Showing posts with label dakwah islam. Show all posts
Showing posts with label dakwah islam. Show all posts

Panduan Solat Sunat Tahajud



Qiamullail atau bangun malam untuk mengerjakan ibadah seperti solat sunat tahajud, taubat, tasbih, hajat, membaca al-Quran, beristighfar dan berzikir sememangnya amat dituntut dalam Islam sebagai salah satu terapi diri yang amat berkesan..

Panduan Lengkap Solat Tahajud Beserta Doa

Hukum solat tahajjud adalah sunat muakkad, iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan. 

Semoga kita dapat mengerjakan secara istiqamah pada setiap malam walaupun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja.



Sumber:

https://www.facebook.com/share/p/gucBAbBK1paRnkkb/?mibextid=xfxF2i



Dalam apa juga perkara kita perlu bersederhana. Tidak meletakkan kekaguman bukan pada tempatnya. Namun tidaklah pula memandang orang dengan begitu rendah. Kita semua ada kelebihan masing-masing yang sebenarnya adalah amanah yang diberi Tuhan. Dan kelebihan bagi seseorang penceramah pastinya ilmunya dan caranya tersendiri. Tidak perlu jauh, di Malaysia sahaja kesemua pendakwah mempunyai kelebihan tersendiri untuk menarik minat ramai mendengarkan mereka.

Gambar: Tokoh Maal Hijrah 1435/2013M peringkat Antarabangsa, Dr. Zakir Abdul Karim Naik (kiri) bersama tokoh Maal Hijrah 1435/2013M peringkat kebangsaan Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin pada majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan. - Foto Bernama
Dalam dakwah, biar cara kita buat orang semakin mendekati dan menghormati agama. Bukan buat orang membenci dan menjauhi.

Bagi saya, kita perlu belajar. Namun bukan terlalu taksub dan ilmu itu untuk diambil, difikir dan jika baik; untuk diamalkan.

Berbalik kepada isu asal entri ini, iaitu mengenai Doktor Zakir Naik. Soalan sahabat saya tempoh hari saya diamkan seketika. Tapi tidak lama, kerana jawapannya ada semenjak isu yang berkaitan dengannya tersebar-luas.

Dia tanya, apa pandangan saya tentang Doktor Zakir Naik?

“Dia seorang pendakwah yang sangat terbuka dan bijak. Dia mengkaji semua agama. Dan tidak takut jika penganut agama lain bertanya soalan tentang agama islam. Dia ada jawapannya (insya-Allah).” Jawab saya, agak umum dan mungkin sedikit peribadi.

Oh ya, siapa Doktor Zakir Naik?

Seorang yang berkelulusan Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Maharashtra.
Seorang ulama India, penulis dan da’i ahli perbandingan agama yang kerap menyampaikan dakwah melalui debat dan ceramah di seluruh dunia.

Sebagai seorang yang membaca serta menguasai banyak kitab pelbagai agama (antaranya Al-Quran, menguasai kitab Weda, Tripitaka, Bhagavad gita, Injil / Bible serta menghafaz Shahih Bukhari Muslim), juga menggunakan duit sendiri untuk menjelajah beberapa negara untuk berdakwah dan berbicara (debat) mengenai agama, dia begitu dikagumi di seluruh dunia. Bahkan dengan izin Allah, dia berjaya menggerakkan hati ribuan penganut Hindu di India dan ada yang menjadi mualaf. Malahan turut disenaraikan sebagai di antara 100 most powerful Indians pada tahun 2010 oleh indianexpress.

HIKMAH

Hikmah daripada apa yang berlaku di Malaysia baru-baru ini cukup besar sebenarnya. Orang akan lebih melihat, akan datang dan terlibat dalam perkara ini. Khususnya dalam mengenali siapa Doktor Zakir Naik dan tentang agama islam. Insya-Allah.

Dalam dunia ni, mungkin ada sesetengah kita yang takut apa kita tidak tahu tapi dengan masa dan kefahaman, insya-Allah ramai akan lebih sedar tentang sesuatu yang sebenarnya mungkin baik untuk kita. Dan itu Tuhan lebih tahu.

Apa pun saya yakin, jika kita jaga agama Allah, Allah akan menjaga kita. Insya-Allah.

Kembali kepada permulaan tadi, dalam mengajak kepada kebaikan, dalam meminati seseorang sekalipun, biarlah sederhana. Buat kerana Tuhan. Moga-moga untuk semua yang kita buat, Allah redha.

Untuk semuanya; alhamdulillah.


*Orang kata, tulis dan katalah dengan ilmu. Saya banyak sangat kurangnya. Jadi saya cuma memperkatakan tentang ini secara keseluruhan sebagai diri saya sendiri melalui pembacaan dan pemerhatian saya. Jika ada tambahan, pandangan sendiri atau pembetulan, sangat dialu-alukan. Terima kasih.


Nak orang kenal dan sayang islam , kita kena tunjuklah contoh baik pada orang lain. Sama ada yang baru nak belajar ilmu agama atau yang tak tahu banyak perkara. Sikap kita yang baik mampu menarik orang. Sambil tambah ilmu , sambil buat amal kongsikan perkara baik dan berbuat baik.


DAKWAH BIL HAL

- Senyum

- Sabar

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

“Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang yg kuat itu bukanlah yang banyaknya berkelahi, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya saat marah. (Muttafaq’ alaih )

Pabila orang melihat muslim bersabar lagi mudah tertarik.

- Jujur

Dalam hadits dari sahabat ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu juga dijelaskan keutamaan sikap jujur dan bahaya sikap dusta. Ibnu Mas’ud menuturkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,

عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِى إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِى إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ صِدِّيقًا وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِى إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِى إِلَى النَّارِ وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

“Hendaklah kalian senantiasa berlaku jujur, karena sesungguhnya kejujuran akan megantarkan pada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan akan mengantarkan pada surga. Jika seseorang senantiasa berlaku jujur dan berusaha untuk jujur, maka dia akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Hati-hatilah kalian dari berbuat dusta, karena sesungguhnya dusta akan mengantarkan kepada kejahatan dan kejahatan akan mengantarkan pada neraka. Jika seseorang sukanya berdusta dan berupaya untuk berdusta, maka ia akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta.”[1]

- Menepati Janji

- Berkasih Sayang

“Mereka yang tidak menyayangi maka tidak akan disayangi “ (Muttafaqq ‘alaih)


Semoga makin ramai sayang dan menyenangi sikap ummat islam yang insyaAllah terus cuba jadi semakin baik, insyaAllah. Jika tidak kita mulakan yang baik, dan mula amalkan, bila lagi , siapa lagi kan ? Jom !








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top