Showing posts with label met Malaysia. Show all posts
Showing posts with label met Malaysia. Show all posts

 


Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata negara kini berada pada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac dan dalam tempoh itu, litupan awan serta taburan hujan akan berkurangan

Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.

- Utara Semenanjung

- Perak

- Pahang

- Kelantan

"Ketiadaan hujan dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

"Situasi cuaca panas dan kering yang dialami pada ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku setiap tahun bermula pada Februari hingga Mei," katanya dalam kenyataan di sini,hari ini.

Mohd Hisham berkata dalam tempoh itu, catatan suhu harian tertinggi boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang.

Beliau berkata bacaan suhu tertinggi yang dicatat di stesen-stesen jabatan itu seluruh negara semalm (11 Feb) adalah 36.1 darjah Celsius yang direkod di Felda Teloi Kanan, Baling, Kedah.

Selain itu, gelombang haba dan jerebu setempat juga berpotensi berlaku dalam tempoh berkenaan, namun keadaan tersebut diramal tidak seteruk tahun lepas disebabkan pengaruh La Nina lemah yang sedang berlaku sekarang dan dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun ini.

Mohd Hisham berkata dalam keadaan cuaca panas dan kering, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan penggunaan air serta mengelakkan pembakaran terbuka serta mengehadkan tempoh berada di kawasan terbuka.

Katanya MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negara dan orang ramai disarankan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia.

Sementara itu, Mohd Hisham menerusi ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari memaklumkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang dijangka berlaku di Sarawak selama tiga hari mulai 17 Feb.

"Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak pada 17 sehingga 19 Feb dan keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut," katanya.

-- BERNAMA


Jaga kesihatan semua, banyakkan minum air masak, jaga diri baik-baik.



Sumber:- https://x.com/metmalaysia/

https://www.astroawani.com/







Malaysia akan mengalami fenomena air pasang besar khususnya di kawasan Pantai Barat Semenanjung bermula hari ini sehingga minggu depan. Hati-hati dan jaga diri semua. 

Berikut adalah perkongsian saudara Izzraif Harz di X. 






Jadual Air Pasang Besar Negeri Perlis


Jadual Air Pasang Besar Negeri Kedah

Jadual Air Pasang Besar Negeri Pulau Pinang & Taburan Hujan Bulanan


Notis Peringatan Air Pasang Besar Negeri Perak (Bagan Datuk & Hilir Perak)




Jadual Air Pasang Besar Negeri Selangor (Pelabuhan Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam)








Untuk kemaskini:




Stay safe! 


Pemilikan awam dan persendirian juga rosak dan mengalami kerugian dek kerana #KrisisIklim. Apa itu #LossAndDamage dan impaknya kepada Selangor? Ini adalah 🧵 

 1. Loss & Damage adalah terma bagi kesan kerosakan dan kerugian yang berlaku akibat iklim. Terma ini telah dibawah oleh Kumpulan Negara Pulau (@AOSISChair), se-awal 1991,

Selepas peristiwa Tsunami Bali, ia telah diterima menerusi 2007 Bali Action Plan. 

2. Namun, #LossAndDamage ini telah dibawa ke perhatian @UNFCCC selepas terjadinya isu Typhoon Haiyan dan di COP19 Warsaw (2013), telah tertubuhnya Warsaw Internaional Mechnism For Loss And Damage (WIM).

#PerjanjianParis pula mengukuhkan kesinambungan WIM ini.

3. Walaupun begitu, ia masih lagi tidak mendapat perhatian dunia akan kerugian dan kerosakan yang dialami oleh negara membangun dan kepulauan - kepulauan.

Mereka memperjuangkan satu bentuk "compensation" diwujudkan tapi diendahkan, maka mereka push kepada adaptasi lebih.

4. Typhoon Odette yang terjadi pada akhir Disember 2021, sekali lagi datang dengan memberi kesan banyak negara ASEAN dan meragut ramai nyawa serta memberi kesan negatif pada ekonomi.

Ini termasuklah Malaysia, iaitu negara ini telah masuk senarai Negara #LossAndDamage.

5. Kerugian yang direkodkan adalah lebih kurang RM 1 Billion pada ketika itu dan membawa kesan kepada kerugian sekitar RM 20-RM 25 Billion.


6. Kalau ikut keseluruhan, menggambarkan sekitar RM 55 Billion kerugian semasa tidak termasuk unjuran impak ekonomi dalam masa 6 bulan.

Dengan terjadinya pada hari ini di Shah Alam, nampaknya kajian saya kena update lagi.Image

7. Jadi berbalik pada Selangor, khasnya di Shah Alam. Perkara yang terjadi adalah hujan batu dan ribut petir dengan kelajuan angin sekitar 40-50km sejam daripada perairan timur laut Condone (info dari @metmalaysia).


8. Purata Hujan turun sekitar 17mm dan jumlah totalnya adalah sekitar 25-27mm mengikut data stesen Sg Damansara di Batu 3, Shah Alam.

Kejadian banjir tahap rendah berlaku di kawasan kependudukan rendah.Image

9. Dah lah haritu Banjir, overflow water kali ini diserang oleh Angin kencang, hingga banyak pemilikan awam dan swasta telah terkorban, belum masuk kereta lagi.

Shah Alam kini telah dikenal pasti sebagai bandar #LossAndDamage ke 4 selepas Kuala Lumpur, Pekan dan Johor Bahru.

10. mengikut anggaran trajectory saya, Selangor kini berhadapan dengan kerugian sebanyak sekitar RM 4-6 juta buat ketika ini.

Saya masih lagi menunggu laporan kesuluruhan. Ya, perkara ini tidak boleh dibendung, namun kena terima hakikat kita dalam keadaan #DaruratIklim.

• • •

 Keep Current with Shaqib Shahril









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top