Assalam. Dalam hidup ini, ada jatuh bangunnya. Kadangkala seseorang itu diduga dengan kebahagian dan kelebihan yang dia ada. Walaupun mungkin ada yang gembira melihat wajah duka kita, tapi tanpa kita sedari, hidup kita kelihatan cukup teruk bila kita terlalu down dan weak tatkala ditimpa dugaan atau sesuatu musibah itu.  Mungkin ada yang selama ini stalk atau mengintai kelibat kita di fb mahupun twitter sekadar menelah apa sebenarnya yang berlaku pada kita sehari-hari. Namun, hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui apa sebenarnya yang tersembunyi dalam hati. Untuk post kali ini, sekadar menghiburkan hati, terimalah lukisan komik mini menggunakan adobe photoshop seadanya ini untuk korang. (Maaf, kurang kemas dan tak cun *malu tapi mahu)

Arnamee blogspot mempersembahkan komik mini berjudul "Tiada jodoh antara kita"



_________________________
Untuk yang tak jelas atau tak dapat lihat dua gambar komik di atas, ini skrip kartun anem di atas :

Perbualan E-zo dan Cyanne:
E-zo: 
-Dalam hidup saya, yang paling indah adalah bersama awak
-Saya sangat bahagia dapat memiliki awak. Bagi saya, awaklah yang terindah
-Tapi awak,sampai saatnya, saya terpaksa pergi juga, dan saya rasa masanya telah tiba
Cyanne:
Awak, kalau awak sayang saya , kenapa awak perlu pergi , awak ?
E-zo:
Awak, dalam hidup ini, tak semua kita nak, kita dapat,awak. Keputusan saya ini adalah untuk kebaikan kita bersama .Saya harap awak faham, maafkan saya, awak. Maaf sangat.
Cyanne:
Awak, jika ini yang terbaik, saya redha awak. Saya akan sentiasa doakan kebahagian awak dari jauh. Terima kasih untuk rasa sayang awak selama ini, .Ia akan menjadi kenangan paling indah dalam hidup saya.
_________________________

Personal blog (blog perbadi) memang tempat untuk meluah dan berkongsi banyak yang dilalui, namun ia tetap bukan personal diary (diari peribadi) untuk insan sekerdil arnamee. Adakalanya sesuatu itu perlu juga disimpan sendiri. Untuk semua,hargailah orang disekeliling kita. Jika tidak berpeluang berhubung terus, kita masih ada ALLAH dalam talian, berdoa lah selalu untuk mereka yang bergelar sahabat dari kejauhan. Sekali sayang ,selamanya sayang.Mahabah fillah ! ♥ 

Amboi muka waktu menyanyi, feeling betul tau.
Anem cuma ada dua beradik. Anem along dan adik Hafiz. Hafiz berusia 21 tahun (2011), namun cara cakap persis kanak-kanak 5 tahun. Pelat alah, separa berdikari. Dia boleh mandi sendiri, namun kena diperhati. Boleh bersiap sendiri, namun sangat teliti. Jika dia manusia yang normal, pastinya dia metroseksual dari segi gaya. Oho, sangat pengemas orangnya.

Dia seorang yang sangat jujur. Terlalu. Tiada istilah ambil hati atau mahu bodek oleh Hafiz. Jika sesuatu itu bulat, maka bulatlah katanya (dah cikgu ajar demikian, demikianlah). Istimewanya dia, jika hari ini kamu marah atau pukul dia, esok atau hari ini juga dia sudah lupa yang kamu telah lukakan hati / badannya. Hafiz bukan Down syndrome (yang serupa atau lebih kurang rupa wajah itu), namun masih istimewa dari sisi kurang dia, tambahan pula dia seorang yang hyperactive [ADHD] serta sukar duduk diam .

Jika melintas jalan, bak ahli silap mata, dia melintas tanpa menoleh kiri kanan. Suaranya sering memecah keheningan. Sering dilihat mencari perhatian. Dia sememangnya dia, 'menangkap perhatian' adalah satu aset. Peramah adalah kelebihannya. Bukan sahaja demikian dirinya, malah dia juga ada sakit lainnya, kadangkala sering diserang sawan ketika tidur atau terlalu penat mahupun panas, alhamdulillah kini dah kurang kerap. Tulang belakang dia pun tak lurus betul. Dulu pernah patah kaki, namun kini lajunya lari, sehingga pernah johan berlari di sekolah khasnya.

Sejenak, along selalu fikir dik, jika manusia normal, diduga sakit bertubi, diserang kekurangan diri, dipandang jelik saban hari, dikata orang sana-sini, mampukah kita bertahan, mampukah kita berlagak persis tiada apa yang berlaku seperti kamu, dik ? Kerana itu sesungguhnya kamu istimewa, diduga di dunia, dengan rasa yang kamu sendiri saja mengetahuinya.

Along, abah dan emak, sering dihadiahkan dengan pesanan sabar yang jika dikumpul telah lebih jutaan ribu. Along dah memiliki adik selama lebih 20 tahun dah, kurang lebih kamu, kamu tetap adik along. Sesungguhnya kami syukur dan redha menerima semua ini, kerana ini adalah anugerah yang ALLAH pinjamkan sementara buat kami seisi.


Along berharap, Along bukan sahaja dapat menjadi anak mithali untuk abah dan emak, namun boleh jadi insan dan kakak solehah. Yang diharap mampu jaga adik dan dapat bimbing adik. Sesungguhnya along banyak kekurangan dik, banyak perkara yang gagal along buat, dan dengan rasa tak terdaya ini, along serahkan pada-NYA, dengan harapan Along mampu membahagiakan adik kini dan masa depan, insya-Allah, along akan terus berusaha. Along sayang adik along yang bernama Wan Hafiz ini. Kak long yang garang ni, sangat-sangat sayang Hafiz. Mohon kawan-kawan membaca juga sudi doakan saya, doakan kami. Terima kasih saya dahulukan.

Maaf , kadangkala akak tidak mampu menjadi seorang yang terbaik.
Sangat sedang berusaha jadi lebih baik lagi.

Apa pun semua ketentuan dari ALLAH juga. Jadi katanya, maka jadilah .

Maksud firman Allah : surah Yusuf , ayat 87:
"..... Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
____________


Dalam hidup ini kadangkala lah kan kita fikir kenapa kita tak jadi macam orang yang kita salute habis tu, atau kenapa kita tak dapat layanan macam tu, kenapa kita takde rupa yang cun macam that person, kenapa kita tak boleh jadi alim macam insan tu, kenapa kita tak disayangi orang macam orang tu and so on. Memanglah nama pun manusia selalu pandang indah pada rezeki orang lain sampai kadang-kadang tak terlihat apa yang dia ada. Ikhlasnya, bagi Anem cemburu juga adalah satu motivasi sebenarnya, asalkan bukan hasad dengki dan iri hati yang keterlaluan. Lorongkan ke arah kebaikan, pastinya membawa ke pada jalan yang lebih indah.
Cemburu : Bila kawan kita ada ramai kawan yang lebih disayangi
Ini sangat normal. Terutama kalau kita masih berjiwa muda. Cemburu dalam persahabatan apatah lagi jika terlalu rapat. Dia rapat dengan kita, kalau boleh kita nak kongkong atau conquer dia sorang - ohoo ! Maaf , sangat tak adil sebenarnya. Sebagai manusia kamu tidak memiliki sesuatu itu secara mutlak,ingat tu. Jadi kita kena sedar, kawan kita juga berhak berkawan dan rapat dengan orang lain.Biar dia selesa kawan dengan kita. Kita pun dia tak control, kenapa kita perlu tahan-tahan dia. Tak wajarkan ? Bab cemburu ni mula serius if masuk bab hati terutama kalau dah masuk term 'angkat-angkat' , contohnya macam anem, if sahabat baik anem ada sahabat baik yang lain, jika itu lebih menggembirakan dia, dia bahagia, sebagai sahabat, kita pun bahagia. Siapa tak bangga,orang kita sayang ada juga orang lain yang sayang dia. Maksudnya kawan kita tu hot stuff. Jadi enjoylah, kawan dia, kawan kita juga. Kan ,indah hidup ni .Sementara saja hidup ni, entah bila kita akan pergi, berkongsilah, bersahabatlah sepuasnya :)
"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, oleh itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat". (Surah al-Hujurat : ayat 10)
Cemburu : bila kita ada kekurangan yang sukar untuk di atasi, tapi nak berubah
Semua manusia ada hati nak jadi lebih baik. Kita secara peribadi pastinya mahu menjadi lagi baik. Dari segi sikap, atau perilaku ,kadangkala kita tertanya-tanya, 'kenapa aku tak boleh jadi rajin macam dia', atau 'bila aku nak selalu pergi surau ,macam dia', ''aku pun nak orang sayang aku macam dia' . Misalnya kalau nak cantik pula macam orang yang kita suka tengok tu, belajar untuk jaga kebersihan,kemas-kemasan diri dulu, then baru ambil berat soal gaya dan penjagaan wajah. 
Kalau bab nak berubah jadi baik -Nak seribu daya,jadi usahakan. Memang if dah jadi habit susah sikit,tapi kitakan ada tuhan yang sentiasa bersama-sama, perlahan-lahan insyaallah,kan ?
Contoh : if tabiat suka delay solat - perbaikinya. Ada niat nak jadi baik , kenapa tak mulakan dengan aspek tiang agama, jadi mulakan,insyaallah .Dah masuk waktu solat, mulakan sekarang, solat di awal waktu. Make-up tu bila-bila boleh diperbaharui yang.Ops..
Cemburu : kawan lagi bagus prestasi kerja atau pelajarannya
Ini normal. Nak kaya dulu, nak naik dulu, pastu mula pandang slack, semua orang tak betul. Rasa nak jatuhkan, bentes kaki orang, dan buat cerita tak betul tentang orang tu. Woit! Cemburu tu bagus, usahakan untuk up dan kaya jugak macam orang tu, boleh ? Jangan sesekali gunakan taktik tak baik, atau kutuk mereka yang dah berusaha dengan cara yang elok, apa yang penting, jadikan rasa cemburu tu sebagai niat untuk menjalin persaingan yang sihat. 'Kau ingat kau seorang boleh cemerlang?"- so, apa tunggu lagi, usaha lagi, jom !
"Jauhilah kamu akan sifat dengki kerana sifat dengki akan memakan kebaikan kamu sepertimana api memakan kayu, atau sabdanya memakan rumput ". (Hadis riwayat Abu Daud)
Cemburu : Bila orang lagi popular dari kita
Ok, industri semasa sangat dibayangi konon popular ini best, yelah orang kenal, mesti dapat banyak kemudahan, kesenangan,macam indah di puji dan mesti kita rasa beliau dah kaya dan da sangat berjaya dah tu. Kita tak fikir banyak benda dia korbankan untuk jadi macam tu.Kadangkala sampai satu tahap beliau pun tak berapa selesa dan mahu jadi yang biasa-biasa juga. Jadi adalah indah jika hidup ini sederhana saja, kan? Tapi jika dah rezeki kita untuk jadi popular, kongsilah ilmu sebanyaknya, insyaallah mungkin itu adalah amal jariah yang paling cool dalam hidup ni.

Ok, if bab cemburu dalam cinta , maybe dalam entri-entri lain pula Anem akan kupas. Tapi tak tahu lagi bila. Terima kasih kerana sudi membaca. Silakan komen jika rasa nak tambah .

Sekian, salam maulidur rasul 1432 hijrah untuk semua.

" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. "


Dia senyum lewat hari itu memandang kami. Kami balas riak indah itu. Masa seakan terkaku seketika. Melihat wajah kedut itu tertawa dan kadangkala menahan senyum membuatkan kami terasa seakan mahu mencuri bahagia dia. Dia mengindahkan hati kami yang kerap gundah dengan pelbagai resam duniawi.

Namun hari itu sudah pergi jauh. Lari terperosok di lubuk jiwa hati kami. Dia berkali kata mahu pergi sendiri, minta ditinggalkan diri berkelana sepi. Kami sambut semula dengan gurauan mesra menyangka dia berseloka-seloka seadanya dia. 

Namun hakikatnya pada tarikh  6 Februari , namun pada dua tahun yang lalu dia benar-benar membawa diri, meninggalkan kami sepi. Menyahut panggilan kekasih hati. Dia Cik Yang yang kami kasihi, telah tiada lagi. Hanya kerinduan yang menemani kami seisi.


Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan insan beriman bersama suami yang telah lama mendahului. Ya ALLAH, ampunilah dosa nendaku, Cik Yang yang sentiasa kami ingati.

Salam kejauhan daripada kami - yang bakal pergi jua nanti. Al-fatihah.
Kullu nafsin zaa iqotul maut- SETIAP yang bernyawa pasti akan mati (Ali-Imran  : 185)
Cerita penuh kisah sedih dua tahun lalu itu disini : Klik




GERAM! Kenapa kadang-kala,eh tak, selalunya kita saja yang mengalah, lembut sangat hati ini.Kita saja perlu mendahulukan kemaafan , kita juga yang perlu tampil, perlu dulu bertolak ansur.Kerana kita yang lebih muda,? tapi kadang-kala sebab kita lebih tua juga, kita perlu beralah.

Jika dapat dikeraskan hati sedikit, ada ego menyamai pihak lawan, rasanya hati ni mungkin lebih bagus.Tapi...Allah dah pesan, keutamaan kita adalah memenuhi keperluan dan hajat orang lain.Apa hajatnya, mengembirakan dia?

Sememangnya, menunaikan hajat orang ini,pahalanya menyamai menunaikan haji.Hebat bukan?Bukan senang nak pergi haji selalu, apatah lagi memperoleh ganjaran sebanyak itu. 

Apa salahnya, beralah, jadi insan mulia.Banyak ganjarannya,kan. Antara fadhilatnya orang yang bertoleransi, dan mengembirakan orang lain ini ada tiga:

1) Mendapat pahala sekiranya bersulamkan keikhlasan.Bukan semata-mata melakukannya kerana insan tersebut.Oh,tidak!Lillahitaala..itu yang penting.


2) Kemuliaan di sisi ALLAH.Bukan senang ALLAH hendak beri kemuliaan ni, apa salahnya jika sesekali berkorban melakukan kebaikan?


3) Menambahkan kasih sayang sesama kita.Tahukah kita betapa gembiranya . tersentuhnya insan yang seorang lagi itu tatkala anda bertolak ansur dan mengalah?Biarlah asyik-asyik anda, hidupkan hanya sementara.Tak salah menggembirakan hati-hati insan yang tersayang, sementara mereka pun masih ada lagi ni.


Rasullullah S.A.W Bersabda:
“Orang islam itu adalah saudara bagi orang islam yang lainnya. Kerana itu janganlah seorang insan menganiaya saudaranya dan jangan membiarkan saudaranya tersiksa. Barangsiapa yang berusaha memenuhi hajat saudaranya, maka ALLAH akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan kesusahan saudaranya sesama islam , pasti ALLAH akan melepaskannya dari beberapa kesusahan di hari kiamat dan barangsiapa yang menutup aib saudaranya, pasti ALLAH akan menurup aibnya pada hari kiamat.”
(HR. Bukhari dan Muslim)


Sememangnya ganjarannya sangat tinggi.Jadilah seorang yang hebat, mungkin bagi yang beralah ini anda rasa susah didunia, namun jangan khuatir ada sesuatu menanti kita di sana kelak..

Bergembiralah berbuat kebaikan, dan tunaikan hajat saudara mara kita,sahabat-sahabat kita, kerana sesungguhnya ALLAH pula akan menunaikan hajat kita.

YA ALLAH, hanya kepadamu kami berserah.

Mengalah tak beerti kalah ,kan?

(^_^)


Salam. Entah , mula dari matrik, sampai U, sampai la ni, ada yang xpercaya bila Anem cakap Anem dulu bersekolah agama. Kenapa? Sebab Anem ni agak gila-gila sedikit ke? Atau sebab dress up mahupun cara cakap Anem? Kadang-kadang tu wujud juga pelbagai pandangan skeptikal lain yang kurang menyenangkan . Mereka memang harap yang baik-baik sahaja sebab budak sekolah agama ni bawa nama agama (memang tanggungjawab agak lebih di situ), tapi, bukan ke yang tak sekolah agama pun dah memang bawa nama agama semenjak lahir . Wallahua'lam. Maaf . Hurm..Nah gambar tahun 2003 ,masa Anem  form 5.

Ginilah, dulu Anem bersekolah di Sekolah Agama Menengah Jeram [SAMJ] , sebuah sekolah asrama harian yang terletak di tepi jalan  Daerah Kuala Selangor [laluan Klang-Teluk Intan]. Mari Anem kongsi apa yang menarik di sana dulu:

7 kenangan peribadi yang Anem tak boleh lupa sepanjang Anem belajar di SAMJ sesi 1999-2003 :

* Mengajar mendidik jiwa dengan solat berjemaah, berusrah, mengaji al-quran dan lebih berdisplin. Paling nakal pun salin jawapan homework add math Julia dengan Rafeah time tu, nasib baik exam lulus owh. Hihi.

*Ustaz ustazah sangat tegas . Paling tak dapat lupa, pastinya Ustaz Hafiz, dia akan marah atau menghukum sesiapa yang nampak sangat tak serius dalam kelas Bahasa Arabnya! Anem paling tak dapat lupa bila Ros Faizah [Jaja] suka bebeno memanggil nama Anem untuk terjemah bahasa arab kat depan time kelas BA ustaz Hafiz tu, kesannya Anem dapat A2 Bahasa Arab tinggi , SPM. Tak jadi nak marah Jaja tau bila tengok result ! :)

*Lagi best sedare mara Anem : Raja Mahadi [Kini di Cairo], Raja Mohd Taufiq, Raja Aklema, Raja Najwa Munira Ashikin, Raja Idham Shahrul - semua sekolah sama juga ! Kami pergi sekolah naik basikal ramai-ramai taw!

*Pernah salah faham dengan Akak kelas Al-Farabi time tu, kebetulan Anem minat nak jadikan dia akak angkat, muka sebijik macam Siti Nordiana time tu, entah macam mana ada saudara anem xsengaja terguna nama Anem kacau sepupu akak tu yang sekolah situ juga, dah tu Anem yang kena marah depan lebih 10 orang kawan kakak tu kat depan kelas dia . Anem paling tak dapat lupa ayat dia , "Kau cakap betul-betul, kau jangan nak tipu aku "- Anem senyum je bila ingat balik. Kenangan yang mematangkan- tapi Anem tak marah sedare Anem tu pun, apatah lagi nak marah kakak tu, hidup kena saling memaafkan, happy2 , beb ! :)


*Ok, bab tak boleh blah bila wujud perbandingan . Dengar cerita ada tag team : Budak Asrama vs budak luar, Budak yang cikgu selalu sebut vs dengan yang biasa-biasa je , tapi Alhamdulillah lah, Anem rasa kawan-kawan Anem time tu semua best, baik yang asrama ke,luar ke, dalam list ke, tak ke - semua cool gila!

*Macam biasalah ramai budak-budak ,time kat sekolah menengah lah mula dah syok sendiri, utus surat, mula belajar sayang-menyayang, main-main kirim salam, akak angkat, adik angkat, gaduh-gaduh sayang, tapi ia agak terkawal, sekolah kain hijau katakan- time tu ! Tapi best bila dengar Ibnu Hubain kahwin dengan kawan kitorang jugak : Afiah [rujuk artikel lama ;sini] , satu SAMJ tu !


* Last tapi tak berapa last, bila hubungan Anem dengan kawan-kawan SAMJ berpanjangan : macam Anem dengan Hidayatul Haslin dan Siti Norimani, kami sampai ditakdirkan dapat matrik sama tau lepas tu , dah lah masa form 4 dengan form 5 duduk satu baris :). Dan bila akak angkat pertama Anem : Zurayani M.Shahari masih tak lost contact dengan Anem sampai sekarang .Kira dah 7 tahun dah kami keep in touch each other :) - alhamdulillah .

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. "
(Surah Al-Hujuraat ayat 10)
Memandangkan ada FB, lagi memudahkan perhubungan sekarang. Tapi Anem segan kalau diorang nak buat reunion,just imagine, semua dah senang sekarang,dah kahwin, Anem jauh ketinggalan. Tapi sangat rindu ni. Wallahua'lam.

Link Facebook  : SAMJ

P/S: Insyaallah, sedang dalam proses memperbaiki dan mencari diri,jom usaha sama-sama !







Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top