Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts


Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Oktober 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.- (Al-a'raf 31).
Klinik Dhijrah. (Syed Norhisyam Tuan Padang)
  • Berkawan kerana Allah. Cek balik kawan tu betulke kita berkawan dengan dia dapat pahala.
  • Kalau kawan negatif. Nasihat dulu. Doa dan jika tak mampu pilihlah yang baik untuk akhirat. Bukan putus siraturrahim. Berubah akan dapat kawan baru baik.
  • Sahabat baik mana ada kutuk kita di belakang. Dia membela lagi ada.
  • Tak puas hati kita tanya dan beradab dengan dia.
  • Allah suka kita berkasih sayang kerana Allah.
  • Tanya diri dia, kawan yang kita dapat pahala dengan dia.
  • Jangan jadi lalang.
  • Nak kenal anak tengok kawan-kawannya.
  • Teruslah berkawan dengan orang baik.
  • Lihat kawan jangan rasa diri kita lebih baik. Lihat dengan pandangan kasih sayang. Nak selamatkan dia.
  • Moga Allah jauhkan kita daripada kawan seperti ini. Kawan yang semangat buat maksiat atau tarik ke neraka.
  • Kawan boleh bawa masuk kita ke syurga.
  • Tiada yang sempurna. Jika diberi pilihan biar yang boleh terima nasihat.
  • Boleh selektif dalam bersahabat. Kena ada prinsip dalam memilih. Agama ukuran utama.
  • Hati-hati dengan internet. Minta atau beri nasihat boleh. Jangan over. Kawal.
  • Kebaikan islam dia meninggalkan perkara tak berfaedah.
  • Serah kepada Allah. Munajat agar Allah beri kekuatan. Dan biar Allah balas selayak-layaknya.
  • Biar bertemu kerana Allah. Berpisah kerana Allah.
Tanyalah Ustaz. (Mohd Sukki.)
  • Doa agar diberi ilmu manfaat. Rezeki halal dan luas. Amalan solehah.
  • Jujurlah. Nabi tak suka kita menipu.
  • Modal berniaga biar berkah dari awal.
  • Niat berniaga itu penting.
  • Rasuah dan riba dosa yang sangat besar.
  • Kena ada ilmu.
  • Tak boleh buat beritahu. Jangan berjanji.
  • Start dah bayar zakat orang takkan berhenti. Sebab berkat.
  • Biar berniaga dapat kebaikan.
  • Hindar yang tak elok.
  • Yang bertaqwa Allah akan beri jalan keluar daripada masalah.
Fadzilah Kamsah. MHI.
  • Positif pagi akan positif sepanjang hari.
  • Jangan lupa doakan guru-guru. Maafkan guru-guru. Dan minta halal dan maafkan. Minta semua doakan.
  • Kena berlatih lebih. Dan jangan over confident.
  • Kena berdisplin. Mengadap ke kiblat jika boleh. Masa study. Nak elak tertekan. Kena fokus.
  • Manusia ada satu jiwa. Letak hati.
  • Kena sarapan sebelum exam. Sebab otak perlu tenaga.
  • Makan buah sebelum makan cereal. Biar tenang.
  • Doa orang tak solat takut Allah tak terima.
  • Dengan anak perempuan jangan nak tinggi suara. Nanti dia rebel.
  • Cakap masa makan depan anak sangat mustajab.
  • Fatihah. Ayat Qursi. Surah Ibrahim ayat 40. Doakan anak. Hembus pada dia dan wajah dia.
  • Jangka sangka buruk. Niat dia dia punya pasal. Yang penting niat kita kita kena jaga.
  • Bukan persiapan saja penting. Persekitaran ke arah peperiksaan itu juga penting.
  • Yang penting sikap.
Tanyalah Ustaz. Quran

Mad paling sikit 2 harkat.

Adab Doa
  • Puji Allah
  • Selawat
  • Minta ampun
  • Baru buat permintaan
Cekerama (Daun pun berzikir). Skrip Didi Wahida Wosdi. Murali penerbit.
  • Sakit ditarik tiga
- Keceriaan, selera dan dosa. Tapi penyayangnya Tuhan dipulangkan semula ceria dan selera tapi tidak dosa.
  • Kerja apapun mulia jika kita istighfar kepada Allah.
  • Tanam pokok. Nanti siang dan malam pokok berzikir pada kita.
Tanyalah Ustaz : Musafir.
  • Niat kalau dah nak tinggal lebih 3 hari sesuatu tempat tak musafir dah.
  • Doktor bedah misalnya boleh jamak solat.
Klinik dhijrah: Zakat
  • Ada beza perhiasan dan kebiasaan. Kena bayar zakat jika lebih.
  • Jangan terlalu ikut trend. Membazir.
Klinik Dhijrah; Asyraf (Tajuk: Syirik)
  • Orang sesat yang banyak baca sikit jumlahnya berbanding orang tak baca langsung apa-apa.
  • Kena ada ilmu asas nak banding.
  • Al-Quran cabar kitab lain cabar dia.
  • Cara elak syirik besar. Syirik kecil riak.
  • Buat amal kerana makhluk riak. Tinggal amal kerana makhluk syirik.
Tanyalah Ustaz: Ustaz Haryanto. Anak angkat.

It takes time. Jangan paksa.

Mengaji nak bagi faham.

Klinik Dhijrah
  • Mahasiswa & sindrom 4K.
  • Kena cepat sedar.
  • Kafeteria selalu. Kuliah jarang. Komputer kerap. Katil banyak. Perbaiki.
  • Komputer ada positif. Banyak maklumat.
  • Kena pilih kawan yang betul. Tapi alasan. Kena pilih yang identiti betul.
  • Faktor universiti juga.
  • Budaya tidak mengganggu. Bergantung individu.
  • 4 K bukan segala-galanya. Yang bawa kejayaan belajar.
- Pengajaran - peranan pensyarah
- Pembelajaran - kita sebagai pelajar
- Penilaian
  • Pelajar holistik.
  • Mendidik anak remaja kena minta dia bagi pendapat. Teknik beza.
Klinik Dhijrah: Ustaz Asyraf
  • Segi tajwid senafas Alfatihah boleh. Tapi dalam solat elok ikut cara Nabi solat. Nabi berhenti ketika baca alfatihah. Dilarang tergesa atau malas cara solat.
  • Dah takbir dan fatihah tapi azan solat lain teruskan juga solat. Sebab tak tahu bila nak solat lagi. Kalau tak masuk waktu cepat qadak.
  • Munafik pun solat dulu masa zaman Nabi.
  • Syarat solat masuk waktu; ambil tahu.
Tanyalah Ustazah
  • Tuhan menilai usaha kita nak jadi lebih baik. Bukan sekadar hasil. Doalah minta dekat Tuhan.
  • Nak harap upaya kita tak mampu. Percayalah Dia ada.
  • Elak jadi derhaka. Kena buat ikut upaya kita.
Zakat. Haryanto. TV Alhijrah.

Niat mesti sebelum atau waktu tu bukan kemudian. Ada doa pendek. Elak riak.

Hadis 40. Ustaz Zaidi. RTM.
  • Tutup aib orang Allah akan tutup aib kita.
  • Malu di akhirat dibuka aib sampai gugur daging di muka.
  • Bantu orang akan dibantu Allah
-Kita kena berkhidmat untuk ilmu.

-Mudahkan majlis ilmu

-Sebar ilmu

Angkat jari telunjuk tahiyyat paling betul masa sebut illa.

-Jangan bermegah dengan ilmu.

Ada sebab selajar ilmu; masuk neraka antaranya;
- nak tunjuk pandai
- nak lawan ulama
- nak bolot harta
- nak diberi perhatian
  • Ikhlas Jangan tamak dalam memiliki dan belajar ilmu
  • Jangan malu kalau tak tahu.
  • Rendah diri.
  • Sabar kalau tak ramai dengar pun.
  • Beri pada yang lebih berhajat.
  • Masuk masjid utama baca Quran. Tapi baca Quran tak semestinya dalam masjid.
  • Baca Quran sunat.
  • Paling mulia paling taqwa.
  • Sebaik manusia yang paling bermanfaat pada manusia lain.
Tanyalah Ustaz 23 Oktober
  • Baca Al-Quran ini syafaat.
  • Jangan jadikan rumah kubur.
  • Quran untuk dibaca.
Klinik Dhijrah 23 Oktober
  • Tanya hati mungkin ada tak kena.
  • Jangan berlebih guna barang pejabat.
Dah solat tapi masih buat maksiat? Perbaiki 3 ini:
- Kebersihan diri dan pakaian ketika solat.
- Cara & bacaan solat perlu betul.
- Perbaiki hubungan dengan manusia.
(Salam FM; FB Fira Hilwa)
Jika diduga, Nabi suruh amalkan doa ini;"Ya Allah sabarkan aku dan gantilah dengan lebih baik."
Selalu. Insya-Allah tenang. Dan dimakbulkan.
Kalau orang musafir (antara doa) sebutkan padanya:
- Moga kamu tetap jaga amanah Allah
- Moga Tuhan ampunkan dosa-dosa kamu
- Moga dipermudahkan semua urusan kamu.

Klinik Dhijrah 25 Oktober

Buat apa pun akan dapat ganjaran daripada Tuhan. Harap ganjaran makin rendah sedikit berbanding buat kerana Allah seperti Abu Bakar.

Kerja yang bagus kerja dengan tekun.

Klinik dihijrah (Ustaz Ghazali)

(Dosa.)
  • Dosa kita ada saja dengan mak ayah. Nyatakan detail.
  • Fasik ini persaksian pun tak boleh pakai. Kena jaga peribadi kita.
  • Tak semua lepas pada dosa. Yang penting bertaubat.
Tanyalah Ustaz (Elyas) -- Jiwa memberontak.
  • Orang yang ingat akhirat dan agama tak sempat fikir bebukan. Tak ada masa.
  • Amarah ini apabila dia buat jahat dia tak rasa pun itu jahat. Diingatkan orang pun dia tak rasa pun itu jahat.
  • Orang ada iman dalam diri dia bukan buat, niat pun tak ke arah yang bukan-bukan.
"Saya buat maksiat tapi dapat saja nikmat. Tak pernah diuji pun, syeikh?"
"Kamu pernah bangun solat malam?"
"Tak pernah. Siang pun susah."
"Kamu dalam hidup tak ada selera buat baik padahal ruang terbuka di mata kamu, itulah tanda bencana daripada Allah. Bencana di hati."
  • Mujahadah; pertembuhan antara yang perlu dengan yang suka.
  • Dengan ingat Allah. Hati itu tenang.
  • Marah tetap ada. Tak ada rasa marah tak normal. Kita cuma kena belajar kawal. Orang yang kuat yang mampu kawal diri mereka ketika marah.
  • Istighfar adalah ke hati. Zikir lisan hati tindakan.
  • Hati raja. Akal adalah bendahara.
Tanyalah Ustaz 30 Oktober

Usia kita tak pernah lewat untuk belajar beribadah.

Hadis 40
  • Niat baik kita dinilai Tuhan. Niatlah baik-baik.
Klinik Dihijrah (Ustazah).
  • Sabar akan dapat ganjaran.
  • Suami pembimbing.
  • Doa jodoh:
  • Al-Anbiya - 89
  • Wirid Arrahim 100 kali.
  • Kahwin kerana budi. Bukan agama. Boleh. Mungkin itu cara. Tapi dia baik.
  • Jangan menyusahkan keadaan.
Tanyalah Ustaz
  • Al-Quran itu penawar.
  • Tahan marah.
  • Motivasi dalam Al-Quran.

***
Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.



Saya menulis entri ini dengan rasa rindu yang dalam pada beliau ini. Seorang yang mempunyai senyuman manis, suara merdu dan gelak yang manja. Belum lagi perangai gila-gila yang masuk dengan saya. Persamaan jelas antara kami selain daripada sama-sama bertubuh kecil, adalah kalau orang tak tahu mesti ingat kami ini pendiam. Tapi sebenarnya kami sama-sama kecoh.

Perjalanan persahabatan kami sama seperti kebanyakan yang lain. Ada suka dan duka. Ada gelak dan tangis. Ada jarak jauh dan dekat. Kami mula kenal pada usia kami 6 tahun. Sama-sama kecil comel loteh dulu (sampai sekarang masih comel). Kemudian terbawa ke sekolah rendah, sehinggalah di awal sekolah menengah. Kami rapat sehinggakan masing-masing kenal dan pernah bertemu keluarga masing-masing. Dia yang kerap menghadiri majlis harijadi saya (kebetulan rumah kami pun tidak jauh). Malahan dia juga pernah bermalam di rumah saya. Dia sememangnya menceriakan zaman kanak-kanak saya.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

"Tidak sempurna iman salah seorang dari kalian sampai dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri."
Sebelum perpisahan mendewasakan pada sekolah menengah, saya mula merasakan kesedihan yang jarang saya rasakan semasa kecil iaitu ketika saya (waktu itu ada peperiksaan langkau kelas; PTS), syukurnya (alhamdulillah) saya berjaya melepasinya dan layak melompat dari darjah tiga ke lima. Ketika itu di sekolah rendah agama Jeram Batu 20;

  “Betulkan ustaz dia kena pergi? Boleh tak kalau dia tak pergi?” Ya, soalan sahabat saya yang baru memasuki darjah empat itu mengoyakkan hati saya. Sehingga saya terlupa saya perlu gembira kerana kejayaan dalam peperiksaan itu. Saya bukan pergi sekolah lain pun, cuma perlu menukar darjah. Waku itu Tuhan sahaja tahu rasa takut tidak dapat tangkap atau mengikuti kelas baharu kerana tertinggal satu darjah (bagi saya) atau sedih teramat kerana berjauhan dari sahabat baik yang amat saya sayangi. Namun kami masih seronok kerana masih dapat melihat wajah. Malahan adakalanya kami melambai-lambai satu sama lain dari kejauhan. Manis bukan? Hehe. Ya saya tahu itu.

Hari berganti hari. Akhirnya saya perlu pergi ke sekolah menengah. Hati sedih juga perlu meninggalkan sekolah awal. Tidak terlihat lagi sahabat saya di mata nanti. Saya akan jadi senior! Namun walaupun ditakdirkan kami tidak bersekolah menengah yang sama, malah dia nun jauh di Kuala Selangor, kami masih kekal berhubung dan saling menyinggah rumah. Hari raya kadangkala jumpa juga. Dan waktu itu ada juga saling berhubung menggunakan telefon rumah. Kiranya ada sahaja cerita kami dan ia tidakkan habis. Percaya masih kekal di hati.


Tahu tak apa paling seronok? Kami saling berbalas surat ketika saya ditakdirkan berpindah ke Rawang, kemudian ke Selayang; bersama keluarga (emak dan adik) mengikut abah yang bertukar tempat kerja. Dia menjadi sahabat pena yang sangat setia. Dia mengirimkan gambar, kata-kata dan perkembangan. Setiap kali surat beliau sampai, saya sangat teruja! Ya, saya masih menyimpan surat-surat perempuan manis ini.

Kemudian adalah kami berjumpa di Kuala Lumpur dan hal-hal besangkutan lain (ada juga temuduga terbuka kami pergi bersama-sama), dan saya tak akan lupa betapa waktu itu kami masing-masing sudah dewasa. Saling berpunya namun belum berpelaminan. Sahabat saya sudah besar! Siapa sangka cepat benar masa berlalu. Zaman kecil nakal saling kejar, kini saling malu-malu alah cerita tentang pasangan di sisi.

"Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything."

― Muhammad Ali

Masa berlalu, dipendekkan cerita, saya dan emak menghadiri majlis perkahwinannya. Melihat sahabat saya melangkah ke alam perkahwinan adalah satu kebahagiaan yang tidak terperi. Lama kemudian mendengar dia bakal melahirkan, Tuhan sahaja tahu rasa syukur saya.

Kemudian ada juga kami datang ke rumahnya (di kampung kami). Kemudian abah saya meninggal dunia, dua tahun kemudian abah beliau pula). Keduanya pergi tanpa sakit serius, dan tiba-tiba. Kami saling berkongsi duka dan kekuatan.

Untuk Roszana Binti Kasim yang saya sayang; jika awak baca ini saya nak awak tahu, saya rindu saat kita naik basikal waktu kecil pergi beraya sama-sama. Saat kita berbual deep deep waktu malam dekat KL dulu dan saat kita saling berutus surat macam baru berkenalan; saya sayang awak sangat sahabat. Terima kasih kerana menjadi sahabat baik yang selalu bertahan dan mendoakan. Maaf jika saya ada kurang di mana-mana. Semoga awak terus bahagia di samping keluarga tersayang. Kuatlah seperti selalunya, manislah seperti apa adanya.

Yang selalu sayang awak — Anem.



p/s: Semasa sekolah dulu, dia ada tukar-tukar nama, saya pun dah tak berapa ingat (Izah dia, Isya saya macam tu rasanya). Malahan kami juga berkongsi sahabat pena yang sama. Tapi sebelum ada nama comel begitu, masa darjah dua kami ada kawan yang sangat comel, Ira (tak silap nama dia), pergi dahulu meninggalkan kami buat selamanya. Sejak itulah saya semakin sayang dekat Roszana; Ros atau Nana saya panggil ini. Sekali sahabat, sampai bila-bila sahabat! Insya-Allah.

Ada jodoh, kita jumpa nanti tau! Insya-Allah.




Apabila melihat orang terdekat kita jatuh, dengan segera kita ingin membalut lukanya. Biar segera sembuh. Jika dia sedih, tidak mengapa jika kita menjadi badutnya. Jika dia resah, kita ingin segera menjadi penenangnya. Biar dia tidak lagi risau. Jika dia kehilangan sesuatu, kita mahu sahaja menggantikan atau paling tidak mengisi kekosongan tersebut.

Bukan mahu menjadi hero, cuma apabila dia sakit, kita seolah merasa sama. Tapi kita hanya manusia biasa, yang hanya mampu untuk berdoa dan membantu satu dua perkara. Mungkin untuk membuat dia senyum pun kita masih tercari-cari cara.

Kita cuma mahu dia tahu dalam dunia ini, dia hidup bukan seorang.
Ini bukan tentang awak awak, saya-saya. Tapi ini tentang sama-sama.

Kuat selalu! Moga yang baik-baik untuk kita semua, insya-Allah.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” - [3:139]

*Percayalah, awak masih ramai lagi yang sayang dan ada perkara lebih baik yang akan datang! Have faith! :)



*Sumber: gambar



Sedih. Pertama kali Anem rasa sesayu ini menjadi seorang manusia bertitle Blogger. Penyesalan? Usah nak cerita. Akhirnya sikap bertangguh dalam kunjungan balas- memakan diri !

Anem sediakan notepad untuk - sesiapa yang tegur, komen apatah lagi follow, link url dia Anem simpan, tapi bila ada masa senggang baru Anem melawat semula, janji pada diri.

Namun – setelah berbulan – Anem buat lawatan kecil-kecilan ke blog yang tak pernah jemu entri demi entri Anem di komennya. Tak sabar ni, nak komen dan baca balik blog kawan-kawan. J

Namun, kunjungan balas itu memberi tamparan hebat kepada diri, apabila salah satu blog yang Anem pergi – seorang  yang rajin komen tanpa harap balasan- TANPA minta comment me back, or follow me back tu, yang sangat peramah dan ikhlas, telah pergi buat selama-lamanya..

Dah takkan ada komen dari dia lagi, dah takkan ada orang yang akan kata, nanti dia datang lagi, dah takkan ada orang yang bernama unrestmind di blog Anem lagi! L

Al-fatihah. Sesungguhnya Kita Milik DIA.

Ni blog beliau - .blog arwah.
Ni facebook beliau - facebook dia

Berita tentang beliau keluar paper,< sini> pergi setelah sebulan berumahtangga. Inalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Ya ALLAH. Tak pernah Anem menyesal tahap gaban macam ni. Insya-Allah akan Anem lawat semula blogger yang rajin komen,  dengan izinNYA juga.

p/s: Aku manusia lemah….Selalu terjatuh”..










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top