Melihat perhimpunan dan solidariti Palestin di seluruh dunia, semakin membakar semangat kita untuk menyokong dan mendoakan mereka.
Himpunan solidariti Palestin di Malaysia:
🇲🇾🤍🇵🇸
Ahad @ Dataran Merdeka
———————————-
*MALAYSIA STANDS WITH PALESTINE*
Join us for a peaceful rally in solidarity with the people of Gaza.
Sunday 22nd Oct
10.30am - 1pm
Dataran Merdeka
Guest of Honour - Puan Nurul Izzah Anwar. Other speakers, Dato’ Dr. Musa Mohd Nordin, Dr. Hafidzi Mohd Noor, Puan Kavitha Sidhu, Mr. Goh Keat Peng, Saudara Tai Zee Kin.
Jointly organised by Viva Palestina Malaysia & MyCARE
Print the placards provided at this link and bring along
🔗https://bit.ly/3Fq
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*MALAYSIA BERSAMA PALESTINE*
Ayuh sertai perhimpunan aman ini sebagai tanda solidariti kita bersama rakyat Palestin.
Ahad 22 Oktober 2023
10.30am - 1pm
Dataran Merdeka
Tetamu kehormat- Puan Nurul Izzah Anwar., Tetamu lain : Dato’ Dr. Musa Mohd Nordin, Dr. Hafidzi Mohd Noor, Puan Kavitha Sidhu, Mr. Goh Keat Peng, dan Saudara Tai Zee Kin.
Anjuran bersama Viva Palestina Malaysia & MyCARE
Anda boleh cetak sepanduk di pautan di bawah untuk dibawa bersama
Nakbah dalam bahasa arab bermaksud bencana yang amat dahsyat.
Hari Nakbah adalah hari 'bencana' bagi rakyat Palestin sehingga mereka terpaksa lari meninggalkan rumah dan kampung halamannya pada 15 Mei 1948.
Nakba Day
15 Mei 2016 ini genaplah 68 tahun memperingati peristiwa Nakbah. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).
Hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.
Sehingga kini dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka (tidak pernah pulang). Moga doa-doa dan petolongan kita sesama saudara seagama dan atas dasar kemanusiaan ini tidak pernah putus. Insya-Allah.
A Palestinian protester holds a Palestinian flag during clashes with Israeli troops at a protest ahead of Nakba day, in the West Bank village of Bilin near Ramallah May 13, 2016. (Photo: Shadi Hatem/ APA Images)
Biadap! Kafir Laknatullah. Israel pengganas sebenar! Merintih.Menangis.Menjerit.Merayu.Ia akan berterusan di bumi Gaza. Mungkin tiada lagi yang hidup di sana baru peluru itu berhenti.
Nauzubillahiminzalik.
“Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan ALLAH. Apakah kalian tidak memperhatikannya?”(Ad-Dzariyat:21)
Kita di sini saling berkongsi rasa.Hendak menjerit, peluh dah penuh membasahi tubuh berdemonstrasi, melaung nilai aspirasi agama islam nan suci.Menangis, naik kering air mata yang tertumpah melihat gambar anak kecil tak berdosa, serta mereka yang tiada daya upaya melawan kuasa raksasa yang menggila.
Cara bantu rakyat Palestin & cara derma :
Aqsa Syarif(AGEN BANTUAN RASMI DAN DIAKUI) menyeru semua rakyat Malaysia bersedia membuat sumbangan mereka melalui akaun-akaun AQSA SYARIF BERHAD seperti berikut:
a) Makanan asas b) Ubat c) Pakaian sejuk dan selimut d) Pembiayaan rawatan di hospital Mesir bagi yang cedera parah e) Pembiayaan kos baik pulih rumah-rumah yang musnah
Sememangnya hingga akhirnya pun, Israel tetap berdendam dengan islam.Namun dalam kekalutan saudara kita di sana, Anem paling tersentuh melihat penyatuan hati insan-insan seagama kita di sini, walau berbeza sisi ideologi politiknya, masih duduk bersebelahan mengalun suara rintihan serta jeritan bagi membolehkan rakyat Palestin mendapat keamanan.Syabas!
Kita bersatu kerana kita perlu bersatu.Wajib. Bercerai nanti, roboh pula..
Alhamdulillah, untuk penyatuan itu. Demi Agama.ALLAHUAKBAR!
Anem juga hendak membuat standing ovation.( tepuk tangan sambil berdiri), untuk semua pejuang-pejuang (para bloggers) yang menggunakan mata pena serta jari-jemari yang tidak pernah lelah untuk menaip bagi meluah rasa terbuku, mengajak untuk memboikot produk Yahudi dan Amerika, melampirkan gambar yang membuahkan keinsafan serta kepada yang tidak pernah putus asa menyatakan kekcewaan terhadap apa yang berlaku. Sahabat semua, teruskan perjuangan kalian!Keep on istiqamah.
You are the best blogger in the world. Keep writing.
Walaupun mereka yang zalim itu mungkin tak faham penulisan Anem.
Dengan kerjaya mereka sebagai musuh dunia, pastinya tiada kesempatan menterjemah blog ini, cukuplah Anem katakan,
“Israel, please give Palestine a life today, as well as you wants to get you life tomorrow”
. Ya ALLAH , selamatkan saudara-saudara kami di sana, berikanlah mereka kekuatan dan kemenangan..Amin..
Doakan, terkini 15/11- 2012 : Ketua sayap tentera kumpulan Islamis Hamas Palestin, Ahmed Said Khalil
al-Jabari terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Gaza. . Jurucakap Hamas, Taher Anunu memberitahu pemberita, keganasan yang
dilakukan oleh Israel ini merupakan jenayah yang cukup kejam dan bakal
memberi kesan jangka panjang. Dan Ramai lagi terbunuh :(
DOAkan UNTUK mereka :
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada
angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak
meruntuhkan Kaabah)?
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan;
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras;
Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.