Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Menegur silap ibu bapa

 


"Mak ayah makan garam lagi awal dari kamu"

"kamu dengar sajalah apa kami sebut, kami ini lebih berpengalaman" 

Dialog-dialog yang biasa kita dengar dari insan tinggi pangkatnya dalam hidup kita, namanya ibu dan bapa. 

Namun kita juga ada dilema...

"Terkadangnya mereka terang-terang salah", kata si anak.

Maka bagaimana ingin solusikan perkara ini? 

Buat ibu bapa dan anak, kembalikan diri kita kepada seruan agama. Taqwa kepada Allah. Kita semua makhluk Allah, hambaNya, maka kembali kepada panduan agama akan dapat menenangkan keadaan konflik ini. 

Buat si anak, ibu bapa bukanlah malaikat atau para rasul yang semuanya benar. Mereka BOLEH JADI berbuat kesilapan. Kita boleh untuk tidak taat kepada mereka jika mereka bertentangan dengan agama. Nabi ﷺ bersabda:


لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق 

"tidak boleh taat kepada makhluk pada isu maksiat kepada Sang Pencipta" (HR Ahmad) 


Namun cara kita perlulah juga betul. Mereka memang tidak semuanya betul, tetapi berhalus dan berlembutlah dalam menegur mereka. Terangkan dengan cara terbaik.

Buat ibu bapa, janganlah terlalu angkuh atau ego dari menerima nasihat. 

'Makan garam lebih awal' dari anak tidaklah mensyaratkan perbuatan kita semuanya betul. Banyak sahaja isyarat dari al-Quran bahawa perbuatan nenek moyang terdahulu tidak benar, perbuatan orang yang datang kemudian pula yang lebih tepat. 

Maka janganlah segan silu dari menerima nasihat. Kita akan lebih dihormati oleh si anak dan lebih dekat dengan rahmat Allah jika dapat menerima teguran baik.

"Saya dah cuba tegur ibu bapa tapi mereka tidak mahu dengar juga"

Maka kita perlu berdoa kepada Allah sambil meneruskan niat murni kita dengan usaha yang betul pada tempatnya. 

Merintihlah kepda Allah. Kesusahan kita menegur perkara yang betul lalu mendapat ujian dari Allah, insya Allah, semuanya itu pahala buat kita. 

Saya tidak berminat untuk masuk ke dalam zon perbahasan cara didikan ibu bapa terhadap anak kerana itu bukanlah bidang saya. Saya hanya menulis untuk sudut agama sahaja. 


Kesimpulan: 

- Ibu bapa tidak semuanya betul, mereka boleh sahaja salah, tetapi mungkin mereka inginkan perkara yang betul cuma cara mereka kurang tepat

- Anak bukan semuanya tepat juga, boleh jadi juga si anak salah, maka banyak bertenang, melihat semula keadaan dan mohonlah nasihat 

- Ibu bapa perlu tegur anak dengan baik, anak jjuga boleh tegur ibu bapa dengan baik, kedua-dua pihak jangan biadap. 

Kita semua mahukan kebahagiaan, cuma mungkin kita tidak tahu cara yang tepat untuk menetapkan kebahagiaan itu. 


Terkadang, permaidani yang kita hamparkan kepada ego kita terlalu merah. 

Ibu bapa terlalu ingin memenangkan diri, anak pula ghairah mengatakan ibu bapa salah.


Elakkanlah kesemuanya ini. 

Banyakkan kita mentadabbur surah Luqman untuk kita mengetahui adab dan tatacara berinteraksi antara ibu bapa dan anak. 


Wallahu a'lam.




Sumber:

https://twitter.com/Muzuzxck/







0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top