Showing posts with label fenomena. Show all posts
Showing posts with label fenomena. Show all posts

 



GERHANA BULAN PENUH MALAM RAMADAN


Peluang Ibadah Istimewa Buat Umat Islam.

Pada malam 3 Mac 2026 bersamaan 14 Ramadan 1447H, langit Negeri Sembilan akan menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh.

Fenomena ini merupakan tanda kebesaran Allah SWT yang disyariatkan untuk diisi dengan ibadah.


🕰 Gerhana berlaku antara

7.26 malam hingga 9.17 malam


Sepanjang tempoh ini, umat Islam disunatkan menunaikan:


✨ Solat Sunat Gerhana Bulan





Pelaksanaan boleh dilakukan di masjid dan surau sama ada:


➡️ Selepas Maghrib

atau

➡️ Selepas Isyak


mengikut kesesuaian jemaah dan pengurusan setempat.


Mari bersama:


🤲 Menghidupkan malam Ramadhan

🕌 Mengimarahkan masjid

🌌 Menghayati tanda kekuasaan Allah



MAKLUMAN RASMI FENOMENA GERHANA BULAN PENUH DAN PELAKSANAAN SOLAT SUNAT GERHANA


🗓️ 3 Mac 2026

🕢 7.28 malam - 9.17 malam


https://mufti.perak.gov.my/images/hebahan/2026/MAKLUMAN%20RASMI%20GERHANA%20BULAN.pdf 


Jabatan Mufti Negeri Sembilan

https://www.facebook.com/share/p/1CPzRs7FuU/


Jabatan Mufti Negeri Perak

https://www.facebook.com/share/p/1CKfn6axM9/



📍 Rujuk infografik untuk waktu dan cadangan pelaksanaan.


Antara sumber:




🌕✨ 𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐍𝐎𝐌𝐄𝐍𝐀 𝐆𝐄𝐑𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 "𝐁𝐋𝐎𝐎𝐃 𝐌𝐎𝐎𝐍"✨🌕




Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 7 – 8 September 2025, bermula pukul 11.28 malam hingga 4.55 pagi waktu Malaysia. Fasa Gerhana Bulan Penuh:


• 🌑 Fasa Penumbra bermula: 11.28 malam

• 🌓 Fasa Separa bermula: 12.26 pagi

• 🌕 Fasa Penuh bermula: 1.30 pagi

• 🌕✨ Fasa Penuh Maksima: 2.11 pagi

• 🌕 Fasa Penuh berakhir: 2.53 pagi

• 🌓 Fasa Separa tamat: 3.56 pagi

• 🌑 Fasa Penumbra tamat: 4.55 pagi





🌕 Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 7 - 8 September 2025 akan berlaku 2.7 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang dekat dengan Bumi (perigee) iaitu pada jarak 364,773 km dengan saiz sebanyak 33.4 arc minit. Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada pada kedudukan di antara Matahari dan Bulan menyebabkan bayang-bayang Bumi menutupi Bulan. Bulan akan kelihatan berwarna merah/jingga Ketika kemuncak Gerhana Bulan Penuh. Ini disebabkan oleh pembiasan cahaya Matahari oleh atsmosfera Bumi. Gerhana ini juga dikenali sebagai Blood Moon.






🌍 Gerhana penuh ini boleh disaksikan di Eropah, Afrika, Asia, Australia, dan New Zealand. Di Malaysia, keseluruhan fasa dapat dilihat dengan jelas (bergantung kepada keadaan cuaca), sama ada dengan mata kasar, binokular atau teleskop.


Keseluruhan gerhana kali ini (tidak termasuk fasa gerhana penumbra) akan mengambil masa selama 3 jam 30 minit dan fasa Gerhana Bulan Penuh akan terjadi selama 1 jam 22 minit. 



--------------



𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐃𝐈𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇:


🗓️ Tarikh: 7 – 8 September 2025 (Ahad – Isnin)


⏰ Masa: 10.00 malam – 5.00 pagi


📍 Lokasi: MAHA Tower, Langkawi, Kedah


⚫ Anjuran: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan kerjasama Maha Tower dan Tourism Malaysia Northern Region Tourism Malaysia.


🔭 Rasai pengalaman mencerap fenomena langit yang menakjubkan


🎇 Perkongsian ilmu astronomi 


🎯 Lokasi cerapan turut diadakan di seluruh Malaysia. Rujuk poster untuk senarai lokasi berhampiran anda..






👌Pencerapan tertakluk kepada keadaan cuaca. 


🔗Penstriman langsung di Facebook MYSA


Kredit post asal: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

Gambar: FB Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Cara solat sunat Gerhana Bulan 




Malaysia akan mengalami fenomena air pasang besar khususnya di kawasan Pantai Barat Semenanjung bermula hari ini sehingga minggu depan. Hati-hati dan jaga diri semua. 

Berikut adalah perkongsian saudara Izzraif Harz di X. 






Jadual Air Pasang Besar Negeri Perlis


Jadual Air Pasang Besar Negeri Kedah

Jadual Air Pasang Besar Negeri Pulau Pinang & Taburan Hujan Bulanan


Notis Peringatan Air Pasang Besar Negeri Perak (Bagan Datuk & Hilir Perak)




Jadual Air Pasang Besar Negeri Selangor (Pelabuhan Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam)








Untuk kemaskini:




Stay safe! 


Orang ramai dinasihatkan tidak perlu panik susulan kenyataan saintis dari United Kingdom yang mengeluarkan amaran terjadinya solar storm. 

Apa itu Ribut Suria? 

Ribut suria (solar storm) terjadi apabila matahari meletus. Biasanya meletus dalam dua bentuk — nyalaan suria (solar flare) & Coronal Mass Ejection (CME).

Apabila meletus, ia melepaskan sinaran tenaga magentik dan plasma yang tinggi.

Antara bencana sebenar yang boleh buatkan Bumi gelap berpanjangan, tak kira siang dan malam ini bukan bencana ribut suria (solar storm), tetapi letusan gunung berapi.

Peristiwa ribut suria paling dahsyat pada tahun 1859 pun, aurora hanya mampu jejak 21° utara iaitu pada garisan negara seperti Burma dan Mexico.

Ringkasnya:

1. Kejadian ribut suria ini biasa saja. Memang kerap berlaku.

2. Aurora hanya dapat dilihat, tipikalnya, di negara-negara utara dan selatan hemisfera Bumi, bukan di khatulistiwa. 

3. Untuk aurora sampai ke khatulistiwa, ia memerlukan ribut suria yang teramat kuat sehingga mampu menjahanamkan satelit. Kalau betul ia terjadi, sepatutnya sudah ada berita amaran pasal ini


(Sumber: https://twitter.com/zamirmohyedin


Perkongsian lain:

RIBUT SURIA

Ribut Suria boleh berinteraksi dengan medan magnet dan atmosfera planet dan objek-objek angkasa yang lain.

Zarah-zarah yang terbebas daripada Matahari bergerak sejauh 150 juta km kearah Bumi sebelum ditarik oleh dua medan magnet Bumi di kutub utara dan selatan. 

Bumi mempunyai medan magnet yang melindungi penghuninya daripada angin suria berbahaya seperti Ribut Suria. Tanpa medan magnet, Bumi akan kering kontang dan tidak dapat dihuni seperti planet Marikh.

Rujukan:

https://www.jpl.nasa.gov/nmp/st5/SCIENCE/storms.html

https://www.swpc.noaa.gov/noaa-scales-explanation


'MENELUSURI ALAM SEMESTA, MENYINGKAP KEAGUNGAN ILAHI' 







Sumber gambar dan text:

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN






Pexels

Pada 31 Ogos 2023, Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 09:38. Bulan Penuh Perigee, iaitu bulan purnama yang berada paling dekat dengan Bumi, kelihatan terbesar dan tercerah untuk tahun 2023 yang juga dikenali sebagai “Supermoon”.

Namun Bulan Penuh boleh mula kelihatan malam ini pada 30 Ogos. 

Namun memandangkan fenomena bulan purnama ini berlaku 2 kali dalam bulan yang sama, jadi ia digelar sebagai “Bulan Biru". Kejadian ini direkodkan terakhir terjadi pada 2009 (2 kali bulan penuh dalam sebulan - namun untuk Supermoon ia terakhir dicatatkan pada 2018). 

Dan fenomena (bulan purnama 2 kali sebulan) ini kita akan jumpa 9 tahun lagi.

🔸 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸

𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲

Hujan Meteor Delta Aquarids boleh dilihat mulai 12 Julai sehingga 23 Ogos setiap tahun. Kemuncak Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada 357,181 km.

APA ITU BLUE SUPERMOON?

Bulan akan kelihatan berwarna biru dan sangat besar ke nanti?

Bulan Ogos akan berlaku 2 kali Bulan Penuh.

Gelaran yang diberi ialah ‘Blue Moon’. 

Tak ada kena mengena dengan warna bulan. Bulan warna seperti biasa. 

Bulan Penuh Perigee berlaku tiap-tiap tahun. Tolong jangan viral teori pelik-pelik.

BLUE = pepatah matsalleh, "Once in a blue moon" rare occasion lah begitu. Kenapa rare? sebab dalam bulan Ogos ini, terdapat dua kali bulan fasa penuh (yang oertama dah berlaku pada 2 Ogos lalu). Makanya Blue Moon.

SUPER = Bukan superman. Oleh kerana Bulan berada di titik dekat dengan bumi (perigee), logiknya saiz pun makin besar la kan. sebab dikatakan 'besar', dinamakan SUPER oleh orang bukan astronomer ya. tapi jangan kecewa apabila bulan berada atas kepala, katanya tak nampak besar. kalau di ufuk, ya akan nampak besar, kesan daripada pembiasan daripada atmosfera. kita perlu ada sekurang-kurangnya dua gambar bulan menggunakan alat yang sama untuk membuat perbandingan besar ni.


*Malam ambang merdeka, Facebook Dark Sky Malaysia akan membuka teleskop untuk orang awam bersama-sama mencerap Bulan.



Antara sumber:

- https://www.mysa.gov.my/kalendar-astronomi-ogos-2023-2/

- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid033Ks7gfNq6PSJQebDXH3hryWSVjNzA9YDWMZGYdVtLQEquRkzZGnhQ2nh9rMXCt4wl&id=100063812702748&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f

- https://twitter.com/MySamudera/status/1686726298931228672?t=Q-BlqPyA_TR4gjSkJFiZ4g&s=19

- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0TgpuuzJBMxttay8hnqp79WVPSFfdHkj5KTApTRoFUVvAveSexDJRTh3uWDj7PK26l&id=1603315048&sfnsn=mo&mibextid=6aamW6

Saban hari semakin banyak drama melayu yang menarik untuk ditonton. Mungkin ada yang semakin berani, atau ada yang memilih untuk mencuba di luar kotak. Dua drama yang ingin saya sentuh di sini adalah drama Nur 2 dan Leftenan Zana.


Nur 2

Awal-awal lagi watak perempuannya, Ecah dan Nur membuatkan penonton geram. Iya, Ecah bagus dalam ketaatan dan Nur baik dalam sangkaan, namun di sini menunjukkan keterlaluan boleh mengundang kepada perkara tidak baik. Perlu taat, pada tempatnya. Perlu husnudzon pada tempatnya. Walaupun kita seakan tidak sangka kewujudan perempuan seperti mereka, namun yakinlah masih ada lagi, ramai.

Watak lelaki pula, yang menonjol sebagai protagonis: Hamadi yang masih tak insaf selepas tertangkap semakin menjengkelkan, serta Adam dan Mirul yang menunjukkan iman tetap diuji walau siapapun kita. Namun asas dan amalan agama memainkan peranan di sini.

Kekuatan ayah, Datuk Ayah Haji Mukhsin dan emak Adam; Datin Ibu Hajah Musalmah antara tunjang drama. Mereka wujud dalam real life. Seorang ayah yang tegas dan emak yang masih bersungguh memberi peluang.

Kemunculan Juita, yang bertindak mahu merampas begitu nyata sekali. Dia begitu tenang, licik dan teratur. Di hadapan baik, di belakang berniat sebalik.

Kemunculan Jojo; kawan baik Nur dan  Jiran yang prihatin ; Mak cik Wongshu juga menangka perhatian dalam Nur 2 kali ini.

Pengarah dan penulis skrip Nur 1 dan nur 2; Shahrulezad Mohameddin benar-benar mahu "mencabar" perasaan dan minda penonton kali ini nampaknya.
Gambar: Twitter @ainazkh_
Oh ya, siapa pernah berada dalam kem (tentera, polis, kadet pakaian seragam apa pun, sekalipun PLKN) akan mengimbau kenangan. Betapa seronoknya setiakawan, betapa indahnya berjuang dan berlawan dalam suasana mahu lepas dan berjaya, dalam erti kata lain, semua mahu berusaha keras menjadi seorang yang terbaik. Allah.. Rindunya kawad dan kawan-kawan.

Melihatkan Zana yang tegas dalam mahu mencapai cita-cita, kuat berusaha dan tabah melawan perasaan kecewa serta tidak berputus asa membuatkan ramai remaja (juga dewasa) meminati drama Leftenan Zana ini. Erti setiakawan juga dipamerkan. Cerita terbitan JS Pictures ini harus dipuji.

Bacaan lain: Leftenan Zana raih 10 juta tontonan

Kenangan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara)

Jika saya, selain rindu solat berjemaah, beraktiviti lasak dan menunggu waktu mula ambil hidangan dan kembali memegang telefon (setelah disimpan), saya teringat ditegur seorang Puan di kem tentang pelembab bibir saya, dia ingat saya pakai lipstick, katanya itu bukan masa berlawa, walaupun saya menegaskan ia hanya pelembab bibir yang jenis ikut darah, saya tetap disuruh hilangkan. Kelam-kabutlah juga. Hehe. Pengalaman ini menjadikan saya lebih peka dengan peraturan dan bersedia dalam banyak hal.

*Saya ada cerita tentang PLKN di artikel ini.

Belum lagi saya diberi tanggungjawab menjadi ketua 'rumah' saya (Bravo waktu itu), sekaligus menjaga adik-adik dan memberi arahan kawad, teruja dan seronok walaupun penat sedikit, kadangkala. Itu belum lagi wujudnya kejadian-kejadian kecil yang terpahat menjadi kenangan. Alhamdulillah, masih ramai sahabat-sahabat saya yang baik di sana yang masih berhubungan dengan saya. Kini, PLKN juga hanya tinggal kenangan.

Sekian. Terima kasih sudi membaca. :)

(Banyak lagi drama Melayu yang menarik terutama jika di RTM; slot Panggung RTM manakala di Citra adalah slot Citra Eksklusif).

Pendapat anda tentang drama-drama ini? Puas hati tak dengan ending drama Nur 2? Apa pula drama kegemaran anda?


Apa itu supermoon (fenomena bulan penuh perigee)?

Fenomena supermoon atau bulan penuh perigee ini berlaku sekali setiap bulan, pada tarikh-tarikh yang berlainan dan asbab kejadian ini ialah kerana orbit Bulan ini tidak sempurna bulat. Ia berbentuk elips. Ketika ini Bulan berada pada jarak 356511 km daripada Bumi.

Fenomena Bulan Penuh Perigee ialah kejadian di mana Bulan Penuh berada pada kedudukan Perigee (paling hampir dengan Bumi). Bulan Penuh kali ini akan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah berbanding bulan penuh biasa. Air Pasang Besar dijangka berlaku sekali lagi.

Walaupun jika dilihat dari segi fenomena, kejadian Bulan Penuh Perigee ini tidaklah mempunyai apa-apa ‘kesan istimewa’, namun ada satu perkara menarik mengapa supermoon kali ini lebih unik berbanding yang lain.



Berdasarkan kiraan falak lagi, supermoon kali ini adalah yang paling besar dan terang sejak tahun 1948! Maknanya, dari 1948 hinggalah tahun 2016, dalam banyak-banyak supermoon, kejadian kali ini adalah yang paling top! Kita perlu menunggu 25 November 2034, untuk sekali lagi mengalami supermoon yang lebih super berbanding biasa!

(Boleh rujuk: Falak Online)

Apa kaitan supermoon dengan air pasang besar?

Setiap kali Bulan Penuh Perigee, kita akan mengalami air pasang besar. Pada bulan lepas (Oktober) penduduk di pantai barat khasnya terpaksa mengharungi air laut yang melimpah naik ke darat. Ketika itu, perbezaan waktu antara antara Bulan Penuh dan Bulan Perigee ialah 19 jam.

Pasang naik dan pasang surut air laut disebabkan oleh graviti Bulan (dan Matahari) terhadap Bumi. Walaupun Bulan ukurannya jauh lebih kecil daripada Matahari, tetapi pengaruhnya lebih besar kerana letak Bulan jauh lebih dekat ke Bumi berbanding Matahari.

Gaya graviti menarik air laut ke arah Bulan dan Matahari dan menghasilkan dua unjuran pasang surut tarikan graviti di laut. Lintang dari unjuran pasang surut ditentukan oleh deklinasi (keserongan), sudut antara paksi putaran Bumi dan bidang orbit Bulan dan Matahari.

Kerana Bulan berada cukup dekat dengan Bumi pada saat Bulan Purnama perigee 14 November 2016, maka pada saat itu akan terjadilah pasang naik yang sangat tinggi dan pasang surut yang sangat rendah. Pasang laut seperti ini juga terjadi pada saat fasa Bulan Baru.


(Merujuk: Infoastronomy.org Bintang.com)
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; (Ar-Rahman; ayat 5)
3 FAKTA MENARIK BULAN

1. Proses kelahiran yang unik
Mengikut teori, bulan terjadi apabila sebuah batu bersaiz planet Marikh menghentam bumi ketika awal pembentukan sistem suria 4.5 billion lampau. Hentaman ini menghasilkan serpihan-serpihan atau 'debris' ke ruang angkasa beribu-ribu km jauhnya. Setelah sekian lama, debris ini membentuk batu gergasi yang dinamakan bulan hari ini.

2. Putaran bulan yang unik.
Sama ada kita perasan atau tidak, bulan sebenarnya menghadap ke arah kita dengan wajah yang sama. Tidak pernah berubah. Ini kerana putaran bulan pada paksinya sangat perlahan dan memakan masa sebulan untuk lengkap satu putaran. Dalam masa sebulan itu jugalah bulan lengkap mengorbit sekeliling bumi. Ini kerana graviti bumi telah memperlahankan dan menstabilkan pergerakan bulan.

3. Selamat tinggal bulan!
Ketika anda membaca artikel ini, bulan sedang berangkat meninggalkan anda. Saintis melaporkan bulan sedang bergerak 3.8 cm setiap tahun. Bagaimana ini terjadi? Ianya terjadi kerana bulan menggunakan tenaga daripada putaran bumi untuk menolaknya jauh daripada kita. Ketika awal pembentukannya, bulan hanya 22,530 km daripada kita. Sekarang kedudukannya sudah 450,000 km.

Sumber; Zul Astrogamb‎ 
Kredit : Hoshizora Astronomy Club ( HAC ) - Space.com


Gambar oleh Harris Jeffrey
Untuk mengetahui perkembangan keadaan cuaca dan laut serta air pasang besar boleh merujuk: Facebook Met Malaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) atau laman web mereka.
Gambar oleh AmirAzim
Jika ingin melihat banyak gambar bulan yang menarik boleh merujuk post di facebook falak online ini atau ke instagram dengan hashtag bulan. Terima kasih.

***
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah. - (Surah fussilat [41:37])







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top