Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

 




VERSE:

Kadang lelah kadang resah

namun cinta takkan rebah

aku tahu aku hina

namun cintaMu tidak akan pernah sirna


Pernah hatiku ingin mati

Letihku menanggung sepi

Tapi Kau masih beri peluang

Engkau tempatku kembali

Oh tuhanku


PRE KORUS:

Dalam gelap 

ku mencari 

cahaya terangMu

Walau tersungkur 

walau jatuh 

ku bangkit 


KORUS

Ku berjalan menuju syurga

dengan luka yang masih terasa

mengenang dosa yang lama

aku percaya janjiMu nyata

air mata jadi saksi

ampuni aku ya rabbi

Oo

Dalam gelap 

ku mencari 

cahaya terangMu

Walau tersungkur 

walau jatuh 

ku bangkit lagi


BRIDGE

Gelap malam menyesak dada

Namun doa penemanku

aku tahu ku tak sempurna

Terimalah diriku ya Allah


PRE KORUS 2:

Dalam gelap 

ku mencari 

cahaya terangMu

Walau tersungkur 

walau jatuh 

ku bangkit lagi


KORUS 2:

Dan ku berjalan menuju syurga

dengan luka yang masih terasa

mengenang dosa yang lama

aku percaya janjiMu nyata

air mata jadi saksi

ampuni aku ya rabbi

Oo

Dalam gelap 

ku mencari 

cahaya terangMu

Walau tersungkur 

walau jatuh 

ku bangkit lagi


OUTRO

Kan aku datang padaMu oh Tuhan,

Dengan cinta dan rindu

Ku pohon rahmat agungMu

ke syurga yang ku rindu

Andai aku tersungkur 

walau jatuh 

ku bangkit lagi



Lagu asal: “Golden” - HUNTR/X | KPop Demon Hunters | Sony Animation






CHOIR

Siap sedia(ulang)


Kiamat hampir tiba

Sudahkah bersedia?

Terbuai dengan nafsu

Dunia ini 

Fatamorgana


VERSE (AFIQ)

Dunia ini hanyalah bayang

menggoda hatimu yang mudah goyah

Lalai tertawa di pesta fana

Sedang maut tak kira masa


(AMMAR)

Kiamat menghampirimu

Tanda-tanda tak lagi rahsia

Zina riba bencana

HukumNya dipijak-pijak tanpa resah


PRE KORUS (SHAFIQ)

Fitnah dajjal semakin hampir

Matahari bersiap berputar arah


KORUS (SHAFIQ)

Siap sedia

Janganlah tergoda

Masih mahu hanyut dan terleka?

Kiamat hampir tiba

Masih mahu menyembah dunia

Lalai dengan nikmat yang sementara

Sanggup gadaikan syurgamu

Janganlah tergoda

Dunia hanya fatamorgana


(RAP)MANGGAS

Bila kuffar menjadi engkau punya idol

Sanggup gadai agama asalkan kau viral

oh ya

dajjal belum tiba

iman kau dah hilang

Apa sudah jadi wahai teman


(HAFIZ)

Kiamat telah meghampirimu

tanda tanda tak lagi rahsia

zina riba berleluasa

Hukumnya dipijak tanpa resah


PRE KORUS (AMMAR)

Sungguh fitnah dajjal semakin hampir

Matahari bersiap berputar arah


KORUS (SHAFIQ)

Siap sedia

Janganlah tergoda

Masih mahu hanyut dan terleka?

Kiamat hampir tiba

Masih mahu menyembah dunia

Lalai dengan nikmat yang sementara

Sanggup gadaikan syurgamu

Janganlah tergoda

Dunia hanya fatamorgana


BRIDGE

Bebaskanlah diri

Dari dosa nosa

(AFIQ)

Kembalilah sebelum semua terlambat


KORUS (SHAFIQ)

Siap sedia

Janganlah tergoda

Masih mahu hanyut dan terleka?

Kiamat hampir tiba

Masih mahu sembah dunia

Lalai dengan nikmat yang s

ementara

Sanggup gadaikan syurgamu

Janganlah tergoda

Dunia hanya fatamorgana




Lagu asal: “Your Idol” - Saja Boys | KPop Demon Hunters | Sony Animation

Seronok! Seperti sedang menjelajah menggunakan mesin masa atau mungkin perasaannya seperti sudah membaca beberapa ringkasan bab dalam naskah ensiklopedia. Banyak ilmu menarik selain menjadi eye opener untuk beberapa isu semasa (yang sebelum ini kita terbaca namun dari sisi berbeza). Hakikatnya buku ini padat, berbaloi dan tidak rumit untuk dibaca.

Tidak berat. Santai dan mudah difahami bahasanya. Sesiapa pun yang walaupun kurang berminat tentang isu semasa, hubungan antarabangsa dan hal-hal geopolitik dunia akan mudah menerima naskah ini.

Antara perkara yang menarik dalam buku ini adalah bagaimana kita perlu belajar daripada negara lain dan alasan kenapa kita perlu mengambil tahu hal di sekeliling kita. Juga pendirian Malaysia dalam beberapa isu.

Antaranya yang diperolehi melalui buku ini:

ASAL USUL NAMA MALAYSIA
Malaysia dalam konsep geografi satu ketika dahulu sama seperti "Asia, "Eurasia" dan "Australasia" merujuk kepada kepulauan Melayu dan tidak merujuk kepada mana-mana entiti politik. Asal usul nama Malaysia diciptakan oleh penjelajah Perancis, Jules Dumont d'Urville (1790-1842) pada tahun 1832 dalam rencana berjudul "Sur les iles du Grand Ocean" (On the Island of The Great Ocean) yang diterbitkan oleh Bulletin de la Societe de Geographie). Beliau mencadangkan supaya Lautan Pasifik Selatan dinamakan sebahagi 'Ocenia" dan dibahagikan kepada 4 bahagian: Polynesia, Melanesia, Micronesia dan Malaisie. Kecuali istilah Polynesia dan Melanesia, istilah "Oceania", "Micronesia" dan "Malaisie" ialah ciptaan D'Urville. "Malaisie" kemudian diingeriskan menjadi "Malaysia" oleh seorang ahli geografi US, Thomas G. Bradford ada tahun 1835.

Apa-apa pun, Tunku juga yang berjaya merealisasikn projek Malaysia ini. Micronesia, Polynesia dan Melanesia masih digunakan dalam peta dunia hari ini, manakala Malaysia telah dieksklusifkan kepada negara kita.

SUMBER: https://kids.britannica.com
SEJARAH PENCIPTAAN JALUR GEMILANG (BENDERA MALAYSIA)
Asal ciptaan bendera Malaysia; Jalur Gemilang menampakkan pengaruh negeri asal pereka (Mohamed Bin Hamzah) iaitu Johor (serta diperakui Majlis Raja-Raja pada 23 Feruari 1950) dan (jika diteliti) mempunyai unsur Islam (bulan dan bintang Uthmaniyyah). Jalur Gemilang tidak meniru bendera US, namun bendera US yang menyerap warisan Alam Melayu. Bendera US diilhamkan oeh bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris (East India Company - EIC), EIC pula diambil daripada umbul-umbul kerajaan Majapahit iaitu "Getih-Getah Samudera" yang mempunyai 9 jalur merah putih.

ISU NEGARA LUAR DAN PENDIRIAN MALAYSIA

SUMBER: https://www.nbcnews.com

HUBUNGAN KOREA UTARA DAN KOREA SELATAN

Orang Korea jarang memanggil nama negara mereka sebagai Korea (berasal daripada cara orang Eropah menyebutya iaitu "Goryeo/Koryo"). Orang Republic of Korea (ROK) menamakan negara mereka sebagai Hanguk / Hankuk (Ringkasan perkataan Daehan Minguk yang bermaksud Republik Korea). Manakala Democratic People's Republic of Korea (DPRK) masih menggunakan nama "Joseon/ Choson" (nama penuh DPRK dalam bahasa Korea; Joseon Minjujuui Inmin Gonghwaguk). Jika nak tahu betapa peritnya perang saudara kedua negara ini, boleh menonton filem Taegukgi (2004).

Korea Utara - DPRK (Komunis) | Korea Selatan - ROK (Kapitalis)

Orang Korea sedar negara-negara jiran hanya ingin mengambil kesempatan ke atas mereka, jadi tanggapan 'jiran jahat' ini membentuk psikologi bangsa Korea yang unik. Iaitu uri (kekitaan) dan han (dendam).

Uri -- adalah perasaan cinta, keakraban dan kepercayaan sesama orang Korea. Sejarah pengalaman pahit membuatkan orang Korea tidak sesekali percaya orang asing. Namun orang Korea boleh menerima orang Korea tidak kira betapa jahatnya; sebab itu betapa agresifnya DPRK, majoriti orang ROK masih bersimpati denga DPRK dan melihat US sebagai pihak yang bersalah.

Han -- Dendam yang terpendam. Mereka merasa telah dizalimi kuasa besar (terutama Jepun) sebab itu mereka menyalurkan perasan dendam kepada perkara berkaitan ekonomi, pendidikan, teknologoi seni dan sukan. Mereka selalu mensasarkan Jepun, sebagai negara untuk diatasi atau untuk dikalahkan.

PERASAAN MALU DAN SEMANGAT JUANG JEPUN
Di Jepun, ketakutan terhadap malu melebihi sayang terhadap darah daging sendiri. Ketakutan terhadap malu ini membentuk displin orang Jepun yang takut untuk buat salah atau melanggar peraturan. Ia juga membakar semangat agar buat yang terbaik supaya tidak menjadi malu.

"Sabar menanggung malu serta berusaha untuk mengembalikan kehormatan Jepun." - Maharaja Jepun ketika itu; Hirohito.

NASIONALISME CHINA
Melalui filem-filem IP Man misalnya (Jepun dan British diberi watak jahat kerana mereka mempunyai tempat khas dalam memori orang China). Melalui dialog-dialog ditonjolkan hal tersebut; monolog Ip Man sebelum naik ke pentas misalnya, "Beza antara orang China dan orang Jepun ialah orang China tidak sesekali menggunakan kekerasan untuk menindas orang lain." Dia membiarkan watak Miura dalam cerita tersebut malu kekalahan (humiliation in defeat). Untuk menunjukkan ketinggian moral orang China. (Hampir menyamai konsep Konfusianisme bernama yide baoyuan; iaitu membalas kejahatan dengan kebaikan).

Seterusnya dalam Ip Man 2 pula, kata-kata Master Hung berbunyi; "Jangan biarkan 'hantu" (merujuk kepada Mat Saleh) memandang rendah terhadap kami!" Sekali lagi Ip Man tidak membunuh lawannya, Twister walaupun beliau telah membunuh Master Hung. Timur telah mengatasi Barat juga pada akhir perlawanan.

PERANG SAUDARA ASIA BARAT

SUMBER; https://al-bab.com
Syria, Iraq dan Lubnan mengalami perang saudara tidak berkesudahan. Umat Islam harus mencari penyelesaian, utamakan kedamaian, ketepikan ketamakan, bijak mengawal ego, beradab serta berbatas dalam berpolitik. Kita perlu berusaha untuk mengubah nasib umat. Moga kita juga tidak mudah menjadi mangsa kuasa besar dunia.

LAIN-LAIN PENGISIAN DALAM BUKU INI

- Tentang cara fikir Trump dan banyak pemimpin negara lain di dunia sebelumnya.
- Hal hubungan Malaysia dengan China, Rohingya dan Korea Utara. Juga ada diceritakan sedikit tentang Syria, Jepun, Palestin dan Turki. Serta banyak lagi.

Antara quotes menarik dalam buku ini:
"Kalau mahu mengubah keadaan China, kita harus "taoguang yanghui". Bertenang, bertenang dan bertenang. Kita buat kerja sendiri dan tunggu masa yang sesuai." - Deng Xiaoping, pemimpin tertinggi China ketika itu (pada 28 April 1992). Barat menterjemahkan "taoguang yanghui" antaranya bermaksud "Hide our capabilities and bide our time."

KENAPA PENTINGNYA DASAR LUAR (HUBUNGAN DENGAN NEGARA LAIN), PERLU KITA AMBIL TAHU?

Tanpa dasar luar yang mantap, keselamatan negara tidak akan terjamin. Tanpa hubungan baik dengan rakan dagang, ekonomi Malaysia tidak akan makmur. Keharmonian ini yang perlu kita jaga dan pertahankan. Belia perlu faham isu ini supaya kita terus melakar kemajuan dan halatuju dalam sistem antarabangsa, kerana itu hubungan dengan pihak lain harus terpelihara.

KEKUATAN MALAYSIA


Diplomasi adalah kekuatan Malaysia. Kita menekankan taktik-taktik diplomasi seperti perundingan, pembinaan pakatan dan imbangan kuasa. Melalui segala aspek, inilah kekuatan kita. Jati diri ini yang membezakan kita dengan kebanyakan negara lain. Moga generasi kini dan masa depan meneruskan legasi ini.
"Malaysia ia a country with sovereignty and dignity, not even a rogue state can breach it."
Ilmu adalah kuasa. Bahasa adalah simbolik. Geografi adalah takdir.

Perkongsian penulisan Saudara Ayman Rashdan Wong ini buat kita berfikir betapa pentingnya ilmu dalam diri, kuasa dalam memimpin dan belajar daripada sejarah.

[Ayman Rashdan Wong yang banyak menulis isu antarabangsa dan berkaitan isu semasa ini kini bekerja di sektor awam sebagai Pegawai Tadbir Dilomatik dan merupakan siswazah International Relations (IR) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Malahan beliau telah habis membaca beratus buah buku berkaitan IR. Di akhir buku ini beliau berpesan supaya jangan berhenti belajar dan jangan merasa angkuh dengan ilmu yang dimiliki]

Facebook Ayman Rashdan Wong: Ayman Rashdan Wong
Beli buku Ayman Rashdan Wong di The Patriots - thepatriots.store



Kejadian 12 orang pemain bola sepak Thailand (digelar "Mu Pa" / Wild Boars) berusia 11-16 tahun dan seorang jurulatih berusia 25 tahun terperangkap di gua Tham Luang yang terjadi pada 23 Jun 2018 lalu benar-benar memberi signifikasi besar kepada dunia. Bayangkan setelah 10 hari, mereka ditemui masih selamat dan tenang sekali. Mereka terperangkap akibat banjir yang menutupi jalan keluar dari Gua Tham Luang, tempat mereka selalu meluangkan masa jika ada kelapangan setelah berlatih, namun hari itu (yang juga merupakan hari lahir salah seorang daripada mereka), takdir mereka berbeza.

Pada 1 Julai 2018, 2 orang penyelam; John Volanthen dan Rick Stanton telah menjumpai lokasi mereka semua! Mereka dijumpai 400 meter dari lokasi carian. Kemudian untuk dikeluarkan, mangsa perlu melalui 11 jam perjalanan ulang-alik keluar (lebih kurang 4 kilometer) gua dengan diiringi 2 orang penyelam. Dianggarkan lebih 90 orang penyelam (termasuk 50 warga asing) terlibat dalam operasi menyelamat ini. Dan, alhamdulillah 10 Julai 2018, kesemua mangsa dapat dikeluarkan!

Penyelam Gua Britain, Richard William Stanton (L), John Volanthen (2nd-L) and Robert Charles Harper (3rd-L)
[Sumber gambar]
Sumberhttps://www.bharian.com.my

Sumber: https://www.hmetro.com.my

Gambaran proses menyelamat mangsa Gua Tham Luang: 

Antara pengajaran yang boleh didapati menerusi kejadian ini:
  • Kebergantungan dan kepercayaan kepada Tuhan. Jurulatih mereka; Ekapol Chantawong yang juga pernah menjadi sami mengajarkan cara bertenang dan berdoa untuk mententeramkan murid-muridnya. Juga doa dan keyakinan masyarakat dunia selain usaha berterusan yang tidak kenal erti putus asa.
  • Keperluan kemahiran hidup. Bagaimana bekalan makanan menjadi penyelamat, air gua menjadi minuman dan kelebihan bahasa salah seorang kanak-kanak menjadi penghubung dngan penyelamat.
  • Penyatuan seluruh rakyatnya. Pengeluar pam, pengumpul sarang burung, hampir semua turut terlibat membantu dengan kelebihan dan keupayaan sendiri. Petani berdekatan pun tidak kisah jika tanaman dibanjiri air dari gua itu, asalkan mampu membantu.
  • Kerajaannya yang sangat bertanggungjawab. Tidak pula berlagak hero. Manakala pihak pembangkang tidak pula ambil kesempatan menyalahkan atau mengeruhkan keadaan. Semua tenang dan memberi perhatian serta kerjasama. Malah sama mnegajak berdoa.
  • Ibu bapa kanak-kanak terlibat tidak mahu tahu anak mereka selamat dulu atau tidak, melainkan jika semua telah keluar dan diselamatkan. Begitu menghormati dan mempunyai soladiriti yang tinggi.
Saman Kunan
  • Seorang penyelam SEAL Tentera Laut Diraja Thailand bernama Saman Kunan terkorban (lemas), sewaktu berulang-alik membawa tabung oksigen. Dia sudah bersara, namun sukarela mahu membantu. True Hero!
  • Doktor Australia yang merupakan orang terakhir dari gua (Pakar bius Adelaide, Dr Richard Harris) dimaklumkan mengenai kematian ayahnya sejurus selepas misi penyelamatan itu ditamatkan.
  • Penyelam pro pelbagai negara bersatu untuk membantu.
  • Satu dunia mendoakan dan mengharapkan keajaiban. Sehingga kejadian ini viral dan mendapat perhatian FIFA serta MU dan Croatia serta banyak pihak lagi.
Sumber: http://time.com (Gambar submarine)
  • Elon Musk, CEO SpaceX dan Tesla Motors membina kapal selam mini untuk membantu mangsa.
Gambar: https://www.nytimes.com
EVERYONE RESCUED! "Mr. Peray’s cartoons about the cave rescue are poignant tributes to the trapped boys, served with a dash of whimsy. Mr. Peray said he meant hope not only for the boys, but mankind. 'This story is different than everyday ugly politics,” he said. “It is making us feel good about ourselves that mankind is not completely lost after all.'" — Mike Ives, in Hong Kong
  • Banyak media dan seniman menunjukkan soladiriti menghasilkan karya tanda sokongan.
  • Akhir sekali semangat mangsa-mangsa itu sendiri. Bagaimana masih boleh bangkit serta sihat setelah trauma dan tersenyum ketika diwawancara. Ini bukan saja pengalaman yang mereka tak dapat lupakan, namun seisi dunia juga.
Gambar: https://www.channelnewsasia.com
(Terkini) Sekitar sidang media dengan mangsa berkenaan: astroawani.com

*****

Sumber berita lain:

Facebook:

Twitter:

Youtube:




huhu! Biadap! Kafir Laknatullah. Israel pengganas sebenar! Merintih.Menangis.Menjerit.Merayu.Ia akan berterusan di bumi Gaza.... Mungkin tiada lagi yang hidup di sana baru peluru itu berhenti.

Nauzubillahiminzalik.
“Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan ALLAH. Apakah kalian tidak memperhatikannya?”(Ad-Dzariyat:21)
Kita di sini saling berkongsi rasa.Hendak menjerit, peluh dah penuh membasahi tubuh berdemonstrasi, melaung nilai aspirasi agama islam nan suci.Menangis, naik kering air mata yang tertumpah melihat gambar anak kecil tak berdosa, serta mereka yang tiada daya upaya melawan kuasa raksasa yang menggila.




Cara bantu rakyat Palestin & cara derma :

Aqsa Syarif(AGEN BANTUAN RASMI DAN DIAKUI) menyeru semua rakyat Malaysia bersedia membuat sumbangan mereka melalui akaun-akaun AQSA SYARIF BERHAD seperti berikut:

• Maybank Islamic: 5515 7500 4299
• Bank Islam: 12 092 01 003490 4


Antara bantuan segera yang diperlukan adalah:

a) Makanan asas
b) Ubat
c) Pakaian sejuk dan selimut
d) Pembiayaan rawatan di hospital Mesir bagi yang cedera parah
e) Pembiayaan kos baik pulih rumah-rumah yang musnah

Sememangnya hingga akhirnya pun, Israel tetap berdendam dengan islam.Namun dalam kekalutan saudara kita di sana, Anem paling tersentuh melihat penyatuan hati insan-insan seagama kita di sini, walau berbeza sisi ideologi politiknya, masih duduk bersebelahan mengalun suara rintihan serta jeritan bagi membolehkan rakyat Palestin mendapat keamanan.Syabas!

save.palestin!Kita bersatu kerana kita perlu bersatu.Wajib. Bercerai nanti, roboh pula..=)

Alhamdulillah, untuk penyatuan itu. Demi Agama.ALLAHUAKBAR!


Anem juga hendak membuat standing ovation.( tepuk tangan sambil berdiri), untuk semua pejuang-pejuang (para bloggers) yang menggunakan mata pena serta jari-jemari yang tidak pernah lelah untuk menaip bagi meluah rasa terbuku =), mengajak untuk memboikot produk Yahudi dan Amerika, melampirkan gambar yang membuahkan keinsafan serta kepada yang tidak pernah putus asa menyatakan kekcewaan terhadap apa yang berlaku. Sahabat semua, teruskan perjuangan kalian!Keep on istiqamah.

You are the best blogger in the world. Keep writing.
=)

Walaupun mereka yang zalim itu mungkin tak faham penulisan Anem.
Dengan kerjaya mereka sebagai musuh dunia, pastinya tiada kesempatan menterjemah blog ini, cukuplah Anem katakan,

“Israel, please give Palestine a life today, as well as you wants to get you life tomorrow”
.


Ya ALLAH , selamatkan saudara-saudara kami di sana, berikanlah mereka kekuatan dan kemenangan..Amin..
 
Doakan, terkini 15/11- 2012  : Ketua sayap tentera kumpulan Islamis Hamas Palestin, Ahmed Said Khalil al-Jabari terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Gaza. . Jurucakap Hamas, Taher Anunu memberitahu pemberita, keganasan yang dilakukan oleh Israel ini merupakan jenayah yang cukup kejam dan bakal memberi kesan jangka panjang. Dan Ramai lagi terbunuh :(
 



DOAkan UNTUK mereka :



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
  2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
  3. Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan;
  4. Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras;
  5. Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Boleh baca juga :


anem: 21 Ogos adalah penting berhubung apa yang berlaku ini, kita wajar menperingatinya saban tahun.. =) 

sedikit sumber : bharian &
 gambar dari deviantART ,


Dushh ! Melihat air laut menuju daratan menolak kenderaan dan rumah-rumah dalam video di youtube yang tersiar di tv itu hampir meragut hati sebahagian kita. Ada yang menggelengkan kepala, ada berishtighfar semerta, ada yang bertakung air mata dan ada juga yang memanjat syukur tak terkira dengan keselamatan kita di sini. Tapi ada juga sebahagian daripada kita lihat ia sesuatu yang biasa saja. Gempa bumi  8.9 skala ritcher , pada 11 Mac 2011 paling teruk dalam tempoh 40 tahun di Jepun itu, di lihat biasa ? dan kemudian diikuti sekurang-kurangnya 20 gempa susulan bermagnitud 6.0 skala ritcher atau lebih tinggi selepas itu.

Bagi yang mempunyai kawan , keluarga dan rasa cinta dengan sebahagian di sana, pastinya terkesan di jiwa. Namun bagi sebahagian yang kosong jiwa, tiada kaitan katanya, paling kurang, cubalah belajar rasa manusia. Hulurkan doa dan sokongan kita.  Tunjukkan simpati walau secubit dua. Sesungguhnya memang ia satu pengajaran, untuk muhasabah diri kita di bumi indah Malaysia yang masih selamat. Alhamdulillah, kan ?


Terkini dimaklumkan kemungkinan yang terkorban adalah dalam 10000 orang, dan kini ramai yang membicarakan tentang keadaan kebocoran radiator nuklearnya. Malahan ramai yang terputus bekalan air dan elektrik.Semoga semuanya selamat untuk rakyat di Jepun dan rakyat kita serta semua di sana, insyaAllah. Mereka di duga untuk menjadi lebih kuat, semoga mereka kuat .

+ Gambar Lapangan terbang Sendai di Miyagi, Jepun [sebelum dan selepas tsunami ] #prayforjapan :

BEFORE:

AFTER:

                                                    
+ Pictures credits goes to : CBSNEWS & BUZZFEED
+Entri tentang hikmah musibah sini : [klik]
P/S : Suka baca entri ustaz hasrizal  Tsunami Akal dan Budi di Tanah Air Sendiri







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top