Showing posts with label jauhi syaitan. Show all posts
Showing posts with label jauhi syaitan. Show all posts

 



Mari sama-sama kita amalkan membaca Doa Perlindungan dari Gangguan Syaitan. 

“Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan syaitan-syaitan, Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.”


Sumber:

https://x.com/MyJAKIM/status/1838053481460146460?s=19


Semua kita sedar hidup ini sementara dan tentang saling meninggalkan. Jika kita tidak pergi, orang lain yang pergi. Begitulah sebaliknya. Namun semua berimpian untuk berkesudahan dengan cara baik dan dirahmati. Jadi di sini ada sedikit perkongsian melalui beberapa majalah.

8 Sesi memperbaiki akhlak:
• Paksa diri buat baik elak tak baik
• Pantau diri buat baik elak tak baik
• Hisab diri buat baik elak tak baik
• Hukum diri bila cuai
• Tambah usaha dan azam
• Cela diri bila buat silap
• Ulang rukun
• Catat kejayaan dan kegagalan

Jauhi syaitan dengan :
- Beristiazah ( Au'zubillahi minasshaitanirrajim )
- Ayat kursi
- Berdoa diberi hidayah petunjuk
- Mengamalkan mathurat

Agar memperoleh khusnul khatimah :


- Doa Nabi Yusuf ( Surah Yusuf : 101 )
- Doa tukang sihir Firaun yang telah bertaubat ( a;-A’raf: 126)


- Diteguhkan hidayah ( ali imran : 8 )
- Teguhkan hati
- Selamat darpada godaan syaitan ketika sakaratulmaut
Terputus amalam kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan doa anak soleh

5 sifat manusia yang mewakili syurga firdaus:
- Solat dan khusyuk
- menjauhi perkara lagho
- Yang sucikan hati
- Menjaga kemaluan dan kehormatan seksual
- Manusia yang memelihara amanah

6 Perkara Untungkan Orang Beriman
- Khusyuk dalam solat
- Menjauhi perbuatan dan percakapan yang sia-sia
- Menunaikan zakat
- Memelihara maruah dan kehormatan diri
- Menunaikan amanah dan janji
- Memelihara solat

Sekian perkongsian. Ada penambahan atau pembetulan, sangat dialukan. Moga kita semua meninggalkan dunia dalam keadaan yang baik dan diredhai-Nya, insyaAllah. Selagi hidup, berdoa, berusaha, berikhtiar, tawakal dan istiqamahlah. InsyaALLAH moga Allah redha. Amin.


Sumber ; Majalah JOM, SOLUSI, ALISLAM & IMAN 




Adakah semua sifat jahat daripada syaitan?
Sifat jahat ni kadangkala daripada syaitan. Kadangkala daripada nafsu. Dalam diri dah sedia faktor penolak daripada buat jahat. Nafsu ni suka kepada benda lazat dan seronok. Yang penting puas. Syaitan ni bagi sokongan dan motivasi kita buat jahat.

ARTIKEL BERKAITAN: 

  • Kita kawal dengan minta lindung daripada Allah. Minta jauh.
  • Setiap manusia kita tengok berdasarkan siapa kawan dia.
  • Godaan syaitan ni besar. Jaga jangan sampai tergoda dengan tipu daya. Syaitan nak goda sebab nak ramaikan orang dalam neraka. Kena azab.
  • Syaitan bisik. Ada was-was. Semua orang ada gangguannya.
  • Orang miskin diduga supaya tak redha. Orang kaya bagi dia kedekut. Orang sihat supaya dia rasa sihat dan lambat nak mati. Orang sakit supaya dia tak redha. Dia marah. Syaitan datang dalam pelbagai bentuk.
  • Kena ada rasa tawaduk bila nak mengubati sakit kita atau ada ahli keluarga kita. Kemudian keinginan untuk sembuh. Senjata paling ampuh adalah doa.
  • Tindakan awal untuk bayi sawan tepuk / bisik telinga kanan dengan bismillah atau la haula wa quwwata illa billah.
  • Azan dan Iqamahkan di telinga kiri. Jika nak demam mandikan. Sejukkan badannya. Kalau guna ais ais. Kaki ke atas.
Gangguan Syaitan

  • Syaitan goda ni kadang kita tak perasan. Rasa riak beramal contohnya.
  • Masa sakaratul ada godaan syaitan. Ini peluang terakhir syaitan. Dia tak putus asa.
  • Boleh baca An-Nas dan Auzubillahi minassyaitannirrajim. Baca al-Quran dapat pahala dah. Apa ayat kita boleh baca baca. Untuk elak gangguan.
Ayat dan hadis menghindarkan diri daripada syaitan, sihir dan niat jahat manusia.

- Sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah

Diriwayatkan oleh at-Tobrani di dalam 'al-Kabir' dan juga al-Hakim, daripada Ibnu Mas'ud RA bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca sepuluh ayat iaitu empat ayat dari permulaan al-Baqarah, diikuti dengan ayat al-Kursi dan dua ayat selepasnya disambung lagi dengan dua ayat terakhir surah al-Baqarah, maka rumah tersebut tidak akan dimasuki oleh syaitan sehinggalah ke waktu pagi."

- Surah Al-Ikhlas dan surah al-Mu’awwizatain

Rasulullah SAW bersabda; Katakanlah (bacalah surah) Qul Huwallahu Ahad dan Qul ;audzu Birabbinnaas dan Qul a;udzu Birabbil Falaq ketika pagi dan petang sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan. (HR Abu Daud dan An Nasai)

- Surah Ghafir
مَنْ قَرَأَ حم الْمُؤْمِنَ إِلَى { إِلَيْهِ الْمَصِيرُ } وَآيَةَ الْكُرْسِيِّ حِينَ يُصْبِحُ حُفِظَ بِهِمَا حَتَّى يُمْسِيَ وَمَنْ قَرَأَهُمَا حِينَ يُمْسِي حُفِظَ بِهِمَا حَتَّى يُصْبِحَ
"Barang siapa yang membaca surah al-Mu`min (Ghafir) ayat 1—3 dan ayat kursi pada pagi hari maka ia akan dijaga sampai pagi hari dan barang siapa yang membaca keduanya pada pagi hari maka ia akan dijaga sampai pagi hari." (HR. Tirmidzi)
- Hadis-hadis

"Bismillahillazi la yadurru ma as mihi syaiun fil ardhi wala fi sama i wahuwassamiul alim"
*Dengan nama Allah yang dengan namaNya, sesuatu pun di bumi atau di langit tidak memberi mudharat dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Daripada uthman bin affan RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud "sesiapa di kalangan hambaNya yang membaca doa ini pada setiap pagi dan petang sebanyak tiga kali,nescaya tidak ada sesuatu pun yang akan mendatangkan mudharat ke atasnya"- hadis riwayat Abu Daud dan at Tarmizi.

A'uzu bikalima tillahit taammaati min syarrima khalaq
Aku mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang Dia ciptakan.
"Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang membaca doa di atas setiap petang sebanyak 3 kali, maka dia akan selamat dari sebarang bisa atau sengatan semua (makhluk) yang beracun."
SANTAU / SIHIR




  • Syaitan janji nak ganggu sampai bila2 takdak cuti. Relevan selamanya.
  • Baca Auzubillahi minal syaitanirajim min zamhi untuk elak.
  • Boleh dihantar jarak jauh.
  • Histeria ke perempuan mudah
  • Perempuan suka berubat tu kadang terlajak. Lelaki pula jenis tak percaya dia sakit tu tak berubat. Pun bahaya. Kena ambil jalan tengah. 
Semoga kita semua dilindungiNya selalu, insyaAllah, jaga diri.
Jika ada penambahan atau pembetulan dalam penulisan ini, sangat dialukan. Terima kasih.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top