Showing posts with label hukum menghina. Show all posts
Showing posts with label hukum menghina. Show all posts

Nak cerita sedikit tentang keyakinan diri. 


Gambar: Meruyert Gonullu


Bila kita kenal diri sendiri, kita tak kisah dah apa orang lain nak kata tentang kita.

Ummu Jamil, isteri Abu Lahab sangat benci pada Nabi Muhammad. 

Lagi-lagi bila Allah turunkan Surah al-Masad.

Dalam surah itu, ada kecaman khusus terhadap Abu Lahab dan Ummu Jamil.

Bila Ummu Jamil dengar surah itu, dia sangat marah dan terus pergi cari Nabi. 

Waktu itu, Nabi sedang duduk bersama Abu Bakar berdekatan Kaabah.

Ummu Jamil tanya kepada Abu Bakar:

"Abu Bakar, mana kawan kau? Aku dengar cerita dia hina aku. Demi Allah, kalau aku jumpa dia, aku pukul mulut dia dengan batu ini." 

Ummu Jamil ketika itu bawa batu. Memang dia nak guna untuk pukul Rasulullah.

Padahal Rasulullah waktu itu ada saja di sebelah Abu Bakar. 

Ummu Jamil pun beredar.

Abu Bakar kata, "Wahai Rasulullah, dia tak nampak kamu?"

Nabi jawab, "Allah dah ambil penglihatannya sehingga dia tidak mampu melihat aku."

Hebatkan kuasa Allah? 


Ummu Jamil buat syair. Waktu itu masyarakat Arab memang sukakan syair. 

Dia sebut kuat-kuat: 

"Muzammam kami abaikan. Agamanya kami tinggalkan. Perintahnya kami lawan."

Muzammam bermakna yang terkeji atau yang terhina. Dia nak ejek nama Nabi. 

Nama Nabi kan Muhammad. Muhammad bermakna yang terpuji.

Bila Nabi dengar syair itu, Nabi tak marah pun. Nabi kata, 

"Ajaib kan, macam mana Allah patahkan cacian dan kutukan orang Quraisy." 

"Mereka caci Muzammam (yang terkeji). Mereka kutuk Muzammam (yang terkeji). Padahal aku Muhammad (yang terpuji)."

Nabi langsung tak kisah orang nak perli baginda Muzammam ke apa. Sebab baginda tahu, baginda adalah MUHAMMAD. 

Muhammad, yang terpuji. 

Orang yang awak hina itu Muzammam. Bukan Muhammad.

Bila kita kenal dan yakin dengan sendiri, kita tak kisah apa orang nak kata pasal kita. 

Kita tak peduli, kita teruskan hidup dengan tenang dan bahagia 🤍


Nak dengar banyak lagi kisah inspirasi macam ini? Jom ikuti kelas terbaru saya.


Sumber: Perkongsian Ustaz Yazid Hamka



 


Jangan Menghina Masa Lampau


Ramai dari kita yang ingin bertaubat lalu menyepikan diri kerana takut, segan atau malu dengan masa lampau. Bimbang masyarakat mengherdik.

Maka dalam tulisan ini, saya ingin kemukakan apakah langkah yang perlu kita lakukan untuk menyantuni orang yang bertaubat, atau diri kita sendiri.

Semua orang ada waktu lampau yang mungkin tidak manis untuk dikenang. Hatta tokoh-tokoh hebat semisal al-Fudhail bin Iyadh dan ramai lagi juga jika kita baca kisah mereka, ada perkara sedemikian.

Namun itu tidak menghalang mereka untuk menjadi tokoh yang sangat hebat dalam akhlak dan ilmu.

Tidaklah kita nyatakan bahawa kita perlu berbangga dengan dosa yang lampau, tetapi janganlah kita takut jika kita punya masa lampau yang tidak manis.

Saya sangat suka dengan apa yang Nabi ﷺ sebutkan tentang seorang wanita yang telah berdosa dalam hidupnya iaitu zina, lalu dia bertaubat.

Apakah Nabi ﷺ sebutkan tentangnya?

لقد تابت توبة لو قسمت بين سبعين من أهل المدينة لوسعتهم

"Dia (wanita itu) telah bertaubat dengan satu taubat yang mana jika dibahagikan kepada 70 ahli Madinah, nescaya mencukupi" (HR Muslim)

Hebat.

Ingat, Nabi ﷺ menyebutkan ahli Madinah ketika zaman itu, bukan zaman kita ini. Bererti ahli Madinah ketika itu adalah sebaik-baik umat dan ahli Madinah, tetapi taubat wanita itu sehingga ke tahap itu.

Apa yang kita ingin nyatakan di sini adalah taubat kita itu mampu menjadi pemangkin kepada kekuatan jiwa kita, kita membina pertalian kepada rahmat Allah.

Maka jangan terlalu berasa 'down'.

Benar, masa lampau bukan senang dilupakan dan dihapuskan, tetapi kita boleh menjadikannya sudut besar dalam hati kita untuk menjadi kuat dan tabah.

Begitu juga kita yang mungkin tidak mempunyai masa lampau yang pahit, santuni mereka yang baru berhijrah dengan baik.

Jangan kita berikan intonasi seolah kita orang paling baik, orang lain tak mampu jadi baik.

Jangan tutup suatu pintu yang Allah bukakan iaitu pintu taubat.

Saya ada sebutkan dalam buku saya, Mencari Jalan Pulang. Sahabat-sahabat boleh dapatkan segera.

Moga bermanfaat.
#MencariJalanPulang


Sumber: Ustaz Muzuza









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top