Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts



Kebelakangan ini tulisan jawi selalu diperkatakan. Tulisan jawi ini seperti kaligrafi dan jenis tulisan lain juga. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.
Saya tertarik untuk kongsikan semula perkongsian saudara Mell Aziz (dengan kebenaran) menerusi twitter beliau https://twitter.com/mellaziz tentang huruf tambahan dalam jawi. Serta dua lagi perkongsian melalui pengguna twitter @elhumawy dan juga @dbusans.Baik, kita kongsikan dulu tentang huruf tambahan dalam jawi ini. Moga bermanfaat!

Tips tulis jawi daripada saudara Mell:

"Cara yang cepat untuk belajar jawi kalau style cikgu saya dulu ialah dengan salin balik buku teks jawi dengan khat yang baik supaya tidak kekok bila menulis. Dulu buku Pendidikan Islam tingkatan 1 itu saya salin sebiji-sebutir. Kalau baca sahaja kita tak pasti cara tulis dan sebut."

Permulaan bila menulis jawi perlu pastikan asal serapan bahasa yg dimelayukan seperti asal dari Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.


Tulisan jawi ada tambahan huruf seperti berikut yang tiada dalam tulisan arab. Beza dengan bahasa arab yang perlu baris seperti َ ِ  dan ُ

ݢ - ga

چ - cha

ڽ - nya

ڤ - pa

ڠ - nga

ۏ - va 

Tetapi dalam tulisan jawi, ada sebahagian patah perkataan tak memerlukan kosonan a e i o u kerana dibaca sama ada aa ee atau uu. Seperti:

 د مان

د ialah sebutan huruf D dibaca "di"

مان ialah sebutan M (م) dan ا (A)- ما (MA) mana kala ن ialah sebutan bagi N dibaca NA - DI MANA.
Untuk belajar tulisan, kena belajar huruf.
A (ا،ء،ؤ) B (ب) C (چ) D (د،ض) E (إ) F (ڤ، ف) G (غ،ݢ) H (ه،ح) I (ي،إ) J (ج) K (ک،خ،ق) L (ل) M (م) N (ن) O (و) Q (ق) R (ر) S (س،ش،ص) T (ت،ط) U (و) V (ۏ) W (و) X (ذ) Y (ي،إ) Z (ز،ظ،ذ)
Setiap huruf rumi, ditulis berbeza dengan jawi walaupun menggunakan huruf rumi yang sama, contoh:

- Kanak-kanak. Walaupun ada K yang sama, tetapi ditulis dengan كانق-كانق.

KA (کا) NAK (نق) - dah maklum kat atas tadi, NAK itu ن dibaca sebagai NA kerana tak perlu vowel tadi.
- Contoh lain, seperti perkataan ASAL, dieja sebagai اصل walaupun ada S, tidak dieja sebagai اسل atau اسال - kerana ASAL dipinjam dan dimelayukan dari perkataan arab الاصل.

ا (A)
ص (SA) dibaca tanpa vowel
ل (L)
- Kebanyakan E dalam bahasa Melayu rumi tidak dibawa masuk kerana sebutan. Conton: PENDAPATAN. 

PE - ڤ
N - ن
DA - دا
PA - ڤ
TA - ت
N - ن

ڤنداڤتن

- Hanya E disebut E seperti dalam ENTENG dibawa masuk, jadi - اينتيڠ

E - اي
N - ن
T - ت
E - ي
NG - ڠ

Bagaimana nak tulis kata nama khas seperti nama sendiri ke tulisan jawi? Oleh kerana tulisan jawi diolah dari bahasa arab, asal kena tengok nama arab atau nama melayu, contoh:

Ahmad - diambil dari bahasa Arab, ejaan nya احمد. Dan Muhammad pula jadi - محمد.
Macam tu juga dengan nama AZIZ, walaupun ada A, tidak ditulis dengan ا tapi di eja dengan ع.

Jadi ejaan nya عزيز

ع- A
ز - Z
ي - I
ز - Z 
Setiap huruf ada nama tertentu seperti rumi W dipanggil double u. 


ا - alif (aa)
ب - ba
ت - ta
ث - tha (sa)
ج - jim (ja)
خ - kho (ka atau kha)
چ - cha
د - dal (da)
ذ - dza (za)
ر - rho (ra)
ز - zai (za)
س - sin (sa)
ش - syin (sya)
ص - shod (sa atau so)
ض - dhod (da)
ط - tho (ta)
ظ - zho (za)
ع - ain (aa)
غ - ghin
ڠ - nga
ک - kaf (ka)
ݢ - ga
ف - fa
ڤ - pa
ق - qaf (ka)
ل - lam (La)
لا - lam alif (La)
ء - hamzah (aa)
ي - ya (sebutan ii, ee)

ڽ - nya
ن - Nun (Na)
 
Ada beberapa huruf seakan sama, tapi bilangan titik, dan kecil atau besar membezakan. Contoh,
  • ب - kawah tu kita panggil sampan, titik satu dibawah, dipanggil BA.
  • ت - size sampan sama, titik 2 tapi diatas - TA
  • ث - size sampan sama, tapi titik 3, THA/SA 
  •  ڽ - size sampan kecil masih titik 3, NYA.
  • ن - size sampan kecil, titik 1 atas, NA
-------

Huruf lain seperti
  • و - wau - WU
  • ۏ - bentuk seakan sama, VA
  • ر - tiada kepala, RHO, RA
  • ز - macam rho/ra tapi ada titik, ZAI/ZA 
Sebelum mula membina ayat, lazimkan dahulu dengan ayat 5W1H:
  • Kenapa - کناڤ
  • Mengapa - مڠاڤ
  • Di mana - دمان
  • Siapa - سياڤا
  • Berapa - براڤ
  • Bagaimana - باݢايمانا
Setelah kita familiar dengan ayat ini, kita pergi kepada kata ganti diri dan kemudian cuba baca tweet dalam jawi uuntuk tengok cara ejaan. Oleh kerana sesetengah huruf tidak mewakili sebutan, akronim juga berbeza. Pernah terfikir kenapa Parti Islam Semalaysia diakronimkan sebagai PAS? Kerana ejaan dalam jaw?

- Parti Islam Se-Malaysia - ڤرتي اسلام سماليسيا

Maka ڤاس yang disebut sebagai PAS.
Penggunaan huruf alif (ا) juga boleh mewakili sebutan e seperti dalam perkataan emak. Macam ejaan anak. امق (emak) dan ejaan anak - انق.

Penggunaan huruf ط & ظ kebiasaan nya kepada perkataan asal daripada perkataan asal Arab yang diserap menjadi bahasa Melayu seperti MUTLAK dan ZAHIR - kita eja mutlak sebagai مطلق dan zahir sebagai ظاهير.

Kadangkala YANG boleh digabung dengan perkataan seterusnya cth: يڠمها مليا.

Ejaan yang melibatkan kata pinjam dari bahasa inggeris, untuk konsonan tidak disebut, diasingkan daripada ejaan induk seperti:

1. Golf - ݢول ف
2. Sains - ساين س

Huruf ف / س di jarakkan.

Permulaan bila menulis jawi perlu pastikan asal serapan bahasa yang dimelayukan seperti asal dari Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.

Contoh sabit (thabit) atau sabit (menyabit). Kalau "mahkamah sabitkan.." maksudnya refer perkataan arab, ejaannya ثابيت dan kalau sabit rumput - سابت.

Berikut pula adalah perkongsian daripada pengguna twitter @elhumawy:

Perbezaan menggunakan huruf E taling dan E pepet

Kaedah guna alif dalam jawi
Ini pula perkongsian daripada pengguna twitter @dbusans:

Kalau pinjaman inggeris, guna 'ک'

Contoh:
Klinik = كلينيک

Perkataan melayu akhir dengan 'ka' pulak kena guna 'ک'

Contoh:
Suka = سوک

Moga bermanfaat!

Trivia:

Sikit pasal khat (خط) atau kaligrafi ialah cara menulis jawab dgn handwriting. Secara asas nya ada 2 - khat nasakh dan khat riq'ah. Kita biasa tengok sekurang-kurangnya 5 jenis khas, 3 yang lain ialah khat diwani, khat kufi dan khat thuluth. Khat nasakh ni yang mcm tulisan Quran.

---

Untuk aplikasi keyboard jawi boleh download di sini: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.zairo.zairokeyboardpro

Manakala ini pula laman web online untuk tukar rumi kepada jawi/jawi kepada rumi: http://www.ejawi.net/converterV2.php

Ringkasan: https://threadreaderapp.com/thread/1213074277588586496.html
Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi

Asal: 

(Source)
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah pada telah berusaha sebaik mungkin. Menamatkan sesuatu yang kita mulakan dengan baik juga adalah sebuah kejayaan. Alhamdulillah. Syukur! Jadi sekarang ini kita mahu melangkah lagi ke peringkat seterusnya dengan begitu bersemangat. Di bawah ini ada banyak tips dan cara isi UPU dan pautan (link) berkaitan yang telah dikongsi ramai orang baik hati di luar sana. Moga bermanfaat, insya-Allah!

UPDATE: Jika nak tahu banyak tentang UPU boleh subscribe 
Youtube saudara Abdul Muiez Ruslee ni:



Untuk lepasan SPM, keputusan UPU akan diumumkan pada bulan 5. Dan dijangka akan mendaftar masuk universiti awam pada bulan 6 atau 7. Pelajar yang dapat Rayuan masuk lewat beberapa minggu selepas itu. Lepasan STPM/STAM/Asasi/ Matrikulasi/Diploma, (dijangka) akan masuk Degree bulan 9, ya.

*Antara tweet rujukan: Schoollah Malaysia (@schoollah)

CARA MOHON & DAPATKAN PIN UPU

Macam mana nak mohon UPU? Pertama sekali, kita kena pergi beli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN). Harga hanya RM15.60 sahaja. kita kena tunjuk IC masa nak beli dekat kaunter. Beritahu yang kita lepasan apa dan cakaplah nak beli nombor pin UPU.
  • Ingat! Untuk UPU ini, Lepasan Diploma diletakkan satu kategori dengan lepasan STPM masa beli nombor PIN.
  • Pastikan lepas dapat slip, semak dan pastikan details dinyatakan dengan tepat.
  • Simpan nombor pin itu baik-baik. Untuk masa depan.
  • Kalau kita ada akaun bank BSN, boleh beli di ATM sahaja tanpa perlu beratur ambil nombor tunggu giliran dalam bank.
CARA MOHON UPU ONLINE


(Untuk LEPASAN SPM)
Baiklah, sekarang dah boleh buka laman web:

http://upu.mohe.gov.my/web/ untuk mula isi. Daftar dulu. Isikan maklumat lengkap. Isikan dengan betul. Pilih bidang ikut keutamaan, dah habis, mesti tekan sah dan hantar. Jika tidak sahkan, mereka anggap kita belum hantar. Cetak (print) dan kemudian simpan salinan baik-baik. Perubahan dan semakan boleh dibuat semula selagi belum tarikh tamat mohon. Jadi jangan risau jika tiba-tiba tukar fikiran. Namun eloklah fikir baik-baik sebelum isi UPU.

Oh ya, untuk lepasan SPM, kita tak perlu MUET untuk mohon UPU. 

Nak tahu kita layak bidang apa ikut keputusan kita? Cuba lihat tips dia di sini: Jieq (@amrhzqqq)

(Untuk LEPASAN STPM / DIPLOMA / ASASI / MATRIK)

*Antara tweet rujukan: Erry (@errysyaffri)
Untuk lepasan STPM / Diploma yang membezakan dengan SPM adalah kena hantar dokumen sokongan. Semua dokumen ini perlukan pengesahan / cop ya awak semua:
  • Salinan Sijil SPM (bukan slip keputusan). Sijil. Yang sekolah bagi itu. (Walaupun dah berdiploma / ambil STPM, UPU masih mahukan angka giliran dan keputusan SPM kita tau).
  • Salinan sijil MUET. Jika belum ambil, isi "belum ambil." (MUET hanya perlu diambil oleh lepasan Matrikulasi/STPM/Diploma/Asasi untuk kemasukan Degree di IPTA. Itu syarat utama di semua IPTA. Jika sedang ambil, boleh isi "belum ambil". Jika sudah selesai, boleh pilih "belum dapat keputusan". Jangan risau, MPM akan update automatik bila dapat keputusan.)
  • Salinan transkrip penuh / transkrip semester. (Untuk yang nak mohon transcript secara online, dia nak salinan IC yang telah disahkan. Nanti upload dalam website itu, ok? Bayaran pun boleh dibuat secara online banking. Dia boleh hantar terus ke alamat rumah kita. Jika perlukan pertanyaan lanjut, boleh hubungi tempat kita belajar / pihak UPU.)
  • Salinan Diploma / Pengesahan tamat. Jika belum dapat, guna pengesahan tamat. (Untuk surat tamat belajar, hubungi sekolah tinggi masing-masing, tanya tentang surat pengesahan tamat belajar itu).
  • Untuk yang ambil Julai Paper, dia ada minta salinan keputusan untuk beberapa subjek tertentu.
  • Untuk lepasan Diploma, perlu ada salinan akreditasi MQA [cari di laman web itu bahagian institusi, untuk tempat kita pernah belajar: http://www2.mqa.gov.my)] Jika tiada cawangan kita belajar, mungkin ikut pusat utama pengajian kita. Dah dapat? Simpan dan print.
(Dah dapat semua dokumen sokongan yang disuruh siapkan itu, dapatkan cop atau pengesahan orang kuat taman perumahan / Ketua kampung / Orang penting yang berkelayakan, kemudian Scan semua itu kemudian save as PDF dan paling penting jangan lupa upload di laman web UPU itu).
*Siapa yang layak bagi pengesahan dekat sijil dan dokumen sokongan itu? Ini senarainya: senarai-pegawai-layak-pengesahan-dokumen-kakitangan-kerajaan-kumpulan-a_

Apa yang penting jangan tertinggal dokumen sokongan yang dinyatakan dan semak semula details yang dah diisi dalam borang. Untuk yang terlibat dengan jurusan yang ada temuduga, kena keep updatedlah dengan laman web UPU dan universiti berkenaan.

* Untuk yang nak masuk UITM, elok ikut program selangkah ke UITM.

TIPS PILIH COURSE / PENGAJIAN UPU

Tips ini daripada - Cikgu Ainan (@cikguainan)

Ada tiga KOS yang perlu diambil kira sebelum isi UPU:
  1. Kos perjalanan (Takkan tak nak balik langsung sepanjang pengajian?)
  2. Kos sara hidup (Kos Sara Hidup (teori syok sendiri saya adalah makin banyak mall, makin tinggilah kos sara hidup.) Kos makan, tambang bas/minyak dan sewa. Itu semua kena fikirkan. Yang boleh bawa motor sendiri itu bersyukurlah.
  3. Kosedar diri (dengan kemampuan diri sendiri, bukan sekadar minat semata atau seseorang ajak apply kos sama kita pun join, jangan!). - Ramai pelajar saya masih tak tahu nak ambil bidang apa (kalau kursus jangan ceritalah). Punca yang saya sendiri amati adalah mereka tidak mengenali POTENSI diri dan KEMAMPUAN diri. Hanya minat. Minat. Minat. Ada cikgu terdekat kita boleh bantu ini selalunya, yang tahu potensi dan kelebihan kita, impian kita, bolehlah bertanya mereka.
Nak tahu kita layak bidang apa ikut keputusan kita? Cuba lihat tips tadi:  Jieq (@amrhzqqq)

TIPS MENGISI BORANG UPU

Kita boleh pilih pilihan universiti dan jurusan dalam UPU nanti ikut bilangan diminta. Tapi ingat, bila keputusan keluar, satu pelajar hanya akan mendapat satu tawaran sahaja daripada UPU.
  • Di dalam sistem UPU, akan ada 2 pilihan program pengajian:
i. UA (Universiti Awam) dan Politeknik Premier (8 pilihan)
UA ialah universiti awam. Contoh universiti awam ialah USM, UM, UiTM, UKM, UPM, UUM dan sebagainya

ii. Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti (5 pilihan)
Politeknik Premier pula - Politeknik yang menawarkan program Diploma & Degree
Politeknik Konvensional - Politeknik yang menawarkan program Sijil & Diploma shja
- Tetapi, kita boleh pilih untuk memohon (i) sahaja atau kedua-dua sekali (i &;ii)

- Untuk yang tak bercadang nak masuk Poli, tak perlu mohon dalam UPU itu. Just isi permohonan (i) sahaja, dan biarkan permohonan (ii) kosong tanpa perlu isi apa-apa.

- Pastikan kita menekan butang "Sah & Hantar". Nanti lepas tekan butang itu, akan keluar Slip Permohonan. Itu bermakna sistem dah terima permohonan kita.
  • UPU akan bagi tawaran UPU untuk kita berdasarkan:
- 90% markah akademik
- 10% markah kokurikulum

Markah akademik itu UPU guna sistem merit. Jadi jangan la cakap "kawan saya 6A 2E tak dapat UPU, tapi kenapa kawan saya 3A 5B dapat UPU?"-- Fahami sistem merit.

- Untuk permohonan Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti (iaitu permohonan nombor ii, yang tadi admin explain) kita akan ditentukan berdasarkan:
- 75% markah akademik,
- 10% markah kokurikulum
- 15% Status sosio-ekonomi (gaji dan tanggungan isi rumah/mak ayah)

"Saya di sekolah merupakan aliran Sains, boleh ke dekat UPU nak mohon aliran Sastera/non-Sains?"
Boleh sahaja, tiada masalah. Asalkan keputusan akademik kita menepati syarat minimum dan khas program, boleh. UPU akan evaluate kita sama seperti pelajar non-Sains yang lain.

Diulang sekali lagi: 
Untuk lepasan SPM, kita tak perlu MUET untuk mohon UPU. MUET hanya perlu diambil oleh lepasan Matrikulasi/STPM/Diploma/Asasi untuk kemasukan Degree di IPTA. Itu syarat utama di semua IPTA. Jika sedang ambil, boleh isi "belum ambil". Jika sudah selesai, boleh pilih "belum dapat keputusan". Jangan risau, MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) akan update automatik bila dapat keputusan.

PROSES SAH DAN HANTAR
  • Kemaskini boleh dibuat tanpa had (unlimited) sampai tarikh tutup UPU ya. Pastikan lepas kemaskini, klik "Sah & Hantar".
  • Ada kes di mana, pelajar ingat dah tekan "Sah Hantar". Tibanya hari keputusan UPU keluar, sistem tunjuk dia tak pernah mohon apa-apa permohonan. Bila pihak UPU minta tunjukkan Slip Permohonan, pelajar tersebut tak dapat tunjuk sebab tak pernah dapat.
  • Pentingnya tekan "Sah & Hantar" sampai keluar Slip Permohonan. Slip itu tak print pun tak apa. Hanya perlu simpan file soft copy sahaja.
  • Saat Slip Permohonan keluar, tekan simbol printer. Dan tukar printer choice sebagai "save as PDF". Dan save di desktop. Jika ada teknikal isu atau saat keputusan UPU keluar dan ada masalah, kita ada bahan bukti untuk tunjukkan.
  • Kita mesti tak nak tak dapat masuk IPTA sebab kesilapan yang kita boleh elak, kan? Pastikan tekan butang "Sah & Hantar" setiap kali kemaskini. Setiap. Kali. Kemaskini.
  • Ingat! Jangan cuba-cuba minta bidang yang tidak menepati syarat kelayakan kita.
SEMAK TAWARAN / JAWAPAN UPU

"Macam mana nak semak tawaran UPU? Dia hantar surat dekat rumah atau hantar e-mail ke?"

Tidak. Kita perlu MENYEMAK SENDIRI di laman sesawang UPU. Kelak di website UPU, akan dinyatakan link-link yang boleh kita semak permohonan. Semua perlu dibuat sendiri ya. No email/SMS.

TENTANG COURSE YANG ADA TEMUDUGA

Dalam UPU, akan ada jurusan (course) yang memerlukan kita menghadiri temuduga sebelum IPTA teruskan permohonan kita. Kita akan dipanggil untuk sesi interview jika menepati syarat minimum & syarat khas program. Tapi ingat, ini bukan bermakna kita akan dapat tawaran jurusan tersebut! Untuk jurusan yang mempunyai interview (bertkita #), proses pemilihan akan dibuat berdasarkan syarat khas program dan keputusan interview kita. Ada juga student yang lepas syarat khas dan dipanggil interview, tapi tak lulus pun. Jadi UPU akan proceed dengan pilihan kita yang lain.

"Saya dapat interview UPU sebab hari itu ada mohon jurusan bertanda #, tapi tak dapat pergi sebab ada masalah sikit. UPU saya terbatal semuakah?

Tidak. Kalau kita tak pergi interview tersebut, secara default, sistem UPU akan proceed evaluate permohonan pilihan kita yang lain dlm UPU

MOHON RAYUAN UPU

Let say keputusan UPU keluar, dan kita tak dapat UA/Politeknik Premier, UPU akan bagi kita buat Rayuan. untuk sesiapa yang isi permohonan (i) dan (ii). Let say nanti UPU evaluate permohonan (i) kita, dan tak ada satu pun pilihan kita menepati syarat khas program, UPU akan proceed untuk evaluate permohonan (ii) kita.

Dan jika permohonan (ii) kita lulus, kita akan dapat tawaran!

"Tapi saya tak nak masuk Politeknik Konvensional, boleh tak nak mohon Rayuan"
Tak boleh. Rayuan hanya untuk sesiapa yang TAK MENERIMA APA-APA TAWARAN daripada sistem UPU. Sebab itu saya cakap, kalau tak berminat masuk Politeknik jangan isi permohonan (ii) ya. Tak wajib isi pun.

Ingin kami tekankan sekali lagi, dan lagi. Jika satu requirement kita tak dapat menepati, jangan sesekali mohon jurusan/universiti tersebut. Memang confirm kita tak akan dapat. Hal ini kerana, sistem UPU merupakan sistem berkomputer. Tiada budi bicara seperti manusia ya.


JIKA TAK SEMPAT BELI NOMBOR PIN

"Saya tak sempat beli nombor pin & tak sempat mohon UPU. Macam mana nak mohon rayuan?"
Kita kena tunggu tahun 2019 pula untuk mohon UPU sekali lagi. FYI, Rayuan hanya boleh dipohon oleh pelajar yang mohon UPU sebelum tarikh tutup & yang tak dapat mana-mana tawaran sahaja.
Gambar: @twt_upu


UPU 2018: Pembelian nombor pin BSN untuk kemasukan ke IPTA bagi tahun 2018 boleh dibeli bermula 5 Februari sehingga 9 April 2018 sahaja. Selepas 9 April, kita dah tak boleh beli nombor pin BSN dah. Beli cepat-cepat!

SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN UPU:

Twitter: @twt_upu

Atau boleh hubungi terus:

*****

PAUTAN YANG MUNGKIN PENTING:

SENARAI BIASISWA: https://afterschool.my/scholarship
Tentang Program JPA, MARA & JPA-MARA - http://schoollah.com
Apa beza Matrik dan Asasi? - @schoollah

LAGI BERKAITAN UPU:

- Mini tranksrip vs Transkrip penuh (UITM) - @tyraafaizal_
- Cara Mohon Transkrip Akademik dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian UiTM
- Cara mohon UPU online:
- Punca gagal mohon UPU - https://www.infopelajar2u.com

P/S: Oh ya jika mahu E-book panduan UPU 2018/ 2019 boleh muat turun secara percuma di: https://afterschool.my/upu
SEKIAN, MOGA BERJAYA DAN DIPERMUDAHKAN BUAT SEMUANYA! TERUSKAN BELAJAR DENGAN GAGAH. ALL THE BEST!  :)




Peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) datang lagi dengan penuh mendebarkan. Apabila melihat ramai insan bijak dan prihatin yang kongsikan pengalaman dan tips mereka ambil peperiksaan MUET di twitter, saya pun mengumpulkannya di ruangan ini, untuk rujukan bersama. Moga bermanfaat dan selamat menduduki peperiksaan! Dengan usaha dan doa-doa insya-Allah boleh berjaya!

Jika baru nak mendaftar untuk sesi terdekat ini (2019), boleh rujuk jadual dan cara di https://www.infopelajar2u.com/daftar-muet-online/ 

LISTENING

Perkongsian Arisha (@dr_arisha) & Erry: @errysyaffri , tips untuk listening:

- Ada 30 minit, 3 bahagian. 1 minit untuk baca semua soalan. Baca elok-elok.
- Sebelum pengawas peperiksaan pasang radio, baca dulu soalan betul-betul.
- Baca dan faham apa soalan itu nak.
- Jadi bila dia pasang radio, anda boleh terus fokus dan peka mendengar point yang soalan tadi nak.
- Kalau dah dapat atau terlepas jawapan, semak semula apabila mereka ulang balik, sebab 2 kali sahaja dia pasang.
- Jangan risau dia bagi kertas untuk tulis, dan bagi masa kita recall jawapan.
- Kena fokus dan peka terutama kalau anda nombor belakang-belakang kadangkala susah nak dengar.
- Jangan fokus dekat soalan pertama sahaja, fokus dekat semua soalan.
- Tengok sahaja soalan itu masa listening, minda kena fokus dan peka, kadnagkala jawapannya sangat pendek. Jangan berangan dan ingat benda lain! Fokus!

Ini pula tips daripada Cikgu Zac:



****

READING

Perkongsian Arisha (@dr_arisha) Erry: @errysyaffri, tips untuk reading:

- 1 jam 30 minit. Bawa pemadam dan pensil 2B.
- Soalan objektif. Jika rasa mahir jawab soalan sedemikian, tak ada masalah dah. Asalkan baca betul-betul.
- Kena banyak buat latihan (dari awal). Sebab soalannya agak susah dan jawapannya agak mengelirukan. Lagi-lagi bahagian "true" dan "false". Jika dah mahir, lagi menyenangkan masa MUET nanti.
- Masa jawab itu, kena pandai bahagi masa, kalau tak dapat jawab terus, skip (tinggalkan dulu) dan jawab soalan lain. Jangan buang masa. Dah habis jawab soalan senang, pergi jawab balik soalan yang di-skip tadi tu.
- Bawa air unttuk elak mengantuk, sebab kadangkala boleh terlelap masa jawab paper ini. 
- Dah siap awal, elok semak. Terutama bahagian yang mengelirukan tadi.

Ini pula tips daripada Cikgu Zac:


****
WRITING

Perkongsian Arisha (@dr_arisha)Nanba (@reendu_) & Erry: @errysyaffritips untuk writing:

- Ada 1 jam 30 minit.
- Dia ada 2 section. A dan B.
- Section A. Buat karangan / laporan berdasarkan carta / grafik / laporan / analisis jadual. Ini kena buat betul-betul. jangan mengarut (andaian sendiri). (150-200 patah perkataan kena tulis)
- Section B. Ini kena rujuk soalan.  (250-350 patah perkataan)
- Cuba buat yang terbaik, sebab ini lebih mudah (bagi penulis tips ini) untuk score berbanding yang lain.

Bahagian  A:
Berdasarkan kepada grafik / laporan / carta / grafik / laporan / analisis yang diberikan, anda perlu menghuraikannya dan merumuskannya. Tetapi jika anda tidak tahu bagaimana rupanya (tidak kaji / study dulu). itu agak menyukarkan. Kerana ini hanya untuk 150 - 200 patah perkataan atau menulismya hanya 3-4 perenggan sahaja. Terdiri daripada 4 bahagian:

1. Pengenalan
2: Isi
3. Analisi
3: kesimpulan

Bahagian B:
Ia merupakan esei biasa. Esei panjang, perlu huraikan, memberi contoh, huraikan lagi dan sebagainya. Selalunya tiada format, namun berbentuk argumentatif. Kiranya perlu setuju atau tidak, angan lupa letak pendapat kita dan berkaitan tajuk. Selain itu, letak kesimpulan. - *(@ixasaurus)

* Boleh dapat juga point untuk essay, jika kita peka dengan jawapan orang lain masa peperiksaan speaking yang lalu. Mungkin berkaitan dah boleh digunakan.

Ini pula tips daripada Cikgu Zac:


****

SPEAKING 

Perkongsian  Nanba (@reendu_), perkongsian Erry: @errysyaffri dan perkongsian Ariff @rffdnl. Saya sekalikan untuk memudahkan. Namun jika mahu lihat satu-satu boleh klik pada nama mereka.

Tips Speaking

Okay, Muet Speaking Test (MST) ni diadakan secara berkumpulan. Selalunya 4 orang dalam 1 kumpulan.

Candidate A
Candidate B
Candidate C
Candidate D

Kedudukan kita dah disusun ikut nama oleh pemeriksa. Ada 2 bahagian dalam ujian ini.

Bahagian A - Individu
Bahagian B - Perbincangan kumpulan.

Antara point penting nak dapat markah perlu ada:
- Penerangan
- Contoh
- Terperinci dan jelas
- Fakta / pengetahuan umum / idiom / ucapan terkenal
- Kesimpulan

BAHAGIAN A

Secara individu. Kena yakin dan berani. Ini terpulang kita. Diberi 1 minit untuk membaca dan memahami. 2 minit untuk membuat idea (menulis idea). 2 minit untuk bercakap. Jika anda tidak mempunyai apa-apa idea yang tersisa, buatlah kesimpulan. Anda boleh bercakap seberapa banyak yang anda mahu tetapi ingat jika anda hanya bising sahaja, semuanya seolah-olah sia-sia.

- 3 point cukup. Paling penting kena ada idea yang kuat dan ada details.
- Masa presentation ada 2 minit, jadi gunakan 2 minit itu untuk bercakap
- Jauhi bahasa kurang sopan
- Semasa calon lain tengah present, salin sikit isi mereka. Mungkin berguna untuk Task B nanti.

Tips lain:
Jika anda dapat soalan yang berkaitan perubatan misalnya:

1.Sediakan penerangan berkaitan misalnya.
example: hospital, emergency, doctors, iodine, emergency kit

Bagaimana mahu buat penerangan yang sesuai:
- Bagi alasan yang menarik namun logik
- Contoh (pastikan berkait)
- Fakta
- Kata-kata popular, Hadis Nabi mahupun ayat pemimpin.

- Jika tiada idea, buat kesimpulan menjawab persoalan asal. Ini ada markah.

BAHAGIAN B
  • 2 minit untuk bersedia dan 10 minit untuk berbincang.
  • Panggil nama ahli kumpulan dengan, "Candidate A, Candidate B, Candidate C and Candidate D." Jangan panggil nama. Jika boleh cuba kenal mereka, bari peluang juga kepada  yang lain.
  • Terpulang siapa mahu bermula dulu. Jika mahu mula dulu, salam, ucapan selamat dan mulakan.
  • Jika rasa nak panjangkan lagi bila dapat sahaja soalan itu cari kata kunci atau keywordnya. Jika tentang keselamatan misalnya, pastikan ada sesuatu berkaitan kawalan.
  • Apapun, pastikan diri anda bercakap! Cakap sajalah. Asalkan bercakap. Banyakkan point.
  • Apapun, yang kita nampak bukan untuk lihat jawapan terbaik namun lebih kepada mahu lihat level kita bercakap BI.
  • Jika ada kata laluan atau penutup, lebih mudah dapat markah. Mungkin.
  • Kena pandai main dengan kata perhubung. Biar nampak bijak masa present.
  • Dah tamat cakap terima kasih.
Ini contoh soalan Ariff (@rffdnldapat, 
Soalan yang kami dapat berbunyi.. apakah faktor yang buat sesuatu movie tu meletop dan dikenali?
Point dia.
Candidate A- story line
Candidate B- actor
Candidate C- theme song
Candidate D- video quality

Maksudnya di sini anda tak boleh pilih, 
Jadi dekat tugasan B, terpulang kita mahu berbincang atau melawan ahli kumpulan itu secara sihat.

Cuba sertai perbualan speaking itu. Jika calon lain memberikan idea yang tidak bagus, cuba menolak idea mereka. Berikan pendapat anda. Semakin banyak anda bercakap dengan penjelasan yang baik, semakin banyak markah yang akan anda dapatkan

Anda boleh menggunakannya apabila anda mencuba:

1. "Excuse me, I disagree with your opinion..."
2. "I'm sorry to interupt but I disagree..."

Apabila anda tidak bersetuju dengan pendapat mereka, pastikan anda mempunyai penjelasan yang kukuh. Bukan hanya membebel dan bercakap sahaja tanpa isi.

Ini pula tips daripada Cikgu Zac:


****

Tips lain oleh Nissa - @MissNissarumlan.
*Apapun yang penting anda bercakap, dan orang lain faham. Akhir kata, semoga berjaya! Insya-Allah.

Untuk tips bahasa Inggeris dan belajar boleh ikuti Cikgu Zac / Zachariah Aidin (@thealphafoxtrot)  di twitter dan tak ketinggalan DR. Amalina Bakri (@DrAmalinaBakri).

Rujukan tips MUET lain:

- http://muetmyway.blogspot.my
- http://jimie1402.blogspot.my

Format peperiksaan MUET:



Cara perkiraan markah MUET:

Jadual MUET terkini http://portal.mpm.edu.my



Jika tak tahu baca Al-Quran;

Pandang atau peluk sahaja Al-Quran pun dah dapat pahala. (Jika berterjemahan tidak perlu mengambil wuduk terlebuh dahulu, namun seeloknya ambil sebagai adab), namun perlu berwuduk jika baca kitab Al-Quran yang tanpa terjemahan.)

Boleh dimulakan dengan mendengar bacaan (pun sunnah dan berpahala), boleh baca makna dan seterusnya belajar baca sikit-sikit. Kemudian banyak pula. Jika dah tahu nanti boleh cuba hafal pula pada masa akan datang. Mulakan surah yang pendek, kemudian yang panjang. Tak apa, cuba sedaya kita, asalkan kita cuba. Allah menilai setiap usaha kita walaubagaimanapun. Benda baik, mesti Allah bantu. Insya-Allah.
"Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala.- (Hadith Riwayat Muslim)

Seronokkan? Bukan sahaja Tuhan tidak marah, tapi dia hargai usaha kita dengan beri ganjaran lagi. Masya-Allah. Jom, mulakan membaca! Masih belum lagi terlewat.

Ini artikel dan video dari laman web lain :  Cara lancar baca Al-Quran,  7 Tips mudah hafal surah al-kahfi,  Video asas belajar Al-Quran (Iqra),  Video teknik al-baghdadi, 

Semangat, anda boleh!

Jom! Semoga dipermudahkan semuanya, insya-Allah.

*Ada tips lain boleh tambah di ruangan komen. Terima kasih.




Merdu suara dia macam Mishary Al Afasy
Merdu suara dia macam Mishary Al Afasy
Posted by Sukan Star TV on Saturday, January 2, 2016





Ilmu sangat penting dalam hidup kita semua. Dan belajar adalah proses seumur hidup. Tuhan menilai semua usaha kita, jadi jangan pernah berhenti dan mengalah untuk belajar sesuatu yang baik. Buatlah yang terbaik dalam perkara yang diredhai-Nya, insyaAllah berkat.

Tips mendapat ilmu yang berkat

* Perkara paling asas, niat yang ikhlas. Niat belajar kerana ALLAH, mahu keluar dari kelompok jahil, dan mahu memanfaat dan menyebar demi masyarakat .
*Jauhi maksiat yang menggelapkan hati.
*Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada.
"Hikmah (ilmu) itu umpama barang mukmin yang hilang, di mana saja kamu menjumpainya, maka ambillah ia " (Riwayat al-Tirmizi )
*Banyak bertanya, berbincang dan berdebat secara aman demi meraih ilmu yang benar
*Kefakiran dan kemiskinan seseorang bukanlah penghalang untuk menjadi orang yang berilmu (alim), tapi yang penting perlu rajin dan istiqamah (berterusan)
*Sentiasa bersyukur bahawa ilmu itu anugerah ALLAH .
*Memohon hidayah ALLAH dengan berdoa supaya terangkan hati untuk memahami dan menerima ilmu lagi
*Memohon supaya dijauhi sifat bakhil. Kerana ilmu yang baik adalah untuk disebarkan.
*Berusaha untuk zuhud dan tidak tamak harta
*Tentukan masa ulangkaji. Belajar biar konsisten walau ambil masa dengan tidak lama.
*Elakkan bosan dalam belajar .

Antara adab-adab menuntut ilmu :

Ikhlas belajar, belajar tekun dan bersungguh, menjauhi maksiat, memilih teman yang soleh , Banyakkan mengingati ALLAH, menjaga kehormatan diri dan orang lain, doa dan dapatkan keredhaan ibubapa, menghormati guru, dan beramallah dengan ilmu.

TIPS BELAJAR YANG EFEKTIF

10 Tips belajar

- Suasana yang kondusif (Fokus dan tenang)
- Masa belajar ( beberapa jam perlu fokus )
- Tidak bertangguh
- Menyusun jadual
- Badan yang sihat ( 20 minit bersenam, amalkan qiamulali )
- Gol dan hadiah (untuk diri )
- Membuat dan menyusun nota ( bantu , visual bantu hafal )
- Tidak malu bertanya
- Tingkatkan daya ingatan
- Hubungan baik dengan Allah


FOKUS & SEMOGA BERJAYA! ALL THE BEST.




Senang tak masuk matrik? Bestkah masuk Matrik sampai Budak Matrik dicop berlagak? Nah! Kalau start masuk Universiti, benda pertama orang tanya, 'dulu belajar mana? 'Pastu adalah wujud perbandingan antara awak lepasan matrik, diploma mahupun STPM. Eh! Tahu tak yang penting - Bukan 'awak dulu belajar mana, tapi awak dapat kerja ke tak lepas belajar ni'. Cuma, buktikan nanti. OK, taknak membebel dah.

Apa yang paling best, kadangkala dekat matriklah, tahun paling singkat, sebab ada yang first time berdikari, atau kali pertama berjauhan dari family. Malahan yang first time cintan cintun pun kekadang inilah tempatnya weh! Dan ini juga kekadang jadi tempat pertama belajar untuk bergaya dan kenal dunia luar (ada kelas dinamika kemahiran gitu), cayolah! Yang penting, bukan senang dapat masuk matrik, jadi yang berpeluang, belajar rajin-rajin tau!

Senang tak masuk matrik? Tak susah, jika dah study betul-betul. Lagi banyak A, lulus semua = kredit semua, dan menyerlah dalam aspek samaada sains  [kimia, biologi,fizik] mahupun akaun + ekonomi. Apapun bergantung pada rezeki juga. Dan minat!

Baiklah, ini kenangan Anem masa belajar di Kolej Matrikulasi Melaka sesi 2004-2005. KMM ni terletak di Londang, Melaka. Matrik tua. Biarlah dak dak lain kutuk macam-macam, tapi ini tempat menimba ilmu yang tetap cun bagi Anem.

Roomates:

Mujur dua roomates Anem ni sangat cool (Idi dan Yan ). Kenangan tak boleh lupa, bila
jam loceng bilik kami bunyi sampai bilik hujung, tapi kami bertiga tidur mati tak sedo-sedo. Dak bilik lain yang ketuk pintu, kejutkan. Haish. Pun tak boleh lupa, bila malam-malam giliran bilik kami baca Al-Mulk, haha, masing-masing kelu bila part baca doa penutup. Nakal weh! Jangan tiru begini ya adik-adik.

Buat Puspa Idyani atau Idi, dan Nur Azianty [Yan@ kenit], rindu betul dekat korang!

Dak wings: B3, Aras 2,
Bilik nombor enam. Wing satu lagi pun gempak dan cun tau! Jangan tak tahu antara aras pun boleh ada saingan. Saingan paling kuat dan memang antara aras yang havoc lagi kecoh pastinya aras 3 itu. Apapun satu blok tetap rock'in. Kes-kes kenangan di situ adalah kes terpencil dak dak nakal yang kelakar saja bila ingat balik. Normal gitu. Baru nak up! Ops.

Kelas A2P2 tersayang. Kelas ni memang giler ngam. Saingan tu,  normallah babe!

Plus+ Iza, Cda, Shida, Kenit, Ida, Su dan Anem: kami team outing, team solat jemaah, team tengok tv cop cop tempat (eh), team kutuk ngumpat (dosa ni!) dan  team lepak-lepak sambil makan.

Sekian, kenangan lalu. Yang baik kita jadikan sempadan.
Facebook Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) : [Kliksini]

P/s: Haish! Dak matrik sekarang ni dah ada mesin basuh. Tak aci weh!





Tempoh hari ada seorang kenalan Facebook Anem tanya. macamana nak membenarkan pintu hati dia tersuka membaca. Membaca buku. Jadi Anem belek punya belek satu-satu buku Anem ada, ini tips paling ilmiah Anem jumpa.

- Cuba bermesra dengan buku yang anda minati. [Photography, fesyen , gadget ,kereta etc]
- Tetapkan sasaran, nak baca buku berapa setahun.
- Mempunyai masa khusus untuk membaca, berapa minit?
- Membuat senarai buku-buku yg ingin dibaca
- Cari tempat sesuai yang sunyi - untuk membaca. Lebih fokus.
- Kurangkan membuat aktiviti yg tak berfaedah.
- Asingkan buku yang telah dibaca, supaya tak jadi perhiasan semata.
- Jika ada adik-adik atau anak-anak, bacakan buku untuk mereka.
- Jadikan ia aktiviti yang menyeronokkan, makan-makan atau minum-minum waktu membacakah.
- Sediakan pendapatan khas untuk beli buku.
- Pelbagaikan cara membaca - menonton rancangan berkaitan adalah cara terbaru [Jom tengok tv!].
- Pilihlah bacaan yang ilmiah.
- Biar sedikit asalkan konsisten (istiqamah)

Iqra ..

p/s: Nak seribu daya, bro..! 

Note: Majalah tu a part of book juga, cuma bila kita dah selalu bemesra dengan words, insya-Allah suatu hari nanti kita akan suka membaca sesuatu yang lebih ilmiah.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top