Showing posts with label keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label keibubapaan. Show all posts

 Nabi Ibrahim Sebagai Seorang Ayah



===== 

1. Sedar atau tidak, ibadah korban yang dilaksanakan oleh kaum Muslimin pada hari ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan Sirah Nabi Ibrahim.


2. Peranan seorang ayah (iaitu Nabi Ibrahim) dalam menyantuni anaknya (Nabi Ismail) ketika perintah ini berlangsung sangat penting untuk direnungi oleh setiap ayah. Antaranya ialah:


(a) Nabi Ibrahim sebagai seorang ayah sentiasa berdoa buat keluarganya. Salah satu doa Baginda yang popular ialah doa agar dikurniakan anak yang soleh. Inilah yang perlu dilakukan oleh setiap ayah pada hari ini. Nabi Ibrahim berdoa:


رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ


“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" (Surah al-Saffat: 100)


(b) Bukan sekadar berdoa agar dikurniakan anak yang soleh, Nabi Ibrahim turut mengajak anaknya untuk melakukan ibadah bersama. Inilah yang perlu dilaksanakan oleh setiap ayah pada hari ini, mengajak anak-anak mereka melaksanakan ibadah bersama. Nabi Ibrahim mengajak Nabi Ismail membina Baitullah iaitu Kaabah. Firman Allah:


وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah al-Baqarah: 127)


(c) Nabi Ibrahim turut dilihat kerap berdialog dengan anak Baginda. Dalam perintah korban, Nabi Ibrahim bertanya pandangan anaknya Nabi Ismail, begitu juga dalam urusan hubungan suami isteri, Nabi Ibrahim turut pernah menasihati Nabi Ismail. 


(c.1) Ketika perintah korban diturunkan, Nabi Ibrahim tetap memulakan perbincangan bersama anaknya sekalipun perintah itu pada hakikatnya merupakan arahan dari Allah. Begitulah seorang ayah, perlu banyak berbicara dan berbincang dengan anaknya. Masa bersembang dengan anak perlu lebih banyak dari masa melihat telefon. 


(d) Nabi Ibrahim juga merupakan seorang ayah yang penyayang. Sifat penyayang Nabi Ibrahim terzahir apabila Baginda berusaha mendoakan buat ayah (atau pakcik) Baginda agar diberikan keampunan oleh Allah. Lalu Allah memuji sifatnya Baginda dalam firmanNya:







إِنَّ إِبْرَٰهِيمَ لَأَوَّٰهٌ حَلِيمٌ




Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. (Surah al-Taubah: 114)


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi


=====


Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

Tanggungjawab Ibu-Bapa Kepada Anak-Anak : Mencorak Masa Depan Umat


Ibu-bapa bukan sahaja penyedia keperluan fizikal, tetapi juga pemimpin yang membentuk peribadi anak-anak.

Ingatlah, anak-anak kita adalah amanah Allah SWT dan didiklah mereka dengan hati dan iman.


 


"Mak ayah makan garam lagi awal dari kamu"

"kamu dengar sajalah apa kami sebut, kami ini lebih berpengalaman" 

Dialog-dialog yang biasa kita dengar dari insan tinggi pangkatnya dalam hidup kita, namanya ibu dan bapa. 

Namun kita juga ada dilema...

"Terkadangnya mereka terang-terang salah", kata si anak.

Maka bagaimana ingin solusikan perkara ini? 

Buat ibu bapa dan anak, kembalikan diri kita kepada seruan agama. Taqwa kepada Allah. Kita semua makhluk Allah, hambaNya, maka kembali kepada panduan agama akan dapat menenangkan keadaan konflik ini. 

Buat si anak, ibu bapa bukanlah malaikat atau para rasul yang semuanya benar. Mereka BOLEH JADI berbuat kesilapan. Kita boleh untuk tidak taat kepada mereka jika mereka bertentangan dengan agama. Nabi ﷺ bersabda:


لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق 

"tidak boleh taat kepada makhluk pada isu maksiat kepada Sang Pencipta" (HR Ahmad) 


Namun cara kita perlulah juga betul. Mereka memang tidak semuanya betul, tetapi berhalus dan berlembutlah dalam menegur mereka. Terangkan dengan cara terbaik.

Buat ibu bapa, janganlah terlalu angkuh atau ego dari menerima nasihat. 

'Makan garam lebih awal' dari anak tidaklah mensyaratkan perbuatan kita semuanya betul. Banyak sahaja isyarat dari al-Quran bahawa perbuatan nenek moyang terdahulu tidak benar, perbuatan orang yang datang kemudian pula yang lebih tepat. 

Maka janganlah segan silu dari menerima nasihat. Kita akan lebih dihormati oleh si anak dan lebih dekat dengan rahmat Allah jika dapat menerima teguran baik.

"Saya dah cuba tegur ibu bapa tapi mereka tidak mahu dengar juga"

Maka kita perlu berdoa kepada Allah sambil meneruskan niat murni kita dengan usaha yang betul pada tempatnya. 

Merintihlah kepda Allah. Kesusahan kita menegur perkara yang betul lalu mendapat ujian dari Allah, insya Allah, semuanya itu pahala buat kita. 

Saya tidak berminat untuk masuk ke dalam zon perbahasan cara didikan ibu bapa terhadap anak kerana itu bukanlah bidang saya. Saya hanya menulis untuk sudut agama sahaja. 


Kesimpulan: 

- Ibu bapa tidak semuanya betul, mereka boleh sahaja salah, tetapi mungkin mereka inginkan perkara yang betul cuma cara mereka kurang tepat

- Anak bukan semuanya tepat juga, boleh jadi juga si anak salah, maka banyak bertenang, melihat semula keadaan dan mohonlah nasihat 

- Ibu bapa perlu tegur anak dengan baik, anak jjuga boleh tegur ibu bapa dengan baik, kedua-dua pihak jangan biadap. 

Kita semua mahukan kebahagiaan, cuma mungkin kita tidak tahu cara yang tepat untuk menetapkan kebahagiaan itu. 


Terkadang, permaidani yang kita hamparkan kepada ego kita terlalu merah. 

Ibu bapa terlalu ingin memenangkan diri, anak pula ghairah mengatakan ibu bapa salah.


Elakkanlah kesemuanya ini. 

Banyakkan kita mentadabbur surah Luqman untuk kita mengetahui adab dan tatacara berinteraksi antara ibu bapa dan anak. 


Wallahu a'lam.




Sumber:

https://twitter.com/Muzuzxck/








Baiklah, post ini Anem hadiahkan untuk sahabat-sahabat Anem yang sedang berbadan dua, tiga mahupun empat. (InsyaALLAH kot-kot ada rezeki dapat anak kembar yang comel, ye dak ?Anem doakan ). Walaupun Anem belum berkahwin , namun hasil pembacaan yang tak seberapa ini, diharap dapat dikongsikan buat kalian , sahabat yang Anem sayangi. Sudikan membaca. Semoga dipermudahkan segalanya, doa yang baik-baik dan kuatkan semangat, semoga sihat selalu ya. Insyaallah .

Cara didik anak ketika bayi dalam kandungan [amalan ketika mengandung]

-Jaga solat wajib, banyakkan solat sunat
-Banyak mengamalkan zikir
-Banyak baca al-quran
-Mendengr muzik yang menenangkan
-Baca buku ilmiah
-Jaga adab
-Jaga emosi, elak stress
-Lakukan kerja ringan sebagai senaman
-Makanan yang berkhasiat dan halal
-Elak sifat mazmuah
-Senyum dan sabar

Doa dan Amalan :Surah bacaan ketika mengandung:
Surah al-fatihah: untuk terang hati dan kuat daya ingatan.
Surah maryam- untuk mudah ibu bersalin, dapat anak yang taat
Surah luqman- bagi anak cerdik
Surah yusuf- bagi anak cantik rupa
Surah al-hujurat – untuk banyak susu ibu, dan anak bsifat hati2
Surah yasin- untuk ketenangan hati dan anak2 jauh dar igangguan syaitan
Surah al-tawbah : untuk bersih jiwa terpengaruh dari maksiat
Surah al-nahl : untuk lahirkan anak berdisplin.

Nota : Tips ini perkongsian dari Ustazah Siti Nur Bahyah


11 Sifat ibu bapa yang cemerlang /  menjadi ibu bapa mithali

- Membersihkan hati dan perasaan
- Membina kebahagiaan secara proaktif
- mendidik diri sendiri
- Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusian melalui al-mawaddah (kasihsayang) dan al-rahmah (kasih-mengasihani)
- mengistiqamahkan sunah Rasullullah s.a.w dan penghayatan islam dalam rumah tangga
- mengamalkan sikapdan pegangan yang betul
- mengamalkan suasana yang harmoni dan membina
- menjaga pemakanan dan kesihatan keluarga
- Mengamalkan pergaulan hidup berumah tangga yang diredhai
- Muhasabah diri sebelum tidur malam
- Berdoa memohon petunjuk dan keredhaan ALLAH

Nota :Ini pula Tips dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Apapun, kita hanya boleh berdoa, berusaha dan berikhtiar, selainnya serah pada ALLAH, yang penting ikhlas, insyaallah. Sekian entri dari orang bujang..Hihi :)







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top