Showing posts with label panduan solat raya semasa pkpb. Show all posts
Showing posts with label panduan solat raya semasa pkpb. Show all posts

 
MUAT TURUN BORANG PERMIT PERGERAKAN PKP DAN PKPB BAGI TUJUAN RENTAS NEGERI ATAU DAERAH

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa bagi negeri-negeri yang terlibat mulai 13 hingga 26 Januari 2021 sebagai usaha kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.

Bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.

Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:

1. Borang Permit Pergerakan PKP

2. Borang Permit Pergerakan PKPB,

Ikuti langkah-langkah berikut bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan:

1. Memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM;

2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan;

3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.



Sumber:  POLIS DIRAJA MALAYSIA (ROYAL MALAYSIA POLICE)

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN 


YAB Perdana Menteri pada 10 Mei 2020 mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Ini bermakna, semua peraturan dan Standard Operational Procedure (SOP) yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB sebelum ini akan kekal berkuat kuasa menjelang Syawal 1441H.

YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyarankan umat Islam supaya menyambut Hari Raya Aidilfiri pada tahun ini secara sederhana pada hari raya pertama di rumah masing-masing sahaja dengan menangguhkan sambutan berbentuk tradisi.

Justeru, Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah Semasa PKPB ini disediakan sebagai panduan umum kepada umat Islam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah masing-masing denga amalan-amalan yang dituntut dalam syariat Islam.

1. TAKBIR RAYA


2. ZAKAT FITRAH
3. MANDI
4. PAKAIAN TERBAIK

5. MAKAN
6. UCAPAN


7. CARA SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Untuk video: https://www.youtube.com/watch?v=WaxFAg72Kvg&feature=youtu.be






PANDUAN KHUTBAH HARI RAYA



ZIARAH KUBUR



DISEDIAKAN OLEH:


PAUTAN ASAL SOLAT RAYA & KHUTBAH UNTUK DOWNLOAD (pdf): Kit panduan sambutan aidilfitri di rumah semasa Covid 19


- PAUTAN UNTUK PANDUAN SOLAT SUNAT RAYA - JAIS: https://drive.google.com/file/d/1PC2n8KiU7E_4hEbqpjHWzW3dVGnVx1VH/view







Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top