Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

 


4 Nasihat Buat Penggemar Politik Tanah Air


Bahang politik dalam kalangan masyarakat kita tampak tidak menghilang. Bahkan memang ada yang akan terus bergiat walaupun tidak pada musim pilihanraya.

Maka setakat pembacaan saya di twitter dan Facebook, maka ini nasihat saya.

Nasihat saya akan coretkan ini bukanlah bererti saya ini suci dari dosa, tidak punya kecenderungan. Saya juga manusia, ada kecenderungan. Cuma saya tidak tunjukkan di mana-mana medium sahaja kerana bimbang mesej dakwah dijauhi jika saya bertindak cenderung kepada parti politik.

1- Bertaqwalah kepada Allah. Berpolitiklah dengan tujuan meraih redha Allah. Jika ini yang diletakkan di depan, maka kita akan takut untuk buat maksiat dan dosa. Kita tidak mudah berkata kesat, berkata dusta atau fitnah dalam politik.

Kerana kita tahu bahawa kita berpolitik kerana Allah. Melainkan kita berpolitik kerana inginkan jawatan atau inginkan individu tertentu, maka ini jauh dari niat yang baik.

2- Ingatlah tiada manusia yang maksum. Saya melihat tulisan-tulisan di media sosial, sehingga seolah tiada penghujung.

Yang saya maksudkan adalah puji yang terlampau sehingga seolah tiada silap langsung, tidak kurang juga kritik dan kutuk melampau sehingga seolah tiada kebaikan langsung.

Adakah benar pendirian begini? Wallahi ini jauh dari kebenaran.

Tiada siapa yang maksum melainkan para anbiya' dan rasul ﷺ. Maka jangan sesekali kita letakkan seseorang dan takwilkan kesilapan pemimpin seolah mustahil dia melakukan kesilapan.

Tiada siapa juga yang tidak punya kebaikan sedikit pun. Saya lihat pemimpin ada kebaikannya tersendiri, walau sedikit. Tinggal lagi kita ingin akuinya atau tidak.

Jika ada kebaikan tetapi kita tidak akuinya, maka kita telah berdusta kepada diri sendiri dan berlaku tidak adil.

Apabila kita sebutkan tentang perkara ini, termasuk sekali penyokong parti. Jangan terlalu angkuh sehingga menganggap parti yang kita sayangi itu tiada kesilapan dan parti orang lain tiada kebaikan walau sedikit.

Parti bukan agama.

3- Apakah yang kita dapat? Saban hari, kita mengumpul keburukan orang itu dan ini, menjajanya. Adakah perbuatan kita itu mampu bahagiakan kita di akhirat jika Allah tarik nyawa kita sekarang?

Adakah perbuatan kita itu mampu menguntungkan perpaduan di negara yang kita sayangi ini?

Adakah ia mampu memajukan ekonomi dan minda rakyat?

Saya tidak tahu, tetapi saya lihat semua jawapannya adalah tidak.

4- Jauhi ekstrimisme. Ekstrimisme ini bukanlah dari sudut terlalu kiri sahaja, tetapi juga terlalu kanan. Jangan kita sangkakan bahawa parti orang lain dilihat ekstrim itu menghalalkan tindakan kita yang juga ekstrim dari sudut yang berbeza.

"Terpaling woke", adakah kita benar-benar mengikut manhaj Islam sebetulnya?

"Terpaling Islam", adakah kita benar-benar Islam dengan cara wasatiy seperti al-Quran dan Sunnah ajarkan?

Saya melihat kedua label ini dalam kancah politik, kebanyakannya dikeluarkan dengan rasa emosi, bukan ilmiah dan fakta.

Ubatnya, terimalah perbezaan pandangan. Ingat, parti bukan agama atau pegangan.

Berbeza pandangan dalam sudut pandang politik adalah dibenarkan.

Tidak sokong parti A, tidak bererti kita menolak kemajuan.

Tidak sokong parti B, tidak bererti kita tidak cintakan watan dan ras.

Tidak sokong parti C, tidak bererti kita tidak cintakan agama.

Ini semua perlu kita cerna dengan baik. Tidak perlu tuding jari kepada orang lain, cukup muhasabah diri kita.

Jika benar mahu matang dalam politik.

Sekali lagi saya sebutkan, dalam kubur kita ditanya "siapa Tuhanmu", bukan "apa partimu".

Maka apa yang kita berkelahi di media sosial ini, adakah Tuhan meredhainya?

Sama-sama kita baiki diri.
Wallahu a'lam.

*****

Ustaz Muzuza


















Pada 18 April, Perdana Menteri kita - Dato Sri Anwar Ibrahim ada berkongsi pengumuman istimewa untuk rakyat. Ia adalah seperti berikut-

1. Tol RAHMAH Percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama 4 hari untuk semua pengguna jalan raya bersempena Aidilfitri ini


bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin) melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.

2. Kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih telah bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu RAHMAH pada kadar diskaun khas.


3. Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50. 


4. Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti). Ia bagi memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam untuk merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni agama lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan. Melibatkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.


5. Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik yang tertumpu kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah (pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah) melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang telah diberikan oleh pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan. Insentif swasta ini dijangka mencukupi untuk pembinaan rumah mampu milik sehingga 24,000 unit.


6. Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil Bumiputera.

Justeru, peruntukan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan sebanyak RM750 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 akan meningkat kepada RM 1 bilion.


7. Kerajaan bersetuju supaya hari Jumaat, 21 April 2023 diisytiharkan sebagai Cuti Peristiwa. Sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, maka secara automatik Isnin, 24 April 2023 akan diisytihar sebagai Cuti Peristiwa.






Alhamdulillah, 10 Mac 2020 selesailah sudah istiadat angkat sumpah menteri-menteri dalam kabinet Malaysia 2020. Di sini saya sertakan senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Klik gambar untuk lebih jelas

Senarai jemaah menteri baru 2020:

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

Menteri Kewangan
YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah

Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh

Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
YB Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang)
YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan
Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah

Menteri Alam Sekitar
YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar

Menteri Wanita dan Keluarga
YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi
YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan
YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi

Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Luar Negeri
YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid

Menteri Komunikasi dan Multimedia
YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing

Menteri Belia dan Sukan
YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)



Maksud surah al-Qasas ayat 26










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top