Showing posts with label filem pendek. Show all posts
Showing posts with label filem pendek. Show all posts


Kita bukan sahaja ada filem animasi yang berjaya ke pencalonan awal Anugerah Oscars 2020 bagi kategori Best Animated Feature Film - iaitu Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Namun kita juga ada ramai bakat dan banyak syarikat animasi yang hebat dan membanggakan di Malaysia. Berikut 2 filem pendek animasi yang berjaya di peringkat antarabangsa, filem pendek KRING dan BATIK GIRL. Tahniah dan syabas diucapkan buat semua. Malaysia berbangga dengan anda!

FILEM ANIMASI KRING




Produk animasi tempatan terus diiktiraf dunia apabila filem Kring! terbitan Brainy Bones Studios meraih trofi Filem Animasi Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Du Sur Les Handicap 2020 di Lyon, Perancis.

Berkongsi berita gembira, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim berkata, filem animasi Kring! yang diterbitkan anak syarikatnya, dihasilkan bagi menghargai sumbangan guru.


“Syarikat ini mahu menunjukkan keupayaan menghasilkan produk animasi berkualiti,” katanya dalam kenyataan kepada BH Online di sini, hari ini. Brainy Bones Studios adalah anak syarikat kumpulan Brainy Bunch.

Sebelum ini, siapa sangka animasi pendek bertajuk 'Kring' yang dihasilkan sebuah studio yang dimiliki rakyat Malaysia berjaya menghasilkan animasi setaraf dengan Pixar yang dimiliki Walt Disney.

Animasi yang dihasilkan oleh Brainy Bones Studios menceritakan tentang kegigihan seorang guru dikenali sebagai cikgu Suraya berjaya mendidik seorang murid istimewa (dislexia) yang sentiasa gagal dalam mata pelajaran Matematik.

Rujukan:

FILEM ANIMASI BATIK GIRL



Filem animasi pendek dua dimensi (2D) terbitan syarikat tempatan berjudul Batik Girl mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat pengiktirafan peringkat dunia selepas ditayangkan pada 26 festival antarabangsa.

Produk berdurasi sembilan minit daripada The R&D Studio itu direalisasikan hasil kerjasama Heidi Shamsuddin, selaku penulis cerita, dengan Tudidut Studio bagi proses animasi watak dan Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk komposisi muzik.

Malah, Batik Girl turut berjaya memenangi beberapa anugerah termasuk anugerah Filem Animasi Pendek terbaik Festival de Largos y Cortos de Santiago di Chile dan anugerah Honorable Mention in Audience Favourite di Florida.

“Kami bertuah kerana menerima Geran Cabaran Pereka Harta Intelek (IPCC) yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada Ogos 2017.

“Melalui program ini, kami mendapat tunjuk ajar daripada mentor-mentor yang berjaya dalam industri. Geran ini membolehkan kami untuk bekerjasama dengan studio animasi lain, serta para penggubah muzik,” ujarnya.

Mengulas mengenai idea, penulisnya, Heidi Shamsuddin berkata ia tercetus ketika beliau dan Irwan menyertai Pesta Buku Kanak-Kanak di Bologna, Itali pada 2017.

“Ketika itu, kami ingin menghasilkan sebuah buku bergambar tanpa perkataan yang menampakkan ciri-ciri Malaysia.

“Pada masa yang sama, ramai orang tertarik dengan alas meja yang digunakan di Malaysian Pavilion. Saya amat meminati seni batik, dan ingin meneroka kisah atau naratif di sebalik simbol-simbol dan corak seni batik,” jelasnya.


Batik Girl mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan bernama Mas yang terpaksa mengharungi kehidupan selepas berdepan tragedi kehilangan ibu bapa.

Pengembaraan yang dilalui oleh Mas di dunia batik menunjukkan perasaan sedih, marah, takut, dan ditinggalkan oleh ibu bapanya, di mana kanak-kanak perempuan itu kemudian dapat merasa perasaan sayang dan mula menerima nasibnya.

“Dalam “Batik Girl”, kami memilih untuk memberi tumpuan kepada hubungan di antara seorang nenek dan cucu perempuannya, kerana ia merupakan satu emosi asas yang dapat difahami oleh orang ramai.

“Walaubagaimanapun, filem pendek ini menceritakan tentang kesedihan dalam kehilangan orang tersayang.

“Akhirnya, Mas keluar dari pengembaraan itu menjadi seorang yang lebih kuat dengan bimbingan neneknya,” kata Heidi.

Rujukan:
- https://www.youtube.com/user/RnDChannel
- Twitter @TourismMalaysia
- Animasi pendek Batik Girl dapat pengiktirafan antarabangsa
- Animasi pendek tempatan 'Batik Girl' terima pengiktirafan antarabangsa
- This M'sian Batik Animated Film Won Awards Worldwide & We Need To Talk About It
Moga kejayaan mereka membuatkan anda semua tersinpirasi. Selamat maju jaya untuk dunia perfileman dan animasi Malaysia!



Semangat Anem nak pergi ke tayangan yang kononnya dikatakan pada jam 12 dan 2.30 petang itu. Anem pun bercadang hendak pergi beramai-ramai. Orang yang memang ikut adalah Asma dan Fizah. Aimilah buat Anem sungguh teruja nak pergi, katanya kalau nak pergi ajak dia nanti. Anem pun fikir khamislah yang paling free bersempena awal muharam.

Aimi mencadangkan melalui mesej, agar pergi menaiki teksi kerana ada banyak urusan yang perlu diselenggarakan, takut tak terkejar. Dia ingin menghabiskan seminimum mungkin masa diluar. Memandangkan PTPTN perlu dikawal rapi, Anem pun mencadangkan usul ini kepada Ma dan Fizah. Mereka ingin menaiki bas. Jadi Anem pun fikir eloklah jika menaiki kereta sewa yang pelajar USM buat tu.

Selain Aimi, Anem turut mengajak ‘the busy person in the world’ tu. Ingat si Dak Coklat ini tak dapat pergi, tapi katanya boleh pula. Oklah tu. Anem pun membelilah tiket sebanyak 5 keping pada petang itu dengan si Tan.

Malamnya, Anem pun bermesejlah dengan dak teksi sewa itu. Tapi ia menimbulkan pelbagai keadaan yang tak pasti, apabila Aimi belum lagi confirm. Punyalah risau-risaukan Aimi, takut dia tak jadi pergi (this not about money, but I really want Aimi to go, actually!) Tapi melepasi jam 12, tiba-tiba orang lain yang mesej, si DakCoklat tu mesej memohon maaf menyatakan dia tidak dapat ikut kerana ada hal dengan komuniti. Tak kisahlah, takdak jodoh nak buat lagu mana.

Anem pun lantas mencari pengganti yang sememangnya Anem nak ajak dia dulu sebelum Dak Coklat, tapi katanya tak pasti siang tadi, iaitu Kak Ekin. Mujurlah dia jadi ikut. Ni sayang kat akak ni.

Dalam keadaan Aimi, tak confirm, Anem cubalah tanya dak Marlina, mana tahu dia dapat join. Tapi dia turut sibuk. Siangnya Aimi telah confirm tak ikut. Anem pun segera suruh Kak Iza mesej Ani, tanya nak ikut tak. Alhamdulillah.cukup dah 5 orang.

Dalam perjalanan,si driver, Sham, dak pendidikan asyik berjenaka. Kak Ekin yang peramah pun nakal usik-usik dia. Semua tiba di sana dalam jam 10.30 pagi. Kami pun berjalan-jalan dulu sementara tunggu tayangan.

Tiba di atas, kami terkejut. Mungkin sedikit kecewa.  Sedih. Apabila tayangan pukul 11 sebenarnya. Tapi ia pun turut dibatalkan. Sedih oh. Kami diberi harapan oleh geng 8 orang yang menaiki bas, kata mereka tunggu 2.30, Tan cakap. Kami berlima pun pergilah makan di food court. Bolehlah tahan. Naik atas, tunggu sekejap, mereka pun tiba, tayangan confirm tiada tapi boleh selaraskan hari lain jika mahu, tapi kami nak berdepan dengan presentation dah. Tak sempat.

Sebelum balik, kami puaskan hati dengan membeli sedikit barangan. Masing-masing ada barang yang dibeli. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin hari ini sengaja mempertemukan kami dengan keseronokan yang tersendiri.










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top