Showing posts with label maal hijrah 1447. Show all posts
Showing posts with label maal hijrah 1447. Show all posts


Kenangan semalam ditinggal pergi.
Kini melangkah ke depan kerana Ilahi.

Harus kuat lagi. Tuhan, izinkan.

Tema maal hijrah 1447 hijrah (2025) -  
MEMBANGUN UMMAH MADANI

Salam maal hijrah untuk semua sahabat, pembaca dan kawan-kawan .Yang lalu jadikan pedoman, hadapi hari depan dengan keazaman dan penambahbaikan. Semoga kita dipermudahkan. Insyaallah.

----------- -
Di bawah ini perkongsian artikel anem dapat dari sumber adaa-inspiration.com
 
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Doa Akhir Tahun



Doa Akhir Tahun dibaca pada akhir waktu Asar 1446 Hijrah atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah

Dengan izin Allah, moga sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta diampun dosa-dosanya. 

Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun




Doa Awal Tahun dibaca selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1446.

Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

[klik / tekan gambar untuk lebih jelas ]


Gambar doa pula Anem dapat dari laman web http://rezwati.blogspot.com



sumber gambar : 







Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top