Showing posts with label kebas. Show all posts
Showing posts with label kebas. Show all posts

Kekejangan otot ialah kontraksi otot yang kuat di luar kawal. Kontraksi otot ini berterusan dan ianya berlaku secara tiba-tiba. Keadaan tersebut menimbulkan rasa sakit yang mengganggu pergerakkan anggota tersebut. Kekejangan otot sering kali berlaku ketika bersukan 🏃🏼‍♂️🚴🏼‍♂️ dan semasa menjalankan aktiviti fizikal terutamanya di kalangan atlet.

Punca berlakunya kekejangan adalah disebabkan oleh pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan dan pada masa yang sama mengakibatkan kandungan oksigen serta nutrien di dalam otot semakin berkurangan.

⚠️ Namun, diet yang kaya dengan potasium, kalsium dan magnesium boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.


Sumber:

https://twitter.com/KKMPutrajaya/






Ramai mungkin pernah alami rasa kejang atau orang panggil simpul mengkarung, kira macam kebas susah nak gerakkan kaki. Tak berasa apa. Kadangkala waktu kena itulah rasa nak bergerak, tapi sakit. Kalau mengalaminya secara berlebihan dan terlalu kerap, elok jumpa doktor untuk mengetahui alternatif yang lebih baik. Moga semua sihat-sihat saja, insyaAllah.

Pencegahan : lebihkan minum air masak , cecair lain seperti isotonic, makan makanan berkabohidrat seperti nasi, roti. Makan pisang juga boleh mencegah – sebarang makanan yang ada kalsium ,zink, magenesium, potassium .

Cara mengatasi ;
Meregang :
Luruskan kaki  tumit dahulu
Hati-hati lenturkan buku lali dan jari anda.

Mula-mula sakit lama-lama akan hilang , urut-urut otot yang kejang,  mandi air suam, atau letak botol air panas pada kawasan kejang, berjalan, mundar mandir beberapa minit.

Mencuba untuk mengelak dengan :

  •  Buat senaman regangan kaki sebelum tidur,
  • Jangan berdiri lama dan jangan duduk kaki bersilang
  •  Putarkan buku lali
  • Jarakkan jari kaki ketika dudu
  • Berehat, menonto
  • Makan makanan berkalsium
  • Elak yang bergas.
Moga semuanya akan lebih baik, selagi boleh, ikhtiarkan yang terbaik.


*Ada tambahan atau pembetulan, amat dialukan. Terima kasih.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top