Pertama sekali tahniah kepada pasukan harimau malaya, Malaysia kerana masuk perlawanan akhir AFF Suzuki Cup [dulu dikenali sebagai piala tiger] ,pada tahun 2014 setelah berjaya pada tahun 2010 dan kini melangkah ke final Suka Sea 2011 .

[Update pemain Harimau Malaya (Malaysia) 2014]


Seterusnya, memandangkan kebanyakkannya update/ post entri tentang keputusan demi keputusan, jadi di kesempatan ini, secara peribadi, Anem telah memilih  senarai beberapa jejaka tampan [tanpa ikut susunan] dari pasukan kita untuk diperkenalkan. Jika ada pilihan lain, sila komen ya !

[ SKUADPIALA SUZUKI AFF 2010 & SUKAN SEA 2011 ]

_____



Biodata Farizal Marlias Penjaga Gol Malaysia AFF Suzuki 2014

Nama Penuh: Mohd Farizal Marlias
Umur: 28 tahun
Tarikh Lahir: 29 Jun 1986
Status: Sudah Berkahwin
Asal: Pahang
Kareer: Penjaga gol kebangsaan
Twitter: https://twitter.com/farizal_marlias
Instagram: http://instagram.com/farizal_marlias
Status: Sudah Berkahwin

Indra Putra Mahyuddin


Biodata Indra Putra Mahayuddin :

Nama Penuh : Indra Putra Mahyuddin
Tarikh Lahir : 2 September 1981
Tempat Lahir : Ipoh , Perak
Tinggi : 1.75 m
Posisi : Tengah / Penyerang
Kelab Terkini : Kelantan
Kelab Terdahulu : Perak , Pahang , Selangor , T-Team
Facebook Indra Putra Mahyuddin ; [ sini ]



Biodata Badrol Bakhtiar (10)


Full name Baddrol bin Bakhtiar
Date of birth February 1, 1988 (age 23)
Place of birth Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Height 1.74 m (5 ft 9 in)
Pasukan : Kedah
Facebook Baddrol Bakhtiar :Baddrol.7

Mohd Amri Yahyah



Nama Penuh : Mohd Amri Yahyah
Kelab : Johor Darul Takzim
Asal : Tanjong Karang , Selangor
Tarikh Lahir 21 Januari 1981
Tinggi (sm) 174
Berat (kg) 70
Twitter Amri Yahyah : [ sini ]


BIODATA ZUBIR AZMI



Nama Penuh:Mohammad Zubir Bin Mohd Azmi
Panggilan:Zubir Azmi
Tarikh lahir:14 November 1991
Tempat Lahir: kampung Telaga Papan,Setiu
Posisi:Left Back,Terengganu
Facebook Zubir Azmi : [ sini ]

BIODATA AZMI MUSLIM

Nama : Azmi Muslim
Posisi :Pertahanan
Nickname :Mielim
Lahir : 7 october 1986
Status : Dah berkahwin
Instagram rasmi ; [ azmimuslimooficial ]


Mohammad Azamuddin bin Mohammad Akil


Born: April 16, 1985 (age 29), Kuala Lipis
Height: 1.72 m
Facebook Alex : [ sini ]

BIODATA S.KUNALAN


Kunanlan a/l Subramaniam
15 September 1986 (age 28)
Lahir Semenyih, Selangor, Malaysia
 1.65 m (5 ft 5 in)
  Main untuk : Johor Darul Ta'zim F.C.
Facebook Fan OFFICIAL ; [ sini ]

KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT 

22 KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT -Penjaga gol Malaysia
Date of Birth: 07.01.1989
Position: Goalkeeper
Shirt number: 22
Height: 1.70m
Weight: 60kg
Current club: Kelantan
National caps: 1

Facebook Khairul Fahmi Che mat: [sini]
Instagram khairul fahmi che mat ; [ sini ]


MOHAMAD MUSLIM BIN AHMAD 

24 MOHAMAD MUSLIM BIN AHMAD 
Date of Birth: 25.04.1989
Position: Defender
Shirt number: 24
Height: 1.80m
Weight: 70kg
Current club: Harimau
National caps: 8

Facebook Muslim Ahmad- Official Page : [sini]



MOHAMAD FADHLI BIN MOHD SHAS 


27 MOHAMAD FADHLI BIN MOHD SHAS 
Date of Birth: 21.01.1991
Position: Defender
Shirt number: 27
Height: 1.79m
Weight: 80kg
Current club: Harimau
National caps: 1

Facebook Fadli Shas : [klik sini]

Biodata Mahalli Jasuli

Tarikh Lahir: April 02, 1989
Posisi: Pertahanan
No Jersi: 18
Pasukan: Harimau Muda
Facebook Mahalli Jasuli : http://www.facebook.com/MahaliJasuli

 
________________

MOHD SAFEE BIN MOHD SALI




10 MOHD SAFEE BIN MOHD SALI
Date of Birth: 29.01.1984
Position: Forward
Shirt number: 10
Height: 1.68m
Weight: 75kg
Current club: Pelita Jaya, Indonesia
National caps: 20

Facebook Safee Sali :[klik sini]

SAFIQ BIN RAHIM


 

Biodata Safiq Rahim

Date of Birth: 05.07.1987
Position: Midfielder
Shirt number: 8
Height: 1.67m
Weight: 60kg
Current club: Selangor
National caps: 10
Goals: 2


Facebook Safiq Rahim : sini facebooknya [klik] 

NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA




9 NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA
Date of Birth: 08.06.1986
Position: Forward
Shirt number: 9
Height: 1.67m
Weight: 60kg
Current club: Kelantan
National caps: 10

Facebook Nurshahrul Idlan Talaha : [klik sini]

-------------------------------------------------------------------------

Biodata Wan Zack Haikal B Wan Nor

Kelab : FC ViOn Zlaté Moravce
Birthday January 28, 1991
Facebook Wan Zack Haikal: Official Page

Biodata Irfan Fazail :

Full name Mohamad Irfan bin Fazail
Date of birth April 12, 1991 (age 20)
Place of birth Pontian, Johor, Malaysia
Height 1.70 m (5 ft 7 in)
Kelab : FC ViOn Zlaté Moravce
Facebook Irfan Fazail http://www.facebook.com/IrfanFazail


 MOHD AMIRULHADI BIN ZAINAL 



21 MOHD AMIRULHADI BIN ZAINAL 
Date of Birth: 27.05.1986
Position: Midfielder
Shirt number: 21
Height: 1.80m
Weight: 72kg
Current club: Selangor
National caps: 7

Facebook Amirul hadi Zainal : [klik sini]

MOHAMMAD FAIZAL BIN ABU BAKAR 

19 MOHAMMAD FAIZAL BIN ABU BAKAR 
Date of Birth: 20.09.1990
Position: Midfielder
Shirt number: 19
Height: 1.73m
Weight: 62kg
Current club: Kedah
National caps: 1

Facebook Faizal Abu Bakar: [klik sini]


AMAR BIN ROHIDAN

12 AMAR BIN ROHIDAN
Date of Birth: 23.04.1987
Position: Midfielder
Shirt number: 12
Height: 1.69m
Weight: 60kg
Current club: Perlis
National caps: 6


Facebook Amar Rohaidan : [klik sini]


MOHAMAD ASHARI BIN SAMSUDIN 


 
26 MOHAMAD ASHARI BIN SAMSUDIN 
Date of Birth: 07.06.1985
Position: Midfielder
Shirt number: 26
Height: 1.80m
Weight: 70kg
Current club: Trengganu
National caps: 17



Facebook Ashaari Shamsudin :[klik sini]


Biodata Nazmi Faiz Bin Mansor


Nama Penuh: Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh Lahir: 16 Ogos 1994 (umur 17 tahun 2011)
Berasal dari: Kuala Lumpur
Negara: Malaysia
Height 1.67 m (5 ft 5 1⁄2 in)
Posisi: Midfielder
Nombor Jersi: 21
Facebook Nazmi Faiz Mansor :
http://www.facebook.com/pages/Nazmi-Faiz-Mansor/158542137576491

Biodata Syahrul Azuari [ 18]


Full name Mohamad Syahrul Azwari bin Ibrahim
Date of birth January 12, 1993 (age 18)
Place of birth Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
Height 1.75 m (5 ft 9 in)


Facebook Syahrul Azwari : http://www.facebook.com/pages/Syahrul-Azwari-Ibrahim/164086223680127

Biodata Fandi Othman [17]

Full name Mohamad Fandi Othman
Date of birth April 25, 1992 (age 19)
Place of birth Johor Bahru, Johor, Malaysia
Height 1.72 m (5 ft 7 1⁄2 in)
Facebook Fandi Othman : http://www.facebook.com/FandiOthman
Myspace : http://www.myspace.com/482409410

Biodata Fakri shahrani [ 13]
Full name Ahmad Fakri Bin SaaraniDate of birth July 8, 1989 (age 22)
Place of birth Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Height 1.73 m (5 ft 8 in)
Negeri sembilan
Facebook Fakhri Saarani :
Peminat-Setia-Ahmad-Fakri-Saarani

Biodata Izzaq Faris (12)

Full name Izzaq Faris Ramlan
Date of birth April 18, 1990 (age 21)
Place of birth Kemaman, Terengganu, Malaysia
Height 1.90 m (6 ft 3 in)
Terengganu
Faceboook Izzaq Faris Ramlan : http://www.facebook.com/izzaqfaris.ramlan

Biodata Asraruddin Putra [ 4 ]

Full name Mohd Asraruddin Putra Omar
Date of birth March 26, 1988 (age 23)
Place of birth Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
Height 1.83 m (6 ft 0 in)
Selangor
Facebook Asraruddin Putra Omar : http://www.facebook.com/pages/Mohd-Asraruddin-Putra-Bin-Omar/180675655298438
Myspace : http://www.myspace.com/249272244



+  gol keeper kedah / goal keeper , penjaga gol kedah :



Mohd Helmi Eliza Elias [ Facebook ]
(born 20 January 1983, Alor Star, Kedah) 
KEDAH


Senarai pemain untuk Piala AFF SUZUKI 2010 yang lain , klik sini :> sumber 


P/S : Ada page, ada yang personal fb profile yang Anem link kan, namun jika ia akaun fake beritahu ya.




Tempoh hari ada seorang kenalan Facebook Anem tanya. macamana nak membenarkan pintu hati dia tersuka membaca. Membaca buku. Jadi Anem belek punya belek satu-satu buku Anem ada, ini tips paling ilmiah Anem jumpa.

- Cuba bermesra dengan buku yang anda minati. [Photography, fesyen , gadget ,kereta etc]
- Tetapkan sasaran, nak baca buku berapa setahun.
- Mempunyai masa khusus untuk membaca, berapa minit?
- Membuat senarai buku-buku yg ingin dibaca
- Cari tempat sesuai yang sunyi - untuk membaca. Lebih fokus.
- Kurangkan membuat aktiviti yg tak berfaedah.
- Asingkan buku yang telah dibaca, supaya tak jadi perhiasan semata.
- Jika ada adik-adik atau anak-anak, bacakan buku untuk mereka.
- Jadikan ia aktiviti yang menyeronokkan, makan-makan atau minum-minum waktu membacakah.
- Sediakan pendapatan khas untuk beli buku.
- Pelbagaikan cara membaca - menonton rancangan berkaitan adalah cara terbaru [Jom tengok tv!].
- Pilihlah bacaan yang ilmiah.
- Biar sedikit asalkan konsisten (istiqamah)

Iqra ..

p/s: Nak seribu daya, bro..! 

Note: Majalah tu a part of book juga, cuma bila kita dah selalu bemesra dengan words, insya-Allah suatu hari nanti kita akan suka membaca sesuatu yang lebih ilmiah.



Cerita yang pengajarannya menunjukkan kita semua dipisah dengan satu garisan halus sahaja. Hari ni kita baik, tapi esok lusa belum tentu. Jika hari ini kita orang paling jahat, tidak mungkin esok pun sama juga. Menilai seseorang itu baik / jahat adalah hak ALLAH. Kita sebagai manusia kena sedar hidayah itu boleh pergi dan datang bila-bila masa. Jika kita berusaha ke arah baik, baiklah jadinya, insya-Allah! Jadi, tak boleh nak blame atau judge orang sesuka hati, yang penting perbaiki diri dan menasihati orang pun dengan cara yang ikhlas dari hati.
__________

Tahniah  buat drama Antara Garisan kerana menang di anugerah skrin 2010 [ask 2010] !

Drama Terbaik
Lakon Layar Drama terbaik [Shahrul Ezad]
Pelakon wanita drama terbaik [Nor khiriah]
Pelakon pembantu lelaki terbaik [Isma Yusoof ]



Sinopsis: Antara Garisan bermula dengan kisah seorang uztaz bernama Arman (lakonan Ismail Abd Aziz) yang muncul di sebuah kampung di subuh hari. Dia telah bertembung dengan seorang perempuan GRO bernama Ayu (Noorkhiriah) yang sedang mabuk di hadapan masjid itu. Ustaz Arman yang ketika itu sedang berdiri di kaki tangga masjid telah memandang wanita itu dengan pandangan jijik dan Ayu pula memandang ustaz tersebut dengan perasaan malu.Selepas daripada kejadian itu, mereka tidak lagi bertemu sehinggalah pada suatu hari dan waktu yang sama, Ayu pula berdiri di kaki tangga masjid di tempat yang sama dia terserempak dengan Uztaz Arman pada kali yang pertama. Tetapi kali ini, Uztaz Arman ditemui dalam keadaan yang cukup mengaibkan.Pada saat itu, barulah mereka teringat yang mereka berdua pernah berada di tempat yang berbeza dan tersedar yang mereka berdua telah merubah kedudukan masing-masing kerana sedar apa yang membezakan mereka hanyalah satu garisan halus. Sumber: sini
p/s: Hati ibarat air yg menggelegak- selalu berubah-rubah.




Diakui, Anem kurang tertarik dengan entri panjang dalam bahasa Inggeris Tapi berkunjung ke blog seorang saudara seagaama baru ini, mengubah cara.

____________

Memetik ayat beliau dalam jurnalnya :

*Jangan sesekali membenarkan orang paksa kamu buat sesuatu yang kamu tak mampu. (Don't ever let people force you to do something you can't do. )

*Kamu adalah kamu, kamu kena sedar itu. Takpe, jika orang lain tak.
Tetapkan matlamatkan kamu, perbaiki kelemahan kamu.

(You are you, and you need to realize that. It’s ok if THEY don't.
Determine your strength, and improvise your flaws.)


_______________

Sehingga kini, satu saja Anem boleh katakan,
"Izinkan beliau berjuang, semoga semuanya akan menjadi lebih baik."

InsyaALLAH.
Full stop.

p/s : Beliau yang Anem maksudkan di atas adalah Yunalis Zarai .[Blog ni dah berpindah pun]

___________

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah".(surah al-Ahzab ayat 21)


Salam. memandangkan Anem dah guna blogspot lama tak lama juga, Anem mahu share pengalaman dan peringatan untuk pemilik dot blogspot yang Anem sayangi, diharap sudi baca hingga selesai, penting ni untuk pengguna blogspot sejati.

1) Tahu tak blog korang boleh hilang begitu sahaja tanpa amaran? Anem pernah merasa demikian, selama berbulan-bulan tahun lalu. Atas alasan yang akhirnya mereka meminta maaf kepada Anem (pihak bloggerdotcom), Jadi kalau boleh korang janganlah wujudkan sampai berderet-deret blog bawah satu akaun blogger, macam Anem akaun email gmail Anem ni, cuma ada KITA MILIK DIA dan satu blog testing sahaja. Bukan apa, jika hilang, taklah ralat, jika 10 blog, semua hilang, bagaimana? Jadi belajar buat backup dan jangan langgar term - elak keluar kod huruf yang bukan-bukan pada skrin.

2) Korang yang pernah salah taip, mesti pernah perasan jika apa-apa sahaja alamat dot blogspot jika tersalah eja kepada blogpot.com, akan di link kan ke laman web mengenai bible. Jika tak percaya, sila test alamat blog korang dan sengaja eja salah perkataan 'blogspot', hilangkan s, begitulah demikiannya.

3) Jika korang yang dah stabil guna blogspot rasa nak pindahkan  follower to wordpress atau blog lain, tiada masalah, cuma need to login google friend connect, dan ambil tukar setting blog yang wujud, change your url address. Bahkan post lama-lama, komen-komen lama, dan widget-widget semua boleh pindah ke blog wp, cuma berblog guna blogspot lebih cool ~ Jiwa anem di sini.

p/s: Jika korang rasa nak tanya blogspot tutorial, nak tahu macamana tukar background, icon , edit sikit-sikit di blogspot, rasa nak tanya Anem, meh, dialu-alukan, Anem sedia membantu, berkongsi- komen terus di bawah atau email sahaja, apa yang Anem tahu. Jumpa kat FB pun OK.


p/S: Republish, untuk peringatan. Terima kasih.







Entri ni mula timbul apabila terbaca dua entri skeptikal sahabat wanita - dia takut dilukai kerana dikelilingi insan-insan terluka dan peristiwa melukakan. Seorang lagi pula berharap dapat mengetahui siapa jodohnya, dan kena usaha atau tidak.


Dan satu lagi , Adik kecil yang bertatih terbang namun telah luka sayap kanannya (dia rasa begitu).



“Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara iaitu kerana kecantikan, harta, nasab (keturunan) dan agama. Pilihlah yang agama kerana itu lebih memberi untung.” - Mafhum hadis.

__________________________

Takdir orang lain-lain Dan hasil bergantung pada usahanya.

Ketahuilah saat itu anda diduga. Dugaankan datang ikut
kemampuan kita, ALLAH tahu kita kuat, itu Dia bagi yang salah DULU.
Fikir daripada perspektif agama. Bercinta kerana-Nya.

Baru kenal hunny bunny, hubby baby, dah pegang -pegang, sedangkan belum halal lagi, bagaimana keberkatan akan muncul dalam hubungan kalian. Mesti asyik bergaduh, tak kena dan tak seimbang punya.

Biarlah saat "membatalkan air sembahyang" - ITULAH kali pertama
memang wudu' anda dibatalkan. Bayangkan kalau dah
biasa (lebih dari tu) - tiada maknanya dah upacara tu nanti, dik.

Semua orang nak yang baik, yang tak tinggal solat, yang ada kerja tetap, yang tak kisah perangai kita, terima kekurangan. Nak yang baik, kita kena jadi baik dulu. Jangan kongkong dia, dia jadi suami pun kita tak boleh kongkong, ni jadi pakwe nak buat pula.KELA..KAR.

Berusaha, berdoa , berikhtiar - nampak biasa kan ayat ni, belajarlah buat.

Pada yang lanjut usia, yang tak nikah lagi, anda pun nak kahwin, cuma belum sampai jodohkan? Asalkan anda berusaha, OK dah. Tuhan menilai semuanya. Teruskan bersangka baik. Insya-Allah.

Soal jodoh pula, ia memang dah ditentukan di luh mafuz, nak tahu? ALLAH bagi tanda, kita selalu terikat dengan dia, atau berdebar-debar. Contoh kadang-kadang asyik gaduh dengan bakal suami kan. Itu contoh, Contoh lain, yang kahwin selepas beremail-email. Kenapa sebelum ni, tak suka nak online, layan email , ni rajin pula - tu mungkin "jalan". ALLAH bagi jalan pada anda yang "cari", ANDA yang "MAHU".

Akhir kata, PADA LELAKI, perempuan kalau sayang, sayang sangat. Sangat! Melainkan jika terluka. Perempuan yang melukakan lelaki yang baik pula, lelaki itu diduga, kerana ada lagi baik untuk dia. 

Selagi boleh memilih, pilihlah elok-elok.
Ada masa lagi ni. Mari, doakan yang baik-baik untuk kita semua- insya-Allah ya ALLAH.


”Apabila datang lelaki (untuk meminang) yang kamu redhoi agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah dia, dan bila tidak kamu lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang meluas.” (HR. Tirmidzi dan Ahmad).



Ini antara blog dan entri dalam bahasa inggeris sahabat Anem yang ada dalam list Anem yang Anem suka. Sila klik gambar untuk ke link yang best di blog mereka. Tapi baca entri ini sampai habis untuk lebih tahu.


Awesome kan?

Tapi ada orang yang mahu tolong kita dah untuk learning english ni. Selain link youtube yang beliau bagi, beliau sangat baik hati bila mahu tolong memperbaiki bahasa english kita. Beliau minta kita tulis satu entri, postkan, dan beliau akan tolong. Siapa beliau ?


The beautiful Sue Anne Joe! Apa lagi korang !

P/S : Jangan dengki bila orang pandai speaking, belajarlah, insya-Allah jika rajin, kita pun boleh! :)



Melalui artikel lama Anem dulu, Anem pernah cakap Dr. Fadzilah Kamsah kata “kita jadi baik, kerana kita tidak diberi peluang untuk buat jahat oleh ALLAH, jadi jangan sombong, jangan perasan diri anda sudah cukup baik.” Tapi bagaimana nak maintain baik, kalau kita terus buat dosa, dari kecik anak ke sebeso-beso dosakan? Nah.

Menurut Ibn Taimiyyah, terdapat 10 penghapus dosa berdasarkan penelitiannya daripada al-Quran dan sunnah.

1. Istighfar (memohon ampun)

Contoh Istighfar :

Astaghfirullah Al-Azhim
“Aku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Mulia.”
“Astaghfiruka wa atubu ilaika,”
yang bermaksud,“Aku memohon keampunan daripada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.”

Yang panjang lagi:
Astaghfirullahal Azhim Min Kulli Zanbin Wa Atubu Ilaihi
“Aku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Mulia Dari Semua Dosa Dan Aku Taubat Kepadanya.”

2. Rahmat daripada ALLAH
“Siapa saja dikehendaki ALLAH menjadi baik, nescaya akan dia fahamkan tentang agama (Islam).” -Hadith
 
3. Taubat.
Solat, mohon maaf, berdoa, serta menyesal tidak berbuat lagi dengan sebenar penyesalan.

4. Mengerjakan amalan kebaikan.
Firman ALLAH bermaksud, "Sesungguhnya amalan-amalan kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah ALLAH yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat." [Surah Hud 11:114]

5. Dengan musibah yang menimpa insan.
Rujuk artikel Anem ini [di sini]

6. Doa orang soleh.

7. Penderitaan sakit tak terperi sakaratulmaut.

8. Azab kubur.

9. Ketakutan teramat sangat berhadapan hari kiamat.

10. Syafaat Rasullullah s.a.w, para wali ALLAH , dan syafaat orang soleh.
Allah SWT berfirman:"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)
__________

P/S: Mari kita sama-sama belajar menjaga hubungan baik dengan ALLAH [Hablumminallah] dan hubungan baik dengan manusia [hablumminannas]. Come on guys, jom!

Allah Maha Pengampun, dan kita ini jadilah hamba-Nya yang baik. Kuatkan semangat! :)




Buat julung kali Anem mengaku secara terbuka Anem pergi PLKN masa on hiatus 3 bulan tempoh hari, untuk pengambilan kumpulan 3, siri ke 7. Jika Anem di usia 18 tahun, Anem bangga dan seronok, pastinya. Namun bila usia menjangkau ke angka 23, perlu pula berada di sana 3 bulan, macam-macam di fikirkan.

SEBELUM TU:
Penangguhan PLKN [Sebelum usia 35] boleh dibuat atas syarat: 
Yang menduduki peperiksaan penting di bawah Akta Pendidikan.
Mereka yang sedang menuntut di dalam sistem persekolahan di dalam atau di luar negara.
Mereka yang mengalamai kesusahan luar biasa mengikut keadaan tertentu.

Manakala boleh memohon pengecualian PLKN atas sebab: 
Orang yang bercelaru mental.
Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengalami kecacatan fizikal.
Orang yang menjalani hukuman pemenjaraan.
Orang yang menjalani tahanan.
Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan.
Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Orang yang menghidapi penyakit yang boleh membawa maut.
Orang yang menghidapi penyakit berjangkit (penyakit membawa maut).

***

Baiklah, Boleh baca PRO / KONTRA pengalaman PLKN Anem di bawah. Terima kasih.

PROnya :
Ini adalah kebaikan Program latihan khidmat Negara [PLKN] secara peribadi dari sisi Anem:

- Mendidik kita untuk lebih patriotik. Jika selama ni kita jenis selamba badak bila dengar lagu Negaraku. Di sini, kita akan lebih menghargai sejarah, dan pantang mendengar lagu kebangsaan, kita akan berdiri megah!
- Menjadikan kita lebih menjaga kesihatan. Jika di rumah, nak bersenam tiada masa, nak makan dengan penuh rutin apatah lagi, tapi kat sini itu memang dijaga, makan 6 kali sehari, riadah tiap pagi dan petang, pastinya untuk diet, dan sihat, bukanlah masalah besar jika kita bersungguh!
Displin: baiklah, ini tujuan utama selain mahu buat kita rasa lebih sayang negara, PLKN ini juga membentuk diri kita supaya bangun awal pagi, datang tepat pada waktu, ikut peraturan diberi serta menjaga kebersihan dan kesihatan.
- Kita akan jumpa orang yang betul-betul kita jarang jumpa, waktu itulah, kali pertama nampak benda pelik-pelik, kali pertama jumpa orang yang unik-unik, macam-macam. Antara lain, kita akan menikmati  loghat negeri yang berbeza, perangai degil manusia yang berleluasa, serta penyatuan budaya yang penuh warna.
- Banyak aktiviti yang  gempak - rasanya ramai dah tahu ni. [Ada menembak, flying fox, kem wirajaya- bermalam di hutan, berkayak]
- Kebaikan popular pastinya menambah kenalan atau meraih cinta monyet di kalangan adik-adik.


KONTRAnya.
Ini adalah dari sisi yang Anem lihat dan mahu komen tentang PLKN:

- Sebagai manusia biasa, bosan itu tak diundang namun percayalah seronoknya kamu akan jumpa sisi kanak-kanak kamu di sini. Cuma style pengajaran, 'agak comel' dan maybe ada pengulangan macam dekat kolej atau BTN, so kawan-kawan geng tangguh get ready!
- Pernah ditegur jangan pakai lipstick, alamak! Anem beritahu Anem pakai pelembab bibir, sampai sudah cikgu tak percaya, ingat tau kawan-kawan ini bukan tempat bergaya!
- Benar ada yang terdiri daripada kami dah bekerjaya, lulusan universiti bagai, tapi tak semua dari kami tahu kawad dan mungkin masih lemah dalam banyak aspek, perlu diajar lagilah kami ni,macam adik-adik lain tu. Tak semudah itu semua mudah mampu memimpin. Jadi, ajarilah kami.
-  Diam ketika berada di dalam kelas, bukan bermaksud tidak berminat, namun kadangkala kami ingin memberi peluang kepada yang lebih muda merasa jawatan-jawatan yang ada, bercakap, beri mereka semua ruang memberi pendapat sepuas-puasnya dalam semua modul-modul yang tersedia, ini kerana sebahagian besar dari kami SUDAH berpeluang memegang beberapa jawatan, puas berbicara dan melibatkan diri dalam presentation di kolej / universiti mahupun tempat kerja kami. Cuma yang pasti, adakalanya pelbagai perkara yang berlegar di fikiran SESETENGAH daripada kami, membuatkan ada yang hilang fokus ketika cikgu mengajar. [Fikir bila nak mula cari kerja, fikir keluarga yang dijaga mahupun masalah di luar yang mengganggu jiwa].- Maaflah.

*Anem Mengakulah: Seronok berperanan sebagai KAKAK/ ABANG kepada adik-adik dan dapat berkawan dengan cikgu-cikgu yang ikhlas, yang lebih kurang sebaya ni, banyak manfaatnya. Alhamdulilllah.


Note: Seronok dapat tahu PLKN tak buat time bulan ramadhan dah. Seronoknya korang! Banyak aktiviti boleh buat nanti. Tapi bulan ramadhan yang best, bila aktiviti kerohanian ditekankan. Indah juga tau!

Sekian, X- assist squad Bravo 2010.
BARIS, BARIS SEDIA!

p/s : Memang ada yang degil, buat hal, nakal-nakal, kesian juga pada jurulatih, tapi yang pasti Anem dengan kawan-kawan Anem budak baik tau ! Haha. Maaf jika tersilap bicara. Terima kasih.





Memandang kes yang melibatkan masalah mengawal tekanan dan psikologi di Malaysia ni kadangkala agak merisaukan, apa kata, selain berdoa agar semuanya akan menjadi baik, Anem kongsikan sikit tips, atau cara untuk mengubati hati yang lara, untuk mengubati rasa kecewa dan tekanan yang dilalui kita seharian.

Cara ubati hati:

Sentiasa berbaik sangka.

Antara langkah berbaik sangka adalah dengan tenang, rela hati, jangan sombong-sombong.

Buang segala hasad dengki

Jangan tergolong dalam mereka yang jadi batu api dan kuat mengumpat serta mengata orang lain. Kita tak nak orang buat macam tu dekat kita, kita pun tak suka akhlak demikian, jadi gembiralah untuk kebahagian dan kegembiraan kawan-kawan atau saudara mara kita, yang kita sayang tu, OK!

Senyumlah.

"Senyum!. Ia juga sedekah dan awet muda. Jika senyumkan nampak manis, jadi senyum sajalah, tak tahu senyum? Belajar! Hihi. Cuba!

Gemar menghadiri majlis ilmu

Majlis ilmu ini macam ceramah, majlis zikrullah, tilawah Al-Quran dan berkaitan dengannya, insya-Allah hati akan jadi lebih tenang, dan lembut.

Hiasi diri dengan sikap ikhlas.

Alamak! Ini yang susah sikit ni. Ikhlaskan hati maksudnya tak mengharapkan pujian dan kemasyhuran manusia. Niat semua kerana-NYA, niat kena bersih tanpa tujuan yang tak OK. Apapun siapa yang tahu hati kita, hanya kita dan Alllah sahajakan?

Cara untuk kurangkan tekanan

Be positif, anggap sesuatu yang terjadi di luar kawalan kita, cuba motivasikan diri supaya tak marah-marah, bersenam, makan makanan berkhasiat, tidur dan dapatkan  rehat yang cukup, elak ambil dadah dan alkohol, dapatkan sokongan orang-orang terdekat serta urus masa anda dengan lebih baik. Insya-Allah semua akan baik-baik saja di masa depan.

Cara ubati rasa kecewa

Belajar terima kenyataan, fahami punca masalah supaya elak berulang, luahkan perasaan- cari orang yang mahu mendengar- yang sudi melayan perasaan kekecewaan kita. Belajar sayang diri sendiri supaya orang hargai diri kita, jangan salahkan orang lain, relakslah, tuduh orang pun bukan selesai masalahkan?- Selalu berfikir positif, rehatkan fikiran dengan baca atau buat apa yg kita suka – tenang okay! OK.

Kembalilah bersemangat!:

Setiap hari adalah istimewa, bersyukur dengan apa yang kita alami-banyak dipelajari, perbaiki hubungan dengan manusia, jadikan hidup lebih bermakna, hargai perkara-perkara yang mudah jangan rumitkan, jangan kalah dengan perasaan sendri yang entah apa-apa- kita kuat okay! Luangkan masa dengan tersayang, senyum dan balaslah senyumannya! Hargai diri, penuhi keinginan hati dengan segera supaya tak kecewa!
_________________________________

p/s: Artikel ini ada kaitan juga dengan entri sebelum sebelum ini - Jangan cepat down, kawan!



Baik blog Zack Zukhairi mahupun blog Aizul Marcello, kedua-dua mencetuskan fenomena yang tersendiri, keduanya ada pengikut yang setia, pengkritik tetap dan stalker masing-masing. Di kesempatan ini, Anem, tanpa bias, menulis tentang kedua-kedua jejaka ini.

Pertama
Zack: Datang dengan trademark lukisan kartun berkomik dan ayat comel.
Aizul: Kelebihan jejaka ini daripada aspek photography - cukup menarik dan stylo.

Kedua
Zack: Orang pernah cuba tiru style komik kartun comel macam dia.
Aizul: Orang pernah plagiat dan curi gambar dia buat entri di blog mereka.

Ketiga 
Baik Zack mahupun Aizul, blog mereka pernah keluar majalah remaja.



Keempat:
Zack: Tagline-'realiti konspirasi- sebuah blog yang tak serius.'
Aizul: Tagline- 'Tulis blog pakai hati, ambil gambar pun pakai hati.'

Kelima
Kedua-dua blog ramai follower, dan ramai yang online satu-satu masa.

Keenam
Zack: Popular di kalangan twitterer bloggers .
Aizul: Popular di kalangan facebookers photoholic.

Ketujuh
Kedua-duanya ada rupa [good looking], ada aura.


Kelapan:
Zack: Kalau dia bercerita dalam blog,ala-ala cerpen sikit- sweet juga.
Aizul: Kalau menulis style dia macam bercakap hari-hari kita - selamba .

Kesembilan:
Dua-dua sekali sekala juga update blog. Tak kerap, tapi tiap-tiap hari ada saja pengunjung.

Sekian.

Apapun semua ada citarasa dan pilihan masing-masing. Terpulanglah untuk membuat pilihan apa yang kita baca.










Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top