yang suka minum arak.
-    Tisu tekak yang besar dan tebal. Selalunya ia berkaitan kanak-kanak yang mempunyai tisu atau tonsil membengkak.
-    Orang yang mempunyai masalah berat badan , leher yang pendek dan besar. Ini berkait dengan masalah kesihatan.
-    Uvula (anak tekak) – yang panjang apabila ia mengecilkan rongga pembukaan hidung ke tekak. Ini semulajadi, sebab lain pula mungkin hidung yang bengkok, polip atau jangkitan sinus.

Petua / Cara kurangkan dengkur  :

-    Kurangkan berat badan, ini penting !
-    Jauhi arak
-    Jangan ambil pil tidur
-    Amalkan pola tidur pada waktu yang tetap. Lebih baik tidur mengiring dari terlentang .Adjust bantal bagi lebih tinggi .
-    Jangan makan dalam tempoh 3 jam sebelum tidur.
-    Gunakan pelekat kawal dengkur seperti Breath Right Nasal Strips yang boleh ditampal pada hidung daj mudahkan pernafasan. 

*jika ada petua atau tips lain selain yang Anem tulis ni , jika ada  pengalaman pun boleh komen dan tambah di bawah. terima kasih :)

PENULIS blog semakin ramai. Ada yang benar menulis tulus, ada yang sebab nak popular, ada sebab duit , ada sebab suka-suka. Jadi penulisan ini merangkumi semua persoalan pada tajuk.

*Entri ini ada gambar gambar berkaitan sila klik untuk lebih jelas*

*Sebelum semuanya, kita kena sediakan content yang orang selesa nak baca, template blog selesa untuk dilihat , tenang, dan kemungkinan untuk orang datang singgah selalu tu ada. Dan belajar untuk tidak 'mengenakan' orang yang mungkin ada RM1 je singgah cc sekejap nak cari maklumat penting dengan letak 'label' (tag) atau tajuk yang tidak ada kena langsung dengan entri di blog kita , kesian tau mereka. terima kasih *

Ok, jom kita mulakan :)

Persoalannya pertama , bagaimana mahu letak blog di google search dan terindeks di page pertama ?



- PR3 / Page Rank 3 dan ke atas akan dapat kelebihan ini, namun selalu update – dengan tajuk yang kerap dicari memungkin blog disenarai depan . Selain itu boleh baca entri ni sampai habis.

Check PAGERANK blog di sini : http://www.prchecker.info/check_page_rank.php

*Sekarang bertuahnya, blogger berwajah baru setiap bahagian kanan untuk post sesuatu entri atau page, boleh terus letak label dan description untuk memudahkan kita , jadi gunakan sebaiknya ya*

Cara letak blog di google search atau mahu site backlink dari google (kena index oleh google ) , macam ni :

1 – EDIT TAJUK . Mari edit html korang ! ( jom main2 coding )


1. Login blog KITA DULU . (blogger.com tu ) , kemudian klik Template > Edit HTML > Proceed (yes)
*Sebelum nak buat sebarang perubahan, kita buat backup terlebih dahulu dengan klik pada Backup (atas kanan ) > Download Full Template :)
2. Klik pada Expand Widget Templates ( Dia tanya, kita jawab ya )
3. klik CTRL+F dan cari code dibawah

<title><data:blog.title/></title>
Kalau tak jumpa, taip kod ni

<title><data:blog.pageTitle/></title>
CARA MINIMAL :
Bila jumpa, highligtkan (select ) padam dan gantikan (tukarkan) dengan code bawah ni,

<title><data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
</b:if>

[gambar]
TAPI IF NAK MAKSIMA (FULL SEO macam ALL IN ONE : WORDPRESS ) , ganti code ni terus :
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
</b:if>
dan kemudiannya save .
BELUM habis lagi , NAK LAGI UMPH , lepas tu , buat macam bawah ni pula :

Langkah 1:
Lepas tu pergi DASHBOARD balik (blogger.com), pergi ke Template ,Edit Html, Proceed (yes), tanda (tick) pada Expand Widget Templates , klik CTRL+F dan cari code bawah ni pula
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>


Langkah 2 :
Salin kod di bawah pada notepad. Edit pada tulisan yang berwarna

<meta name="description" content="MASUKKAN DESCRIPTION BLOG ANDA (tidak lebih dari 150 patah perkataan)" />
<meta name="keywords" content="MASUKKAN KEYWORD BLOG ANDA (tak lebih dari 20 keyword)" />
<meta name="Charset" content="ISO-8859-1" />
<meta name="copyright" content="Copyright © 2012
NAMA ANDA ATAU NAMA BLOG (bukan url blog)" />
<meta name="author" content="NAMA ANDA" />
<meta name="designer" content="NAMA ANDA" />
<meta name="robots" content="index, follow" />
<meta name="googlebot" content="index, follow" />
<meta name="distribution" content="Local" />
<link rel="icon" type="image/x-icon" href="/favicon.ico" />
<link rel="shortcut icon" type="image/x-icon" href="/favicon.ico" />
Langkah 3:

Dah buat langkah dua tadi dah ? letak bawah kod yang ada di langkah satu tadi . Siap!
Contoh :
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
<meta name="description" content="Blog tentang tips, tutorial , fotografi , pelbagai info dan lirik masa kini dan tentang manusia yangs sedang mencari diri" />
<meta name="keywords" content="tutorial, isu semasa, lirik lagu, puisi, lagu popular, agama, sukan, pendidikan , info" />
<meta name="Charset" content="ISO-8859-1" />
<meta name="copyright" content="Copyright © 2012
saya bernama manusia" />
<meta name="author" content="sayalah tu" />
<meta name="designer" content="sayalah tu" />
<meta name="robots" content="index, follow" />
<meta name="googlebot" content="index, follow" />
<meta name="distribution" content="Local" />
<link rel="icon" type="image/x-icon" href="/favicon.ico" />
<link rel="shortcut icon" type="image/x-icon" href="/favicon.ico" />
[gambar]

Langkah 4:
Save Template. Siap!

2- Edit robot.txt blogspot anda :
* letak code bawah ni (paste) dekat bawah code LANGKAH 3 di atas*
<!-- BAHASA ARAHAN BUAT ROBOT -->
<meta content='index, follow' name='googlebot'/>
<meta content='index, follow, noodp, noydir' name='robots'/>
<meta content='noarchive' name='robots'/>
<meta Content='index' name='googlebot-image'/>
<meta content='never' name='expires'/>
<meta content='global' name='target'/>
<META content='global' name='distribution'/>
<meta content='ALL' name='SPIDERS'/>
<meta content='MY' name='geo.country'/>
<meta content='blogger' name='generator'/>
<meta Content='snippet' name='googlebot'/>
<!-- TAMAT ARAHAN BUAT ROBOT -->

3- cek rel categories adakah rel="tag " dekat source code *html *



4- setiap kali letak gambar pastikan tajuk gambar relevan untuk dicari.*orang akan google selalunya orang popular atau gambar wallpaper, atau gambar bermusim - macam perayaan, sambutan atau tempat menarik . Selalu yang suka google adalah pelajar , remaja dan dewasa * - main kod alt="keyword anda"

5- Submit / hantar / daftar / letak url ( alamat blog korang ) di alamat ni untuk ;etak sitemap (semua link di google) : sitemap generator for blogger (url mesti ada slash (/) dan jumlah post boleh rujuk pada dashboard )

Kemudian : Kalau nak blog ada di google juga : pergi alamat ini : http://www.google.com/addurl/

6- Ini sangat penting : Korang daftar / login guna GMAIL akaun, AMBIL / COPY code dari webmaster tools kat blog korang . Best, leh tengok penunjung datang dari mana , guna keyword apa.


7.Korang kena rajin meletakkan link korang di laman web yang dibuat untuk rangkai blogger , PING2 kiranya . SEPERTI di rangkaian yang beri pulangan trafik lumayan macam APESAL.COM , gengcyber.com atau busuk.org, imcurtain , technochrati , blogged.my , blogtopsites , dan gengblogger.com

Ulangkaji :

SEO tu apa ?

Search engine optimization tu ialah macam mana kita nak memastikan entri yang kita tulis tu berada di landasan yang betul bila orang search. Kiranya guna keyword yang kita letak kat blog terus ke blog kita . Orang yang main SEO ni memang selalunya nak trafik dari search engine, kiranya memang kebanyakkan untuk mudah dicari, untuk business , atau untuk menstabilkan populariti blog– untuk dakwah pun boleh . lagi masyuk dunia akhirat . Sekiranya tak update pun , enjin carian atau google search tetap jadi referer yang ada umph..

Tips SEO :

Jadi kalau korang pandai tulis, tulis isu semasa , tulis tentang hiburan, sukan dan rancangan popular, orang akan datang ( tulis tutorial dan tips paling diminati orang untuk datang)- dan ELAKLAH main keyword besar. Semua orang tulis tentang Steve job, korang pun nak tulis kan? Nak orang jumpa blog kalau-kalau google, kalau boleh tulis child title.

KALAU Orang semua tulis "PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA" - korang ambil tajuk 'anak ' seperti "SENARAI PEMAIN " atau pilih salah satu nama pemain "NAZMI FAIZ" ke, macam tu. Jangan terus-terus tulis tajuk besar terikut-ikut blog popular lain yang dah establish. susah nak bersaing. sebab korang baru.
Kalau orang semua tulis tentang MENTOR 6 - korang tulis "biodata" atau salah satu minggu dan review . Begitu.

- Namun tips menulis tajuk gempak, pelik, lucu / cute sering digunakan untuk MENGEKALKAN pembaca sedia ada (subscriber / follower ) selain menjaga hubungan sesama blogger (jawab komen, komen semula, bertanya khabar atau gathering ).

SERP ? APA tu?

SERP merupakan singkatan dari Search Engine Result Page. Kiranya RANKING kedudukan blog atau laman web kita di SEARCH Engine. Google hanya menyenaraikan 10 page untuk setiap satu halaman carian. Dan kita , entah keberapa. Kalau nak depan , atas selalunya , pagerank kena 3 dan ke atas.
MACAMMANA nak naikkan PAGERANK blog - tak susah , kerap update, rajin ping blog (serlahkan blog) , dan tulis topik yang ramai suka, maksudnya korang kena tahu target visitor atau pengunjung macamana yang korang nak . PERCAYALAH , kalau korang hanya tulis tajuk atau tips yang pelajar SPM akan cari pun tanpa tulis perkara lain, blog korang akan kerap juga di singgah, menarik BUKAN ?


- lepas tu make sure ada link yang korang TAKNAK google Nampak , tulis rel="dofollow' DEKAT CODE LINK TERSEBUT.

TERKINI ! – Boleh letak gambar di carian google, itu sangat membantu trafik , tapi sebab anem buat belum lagi jadi, anem syorkan kita semua rujuk link dia ni sahaja : letak muka kita (google profile) pada enjin carian google

p/s: Ranking Alexa Anem jatuh mendadak sebab jarang update blog. Serius - kalau kita malas memang itu makan kita . Sekian. HOHO.
--
Ada soalan Atau tips tambahan ? : Tanya ja dekat FACEBOOK ANEM ARNAMEE seperti yang dilakukan sahabat blogger Hafiz Hafizol yang menyebabkan terzahirnya entri ini. Sekian, terima kasih.

(maaf kepada saudara hafiz hafizol sebab berjanggut dia menunggu janji manis saya untuk berkongsi APA YANG SAYA TAHU . – Dan apa yang saya tahu belum tentu betul . Mohon ditegur jika salah .)


Ini penulisan khas untuk dua sahabat akrab Anem. Namun jika mahu baca tentang nota pertunangan, pernikahan dan perkahwinan ada ditulis: sini.

Selamat bertemu pemilik rusuk kamu . Bisik hati dari kejauhan sementelah mengetahui perkhabaran penukaran status single kepada double tidak lama dulu . Barakallah  . Alhamdulillah , gembira untuk awak semua , sayang .

Lagu untuk pengantin baru : Barakallah Maher Zain.

Azianty & Muhaymin , KL [ 4 Mac 2012 ]


* Pada awalnya memang terkejut menerima panggilan Yan ni . Suara comel yang lama tidak mengusik itu menerjah ruang telefon . Tahniah yan .Maaf datang lewat . Maaf tak belikan apa-apa . Maaf juga kerana tidak bertahan lama menunggu di sana . Datang dalam kelam kabut dan tanpa rancangan , hanya sempat singgah sebentar - berminit je rasa . Apapun ,semoga berbahagia ke akhirnya, yan comel  :)

- yan roomate kolej matrikulasi melaka 2004-2005 .

---

Noorhafizah Musa &Mohd Zulriduwan [ 10 Mac 2012 ]
Fizah & Ewan , Kg. Tok Jiring , Terengganu .

* Selamat pengantin baru akak sayang . Maaf sebab sahabat dan adik akak yang mengaku sayangkan akaknya teramat ini tidak dapat hadir ke majlis penuh bahagia akak :(. Rasa sedih dan kesal juga tidak dapat hadir di hari indah akak . Yang Anem mampu layangkan doa dan doa yang tidak putus semoga akak dan suami dilimpahi keberkatan buat selamanya dunia, dan akhirat sana. Tabahlah hadapi dugaan . Insyaallah , Tuhan akan permudahkan :)



- Kak iza yang cantik, sahabat Usm semenjak hujung 2006 - kini . Ilysm sis  :)


*ini serius jealous:p
---


HIKMAH PERKAHWINAN 

-Menyahut seruan fitrah
-Sunah para nabi dan rasul
-Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram kerana ada keselamatan dan ketenangan
-Memelihara iman (penghalang maksiat)
-Mengikis rasa bimbang akan rezeki
Daripada Aisyah r.ha telah bersabda Rasullullah s.a.w m madhumnya ,
 'Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta ," (Riwayat Imam al-Bazzar)
-Mengembangkan keturunan
-Mewujudkan displin - ada peraturan dan fitrahnya, terutama jika ada anak-anak.

Rujuk panjang lebar di sini : Mengapa perlu berkahwin ? –
---

Nota : Sebenarnya ramai kawan Anem yang nikah tahun 2012 ni , tak termasuk tahun lepas . Kesimpulannya ramai - kawan sekolah terutamanya . Jadi Anem nak menulis nama, takut juga terlepas "kenapa tak tulis nama kita pun , Nem "- Jadi Anem ucapkan SELAMAT untuk semua yang telah , terutama yang baru nikah . Semoga korang bahagia selalu, insyaallah , amin. Terima kasih sudi jemput RSVP di Facebook event dan yang sudi juga menghantar kad dan sms . Maaf jika tidak berkesempatan pergi . Maaf sangat2 , kawan-kawan sayang :( . Semoga terus melakar indah ke syurga . :)









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top