Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Buat duit dengan Fotografi / Ambil gambar ( mahu jadikan professional photographer / jurugambar profesional sebagai kerjaya )

Lama Anem tak menulis tentang fotografi , kali terakhir pun tiga tahun lalu, tentang cara / teknik ambil gambar guna apa pun. Baiklah Anem tergerak menulis artikel cara nak jadi photographer [jurugambar] pro ni pun sebab sekarang kemain remaja, adik-adik sekolah pun dah ada kamera beso.
UPDATED: Saya ada menulis ini: Tips Ambil Gambar Kahwin (teknik untuk jurufoto perkahwinan / new wedding photographer) 

Tahukah kita, jurugambar adalah kerjaya yang eksklusif , memerlukan bakat , dan perlu selalu belajar ? Belajarlah ikut kursus,dengan orang berpengalaman, pun boleh melalui video [youtube], buku , rajin bertanya , study hasil kerja orang lain, buat sesi untuk dikritik , lihat sekeliling . Belajar dan terus belajar .

Ingatlah , bukan SEMUA mampu jadi jurugambar yang baik, malah Anem pun sendiri terkial-kial. Kalau kita tak dapat lari dari sifat malu , masih takut-takut dan tak peramah, tak TAHAN dikritik , tak SEDIA ditolak , alamak, jauh lagi lah nak capai impian . Ia bukan semudah yang kita sangka tau .Banyak dugaannya , kena kuat hati dan tahan lasak .

Sebab selalu orang tanya nak mula dari mana, jadi jom anem kongsikan sedikit tips atau cara buat duit dengan gambar yang kita ambil . Kalau tersalah bicara, sila beri komen kalian ya .

1. Jual terus secara direct kepada public .

Beranikan diri. Patut tahu kita lebih arif dalam ambil gambar kategori bagaimana.(Landskap, potrait, makro , candid, sports , street ,etc). Menawar perkhidmatan terbaik kepada orang terdekat sebagai permulaan, adalah alternatif paling dekat bagi mereka yang masih mencari keyakinan diri.

Gambar oleh Anem Arnamee

2. Masuk dalam sebarang pertandingan atau submit gambar yang kita shoot dalam majalah /BLOG POPULAR/ FACEBOOK Page / kepada mana-mana penganjur . (Hantar gambar menarik yang memberi cerita ) - Elak hantar gambar yang sama untuk semua pertandingan atau majalah.

- di sekitar anda, cari EVENT / acara, pasti ada VIP , atau selebriti popular yang hadir, jadi itulah masa sesuai mengumpul gambar . Jika berjalan atau melancong dan beraktiviti, rakamkan gambar pemandangan atau kegiatan menarik di sana .

3. Jadi Jurugambar Perkahwinan [Wedding Photographer ]

Gambar oleh Diam Diam Ubi

Oh ya, ini popular. Kita kena pandai rebut peluang, serta tonjolkan diri. Kena berani dan jangan malu-malu. Mulakan dengan harga rendah [tapi ingat! jangan buat iklan macam jualan murah , harga borong bagai - ini adalah kerjaya yang ekslusif , sayang ], namun hasil tetap bagus. Yang penting kualiti kena jaga . Kemudian bila portfolio dah makin banyak, kita boleh naikkan harga secara berperingkat . Libatkan diri dengan kelab atau persatuan jika rasa kurang yakin menguruskan event sendiri. Jika segan-segan, takut-takut, mulakan dengan saudara mara rapat dan kawan-kawan terdekat dulu . Tolong-tolong kawan-kawan yang memang photographer - Ini pun ok jugak .

Tops style photo : Formal potraits , candid shots , cutting the cake, shots at sundown , creative lighting .

Gambar oleh Diam Diam Ubi

Di Malaysia ;
- Aksi romantis , agak comel-comel. Di rumah , atau di luar dewan/ masjid.
- Di taman bunga , sawah padi, kampung atau tengah bandar .
-Ketika matahari terbit atau terbenam
- Sekolah , imbas kenangan.
-Di rumah / bangunan lama (grunge style) atau di mercu tanda popular
- Di tempat peranginan , atau perkelahan.
- Urban style .
- Ada satu teknik terbaru , ambil di tempat yang agak grunge atau 'kotor'. style owh .

- Siapkan cd atau photo / custom album (termasuk dalam bayaran ) . Bayaran selalunya antara RM300 - RM 2000 untuk fotografi biasa .

4. Gambar untuk promo shots / promo artis baru .


Bantu artis baru, offer kan perkhidmatan kita kepada artis baru yang meningkat naik di FB mahupun myspace dan youtube. Sertakan hasil kerja bagi meyakinkan mereka.

5. Jual untuk stock photo / laman web gambar untuk dijual .
License - use untuk apa, size yang bagaimana, untuk terbitan siapa, tempoh siar . Fokuskan pada quality, dan pastikan ke website mana hendak di jual.

Macam getty images, dia suka gambar potrait, jika boleh kena ada model release (form).

5. Perkerjaan yang memerlukan jurugambar.

Sekarang pekerjaan melibatkan jurufoto ada dalam pelbagai industri. Kita perlu mengambil gambar untuk sesuatu syarikat. Tidak semestinya perkahwinan atau tujuan pengiklanan, tapi atas faktor portfolio, promosi atau simpanan mereka. Kena ambil tahu, bertanya dan cari untuk ruang ini.

7. Gunakan blog atau laman web sebagai medium pelaris atau promosi . Sekarang ada facebook , gunakan semaksimum mungkin ya , sayang ?

Sekian . Terima kasih . :)


Rujukan berbaloi untuk semua jurugambar [klik pada nama]:
+ Annamir , Bazuki Muhammad, Bustamam Mokhtar - white studio , Hafiz ismail (WOWphoto), Kamalizahri abdul malik, Syahrin aziz, Saiful NANG ,Mukhriz Latif + Udey Ismail , Hasnuddin abu samah (foto teacher),  Kukubesi Manipulasi , CandidSyndrome, Louis pang , Haidar abu bakar , Wazari Wazir , Noorizam Sabran , Adhadi mohd,Ministry Of Moment ,Pretty Peektures, Shahrollphoto , Lain-lain - WPJA
photographer / jurugambar wanita di Malaysia Suraya talisman (pernah digelar Jurugambar diraja),  Ladiesfoto team  ,Kamalia Kamal-,  The photolicious,   Anna-rinaJay Farhana.

 MAHU MENAMBAH ? SILAKAN :)

14 yang menasihati

  1. Anonymous11:00 AM

    wah..bagus nem.perkongsian yg sgt menarik =)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Terima kasih atas perkongsian. :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:37 PM

    owesome!!!

    ReplyDelete
  4. askm. terima kasih berkongsi maklumat penting sebegini.

    ReplyDelete
  5. nk tnya mcam mn erk nk register jd contributor dekat stock photos?? masalah dengan tax center..xtahu nk pilih borang mn...

    ReplyDelete
  6. good info...ske bergambor dan mengambil gambor biarpon takde dslr..hehe..tapi..takde kualiti punya lah..

    ReplyDelete
  7. tq for info..sila lah dtg ke blog sy ye..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Info yang baik. Nak tanya pendapat. Di mana laman sosial terbaik untuk kita mengetengahkan hasil fotografi kita? Jika di facebook atau twitter dikhuatiri hasil akan mudah diciplak

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. Saya cadangkan di 500px.com atau flickr.com , letak watermark juga pada gambar :)

      Delete
  9. Saya pelajar SMKTSS Kota Tinggi Johor . Saya juga mempunyai camera DSLR Nikon . Cita-ii memang nak jadi photographer macam Nadirah Zakariya . Tapi saya mahu bertanya sesuatu . Boleh tak email ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. email akak : arnamee@gmail.com , maaf lambat memberi respon. Teruskan belajar tau :)

      Delete
  10. Sis . Ada wechat ? Saya ada dslr dan ingin memanfaatkannya . Boleh tolong ?

    ReplyDelete
  11. Best gak jadi photographer ni, ada kawan ni masa belajar lagi stat usha benda ni. Sekarang ni dah boleh buat duit dengan fotografi.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top