Showing posts with label rumi. Show all posts
Showing posts with label rumi. Show all posts



Kebelakangan ini tulisan jawi selalu diperkatakan. Tulisan jawi ini seperti kaligrafi dan jenis tulisan lain juga. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.
Saya tertarik untuk kongsikan semula perkongsian saudara Mell Aziz (dengan kebenaran) menerusi twitter beliau https://twitter.com/mellaziz tentang huruf tambahan dalam jawi. Serta dua lagi perkongsian melalui pengguna twitter @elhumawy dan juga @dbusans.Baik, kita kongsikan dulu tentang huruf tambahan dalam jawi ini. Moga bermanfaat!

Tips tulis jawi daripada saudara Mell:

"Cara yang cepat untuk belajar jawi kalau style cikgu saya dulu ialah dengan salin balik buku teks jawi dengan khat yang baik supaya tidak kekok bila menulis. Dulu buku Pendidikan Islam tingkatan 1 itu saya salin sebiji-sebutir. Kalau baca sahaja kita tak pasti cara tulis dan sebut."

Permulaan bila menulis jawi perlu pastikan asal serapan bahasa yg dimelayukan seperti asal dari Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.


Tulisan jawi ada tambahan huruf seperti berikut yang tiada dalam tulisan arab. Beza dengan bahasa arab yang perlu baris seperti َ ِ  dan ُ

ݢ - ga

چ - cha

ڽ - nya

ڤ - pa

ڠ - nga

ۏ - va 

Tetapi dalam tulisan jawi, ada sebahagian patah perkataan tak memerlukan kosonan a e i o u kerana dibaca sama ada aa ee atau uu. Seperti:

 د مان

د ialah sebutan huruf D dibaca "di"

مان ialah sebutan M (م) dan ا (A)- ما (MA) mana kala ن ialah sebutan bagi N dibaca NA - DI MANA.
Untuk belajar tulisan, kena belajar huruf.
A (ا،ء،ؤ) B (ب) C (چ) D (د،ض) E (إ) F (ڤ، ف) G (غ،ݢ) H (ه،ح) I (ي،إ) J (ج) K (ک،خ،ق) L (ل) M (م) N (ن) O (و) Q (ق) R (ر) S (س،ش،ص) T (ت،ط) U (و) V (ۏ) W (و) X (ذ) Y (ي،إ) Z (ز،ظ،ذ)
Setiap huruf rumi, ditulis berbeza dengan jawi walaupun menggunakan huruf rumi yang sama, contoh:

- Kanak-kanak. Walaupun ada K yang sama, tetapi ditulis dengan كانق-كانق.

KA (کا) NAK (نق) - dah maklum kat atas tadi, NAK itu ن dibaca sebagai NA kerana tak perlu vowel tadi.
- Contoh lain, seperti perkataan ASAL, dieja sebagai اصل walaupun ada S, tidak dieja sebagai اسل atau اسال - kerana ASAL dipinjam dan dimelayukan dari perkataan arab الاصل.

ا (A)
ص (SA) dibaca tanpa vowel
ل (L)
- Kebanyakan E dalam bahasa Melayu rumi tidak dibawa masuk kerana sebutan. Conton: PENDAPATAN. 

PE - ڤ
N - ن
DA - دا
PA - ڤ
TA - ت
N - ن

ڤنداڤتن

- Hanya E disebut E seperti dalam ENTENG dibawa masuk, jadi - اينتيڠ

E - اي
N - ن
T - ت
E - ي
NG - ڠ

Bagaimana nak tulis kata nama khas seperti nama sendiri ke tulisan jawi? Oleh kerana tulisan jawi diolah dari bahasa arab, asal kena tengok nama arab atau nama melayu, contoh:

Ahmad - diambil dari bahasa Arab, ejaan nya احمد. Dan Muhammad pula jadi - محمد.
Macam tu juga dengan nama AZIZ, walaupun ada A, tidak ditulis dengan ا tapi di eja dengan ع.

Jadi ejaan nya عزيز

ع- A
ز - Z
ي - I
ز - Z 
Setiap huruf ada nama tertentu seperti rumi W dipanggil double u. 


ا - alif (aa)
ب - ba
ت - ta
ث - tha (sa)
ج - jim (ja)
خ - kho (ka atau kha)
چ - cha
د - dal (da)
ذ - dza (za)
ر - rho (ra)
ز - zai (za)
س - sin (sa)
ش - syin (sya)
ص - shod (sa atau so)
ض - dhod (da)
ط - tho (ta)
ظ - zho (za)
ع - ain (aa)
غ - ghin
ڠ - nga
ک - kaf (ka)
ݢ - ga
ف - fa
ڤ - pa
ق - qaf (ka)
ل - lam (La)
لا - lam alif (La)
ء - hamzah (aa)
ي - ya (sebutan ii, ee)

ڽ - nya
ن - Nun (Na)
 
Ada beberapa huruf seakan sama, tapi bilangan titik, dan kecil atau besar membezakan. Contoh,
  • ب - kawah tu kita panggil sampan, titik satu dibawah, dipanggil BA.
  • ت - size sampan sama, titik 2 tapi diatas - TA
  • ث - size sampan sama, tapi titik 3, THA/SA 
  •  ڽ - size sampan kecil masih titik 3, NYA.
  • ن - size sampan kecil, titik 1 atas, NA
-------

Huruf lain seperti
  • و - wau - WU
  • ۏ - bentuk seakan sama, VA
  • ر - tiada kepala, RHO, RA
  • ز - macam rho/ra tapi ada titik, ZAI/ZA 
Sebelum mula membina ayat, lazimkan dahulu dengan ayat 5W1H:
  • Kenapa - کناڤ
  • Mengapa - مڠاڤ
  • Di mana - دمان
  • Siapa - سياڤا
  • Berapa - براڤ
  • Bagaimana - باݢايمانا
Setelah kita familiar dengan ayat ini, kita pergi kepada kata ganti diri dan kemudian cuba baca tweet dalam jawi uuntuk tengok cara ejaan. Oleh kerana sesetengah huruf tidak mewakili sebutan, akronim juga berbeza. Pernah terfikir kenapa Parti Islam Semalaysia diakronimkan sebagai PAS? Kerana ejaan dalam jaw?

- Parti Islam Se-Malaysia - ڤرتي اسلام سماليسيا

Maka ڤاس yang disebut sebagai PAS.
Penggunaan huruf alif (ا) juga boleh mewakili sebutan e seperti dalam perkataan emak. Macam ejaan anak. امق (emak) dan ejaan anak - انق.

Penggunaan huruf ط & ظ kebiasaan nya kepada perkataan asal daripada perkataan asal Arab yang diserap menjadi bahasa Melayu seperti MUTLAK dan ZAHIR - kita eja mutlak sebagai مطلق dan zahir sebagai ظاهير.

Kadangkala YANG boleh digabung dengan perkataan seterusnya cth: يڠمها مليا.

Ejaan yang melibatkan kata pinjam dari bahasa inggeris, untuk konsonan tidak disebut, diasingkan daripada ejaan induk seperti:

1. Golf - ݢول ف
2. Sains - ساين س

Huruf ف / س di jarakkan.

Permulaan bila menulis jawi perlu pastikan asal serapan bahasa yang dimelayukan seperti asal dari Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.

Contoh sabit (thabit) atau sabit (menyabit). Kalau "mahkamah sabitkan.." maksudnya refer perkataan arab, ejaannya ثابيت dan kalau sabit rumput - سابت.

Berikut pula adalah perkongsian daripada pengguna twitter @elhumawy:

Perbezaan menggunakan huruf E taling dan E pepet

Kaedah guna alif dalam jawi
Ini pula perkongsian daripada pengguna twitter @dbusans:

Kalau pinjaman inggeris, guna 'ک'

Contoh:
Klinik = كلينيک

Perkataan melayu akhir dengan 'ka' pulak kena guna 'ک'

Contoh:
Suka = سوک

Moga bermanfaat!

Trivia:

Sikit pasal khat (خط) atau kaligrafi ialah cara menulis jawab dgn handwriting. Secara asas nya ada 2 - khat nasakh dan khat riq'ah. Kita biasa tengok sekurang-kurangnya 5 jenis khas, 3 yang lain ialah khat diwani, khat kufi dan khat thuluth. Khat nasakh ni yang mcm tulisan Quran.

---

Untuk aplikasi keyboard jawi boleh download di sini: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.zairo.zairokeyboardpro

Manakala ini pula laman web online untuk tukar rumi kepada jawi/jawi kepada rumi: http://www.ejawi.net/converterV2.php

Ringkasan: https://threadreaderapp.com/thread/1213074277588586496.html
Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi

Asal: 


Siapa Sulaiman Almughni ini? (Ejaan sebenar: Almughani).

Sulaiman adalah penyanyi asal lagu Deen Assalam (yang bermaksud agama kedamaian). Sulaiman Ali Almughani Alnaqbi (سليمان المغن) (berasal dari United Arab Emirates (UAE - Emeriah Arab Bersatu) adalah pemenang Munshid Sharjah Junior musim pertama [2015] (منشد الشارقة). Munshid Sharjah adalah rancangan realiti nasyid antarabangsa. Lahir pada bulan Mei dan telah mempunyai beberapa lagu serta EP. Bersekolah di Abdulla Bin Naser School, Khor Fakkan, UAE. Tahun lalu Sulaiman baru tamat Summer 2016 Skills Program di bawah anjuran Sharjah Education Council (UAE).


Laman media sosial Sulaiman Al Mughani:
Instagram: @almughani
Youtube Peribadi: Almughani .69
Syarikat rakaman / Lagu-lagu lain Almughni: (@alwanaltaifofficial)

Gambar Sulaiman 2015: @kfn_news
Gambar 2017 Sulaiman Almughani: @almughani
Video rasmi (official) Deen Assalam:




Sulaiman Al Mughani - Deen Assalam Lirik


Lirik lagu Deen Assalam arab / jawi

كَلَّ هَذِى الاَرْضِ مَاتَكْفِيْ مَسَاحَةْ
*Kalla hadzil ard mataqfii masahah
Seluruh bumi ini akan terasa sempit

لَوْ نَعِيْشِ بِلَاسَمَاحَةْ
lau na’isibila samahah
Jika kita hidup tanpa toleransi

وَانْ تَعَا يَشْنَا بِحَبْ
Wanta’ayashna bihab
Namun jika hidup dengan perasaan cinta

لَوْ تَضِيْقِ الاَرْضِ نَسْكَنْ كَلَّ قَلْبْ
lau tadiqil ardi naskan kalla kolb
Meski bumi sempit kitakan bahagia

(ulang *)

اَبْتَحِيَةْ وَبْسَلَامْ
**Abtahiyyat wabsalam
Melalui perlaku mulia dan damai

اَنْشُرُوْا اَحْلَى الْكَلَامْ | زَيْنُوْا الدِّنْيَا حْتِرَامْ
ansyuru ahlal kalam, dzainuddin yahtirom
Sebarkanlah ucapan yang manis, hiasilah dunia dengan sikap yang hormat

اَبْمَحَبَّةْ وَابْتِسَامْ
Abmahabbat wabtisam
Dengan cinta dan senyuman

ااَنْشُرُوْا بَيْنِ الاَنَامْ | هَذَاهُوْا ديْنَ السَّلَامْ
ansyuru bainil anam, hazahu din-assalam
Sebarkanlah di antara insan, inilah Islam agama perdamaian


(ulang semula dari awal*)
(ulang **)


*****


Gambar: @unicofficials

Video sumber terjemahan:


Lirik lagu Deen Assalam [Agama Kedamaian] terjemahan (melayu)

Seluruh bumi ini akan terasa sempit
Jika kita hidup tanpa toleransi
Namun jika hidup dengan perasaan cinta
Meski bumi sempit kitakan bahagia
Melalui perlaku mulia dan damai
Sebarkanlah ucapan yang manis
Hiasilah dunia dengan sikap yang hormat
Dengan cinta dan senyuman
Sebarkanlah di antara insan
Inilah Islam agama perdamaian

كَلَّ هَذِى الاَرْضِ مَاتَكْفِيْ مَسَاحَةْ
لَوْ نَعِيْشِ بِلَاسَمَاحَةْ
وَانْ تَعَا يَشْنَا بِحَبْ
لَوْ تَضِيْقِ الاَرْضِ نَسْكَنْ كَلَّ قَلْبْ
اَبْتَحِيَةْ وَبْسَلَامْ
اَنْشُرُوْا اَحْلَى الْكَلَامْ
زَيْنُوْا الدِّنْيَا حْتِرَامْ
اَبْمَحَبَّةْ وَابْتِسَامْ
ااَنْشُرُوْا بَيْنِ الاَنَامْ
هَذَاهُوْا ديْنَ السَّلَامْ

Kalla hadzil ard mataqfii masahah
lau na’isibila samahah
Wanta’ayashna bihab
lau tadiqil ardi naskan kalla kolb
Abtahiyyat wabsalam
ansyuru ahlal kalam
dzainuddin yahtirom
Abmahabbat wabtisam
ansyuru bainil anam
hazahu din-assalam

*****
Lagu Deen Assalam ini tiba-tiba viral dan diperkatakan setelah penyanyi manis dari Indonesia, Sabyan menyanyikan semula (buat cover) lagu ini walaupun lagu ini sebenarnya telah terhasil beberapa tahun  yang lalu. Moga yang baik-baik kita ambil dan kongsikan bersama.



Youtube Sabyan Gambus: Official Sabyan gambus

SUMBER LIRIK:
- Lirik jawi dan arab: Nugraha Channel
- Lirik dalam Bahasa Melayu: https://kitablirik.blogspot.com/









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top