Showing posts with label blogspot. Show all posts
Showing posts with label blogspot. Show all posts




Tempoh hari saya pergi bank nak cash-kan check yang dapat daripada google (terima kasih pada yang sudi berkunjung ke blog dan rajin klik iklan). Alhamdulillah. Untuk permulaan, syukur.

Semuanya berjalan seperti biasa. Sehinggalah kakak bank tu tanya, "awak ada akaun youtube ya, review apa ja? Bagilah tahu boleh kami view, like kah."

Waktu tu saya rasa merah dah muka saya. Dia tanya lagi, "berapa view boleh dapat baru Google bagi ni?"

Sambil malu-malu alah saya jawab, "bukan. Ini duit blog. Berdasarkan orang klik iklan. Bukan youtube. Saya tulis random ja."

"Random?" Dia senyum. Saya pun senyum.

Ingat balik perkara ni, segan betul saya. Sorry kakak, saya malu nak jawab dekat situ (terkejut ditanya sebenarnya, pertama kali orang tanya live gini)! Haha.

Iklan yang diletakkan di sesebuah blog ini kiraannya berdasarkan rate per click atau kadang bayaran ikut tempoh siaran. Berbeza pula harga kadang apabila berbeza penaja (sponsored). Jadi, kalau awak ada blog, letaklah iklan, tak rugi pun, daftar pun percuma. Begitu.

Sekali lagi, terima kasih buat semua kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog. Alhamdulillah!


** Ya saya tahu. Saya kena rajin lagi menulis dan berkongsi selepas ni. Doakan saya ya. :)

- Arnamee

Berikut saya kongsikan cara buat blog percuma dan mudah (blogspot) dan video tutorial sekali, jika kurang jelas boleh bertanya di ruangan komen. Terima kasih, moga bermanfaat!


CARA BUAT BLOG (blogspot)

- Install aplikasi BLOGGER /Kalau di website pergi blogger.com

- Sign in/daftar guna e-mel kita (gmail)

- Kemudian, pilih nama blog (kita nak buat pasal apa) - NEXT!
- Letak URL, nak apa dot blogspot - NEXT! (pastikan senang ingat dan senang ditaip)
- Letak nama anda then siap! - NEXT!

Tadaa! Kita dah ada blog!

*Kalau rasa lain kali nak tukar nama blog, url nama sendiri, pergi ke bulat kanan atas dan pergi ke settings.

CARA POST CERITA DI BLOG:

*Jika di desktop, boleh pilih new post lepas ke blogger.com tu. Dah siap jangan lupa save, namun jika dah bersedia untuk disiar, baru tekan publish.

Untuk di aplikasi, pergi simbol pen kanan bawah tu:
- Boleh buat post/cerita baru/
- Letak tajuk dan isi atau masukkan gambar (klik simbol photo bawah tu, klik "allow" jika ditanya)
- Hujung simbol kanan boleh masukkan link dalam post kalau nak.

- Then dah siap, klik simbol right atas tu. Belum keluar di blog lagi, masih disimpan (drafts). Jika nak di-publish dan sedia dibaca, lepas klik anak panah, klik simbol anak panah berwarna yang ada di sebelah kanan

CREATE POST. SIAP!

*Label tu kategori atau tags, senang nak cari post balik.

Nak tengok balik blog kita?

Tekan simbol bulat kanan atas itu (profile),
Klik pada view your blog tu.

*Jika di website, ia di belah kiri. 

Tadaaa!









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top