Showing posts with label Ayah Ibu. Show all posts
Showing posts with label Ayah Ibu. Show all posts

 Nabi Ibrahim Sebagai Seorang Ayah



===== 

1. Sedar atau tidak, ibadah korban yang dilaksanakan oleh kaum Muslimin pada hari ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan Sirah Nabi Ibrahim.


2. Peranan seorang ayah (iaitu Nabi Ibrahim) dalam menyantuni anaknya (Nabi Ismail) ketika perintah ini berlangsung sangat penting untuk direnungi oleh setiap ayah. Antaranya ialah:


(a) Nabi Ibrahim sebagai seorang ayah sentiasa berdoa buat keluarganya. Salah satu doa Baginda yang popular ialah doa agar dikurniakan anak yang soleh. Inilah yang perlu dilakukan oleh setiap ayah pada hari ini. Nabi Ibrahim berdoa:


رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ


“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" (Surah al-Saffat: 100)


(b) Bukan sekadar berdoa agar dikurniakan anak yang soleh, Nabi Ibrahim turut mengajak anaknya untuk melakukan ibadah bersama. Inilah yang perlu dilaksanakan oleh setiap ayah pada hari ini, mengajak anak-anak mereka melaksanakan ibadah bersama. Nabi Ibrahim mengajak Nabi Ismail membina Baitullah iaitu Kaabah. Firman Allah:


وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah al-Baqarah: 127)


(c) Nabi Ibrahim turut dilihat kerap berdialog dengan anak Baginda. Dalam perintah korban, Nabi Ibrahim bertanya pandangan anaknya Nabi Ismail, begitu juga dalam urusan hubungan suami isteri, Nabi Ibrahim turut pernah menasihati Nabi Ismail. 


(c.1) Ketika perintah korban diturunkan, Nabi Ibrahim tetap memulakan perbincangan bersama anaknya sekalipun perintah itu pada hakikatnya merupakan arahan dari Allah. Begitulah seorang ayah, perlu banyak berbicara dan berbincang dengan anaknya. Masa bersembang dengan anak perlu lebih banyak dari masa melihat telefon. 


(d) Nabi Ibrahim juga merupakan seorang ayah yang penyayang. Sifat penyayang Nabi Ibrahim terzahir apabila Baginda berusaha mendoakan buat ayah (atau pakcik) Baginda agar diberikan keampunan oleh Allah. Lalu Allah memuji sifatnya Baginda dalam firmanNya:







إِنَّ إِبْرَٰهِيمَ لَأَوَّٰهٌ حَلِيمٌ




Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. (Surah al-Taubah: 114)


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi


=====


Subscribe YouTube @myhadithtime, klik: https://www.youtube.com/c/MyHadithTime

 

UNTUK MAK SAHABAT-SAHABAT SAYA, MAK SAYA & AWAK YANG BERGELAR EMAK.



Semoga diberi kesembuhan dan kekuatan buat semua mak-mak sahabat saya yang sedang berjuang dan diuji dengan kesihatan. Moga dipermudahkan urusan.

Buat emak saya yang cantik; Puan Anita semoga terus sihat, dimurahkan rezeki & mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Along dan adik sayang mak! 🫶🏻

Juga buat makcik-makcik saya tersayang, moga diberi kesihatan yang baik, rezeki yang berkat dan baik-baik selalu tak kira di mana pun kalian berada.

Untuk yang dah pergi selamanya, kita doakan agar mereka semua dilapangkan kuburnya, diampunkan segala dosa dan dapat jumpa kita semua kembali di syurga.

(Kuat selalu ya, kawan-kawan saya!)

Last but not least - buat semua mak di seluruh dunia, terima kasih untuk semuanya!

Allah sahaja mampu membalas segala pengorbanan semua ibu-ibu kita. Moga syurga buat semua ibu di dunia. Doa kami; anak-anak sentiasa ada.


To every mother, You are a beautiful fighter!

- Selamat hari ibu. Moga Allah berkati selalu. Fi amanillah.


[Post sama juga telah disiarkan di FB personal saya

Terima kasih]



Nah hadiah (lirik hasil tulisan sahabat saya):




Tanggungjawab Ibu-Bapa Kepada Anak-Anak : Mencorak Masa Depan Umat


Ibu-bapa bukan sahaja penyedia keperluan fizikal, tetapi juga pemimpin yang membentuk peribadi anak-anak.

Ingatlah, anak-anak kita adalah amanah Allah SWT dan didiklah mereka dengan hati dan iman.


 


"Mak ayah makan garam lagi awal dari kamu"

"kamu dengar sajalah apa kami sebut, kami ini lebih berpengalaman" 

Dialog-dialog yang biasa kita dengar dari insan tinggi pangkatnya dalam hidup kita, namanya ibu dan bapa. 

Namun kita juga ada dilema...

"Terkadangnya mereka terang-terang salah", kata si anak.

Maka bagaimana ingin solusikan perkara ini? 

Buat ibu bapa dan anak, kembalikan diri kita kepada seruan agama. Taqwa kepada Allah. Kita semua makhluk Allah, hambaNya, maka kembali kepada panduan agama akan dapat menenangkan keadaan konflik ini. 

Buat si anak, ibu bapa bukanlah malaikat atau para rasul yang semuanya benar. Mereka BOLEH JADI berbuat kesilapan. Kita boleh untuk tidak taat kepada mereka jika mereka bertentangan dengan agama. Nabi ﷺ bersabda:


لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق 

"tidak boleh taat kepada makhluk pada isu maksiat kepada Sang Pencipta" (HR Ahmad) 


Namun cara kita perlulah juga betul. Mereka memang tidak semuanya betul, tetapi berhalus dan berlembutlah dalam menegur mereka. Terangkan dengan cara terbaik.

Buat ibu bapa, janganlah terlalu angkuh atau ego dari menerima nasihat. 

'Makan garam lebih awal' dari anak tidaklah mensyaratkan perbuatan kita semuanya betul. Banyak sahaja isyarat dari al-Quran bahawa perbuatan nenek moyang terdahulu tidak benar, perbuatan orang yang datang kemudian pula yang lebih tepat. 

Maka janganlah segan silu dari menerima nasihat. Kita akan lebih dihormati oleh si anak dan lebih dekat dengan rahmat Allah jika dapat menerima teguran baik.

"Saya dah cuba tegur ibu bapa tapi mereka tidak mahu dengar juga"

Maka kita perlu berdoa kepada Allah sambil meneruskan niat murni kita dengan usaha yang betul pada tempatnya. 

Merintihlah kepda Allah. Kesusahan kita menegur perkara yang betul lalu mendapat ujian dari Allah, insya Allah, semuanya itu pahala buat kita. 

Saya tidak berminat untuk masuk ke dalam zon perbahasan cara didikan ibu bapa terhadap anak kerana itu bukanlah bidang saya. Saya hanya menulis untuk sudut agama sahaja. 


Kesimpulan: 

- Ibu bapa tidak semuanya betul, mereka boleh sahaja salah, tetapi mungkin mereka inginkan perkara yang betul cuma cara mereka kurang tepat

- Anak bukan semuanya tepat juga, boleh jadi juga si anak salah, maka banyak bertenang, melihat semula keadaan dan mohonlah nasihat 

- Ibu bapa perlu tegur anak dengan baik, anak jjuga boleh tegur ibu bapa dengan baik, kedua-dua pihak jangan biadap. 

Kita semua mahukan kebahagiaan, cuma mungkin kita tidak tahu cara yang tepat untuk menetapkan kebahagiaan itu. 


Terkadang, permaidani yang kita hamparkan kepada ego kita terlalu merah. 

Ibu bapa terlalu ingin memenangkan diri, anak pula ghairah mengatakan ibu bapa salah.


Elakkanlah kesemuanya ini. 

Banyakkan kita mentadabbur surah Luqman untuk kita mengetahui adab dan tatacara berinteraksi antara ibu bapa dan anak. 


Wallahu a'lam.




Sumber:

https://twitter.com/Muzuzxck/










Lyrics:


Verse

Aku digelar anakmu 

Aku dimanja cintamu

Yang kau jaga dengan 

belai mesra diriku ini merasa bahagia


Aku yang tidak mengerti

Aku yang lupa pada budi

Menyakiti hati insan suci

Yang selama ini berkorban untukku


Chorus

Ayah ibuku penat lelahmu

Membesarkan ku

Dengan keringatmu

Demi melihatku jalani hidupku

Walau hakikatnya jasadmu terluka


Ayah ibuku kaulah syurgaku

Ayah ibuku kaulah duniaku

Doa-doamu memeluk tubuhku

Mendinginkan rasa jiwa yang bahagia



Bridge

Akan aku berjanji

Untuk membalas kembali

Segala yang kau beri

Kerna ia tak kan terganti

Cinta yang abadi

Dan akan membawaku ke jalan syurga

Kasihmu kekal sejati




Ayah disini ku sendirian

Merenungi kata yang dulu kau berikan

Betapa beratnya hidup ku rasakan

inginku bertemu katakan


Ayaahhh tolong beritahu ibu

ingin memeluknya tapi aku malu

Malu jika kuhanya bisa mengeluh

Maafkan aku ayah ibu


Suatu saat nanti kan kugantikan tugasmu ayah

doakan aku ibu

restumu sertai langkahku

Ayah dengarkanlah

bahagia pasti datang percayalah

ibu engkau kuatkan aku


Ibu ... Jangan khawatirkan aku

Ku bukan si kecil yang slalu di manja ibu

aku si pemberani harapan ibu


Ibu tolong percaya

Ayaahh katakan pada ibu

kubisa melewati semua pahitku

Meskipun kenyataannya ayah tau

ayah engkau penyelamatku


Suatu saat nanti kan kugantikan tugasmu ayah

doakan aku ibu

restumu sertai langkahku

Ayah dengarkanlah

bahagia pasti datang percayalah

ibu engkau kuatkan aku


Suatu saat nanti kan kugantikan tugasmu ayah

doakan aku ibu

restumu sertai langkahku

Ayah dengarkanlah

bahagia pasti datang percayalah

ibu engkau kuatkan aku










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top