Showing posts with label pemergian. Show all posts
Showing posts with label pemergian. Show all posts


Edry KRU muncul dengan lagu baru, kali ini bersama dengan penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat. Lirik lagu yang sangat menyentuh hati, terutama buat mereka yang telah ketiadaan ayah. Moga semua ayah sentiasa sihat. Teruskan menghargai. Dan sama-sama kita doakan untuk semua ayah yang telah pergi, agar dirahmati dan dipermudahkan urusan di alam sana. Insya-Allah. Terima kasih, ayah.



Lirik lagu Ayah: Edry & Azmi

Ayah
Namamu dalam hembusan
Setiap tadahan doa
Kumemohon kau dirahmati-Nya
Diiringi al-Fatihah

Ayah
Sejak kau pulang kembali
Mataku tak pernah kering
Dalam mimpi sering kaumenjelma
Rasa rindu tak terhingga

Sebesar mana cintaku rasa
Tapi Ilahi lebih menyayangi
Namun kuredha kerana berbangga
Dikurnia menjadi anakmu

Ayah Ayah..
Tenanglah di sana
Ayah Ayah...
ketemu di syurga

Ayah
Pergimu bagai menebuk
Kelohongan dalam hidup
Akan kubekal kasih yang ada
Untuk dakapan di sana

Sebesar mana cintaku rasa
Tapi Ilahi lebih menyayangi
Namun kuredha kerana berbangga
Dikurnia menjadi anakmu

Ayah Ayah..
Tenanglah di sana
Ayah Ayah...
ketemu di syurga

Ayah Ayah..
Tenanglah di sana
Ayah Ayah...
ketemu di syurga

Namun kuredha kerana berbangga
Dikurnia menjadi anakmu

Ayah.....

*****

Ciptaan sepenuhnya: Edry Abdul Halim


Takziah, Sarawak. Berita pemergian Ketua Menteri Sarawak yang kelima, Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Haji Satem pada 11 Januari 2017 lalu sangat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada rakyat Sarawak sendiri.


Dikenali sebagai Tok Nan ataupun CM Nan di kalangan rakyat Sarawak, beliau seorang yang mudah didekati dan tidak menyukai protokol yang panjang di dalam menyebut namanya. Juga merupakan satu-satunya anak jati berketurunan Melayu Sarawak yang pertama memegang tampuk kepimpinan jawatan No. 1 di Sarawak.

Beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang yang menepati janji serta mendengar masalah rakyat, malah seorang yang rendah hati untuk mendengar nasihat dan pandangan rakan-rakan pemimpin lain selain seorang yang menyayangi keluarga & sering memuji isterinya.

JASA DAN SUMBANGAN TOK NAN KEPADA SARAWAK


1. Memastikan tiada lagi bangsa “lain-lain” di dalam borang rasmi untuk kaum yang bukan Melayu, Cina, India sebaliknya diletakkan “Dayak”.

2. Usaha yang lebih aktif untuk memastikan tanah adat yang menjadi hak kepada kaum pribumi Sarawak disukat dan mendapat dokumen yang sah.

3. Tarif elektrik industri dan awam diturunkan.

4. Mendaulatkan keutuhan integriti di kalangan ahli politik dan juga penjawat awam. Setiap ahli politik mempunyai pengistiharan integriti.

5. Memerangi habis-habisan kesemua pembalak-pembalak haram dan juga mana-mana kilang yang bersekongkol dengan mereka.

6. Memperjuangkan pembangunan luar Bandar agar mereka terus berdaya saing.

7. Tiada lagi pengeluaran lesen balak di Sarawak dan tiada lagi pembukaan ladang kelapa sawit kerana hutan di Sarawak harus dipelihara.

8. Memperjuangkan hak autonomi seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 seperti dasar pendidikan dan sebagainya dikembalikan kepada Sarawak daripada Kerajaan Persekutuan.

9. Tiada isu mana-mana kaum dikatakan sebagai “kaum pendatang” kerana bumi Sarawak ini luas untuk semua.

10. Memperjuangkan royalti minyak untuk Sarawak kepada 20% dan perundingan terus berlangsung sehingga sekarang.

Sebenarnya ada banyak lagi yang telah dilakukan oleh beliau. Ini sejajar dengan pantun yang sering beliau laungkan apabila mengakhiri ceramah-ceramahnya yang menunjukkan beliau tidak akan mudah berputus asa.

Read HERE: HE WALKS THE TALK -  10 reasons Adenan Satem winning hearts Sarawakians

BIODATA TAN SRI ADENAN SATEM
Gambar: Themalaymailonline
Beliau dilahirkan pada 27hb Januari 1944 di Kuching, Sarawak. Menyelusuri latar belakang beliau, beliau bukan berasal daripada keluarga berada. Cuma orang kampung biasa-biasa saja. Bersekolah di St Joseph School, Kuching. Pernah menyertai kugiran yang bernama Vagabond sekitar tahun 1960an yang sering mengadakan konsert selepas persembahan bangsawan di sekitar kampung-kampung di Kuching dahulu sebagai penyanyi utama dan pemuzik.

Memulakan alam pekerjaannya setelah tamat sekolah menengah sebagai seorang guru. Dan beliau juga pernah menjadi wartawan. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di dalam pengajian Undang-undang di University of Adelaide. Sekitar tahun 1969, beliau menjawat jawatan sebagai Peguam di Pejabat Pendakwaraya Adelaide Australia. Dan atas kegigihan beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Majistret di negara orang.

Sekitar tahun 1970an, Tok Nan kembali ke tanahair. Pada ketika itu beliau terus ditawarkan sebagai Peguam di Mahkamah Tinggi Borneo iaitu sekitar tahun 1975. Siapa menyangka, pada masa yang sama beliau mula berjinak-jinak dengan dunia politik.

Baca di sini, jawatan-jawatan lain dalam bidang politik sebelum dia dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak: Siapakah Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak ke-5

Pada 28 Februari 2014, beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima setelah Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud menghantar surat perletakan jawatan pada akhir Februari 2014.

Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.24 petang, 11 Januari 2017 di Pusat Jantung HUS akibat komplikasi jantung. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak.

Perkongsian:@datukhensem
KATA-KATA ADENAN SATEM
"To young Sarawakians, whatever you do, give it your all. I hope our young people get accustom to overcoming challenges. Life is not a bed of roses, thus if you have the capacity to overcome (challenges), you can build character & determination. You have the whole future ahead of you. Looking at you , I'm very confident that Sarawak has a great future ahead of us."
Gambar:@Dzulfiqkhar
Rujukan:
FACEBOOK: CM ADENAN SATEM
WIKI ADENAN SATEM

Didoakan agar kepimpinan beliau menjadi teladan kepada kita yang lain. Insya-Allah

Inalillahi wa inna ilaihi rojiun. Semoga roh allayarham Haji Adenan bin Haji Satem dirahmati Allah. Semoga beliau tenang dan dipermudahkan di sana. Ameen. Al-fatihah.


Malam tadi (12 ogos), riak wajah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang memperolehi 94.75 peratus sangat mengharukan hati. Tambahan pula beliau menghulurkan rasa terima kasih pada murabbi-murabbi yang banyak membantu kelancaran taranumnya selama ini, serta rasa gembira dikongsi untuk ibu dan katanya ini hadiah untuk arwah ayah (indahnya jadi ibu ayah akak).

Tahniah dan istiqamah dalam perjuangan ya, Kak Khasif.
_____________________


Terkejut, macam nak marah pada si pemberi berita itu. Tipu! Tapi.. ini ketentuan Ilahi. Kita perlu REDHA. Ralat, baru pagi tadi Anem baca dalam utusan malaysia, hampir 10000 orang menonton konsert antara dunia itu - ralat tak pergi (sungguh!).

Al-fatihah buat Ustaz Mohd Asri Ibrahim, penyanyi rabbani yang amat
kita sayangi. Semoga beliau ditempatkan di kalangan para solihin. Insya-Allah, amin.

Pasti- akan kami layangkan rindu kami dalam bungkusan doa buatmu.

P/S: Inalillah wainalillaihi rajiun (sebab tu tajuk blog ni - KITA MILIK DIA).




“Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana) dan kerja-kerja amal soleh, mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar” - (Hud:11)
Hari itu, 31 Januari, dia datang rumah bersama-sama mak long, abang ayang (sepupu) dengan isterinya Kak Anne, melawat abah yang baru keluar wad, kerana denggi.

Dia duduk atas kerusi di tengah itu. Mampu saja berdiri, berjalan, malah kami semua makan sama-sama, di selang seli gelak tawa. Maklumlah abah dah sihat.

Abah memang jarang sakit, 1430h ni baru abah diduga untuk dimasukkan ke wad kerana seekor nyamuk. Jangan tak tahu, abah sekarang anti dengan nyamuk, dia nampaknya haiwan tu berkeliaran, dia cepat-cepat sembur dengan penyembur nyamuk ,walau dalam keadaan apa pun.

Sambung tentang dia tadi..

Dia lama duduk di bandar dengan anak-anak, rumah kegemaran dia rumah maklong, dekat Rincing, Selangor. Kampungnya di Bagan Pasir, Perak. Jadi masa datang rumah, abah tanya,

“Mak nak balik kampung tak, cuti 4 hari ni..?”

Dia jawab,

“4 hari? Sekejap je. Aku nak lama. Alah, kau hantar aku, lepas tu kau boleh balik dah. Aku nak lepas kau sihat betul, kau hantar aku balik kampung,”

Jawapannya biasa, namun abah kehairanan. Selalunya tak kira lama ke, sekejap asalkan balik kampung, dia seronok nak ikut.

3 Februari..

Maklong telefon abah, kata dia sakit. Sesak nafas. Sedangkan sebelum ni, dia tak pernah pun sesak nafas. Masuk hospital Kajang.

4 Februari..

Semua adik-beradik abah lawat dia. Ramai datang. Bersalaman, ada yang menangis. Dia dipindahkan ke ICU hospital Serdang kemudiannya.

5 Februari, dia nazak.

Pada pagi jumaat, 6 Februari, dalam jam 330 begitu, dia pergi juga...

Hari yang penuh barakah. Semoga rohnya dicucuri rahmat .
Al-Fatihah untuk ALLAHYARHAMAH CHE YANG BTE MOHD TAHA,

Awe kami.... :(



“Wahai orang-orang beriman, mintalah pertolongan (kepada ALLAH ) dengan sabar dan menunaikan solat”~ Al-Baqarah;153

Hati bagai disiat-siat.
Nyilu rasa pada sesuatu yang BARU diterima itu.

Pernah bukan, kita TERASA hati yang amat?
Pada seseorang atau sesuatu atas perkara yang telah berlaku?

Pernah bukan kita rasa sakit anggota badan yang sangat?
Tak tertahan rasa pilu?

Sehingga terlontar dari mulut yang hina,
"bukan kita pinta itu berlaku",
Tapi
Bukankah pilihan di tangan kita,
Kita ada aqal,bukan? Wallahua’lam.

Benar, kesakitan itu adalah sebuah proses
Proses penyembuhan yang dinamakan kafarah.
Penebus dosa-dosa lalu.
Sama ada tempoh itu cepat atau lambat,
Sekarang atau nanti.

Yang penting itu adalah ujian keimanan.
Medan tempur bak Gaza yang dimuntahi peluru.

Kadangkala seseorang itu kelihatan bijak sekali bercakap,
Tapi kuatkah hatinya menempuh dugaan?
Masih bergaya sopankah tatkala diuji iman?
Wallahua'lam.



Baru-baru ini, Anem menerima mesej dari anakanda
Almarhum MOHAMAD BIN KASSIM, beliau telah pergi menghadap Ilahi.
Inalillahiwainailaihirajiun.
Al-Fatihah.
Kita perlu redha dengan ketentuan-NYA.
Kenangan mengindahkan kita,
Tapi perjalanan masih jauh telah lama menunggu kita.

Jom teruskan perjalanan ..jauh tapi dekat lagi ini.
Periksa minyak ,cukup tak, minyak hitam? Enjin ok? Air bateri? Cukai jalan masih hidup lagi? Viper ok? Penghawa dingin?
Jika semua dah sedia. Pakai tali pinggang keledar, baca basmallah.
Vroomm...
Semoga kita menjumpai hentian iman yang hakiki.
Insya-ALLAH.

Kullu Am Wa Antum Bilkhair.







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top