Showing posts with label kemerdekaan. Show all posts
Showing posts with label kemerdekaan. Show all posts

Tahun ini Sambutan Hari Kemerdekaan dibuat di Dataran Putrajaya. Persoalannya bagaimana cara nak pergi Dataran Putrajaya itu? Jadi jom kita tunjuk cara yang mungkin boleh membantu. 



Naik MRT, Turun Putrajaya Sentral dan naik shuttle bas (bas ulang-alik) disediakan.

Ada 2 tempat bas ini disediakan:

1. (Rapid Rail) MRT laluan Putrajaya, ke destinasi Stesen Putrajaya Sentral

2. Turun di PICC, Putrajaya (juga shuttlebus disediakan) 

3. (ERL) KLIA Transit, ke destinasi Stesen Putrajaya & Cyberjaya 

3. Shuttle bus ke lokasi sambutan dari Pick Up Terminal Putrajaya Sentral disediakan. 


******

Lokasi Pick Up & Drop Off Dua Laluan disediakan seperti berikut:

1. Pick Up Point di Terminal Putrajaya Sentral, Presint 7

Drop Off Point di Jalan Tun Abdul Razak. Kiblat Walk, Perbadanan Putrajaya, Presint 3

2. Pick Up Point di Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Drop Off Point di Jalan Tun Hussein (Belakang Istana Kehakiman), Presint 3

MASA OPERASI | 4 PAGI HINGGA 2 PETANG

Kekerapan (10 minit) (Waktu Puncak) 4.00 hingga 8.00 pagi | 10.30 hingga 2 Petang

Kekerapan (30 minit) (Waktu Bukan Puncak) 8.01 hingga 10.29 pagi


*****


JUMLAH & LOKASI TEMPAT LETAK KERETA AWAM HARI KEBANGSAAN 2023

1) 27 lokasi tempat letak kereta awam di sepanjang core island di Presint 1, 2, 3 dan 4 - 4,000 petak

2) Pick Up Zon di Terminal Putrajaya Sentral (i) Bangunan Park & Ride Presint 7 - 1,300 petak (ii) TLK Terbuka Lot 7MD6, Presint 7 - 290 petak

3) Pick Up Zon di Putrajaya International Convention Centre (PICC) (i) Basement Bangunan PICC, Presint 5-1,100 petak (ii) TLK Terbuka di University Heriot Watt, Presint 5-300 petak (iii) TLK Terbuka Taman Empangan, Presint 5 - 50 petak

4) Tempat Letak Kereta Kompleks El dan E2 Presint 1 (berhadapan Kompleks F) - 662 petak




***** 

Bagaimana ke Putrajaya dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) 

 1. Tren: KLIA Transit (ERL) tren ke Cyberjaya and Putrajaya. Bas ulang-alik dari stesen Cyberjaya dan Putrajaya ke seluruh Putrajaya dan Cyberjaya 

 2. Bas: KTM Komuter (garisan Seremban) ke Stesen Serdang RapidKL bas U42 dari KTM Komuter Serdang ke Putrajaya Sentral



Alhamdulillah untuk semuanya. Satu buku dengan Sri Diah, Yatim Ahmad, Chua Pei Yong, Malim Ghozali PK dan Dr. Lim Swee Tin serta ramai lagi penyair dan penulis hebat lain adalah sesuatu yang selalu menjadi impian saya.

Dahulu, saya pernah putus asa untuk menulis puisi sebab pernah berhadapan beberapa penolakan. Namun terlihat iklan mencari karya di facebook, saya katakan pada diri, 'cuba yang ini, jika tak dapat, ini yang terakhir kali!' Kononlah. Mahu tapi rajuk masih berbaki. Lantas saya menghantar 4 puisi. Pastinya saya tidak meletakkan jangkaan yang begitu tinggi.

"Jika diterima satu pun jadi..." Berharap jugalah dalam hati. Masih! Kita sudah berusaha menulis dan menghantarnya, bukan? Begitulah saya fikir-fikir sendiri. Namun keempat-empatnya terpilih (serasa saya, puisi saya yang paling banyak dalam buku ini. Ya! Juga antara yang paling pendek; *ada juga puisi lain yang pendek dan menarik). Rasa syukur saya tidak cukup untuk menggambarkan betapa gembira saya dengan peluang ini. Alhamdulillah.

Antologi puisi kemerdekaan Bianglala Melukis Syurga: melibatkan 140 orang penulis (termasuk saya) serta mengandungi 168 puisi (bianglala bermaksud pelangi).
Dengan Penyelenggaranya terdiri daripada Mohamad Saleeh Rahamad dan Rozlan Mohamed Noor, diharap anda semua tidak melepaskan peluang memiliki buku terbitan PENA yang penuh rasa dan berwarna-warni ini. Belilah, jika bukan untuk puisi saya, banyak lagi puisi hebat dan penulis lagenda di dalamnya! Rugi jika tidak memiliki.

Mingguan Malaysia (12 November 2017) - Kredit gambar Nazhatulshima Nolan
Antara penulis lain yang berkongsi tentang buku Bianglala Melukis Syurga di blog mereka:
Chai Loon Guan

Boleh baca beberapa perkongsian penulis lain tentang buku ini (banyak sebenarnya, boleh merujuk tanda pagar (hashtag) #BianglalaMelukisSyurga di facebook), maaf jika ada yang saya terlepas pandang namun ini antaranya:


[Video deklamasi salah satu puisi dalam buku ini oleh penulisnya sendiri: Adiwangsa Sukma Ismail Ahmed]


[Video temubual radio mengenai buku ini]

[Video deklamasi puisi berkaitan buku ini, di USM]

Marilah kita sama-sama mencipta syurga sendiri! Teruskan membaca buku, jangan berhenti. Semua terjadi dengan izin-Nya pastinya berhikmah. Jadi, sekali lagi alhamdulillah.
*Jika mahu  memiliki, masih ada stok dalam simpanan saya lagi. Terima kasih. :)










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top