Tempoh hari ada seorang kenalan Facebook Anem tanya. macamana nak membenarkan pintu hati dia tersuka membaca. Membaca buku. Jadi Anem belek punya belek satu-satu buku Anem ada, ini tips paling ilmiah Anem jumpa.
- Cuba bermesra dengan buku yang anda minati. [Photography, fesyen , gadget ,kereta etc]
- Tetapkan sasaran, nak baca buku berapa setahun.
- Mempunyai masa khusus untuk membaca, berapa minit?
- Membuat senarai buku-buku yg ingin dibaca
- Cari tempat sesuai yang sunyi - untuk membaca. Lebih fokus.
- Kurangkan membuat aktiviti yg tak berfaedah.
- Asingkan buku yang telah dibaca, supaya tak jadi perhiasan semata.
- Jika ada adik-adik atau anak-anak, bacakan buku untuk mereka.
- Jadikan ia aktiviti yang menyeronokkan, makan-makan atau minum-minum waktu membacakah.
- Sediakan pendapatan khas untuk beli buku.
- Pelbagaikan cara membaca - menonton rancangan berkaitan adalah cara terbaru [Jom tengok tv!].
- Pilihlah bacaan yang ilmiah.
- Biar sedikit asalkan konsisten (istiqamah)
Iqra ..
p/s: Nak seribu daya, bro..!
Note: Majalah tu a part of book juga, cuma bila kita dah selalu bemesra dengan words, insya-Allah suatu hari nanti kita akan suka membaca sesuatu yang lebih ilmiah.


