Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Aku Blogger Menyesal!


Sedih. Pertama kali Anem rasa sesayu ini menjadi seorang manusia bertitle Blogger. Penyesalan? Usah nak cerita. Akhirnya sikap bertangguh dalam kunjungan balas- memakan diri !

Anem sediakan notepad untuk - sesiapa yang tegur, komen apatah lagi follow, link url dia Anem simpan, tapi bila ada masa senggang baru Anem melawat semula, janji pada diri.

Namun – setelah berbulan – Anem buat lawatan kecil-kecilan ke blog yang tak pernah jemu entri demi entri Anem di komennya. Tak sabar ni, nak komen dan baca balik blog kawan-kawan. J

Namun, kunjungan balas itu memberi tamparan hebat kepada diri, apabila salah satu blog yang Anem pergi – seorang  yang rajin komen tanpa harap balasan- TANPA minta comment me back, or follow me back tu, yang sangat peramah dan ikhlas, telah pergi buat selama-lamanya..

Dah takkan ada komen dari dia lagi, dah takkan ada orang yang akan kata, nanti dia datang lagi, dah takkan ada orang yang bernama unrestmind di blog Anem lagi! L

Al-fatihah. Sesungguhnya Kita Milik DIA.

Ni blog beliau - .blog arwah.
Ni facebook beliau - facebook dia

Berita tentang beliau keluar paper,< sini> pergi setelah sebulan berumahtangga. Inalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Ya ALLAH. Tak pernah Anem menyesal tahap gaban macam ni. Insya-Allah akan Anem lawat semula blogger yang rajin komen,  dengan izinNYA juga.

p/s: Aku manusia lemah….Selalu terjatuh”..



24 yang menasihati

  1. yang pergi tetapkan pergi, kita yang masih hidup teruskan perjuangan

    ReplyDelete
  2. Salam annaz, sesungguhnya. sgt2 menginsafkan .huhu

    ReplyDelete
  3. masa baru dapat tahu, memang sangat menyedihkan~ tak dapat hadiri majlis dia pula tu~

    *sigh*

    Al-Fatihah~

    ReplyDelete
  4. mesti sedih kan walapun sy xkenal arwah..

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:53 PM

    alfatihah!

    ReplyDelete
  6. kullu nafsin zaiqatul maut.

    alFatihah.

    ReplyDelete

  7. xpo a.k.a judinbo - hurm..itulah:(

    JK- hurm..alfatihah..

    Sy.radiah- sesungguhnya. alfatihah..

    ReplyDelete
  8. yg hidup pasti akan pergi.dah sampai masa dia.xpe.redha.

    al-fatihah

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah,
    Sedikit info tentang perkataan "arwah"
    ustaz Ismail Kamus tidak menggalakkan penggunaan perkataan "Arwah "bagi orang mati.
    sebab "al-Arwah" adalah nama golongan syaitan yang suka mengganggu bayi sehingga menagis.
    Ada baiknya di tukar dgn perkataan "al-marhum"Semoga allah merahmati rohnya.

    ReplyDelete
  10. eh arwah ni mcm kwn abg ak jer..al fatihah...

    ReplyDelete
  11. kematian itu satu pengajaran kpd yg hidup...

    ReplyDelete
  12. diam-diam ubi8:43 AM

    al fatihah buat beliau..ump...

    ReplyDelete
  13. salam..
    innalillahiwainailaihirojiun...
    al-Fatihah..
    smoga rohnya drhmati ALLAH..
    salam..

    ReplyDelete
  14. al-fatihah
    semoga rohnya dicucuri rahmat
    amin~

    ReplyDelete
  15. sedih je efek lagu sudirman. mengenangkan kisah. biar sume memori jadikan kenangan terindah. takziah

    ReplyDelete
  16. Kita xmampu menduga apa yang Dia rencanakan..ssungguhnya y berlaku adalah rentetan hkmah dan pengajaran buat kita smua..juga ksdaran bhawa maut,tak d beritahu dtik tibanya..m0ga kita sama2 d0a utknya..al-fatihah~
    P/s: syg,mnsia xlpas dri stu p'kra y d sbut khilaf..jd,bila kta msih d beri pluang dan masa,maka perbaiki ia dgn apa cara skalipun ;p...salam..

    ReplyDelete
  17. mmg sedihnya..

    semoga beliau aman di sana..

    ReplyDelete
  18. Al-fatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  19. Al-fatihah .
    Semoga doa kita semua dimaqbulkanNYA:)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top