Showing posts with label hari guru. Show all posts
Showing posts with label hari guru. Show all posts



Selamat hari guru!! ♥️

Jangan Memperlekeh Usaha Guru
========

1. Akhbar Kosmo semalam melaporkan tentang tindakan Radio Hitz FM yang menggantung sementara tugas penyampai radio lelaki Hitz FM Sarawak berhubung perbuatannya mentertawakan seorang guru di saluran DidikTV.

2. Tindakan tegas sebegini perlu diambil. Ia bagi mendidik masyarakat agar meletakkan guru di kedudukan yang selayaknya. Islam melarang kita memperlekeh apatah lagi mempersendakan usaha murni seorang guru yang sedang mendidik anak bangsa.

3. Rasulullah ﷺ menanamkan ke dalam jiwa para sahabat agar sentiasa memuliakan guru. al-Imam Ahmad meriwayatkan hadith tentang bagaimana Rasulullah mendidik para sahabat agar memberikan hak dan penghormatan kepada guru. Sabda Rasulullah:

ليس من أمَّتي من لم يُجلَّ كبيرنا، ويرحم صغيرنا، ويعرف لعالمنا

“Bukanlah dikalangan umatku mereka yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, mereka yang tidak menyayangi anak-anak kecil, dan mereka yang tidak memberikan hak kepada guru kami. (HR Ahmad)

4. al-Imam al-Ghazali pula adalah tokoh yang sangat memuliakan guru. Sehingga beliau menegaskan bahkan meletakkan kedudukan guru lebih mulia dari kedudukan ibubapa. Kata al-Imam al-Ghazali:

فإنَّ الوالد سببُ الوجود الحاضر، والحياة الفانية، والمعلم سبب الحياة الباقية

“Sesungguhnya ibubapa adalah sebab kewujudan seorang anak dimuka bumi ini, namun kehidupan ini akan binasa. Sedangkan guru adalah sebab kepada kejayaan abadi seseorang di akhirat yang kekal selamanya. (al-Ghazali, Ihya Ulum al-Din)

5. Para sahabat Nabi dahulu sangat memuliakan guru mereka.  Urwah ibn Mas’ud menceritakan bagaimana para sahabat Nabi amat menghormati guru mereka iaitu Rasulullah ﷺ. Menurut beliau:

وإذا تكلم خفضوا أصواتهم عنده، وما يُحِدُّون إليه النظر تعظيمًا له

“Para sahabat akan bercakap dengan suara yang rendah (sopan) ketika bertutur dengan Baginda ﷺ, serta tidak menajamkan pandangan mereka (merenung dengan tajam) kerana menghormati Rasulullah ﷺ.

6. Pertuturan adalah antara perkara yang amat dijaga oleh para sahabat. Mereka tidak meninggikan suara di sisi guru dan mereka tidak menarik muka apabila berhadapan dengan guru. Jauh sekali untuk mereka memperlekehkan atau mentertawakan seorang guru.

7. Begitu tinggi adab dan penghormatan yang diterapkan oleh Islam dalam menghormati guru. Oleh itu, setiap ibubapa hendaklah mendidik anak bangsa ini agar sentiasa memberikan penghormatan buat guru. Negara ini tidak akan membangun tanpa pengorbanan seorang guru. 

Semoga Allah membimbing kita.

Rujukan:

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Dalam taman.
Salam. Ini adalah entri yang sangat deras ditaip. Pertamanya terima kasih kerana sudi bertandang, sudi ikut dan sudi kawan , komen dan bersama arnamee blogspot. Maaf, kerana anem agak kekurangan masa walau terlebih kata untuk dilontarkan.Ada masa kita bermesra ria, ya?

Seterusnya , kepada semua warga pendidik- cikgu , pensyarah, professor, guru, murabbi, mua'llim, teachers, ustaz, ustazah, tutor , sir , tenaga pengajar , madam , miss , kakak, abang, pakcik ,makcik, emak, ayah , adik , penceramah dan kawan-kawan yang pernah mengajar sesuatu, memberi dan berkongsi kepada orang lain. 16 Mei adalah hari anda. Hari guru. Siapapun kita hari ini, sejarahnya bermula dengan seorang guru. Semoga ALLAH melindungi dan memudahkan mereka yang memberi dan sudi berkongsi sehingga ke akhirnya.

Encik Hasnul : pensyarah di USM .
Kepada sahabat yang menjadi cikgu, tahniah sebab memilih kerjaya penuh mencabar era hari ini dan ada jariahnya di hari kelak. Sesungguhnya keikhlasan korang itu akan diberkatiNya. Amin.

Terima kasih untuk semua cikgu yang pernah mendidik insan bernama Anem ini. *pelukeraterat*

Dan hari ni, cuti hari Hari wesak 2011 jatuh pada 17 mei ,  disambut oleh mereka beragama buddha . Kadangkala ramai keliru terhadap hari wesak ini. Baca Sejarah di sini: Hari wesak [ klik ke wikipedia ]  . Selamat bercuti untuk yang bercuti. Apapun untuk semua, jalani hidup dengan hati-hati ya.

Sekian. Sayangkorangkorang !

p/s : Hidup adalah sebuah proses ! *Life is a process* #thefact .







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top