Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

 RESIPI DAGING GORENG BELENGAS




Bahan-bahan:


1 kg daging

1 sudu besar serbuk kunyit

Bahan Tumisan:


10 ulas bawang putih

2 hiris halia

Bahan Sos:


10 sudu besar sos cili

4 sudu besar kicap manis

4 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil lada hitam halus

Secukup rasa – Untuk menyeimbangkan rasa.

Sayur-sayuran:


1 batang lobak merah kecil – Dipotong panjang.

1 biji lada benggala – Warna hijau, merah, atau kuning, ikut pilihan.

1 batang lada merah – Dihiris nipis.

5 batang cili padi hijau – Dibelah dua.

1 lada hijau – Dihiris nipis.

½ biji bawang Holland besar – Dihiris memanjang.

Kacang buncis atau kacang panjang – Ikut suka dan kesediaan.

Cara Penyediaan:


1. Hiris nipis daging tenderloin, kemudian rebus bersama serbuk kunyit sehingga empuk.


2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang telah dihiris bersama halia sehingga naik bau dan wangi.


3. Setelah bawang putih dan halia wangi, masukkan daging yang telah direbus tadi dan goreng seketika hingga sedikit garing.


4. Tambahkan sos cili, kicap manis, sos tiram, dan lada hitam ke dalam kuali. Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati dan sos meresap ke dalam daging.


5. Masukkan lobak merah, lada benggala, lada merah, cili padi, lada hijau, bawang Holland, serta kacang buncis atau kacang panjang.


6. Gaul rata dan biarkan semua bahan masak bersama sehingga sayuran sedikit lembut namun masih rangup.


7. Tambahkan secukup rasa jika perlu, kacau sekali lagi sehingga semua bahan sebati dengan sempurna.


Sumber:

Facebook Makcik Ratu

Laman web MyResepi




 


ISU DAGING KORBAN.

Tahukah anda, kalau ambil daging korban tanpa izin pemiliknya, ia boleh jadi HARAM kerana mencuri.

Ramai masih tak faham, daging korban adalah milik penama korban.

Terpulang mereka nak bersedekah 100%, ambil 1/3 dll. Bakinya baru kita boleh agihkan.

Dengan tolong melapah dari pagi sampai tengahari, tidak bermakna kita ada hak atas daging korban tu.

Ada pelapah pandai-pandai bahagi sesama mereka. Nak ambil ekor, kaki, kepala, usus dsb.

Ada yang siap sorok daging. Padahal pemilik binatang belum benarkan. Ia haram dilakukan.

Sebab tu digalakkan, masjid bagi upah duit untuk siapa yang melapah.

Sama macam tukang sembelih korban.

Bukan dapat daging dan tulang lebih sebab melapah! Daging korban TAK BOLEH dijadikan upah.

Ia bukan untuk dijual (bayar dengan tenaga).

Ada hadis sahih dalam bab ini.



Soalan.

Takkan tak boleh bagi daging kepada tukang lapah?

Boleh. Tapi sepatutnya tukang lapah ni takde beza dapat daging dengan orang lain.

Melainkan mereka fakir miskin dan pemilik daging memang akan beri lebih kepada mereka walau mereka tak tolong sekalipun.

WA.




Sumber:

(Tuan Faizal Rahim) 

https://x.com/acaiijawa



Bismillah. Dengan ini saya bermula dengan topic Daging Korban Tak Sesuai Makan Macam Steak! Sembelihlah lembu Wagyu, sado, kampung, semua pun tak sesuai! Murah atau mahal bahagian korban kalian taklah terbazir cuma tak sesuai di masak & makan seperti steak. 


Pertama skali kita kena paham apa itu Rigor Mortis (RM) secara am. Organisma bertulang belakang akan mengalami RM ketika mati. Otot-otot akan kejang dan mengeras. Kalau biasa pancing, ikan dlm icebox itu bukan mengeras senget sebab beku. Itu contoh RM dalam binatang selain haiwan disembelih.

Sekarang berbalik kepada Lembu dan Kambing. Selesai sembelih dan darah mengalir sampai habis terus akan disiat kulit dan daging akan dilapah dan agihkan. Untuk organ dalaman, fresh is best. Tetapi untuk daging, RM akan menyebabkan daging itu keras. Inilah sebab tak sesuai dimakan macam Steak. 


Di barat, praktis selepas sembelih & siat adalah gantung rangka itu minimum 2 minggu hingga ke sebulan utk membenarkan otot-otot rileks secara semula jdi dan enzyme akan melembutkan otot sebelum dilapah sebelum dijual. Suhu perlu dikawal rapi untuk mencegah pencemaran bakteria.


Sumber (dengan kebenaran):

Chef

https://x.com/ButterAlways92/













Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top