Showing posts with label keracunan makanan. Show all posts
Showing posts with label keracunan makanan. Show all posts

 Baru-baru ini Jabatan Perikanan mengesahkan kupang di Port Dickson, Negeri Sembilan dicemari biotoksin berbahaya dan tidak selamat dimakan.



1. Pendedahan kepada bahan toksin melalui makanan laut seperti kupang, kerang & tiram boleh menyebabkan berlakunya keracunan Paralytic Shellfish Poisoning 

2. Toksin yang terbentuk adalah bahan toksin semulajadi yang dihasilkan oleh beberapa spesis alga

3. Pertumbuhan alga ini berkaitan boleh dipengaruhi oleh suhu, cahaya matahari, nutrien serta aktiviti perkapalan di kawasan tersebut.

4. Kejadian laut merah (red tide) menyebabkan bilangan alga meningkat yang menjadi sumber makanan kepada kupang dan kerang.

5. Kupang dan kerang yang memakan alga tersebut akan mengumpul toksin di dalam tisu cangkerangnya.

6. Toksin tidak akan musnah walau kupang dan kerang tersebut telah dimasak atau disejuk bekukan. 

7. Individu yang makan kupang dan kerang yang tercemar dengan toksin ini boleh mengalami gejala ringan seperti muntah, sakit perut dan cirit. 

8. Dalam kes yang serius individu yang mengalami keracunan boleh mengalami komplikasi serius seperti kesukaran bernafas dan lumpuh.

9. ORANG RAMAI DINASIHATKAN SUPAYA SEGERA KE HOSPITAL DAN FASILITI KESIHATAN TERDEKAT SEKIRANYA MENGALAMI TANDA-TANDA INI

DAN MEMPUNYAI SEJARAH MEMAKAN KUPANG DAN KERANG





"Nasihat jujur saya, bila nak makan kerang-kerangan ini, kena pastikan ia dari sumber mana. Elakkan dari kawasan yang tercemar kerana dikhuatiri ada toksin atau logam berat. Dan kalau nak makan pun, ambil dalam jumlah sedikit sahaja." - Dr. Fitri Yusof


Sumber:

https://twitter.com/health_malaysia/

https://twitter.com/drfitriyusof/

https://twitter.com/BuletinTV3/







KERACUNAN MAKANAN
 

Apa itu keracunan makanan?

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?

Punca keracunan makanan:
  • Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus
  • Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
  • Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
  • Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang
Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?
Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada:
  • Keracunan tersebut
  • Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
  • Umur seseorang
  • Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Sumber: Facebook KKM

Pesakit itu mungkin akan mengalami:
  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:
  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
  • Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
  • Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
  • Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
  • Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
  • Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun
  • Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?
Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:
  • Sentiasa menjaga kebersihan
  • Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
  • Basuh tangan selepas keluar dari tandas
  • Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
  • Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
  • Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
  • Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
  • Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
  • Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
  • Sentiasa masak dengan sempurna
  • Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
  • Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
  • Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
  • Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
  • Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
  • Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
  • Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
  • Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
  • Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor
Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?
  • Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  • Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh Pegawai Kesihatan
  • Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
  • Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat
 
Akhir kata , jaga diri dan jaga pemakanan kita sebaiknya. Moga cepat sihat, insya-Allah.

 

Bacaan lain:










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top