Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts


Ini antara 34 mutiara kata Ustaz Dato' Ismail Kamus yang dapat saya (Zaim Zin) kumpulkan pagi ini.

Bacalah. Semoga ada yang memberi manfaat pada kita sebagai rantai pahala beliau.

1. "Dalam perjuangan, penat akan hilang, tetapi pahala akan berpanjangan"

2. "Memang baik menjadi orang penting. Tetapi lebih penting menjadi orang baik"

3. "Kita bukan gila kuasa. Tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila"

4. "Bukan kematian itu yang harus ditakuti. Tetapi kehidupan setelah kematian itu lah yang harus ditakuti"

5. "Sedekah itu tabung akhirat. Jangan kita anggap yang sedikit tu sedikit. Walhal orang yang tidak memberi tu, lagi memiliki sedikit"

6. "Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, mati pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam"

7. "Dunia bukan tempat berehat, tetapi tempat beribadah"

8. "Boleh makan semua yang halal, tetapi jangan berlebihan"

9. "Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda"

10. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan"

11. “Kalau seksa neraka boleh dilihat dengan mata, masjid 16 tingkat pun takkan muat untuk jemaah untuk tunaikan solat”

12. "Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat"

13. "Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?"

14. "Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan keresahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni"

15. "Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat"

16. "Kita sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah kepada kita ada 3 sahaja. Iaitu, semalam, besok dan, hari ini. Yang semalam dah tak ada, yang besok belum tahu lagi, yang tentu ada sekarang. Maka kita gunakan masa yang sangat sedikit itu untuk mendekatkan diri kepada Allah"

17. "Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat"

18. "Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah"

19. "Tuntutlah ilmu kerana 3 tujuan.
1. menghilangkan kejahilan,
2. beramalah dengan ilmu tersebut; dan
3. mengajarkan orang dengan ilmu yg ada"

20. "Janganlah pula setelah berilmu, kita memperbodoh-bodohkan org lain"

21. "Jagalah hati sampai mati"

22. "Orang berakal wajib solat. Orang gila tak wajib solat. Orang tak solat orang gila"

23. "Yang suka asap ni, jin je"

24. "Jangan dipandang kepada berapa besar dosa yg dibuat tetapi pandanglah kepada siapa kita berbuat dosa itu"

25. "Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dlm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya"

26. "Dibimbangi maksiat kita membuatkan Allah murka kepada kita, walaupun maksiat itu kecil. Bimbang kita tak sempat bertaubat"

27. "Tidur itu mati sementara. Mati itu mati selama-lamanya"

28. "Cinta dan sayang pada Ulama’ kerana Ulama’ adalah pewaris Nabi"

29. "Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat"

30. Al fulusu fik Dunia, walmamfus fil ahirah... (gurau beliau yang ditujukan kepada yg suka rasuah)

31. "Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu"

32. "Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni"

33. "Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

34. "Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam AlQuran sebulan dua kali"

Beliau pergi pada hari yang mulia dalam bulan mulia.

Kaset dan CD ceramah beliau laku keras. Penampilan beliau dalam Forum Perdana Ehwal Islam dinantikan. Teknik ceramah beliau menjadi rujukan ramai penceramah dan orang baik-baik. Bersahaja, tetapi tegas.

Terima kasih. Semoga rohmu tenang di sana.

Bacakan AlFatihah buat beliau.

Selain saudara Zaim Zin, kata-kata ini juga diperolehi melalui sumber Facebook Bagan Datuk Kini.


"Allah bersamaku
Allah melihatku."
Katakan sebelum tidur.


Pesan penceramah itu dipeluk erat. Menjadi baik adalah satu perjuangan, menjadi kuat lebih lagi. Semua orang mempunyai kenangan dan ujian yang tersendiri. Kata-kata positif dan baik satu-satu diletak di hadapan diri, cuba dimasukkan ke hati.
  • Jangan beri peluang media sosial ni kawal kita. Biar kita kawal. Dengan sederhana. Sebab yang keterlaluan tak pernah beri kesan yang baik.
  • Pujuk hati. Beri semangat ke diri. Cuba solat. Ambil wuduk dulu ke at least. Atau dengar bacaan Al-Quran atau ceramah, paling tidak lagu ketuhanan.
  • Atau awak ambil masa rehat. Cuti dan bawa diri kejap. Cari sesuatu. Mungkin akan jumpa apa awak nak.
  • Tuhan tak duga kalau kita tak kuat. Dan saya yakin awak kuat. Dalam awak rasa tak boleh pun, dah jauh awak melangkah. Awak bergerak juga.
  • Awak kena kuat bukan untu sesiapa, tapi untuk masa depan awak.
  • Insya-Allah awak boleh. Jika kita usaha, pasti Tuhan bantu. Yakinlah itu.
  • Doa. Cepat lambat ke, Tuhan tetap makbul. Asalkan redha, usaha dan terus. Perlahan tak apa, jangan terus jatuh. Doa saya selalu dengan awak. You can do it! InsyaAllah. Amin. 

 Satu yang harus awak percaya kawan, ada sebab awak dijadikan di dunia, sebabnya tiada orang pun macam awak, awak adalah awak, awak bukan orang lain. Kita tidakkan mampu puaskan hati semua orang, tapi kita boleh buat yang terbaik. Kita tidak mampu buat semua benda, tapi kita boleh menjadi seseorang yang berguna kepada orang lain.

Yakinlah, awak boleh, dan semua orang ada kelebihan. Sabarlah, setiap ujian akan disertai dengan kesenangan, akan ada perkara baik Tuhan nak bagi. Ujian itu untuk menguatkan. Jika tidak boleh hari ini, insya-Allah lain kali.

Moga dipermudahkan. Teruskan berdoa, sabar dan berusaha. Jangan putus asa. Stay strong, awak!


- Sumber gambar: Apabila Merasa Kesempitan Hidup, Ingatlah 9 Ayat Ini



Anem sebenarnya kagum melihat adik-adik dan orang berjiwa muda ni mencari erti diri pada Ilahi. Salah seorangnya termasuklah Farah Lee.
♥ 인샤알라 Change is never easy. You fight to hold on and you fight to let go.. but the fruit is wonderful 알함두릴라 ♥ "'Being born as a Muslim does not make you a better person. It's not how you start the race, but it's how you end it'
(Pemulisan ini ditulis pada tahun 2012)
Farah Lee atau nama penuhnya Nurfarahin Romli, menuntut tahun tiga dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Korea Selatan, asal dari Terengganu dan lahir pada 12 March 1989 . Beliau juga merupakan ahli keluarga angkat Zizan Raja Lawak. Dan, insyaallah tiada aral dialah yang akan menjadi isteri Ally iskandar , pengacara tv itu pada 20 Januari ini. Apa yang Anem ingin sentuh di sentuh disini tentang sisi hidup beliau - dan penulisan beliau.


Ini bukan anak dia.
Dulu, beliau seorang yang berbeza, namun kini telah menjadi seorang insan yang penuh dengan pengertian untuk menjadi seorang muslimah solehah. Alhamdulillah penghijrahan yang cukup indah.

Mencari diri - untuk apa kita hidup? Siapa sebenarnya kita? Ke mana kita? Mengenali ALLAH sebagai tuhan kita - diselusuri dengan penuh sabar menuntut ilmu dan banyak penambah baikkan. Melalui banyak belajar melalui pembacaan, pertanyaan, dan keadaan sekeliling.

Antara penulisan Farah yang menarik adalah :

Untuk Apa Ujian itu ? , Tips Menutup Aurat ,  &  Kesenangan itu satu ujian juga

Malah ilmu yang Farah ada itu berjaya dikongsi dengan baik - dengan semua sahabat setia , dan siapa yang dahagakan pengertian dalam islam dan mahu menjadi lebih baik di sisiNYA.

Dia banyak diduga , malah bukan senang mahu menjadi apa yang dia menjadi harini. Jadi, jika ada masa mari kita membaca - dan persoalan juga dibuka untuk bersama kongsi dengan kita . 

Facebook Farah lee ->  https://www.facebook.com/farahinromli
Instagram Farah Lee - https://www.instagram.com/farahlee_
"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."[ 5 : 39 ]

---------------

Farah Lee dan anaknya


Kenangan. Jodoh mereka tidak panjang. :(

 

 ---------------

Semoga berbahagia hingga akhirat buat Farah Lee dan semuanya. Amin. 

TERKINI 2017: Memiliki perniagaan sendiri: Pakaian ibu dan anak: Omma & Esabel









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top