Showing posts with label peta. Show all posts
Showing posts with label peta. Show all posts

Ada banyak events atau acara sering diadakan di Setia City Convention Centre. Tapi bagaimana hendak pergi ke Setia City Convention Centre di Shah Alam, Selangor itu? 

Kereta, motor dan berkaitan

Cara 1:

Dari KL masuk Lebuhraya Utara Selatan, kemudian masuk ke Tol Jalan Duta, teruskan perjalanan, masuk ke Lebuhraya NKVE (kekal di kiri, kemudian masuk ke susur keluar 102 Setia Alam, masuk ke tol Setia Alam, akan nampak mercu Setia Alam, kemudian masuk kiri - teruskan perjalanan anda.

Kemudian ada Simpang:

Kalau masuk kiri, trafik light pertama, pergi kanan, terus sampai nampak simpang belah kiri, tulis Setia City Convention Centre 

(sumber: https://www.instagram.com/reel/C-rtwtqptl-/?igsh=YmJmODNsZHF1dDhz) 

Kalau terus pun boleh.

Lagi satu ini:- 


Laluan Bas: 

Ada beberapa bas laluannya ke sini. 


RapidKL bus 753: Bas ini akan bergerak dari Hentian Bandar Seksyen 14 Shah Alam ke Setia City Mall. 



TEKSI ATAU E-HAILING


The Setia City Convention Centre juga boleh dimudahkan dengan kereta dan teksi.  Tempat ini dalam kawasan Setia Alam township, off the Setia Alam Highway, and has ample parking. It's also easily accessible via the New Klang Valley Expressway through the Setia Alam Interchange. 

KOMUTER

Kapal terbang

If you're flying into Malaysia, the nearest airport is Kuala Lumpur International Airport (KLIA), which is about a 45-minute drive from the center. From the airport, you can take a taxi or hire a car to reach the center. 

























Tidak semua orang diberi memori yang baik untuk mengingat jalan. Namun ada juga yang mahir dalam mencari jalan walaupun tidak pernah pergi ke sesuatu tempat itu. Dan dalam era teknologi sekarang, tiada kesukaran dalam hal arah pandu ini; terutama jika anda seorang yang pelupa atau sukar mahu bertanya. Yang penting tahu ke mana (ada alamat) mahu dituju.

Bantuan orang lain 
"Orang lain" itu selalunya bukan orang lain sangat pun. Sama ada mereka yang selalu mengingat jalan, atau pernah dan tahu arah jalan itu terdiri daripada ibu bapa, suami atau isteri, adik-beradik, kawan kita mahupun seseorang yang boleh membantu kita. Mereka ini diberi kelebihan untuk ingat. Dan sebahagian kita memang pelupa jalan (yang akan menyebabkan kurang mahir), memang sangat memerlukan bantuan mereka, atau mungkin ada juga yang malas mengingat sebab tahu ada orang akan bantu dia.

Google maps
Google maps adalah antara yang popular pada awal-awal penyediaan perkhidmatan peta dan arah dalam internet. Kita bukan saja boleh menganggarkan jarak ke sesuatu tempat namun lebih daripada itu kita juga dapat mengetahui hotel, bank atau pejabat terdekat dengan lokasi tujuan kita. Atau berapa jarak jika mengggunakan kenderaan atau jalan berbeza. Menjadi pilihan pada yang hendak mudah, kerana selalunya siap sedia ada dalam telefon pintar dan memang senang diakses dalam internet. Dan pilihan ramai pengguna komputer.


Waze
Kegemaran ramai pengguna kenderaan. Agak comel. Bukan sahaja memiliki suara serta bahasa yang boleh dipilih sebagai pemandu arah, malah boleh dipasang menggunakan suara kita sendiri. Selain berguna untuk kita melihat kesesakan arah jalan tersebut (bergantung pada ramai yang log in aplikasi sama), terdapat banyak kelebihan lain; kena install dulu, baru tahu.


GPS kenderaan
Ini lagi mudah, beli dan pasang sahaja di kenderaan, ada suara pandu arah (yang boleh dipilih bahasa), dengan hanya meletakkan (taip dan simpan) alamat, dia boleh terus memandu arah kita menuju tempatnya. Namun kita masih boleh mengikut arah jalan lain dan dia akan automatik menunjukkan arah semula berdasarkan jalan kita itu. Ya, itu yang menariknya GPS pada kenderaan ini.

Cara guna GPS? Ini bergantung pada manual yang anda dapat ketika membeli, dan orang yang jual akan terangkan pada anda, yang ini tak tahu, boleh tanya terus!

Jadi, mana satu pilihan anda? Anda sememangnya suka mencari atau jenis mudah mengingat? Atau mungkin juga jenis try and error, kaki terjah? Apapun memandulah dengan berhati-hati, ingat orang tersayang. Serta jagalah diri baik-baik.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top