Showing posts with label hukum bercerai. Show all posts
Showing posts with label hukum bercerai. Show all posts


Ya Allah! Remuk hati si isteri saat menerima pesanan whatsapp yang dikirim oleh suaminya, perpisahan yang sepatutnya berlaku dengan cara yang baik tetapi si suami hanya memilih jalan yang mudah untuk melepaskan diri.

Tetapi persoalannya boleh ke suami terus melafazkan cerai di luar mahkamah kepada isterinya ? 

Jawapannya semestinya tidak boleh. Seorang suami yang ingin menceraikan isterinya perlulah mendapat kebenaran daripada mahkamah terlebih dahulu sebelum sesuatu lafaz yang bermaksud untuk bercerai boleh dilakukan. 

Jadi, bagaimana jika suami sudah melafazkan talak terhadap isteri di luar mahkamah? 

Sekiranya seorang suami melafazkan cerai terhadap isterinya sama ada secara lisan yang jelas (lafaz soreh) atau lafaz secara kiasan (lafaz kinayah), melalui SMS, aplikasi Whatsapp atau sebagainya, dilakukan di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, maka suami atau isteri perlu membuat pengesahan lafaz cerai tersebut di mahkamah Syariah terlebih dahulu sebelum ianya boleh didaftarkan di pejabat agama. 

Perbuatan menceraikan isteri tanpa kebenaran mahkamah merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 124 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) yang mana jika disabitkan bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Jadi untuk para suami di luar sana beringatlah dan jangan sesuka hati untuk melafazkan cerai. Ingat! jika tersalah langkah, anda akan menyesal kemudian hari.


Sumber:

- Telegram JAWI

https://www.kosmo.com.m

- http://www2.esyariah.gov.my/



Hadis talak menggegarkan Arasy dinilai palsu oleh ramai ulama hadis seperti Imam Ibn al-Jauzi, al-Saghani, as-Syaukani etc. Yang sahih, bercerai itu juga syariat dan dibolehkan jika perlu. [Fawaid al-Majmu’ah 1/139].

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1504, hadis nombor 7666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله .

Manakala hadis perkara halal yang dibenci Allah ialah talak, Dhaif sebagaimana yang disebutkan oleh imam al-Baihaqi dan Ibn Hajar al-Asqalani tapi maknanya betul. Bercerai tak disukai kalau bukan terdesak. Hukum asal bercerai adalah makruh melainkan perlu. [Talkhis al-Habir 5/433

*****

Sumber:

https://twitter.com/addien90s/status/1512708714532601857?t=N1yLT8fm0KmyXR75q6uyBg&s=19

https://semakhadis.com/sesungguhnya-bagi-allah-swt-di-bawah-arasy-nya-ada-sebuah-tiang-dan-apabila-seorang-hamba-mengucapkan-tiada-tuhan-melainkan-allah-maka-tiang-itu-akan-bergegar/








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top