Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

 


ISU DAGING KORBAN.

Tahukah anda, kalau ambil daging korban tanpa izin pemiliknya, ia boleh jadi HARAM kerana mencuri.

Ramai masih tak faham, daging korban adalah milik penama korban.

Terpulang mereka nak bersedekah 100%, ambil 1/3 dll. Bakinya baru kita boleh agihkan.

Dengan tolong melapah dari pagi sampai tengahari, tidak bermakna kita ada hak atas daging korban tu.

Ada pelapah pandai-pandai bahagi sesama mereka. Nak ambil ekor, kaki, kepala, usus dsb.

Ada yang siap sorok daging. Padahal pemilik binatang belum benarkan. Ia haram dilakukan.

Sebab tu digalakkan, masjid bagi upah duit untuk siapa yang melapah.

Sama macam tukang sembelih korban.

Bukan dapat daging dan tulang lebih sebab melapah! Daging korban TAK BOLEH dijadikan upah.

Ia bukan untuk dijual (bayar dengan tenaga).

Ada hadis sahih dalam bab ini.



Soalan.

Takkan tak boleh bagi daging kepada tukang lapah?

Boleh. Tapi sepatutnya tukang lapah ni takde beza dapat daging dengan orang lain.

Melainkan mereka fakir miskin dan pemilik daging memang akan beri lebih kepada mereka walau mereka tak tolong sekalipun.

WA.




Sumber:

(Tuan Faizal Rahim) 

https://x.com/acaiijawa



Bismillah. Dengan ini saya bermula dengan topic Daging Korban Tak Sesuai Makan Macam Steak! Sembelihlah lembu Wagyu, sado, kampung, semua pun tak sesuai! Murah atau mahal bahagian korban kalian taklah terbazir cuma tak sesuai di masak & makan seperti steak. 


Pertama skali kita kena paham apa itu Rigor Mortis (RM) secara am. Organisma bertulang belakang akan mengalami RM ketika mati. Otot-otot akan kejang dan mengeras. Kalau biasa pancing, ikan dlm icebox itu bukan mengeras senget sebab beku. Itu contoh RM dalam binatang selain haiwan disembelih.

Sekarang berbalik kepada Lembu dan Kambing. Selesai sembelih dan darah mengalir sampai habis terus akan disiat kulit dan daging akan dilapah dan agihkan. Untuk organ dalaman, fresh is best. Tetapi untuk daging, RM akan menyebabkan daging itu keras. Inilah sebab tak sesuai dimakan macam Steak. 


Di barat, praktis selepas sembelih & siat adalah gantung rangka itu minimum 2 minggu hingga ke sebulan utk membenarkan otot-otot rileks secara semula jdi dan enzyme akan melembutkan otot sebelum dilapah sebelum dijual. Suhu perlu dikawal rapi untuk mencegah pencemaran bakteria.


Sumber (dengan kebenaran):

Chef

https://x.com/ButterAlways92/








Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.


F.A.Q

Soal jawab tentang Ibadat Korban/Qurban

1- Apa dia ibadat korban (udhhiyyah)?

Binatang ternakan yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala pada Hari Raya haji dan tiga hari Tasyri‘.

2-Berapakah umur binatang yang sah dijadikan korban?

Secara ringkasnya disenaraikan binatang korban dan umurnya seperti berikut:
Unta 5 tahun, lembu 2 tahun, kerbau 2 tahun, kambing 2 tahun dan biri-biri setahun atau telah gugur
gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

3-Apa hukum ibadat korban?

Sunat muakkadah (sunat yang sangat dituntut).

4-Apa fadhilat melaksanakan ibadat korban?

 Penebus dosa kecuali dosa besar.
 Mendapat hasanah (kebajikan) bagi setiap bulu binatang korban.
 Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta‘ala.
 Membentuk peribadi ikhlas, sabar, qana‘ah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong.
 Penyembuh penyakit: Rohani, fizikal, mental dan sosial.

5-Siapakah yang dikatakan orang yang mampu melakukan ibadat korban?

Orang yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian harga binatang korban daripada keperluannya dan keperluan orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya dan hari-hari Tasyri‘.

6-Apa hukum orang mampu tetapi tidak mahu melaksanakan ibadat korban?

Makruh (tidak berdosa tetapi tidak disukai oleh Allah Ta‘ala).

7-Bolehkah seekor binatang dikongsi oleh 2 atau lebih mudhahhi (orang yang berkorban)?

 Kambing untuk seorang sahaja.
 Unta, kerbau dan lembu boleh dikongsi oleh 7 orang walaupun berlainan niat.

8-Bolehkah melakukan ibadat korban di negeri lain?

Boleh.

9-Apa hukum memindah daging korban ke negeri lain?

Haram jika daging yang dipindah:
 korban wajib
 bahagian fakir miskin.
Boleh jika daging:
 bahagian orang kaya
 bahagian mudhahhi.

10-Bagaimana cara pembahagian daging korban sunat?

Harus dibahagikan kepada 3 bahagian:
 1/3 fakir miskin,
 1/3 Orang kaya dan
 1/3 mudhahhi .
Tetapi yang afdhal disedekahkan kesemuanya dan memakannya sedikit sahaja (hati).

11-Adakah wajib disedekah daging korban sunat kepada fakir miskin?

Wajib disedekahkan sebahagiannya.

12-Bagaimana keadaan daging itu disedekah dan dihadiahkan?

Dalam keadaan mentah.

13-Bagaimana cara pembahagian daging korban wajib?

Wajib disedekahkan kesemuanya.

14-Apakah perkara yang diharuskan bagi penerima yang bukan fakir miskin
terhadap daging korban?

 Memakannya.
 Menyedekahkannya dalam keadaan mentah kepada fakir miskin yang Islam.
 Menjamu orang Islam (kaya atau fakir miskin).

15-Apakah perkara yang dilarang bagi penerima yang bukan fakir miskin terhadap daging korban?
 Menjualnya samada mentah atau masak
 Menghadiahkannya kepada orang kaya
 Menjamu orang kafir.

16-Apa hukum melaksanakan ibadat korban bagi orang lain?

 walau bagaimanapun wali (bapa dan datuk sahaja) boleh melakukan korban daripada hartanya
untuk orang yang di bawah tanggungannya seperti anak dan isterinya tanpa izin mereka.
 Tidak boleh bagi orang masih hidup kecuali dengan izinnya.
 Tidak boleh bagi orang yang meninggal dunia kecuali ada wasiat.

17-Adakah wajib berniat korban?
wajib.

18-Bilakah waktu berniat korban?
 ketika menyembelih.
 Harus juga sebelum menyembelih asalkan setelah ditentukan binatang korbannya
dan setelah masuk waktu berkorban.

19-Bagaimana lafaz niat ibadat korban?

“Sahaja aku melakukan korban sunat/ wajib/ nazar”

20-Adakah boleh berwakil kepada wakil kedua untuk melaksanakan ibadat korban
dan bagaimana cara berwakil?

 Boleh,
 Mudhahhi berkata kepada wakilnya: “Saya berwakil kepada tuan untuk menguruskan
pembelian dan penyembelihan korban sunat/wajib/nazar saya”.

21-Adakah boleh wakil berwakil lagi kepada wakil kedua dan bagaimana caranya?

 Boleh,
 Wakil mudahhi berlafaz kepada wakil kedua: “Saya diwakilkan oleh…….untuk mewakilkan
tuan menguruskan penyembelihan korban sunat/wajib/nazar nya”.

22-Adakah boleh binatang yang ada aib dijadikan korban?

Unta
Lembu
Kerbau
Kambing
Kibasy

Tidak sah bagi aib seperti berikut:
• Tiada bertelinga atau yang terpotong telinganya
walaupun sedikit.
• Terpotong ekornya atau lidahnya.
• Binatang yang kurus yang menjadi kurang
dagingnya.
• Berkudis walaupun sedikit kerana binasa dagingnya.
• Buta sebelah matanya dan butanya itu nyata.
• Buta kedua belah matanya
• Sangat tempang.
• Sedang bunting.

Sah bagi aib seperti berikut:

• Tidak bertanduk
• Patah tanduknya.
• Terbelah telinganya
• Berlubang telinganya tetapi tidak hilang dagingnya
• Tidak berekor sejak dilahirkan.
• Tanggal sebahagian daripada giginya.
• Tidak mempunyai zakar.
• Binatang yang dikebiri.


*****

PENGURUSAN QURBAN OLEH PERSATUAN,
AGENSI ATAU SYARIKAT DALAM NEGARA

Pihak persatuan, agensi atau syarikat hendaklah
menjelaskan perkara-perkara berikut:
(a) urusan jual beli seperti akad, jenis haiwan qurban dan
fizikal haiwan yang cukup syarat;
(b) kadar harga bagi satu bahagian qurban yang
ditawarkan;
(c) kadar kos pengurusan (upah) yang diambil;
(d) cara pengagihan dan penerima daging qurban.

PENGURUSAN QURBAN OLEH PERSATUAN,
AGENSI ATAU SYARIKAT LUAR NEGARA
Pihak persatuan, agensi atau syarikat luar negara
hendaklah menjelaskan perkara-perkara berikut:
(a) urusan jual beli seperti akad, jenis haiwan qurban dan
fizikal haiwan yang cukup syarat;
(b) kadar harga bagi satu bahagian qurban yang
ditawarkan oleh syarikat atau persatuan;
(c) menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal
akad bukan selepas akad;
(d) menetapkan kos pengurusan yang terlibat di luar
negara selepas akad adalah ditanggung oleh persatuan,
agensi atau syarikat dan bukan pihak individu.

PENYERAHAN WANG KEPADA WAKIL BAGI QURBAN DI LUAR NEGARA

Apa-apa jumlah wang yang diberi kepada pihak pengurusan
qurban yang dilantik sebagai wakil untuk menguruskan qurban
di luar negara adalah terlaksana selagi mana wang berkenaan
dibelanja mengikut akad yang telah dipersetujui. Akad tersebut
hendaklah:
(a) akad penyerahan dengan lafaz yang khusus, bukan
lafaz am kerana lafaz am mengandungi ketidakjelasan
(gharar);
(b) menjelaskan tentang jenis, sifat dan kadar harganya;
(c) orang yang menjadi wakil, tidak boleh mewakilkan
kepada orang lain, kecuali mendapat izin daripada
pewakil (muwakkil) atau wakil tidak mampu
melaksanakannya.



Selamat hari raya aidiladha. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Di sini ada sedikitnya perkongsian puasa sunat arafah dan cara penyembelihan qurban dan aqiqah ni , jika kurang harap ada yang menambah. Sama-sama , insyaAllah.

[ sumber gambar : FB AqiqahKorban ]

Puasa di sunatkan pada hari berwukuf di Arafah ( 9 ‪Zulhijjah‬ ) bagi yang tidak mengerjakan ‪‎haji‬. Tapi sebab jika ia jatuh pada hari sabtu ( meraikan perbezaan masa terbit masa bulan dan matahari dengan terima perbezaan ini ), elok puasa jumaat dan sabtu. Cuma jumaat tu niatlah sunat zulhijjah .

[ sumber gambar : Blog Shafiqolbu ]

Manakala berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan.

---------------

Manakala cara penyembelihan korban dan akikah pula seperti di bawah
( klik gambar untuk lebih besar )


[ Sumber gambar : Facebook Ust Dr Zahazan Mohamed ]


Untuk memuat turun panduan lengkap ibadah korban dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:



Diriwayatkan dari Nafi’ yang menceritakan;

كان ابن عمر يكبر يوم العيد في الأضحى والفطر ويكبر ويرفع صوته
“Adalah Ibnu Umar r.a. bertakbir pada hari raya korban dan juga hari raya fitrah; ia bertakbir dan meninggikan suaranya”. (Riwayat Imam ad-Daruqutni dan al-Baihaqi)


Salam aidiladha untuk kita semua dan sahabat Anem semua. Semoga yang menunaikan haji dan umrah tahun ini akan selamat pulang ke tanah air dan mendapat haji yang mabrur. Pada yang menunaikan ibadah korban pula, semoga niat ikhlas kita akan diberkati oeh ALLAH hendaknya. Semoga kita semua akan menjadi lagi baik. Dan mampu memberi sesuatu yang lebih baik kepada agama dan sahabat di sekeliling kita serta keluarga. Hati-hati ketika pulang ke kampung . Insyaallah semoga semua kita dipermudahkanNYA . Amin.


Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)


(Video lagu Raihan : Haji Menuju ALLAH  )


"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)




Memandangkan nak raya, di kesempatan ini Anem kongsikan resepi popular atau wajib di hari raya oleh emak Anem- Rendang daging ! Jom try !

Bahan-bahan:

600 g daging 
2 keping asam keping
4 helai Daun kunyit dihiris halus
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula-sekadar memberi rasa
Kerisik 1 Paket [Jika mahu buat sendiri kerisik, sediakan 1/2 biji kelapa]
2 cawan santan pekat

Bahan untuk dikisar/ digiling [ blend ]

20 biji bawang merah
25 gram atau 5 sm. Halia 
25 gram atau 5 sm. Lengkuas
2 batang serai
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih

Cara-caranya:

-Bersihkan daging, potong lebar-lebar, dibasuh serta ditos airnya.
-Masukkan daging serta bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali dengan api yang sederhana.
-Kacau selalu secara perlahan-lahan.
-Masukkan asam keping dikuti santan .
-Kemudian biarkan daging agak lembut dan kuahnya agak pekat sedikit.
-Bila mendidih, masukkan kerisik, garam, gula, serta daun kunyit.
-Masaklah sehingga kering , dagingnya empuk, dan warnanya pekat.
-Sedia untuk dihidang!

RESEPI oleh : Puan Raja Anita Binti Raja Ahmad, emak Anem :)
________________


Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas. (HR Muslim)

[Hari Arafah: 9 Zulhijjah, sehari sebelum Aidiladha]

________________

Salam aidiladha semua! 









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top