Showing posts with label ibu mengandung. Show all posts
Showing posts with label ibu mengandung. Show all posts

 



Merancang untuk Hamil? Jangan Lupa Folic Acid!

Kalau anda tengah merancang nak tambah ahli keluarga, jangan lupa “sahabat baik” untuk bakal ibu ni – folic acid. Vitamin kecil tapi penting ni boleh bantu cegah kecacatan pada bayi, terutamanya dalam pembentukan otak dan saraf. Sebab tu penting ambil folic acid awal, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil.

Cara Dapatkan Folic Acid:

🥦 Sayur berdaun hijau seperti sawi, bayam, dan kangkung
🥄 Kekacang seperti kacang dhal, kacang kuda, tauhu, dan tempeh
🍊 Buah sitrus seperti oren dan limau
🥣 Bijirin yang diperkaya dengan folic acid

💊 Boleh didapati melalui suplemen yang mudah didapati di farmasi

https://s.shopee.com.my/2Ay81LwxRo

Mulakan dengan dos yang disyorkan, biasanya 400 mikrogram sehari, dan teruskan sehingga trimester pertama kehamilan.

Langkah kecil ini boleh memberikan impak besar pada masa depan bayi! 🌼




 


Siapa yang kat sini, bila time mengandung je mesti rasa lemah, tidak bermaya, nafas tercungap-cungap bila kerja berat, pening, atau berat kepala? Ini mungkin tanda anemia. 

Tapi saya dah cuba supplement dan makan pelbagai makanan tambah darah. Setiap kali jumpa misi saja mesti hemoglobin (hb) rendah. 

Jangan risau. Min bagi tips bagaimana nak naikkan hb. Semoga berjaya.


Baiklah, post ini Anem hadiahkan untuk sahabat-sahabat Anem yang sedang berbadan dua, tiga mahupun empat. (InsyaALLAH kot-kot ada rezeki dapat anak kembar yang comel, ye dak ?Anem doakan ). Walaupun Anem belum berkahwin , namun hasil pembacaan yang tak seberapa ini, diharap dapat dikongsikan buat kalian , sahabat yang Anem sayangi. Sudikan membaca. Semoga dipermudahkan segalanya, doa yang baik-baik dan kuatkan semangat, semoga sihat selalu ya. Insyaallah .

Cara didik anak ketika bayi dalam kandungan [amalan ketika mengandung]

-Jaga solat wajib, banyakkan solat sunat
-Banyak mengamalkan zikir
-Banyak baca al-quran
-Mendengr muzik yang menenangkan
-Baca buku ilmiah
-Jaga adab
-Jaga emosi, elak stress
-Lakukan kerja ringan sebagai senaman
-Makanan yang berkhasiat dan halal
-Elak sifat mazmuah
-Senyum dan sabar

Doa dan Amalan :Surah bacaan ketika mengandung:
Surah al-fatihah: untuk terang hati dan kuat daya ingatan.
Surah maryam- untuk mudah ibu bersalin, dapat anak yang taat
Surah luqman- bagi anak cerdik
Surah yusuf- bagi anak cantik rupa
Surah al-hujurat – untuk banyak susu ibu, dan anak bsifat hati2
Surah yasin- untuk ketenangan hati dan anak2 jauh dar igangguan syaitan
Surah al-tawbah : untuk bersih jiwa terpengaruh dari maksiat
Surah al-nahl : untuk lahirkan anak berdisplin.

Nota : Tips ini perkongsian dari Ustazah Siti Nur Bahyah


11 Sifat ibu bapa yang cemerlang /  menjadi ibu bapa mithali

- Membersihkan hati dan perasaan
- Membina kebahagiaan secara proaktif
- mendidik diri sendiri
- Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusian melalui al-mawaddah (kasihsayang) dan al-rahmah (kasih-mengasihani)
- mengistiqamahkan sunah Rasullullah s.a.w dan penghayatan islam dalam rumah tangga
- mengamalkan sikapdan pegangan yang betul
- mengamalkan suasana yang harmoni dan membina
- menjaga pemakanan dan kesihatan keluarga
- Mengamalkan pergaulan hidup berumah tangga yang diredhai
- Muhasabah diri sebelum tidur malam
- Berdoa memohon petunjuk dan keredhaan ALLAH

Nota :Ini pula Tips dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Apapun, kita hanya boleh berdoa, berusaha dan berikhtiar, selainnya serah pada ALLAH, yang penting ikhlas, insyaallah. Sekian entri dari orang bujang..Hihi :)







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top