Ada hukum ya? Itu pertanyaan pertama Anem bila terjumpa orang yang mengklafikasikan fahaman sendiri terhadap sambutan hari kesayangan-kesayangan kita ni . Ya, Anem tak tahu, jadi Anem pun bertanya, membaca dan mencari jawapannya. Di bawah artikel ini hanya menceritakan salah silah perayaan sahaja, sekadar perkongsian. Namun untuk sambutan, berbalik pada niat dan cara kta meraikan.
Kemaskini jawapan Mufti:Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:
· Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
· Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.
Sedangkan setiap hari WAJIB meraikan IBU dan AYAH kita . Bayangkan ibu rindu pun, boleh sampai tahap berdosa jika anak sengaja tidak mahu menghubungi dan melayani mereka. Bayangkan.
“Wahai Tuhan kami! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik kami semasa kecil.”
Di Malaysia, hari ibu disambut pada ahad kedua bulan mei, manakala hari bapa disambut pada ahad ketiga bulan jun .
Isu hukum , fatwa ni timbul atas dasar pra-sejarah , mana asal, mana timbul, mana mula. Kiranya apabila orang tanya ,
Lagu untuk ibu , mama, umi, mummy, mother , emak :
"Bagaimana bermulanya sambutan hari ibu ?" "How did Mothers' Day Begin?"
Jadi memandangkan sejarah dulu, bertahun dulu, salasilah dipegang oleh sambutan golongan bukan islam terhadap sesuatu peringatan , jadi ia dipatenkan demikian demikian oleh sebahagian kita apabila masuk bab hukum apabila kita meraikan.
Ceritanya sejarah sambutan hari ibu itu :
Ada pelbagai versi .
- Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.
-Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika.
-1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei/
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Lagu untuk ayah , bapa, abi , daddy, papa :
"Bagaimana bermulanya sambutan hari bapa ?" "How did Father's Day Begin?"
Ceritanya sejarah sambutan hari bapa itu :
Mengikut sejarah, Hari Bapa dikesan sejak tahun 1839 bagi mengenang kematian 123 lelaki dalam peperangan Iransop. Hari Bapa pada zaman moden mula diadakan pada 5 Julai 1908 di Fairmont, West Virginia, USA sebagai satu acara keagamaan dalam agama Kristian, hasil asperasi sambutan Hari Ibu.
Hari Bapa digerakkan sebagai sambutan sedunia apabila Sonora Smart Dodd mengadakan sambutan ulang tahun pada tahun 1910 bagi mengenang bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran Perang Saudara Amerika Syarikat yang secara bersendirian membesarkan enam orang anaknya. Tarikh yang dipilih sebagai Hari Bapa yang pertama diadakan secara rasmi ialah pada 19 Jun 1910.
Jadi apa hukumnya sambut hari ibu ? Hukum sambut hari bapa pula?
Ulama’ berselisih pendapat (khilaf) dalam perkara ini dan secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:
(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).
(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan .
Jawapannya cukup mudah, kita pegang pada tiga kata kunci ni:
- Cara: apa yang kita lakukan terhadap sambutan dan tanda memperingati, bagaimana meraikan ?
- Niat: Faktor utama dan sub-faktor kita seronok mengucap dan meraikannya , kenapa ?
- Siapa : Dari siapa untuk siapa kita melakukannya ?
Apapun bergantung pada aqidah (kepercayaan ) kita dan tujuan ASAL kita meraikan sesuatu itu. Jangan terikut dan jangan hanya mengikut. Dan agama bukan menyusahkan, jangan terlalu taksub sehingga menolak semuanya, jangan terlalu pula menentang apa yang betul.
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ
“Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Jika sesuatu dibuat kerana Allah dan akan menambah pahala (menggembirakan hati ibu bapa misalnya), apa salahnya. Boleh. Yang penting niat dan cara kita, wallahua'alam. :)
Kemaskini- jawapan Mufti (sekali lagi):Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:
· Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
· Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.
Rujukan :
asal hari ibu : http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/05/10/sejarah-asal-sambutan-hari-ibu/
asal hari bapa : http://isbiha.blogspot.com/2007/06/hari-bapa.html
fathers day vector : http://vector4free.com/vectors/id/711
mother day :http://billax.deviantart.com/art/MOTHERS-DAYS-is-Every-Day-306573630
Sumber: IRSYAD AL-FATWA KE-11: SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA
6 yang menasihati
Bila ada khilaf diantar ulama' ambillah yang terbaik daripada keduanya. Jika ijtihad ulama' menyatakan bahawa HARAM, makanya ia akan memberi pahala dengan tidak menyambut hari itu. Jika ijtihad sesetangah yang lain adalah HARUS, maka tiada dosa dikenakan jika disambut hari itu. Mana lebih baik? Kan lebih baik dipilih sesuatu yang mendatangkan pahala..bukan begitu?
ReplyDeleteBetul. Ini saya setuju.
DeleteTok soh sambut habih crito !!!!!
ReplyDeleteoh ibu dan ayahku... http://ehapeda.blogspot.com
ReplyDeleteberdoa hari2 untuk kesejahteraan mereka,. :)
ReplyDeletebtw done follow .
follow back ye
blackisswhite.blogspot.com
Dlm Islam setiap hari adalah hari ibu dan bapa,kita doakan mereka sekurang- kurangnya 5 kali setiap hari,maka sesungguhnya Islam itu indah,maka ikutilah jalan Islam.
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.