Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Niat puasa sunat 6 syawal & puasa ganti / qada'


PUASA QADA' / GANTI

Sumber : Addien90 ; Pelajar hadis / Kolumnis

*Rujuk gambar, jika mahu buat, ikut mazhab Syafie, BOLEH namun tetap dikira qada. Tak sempurna. Namun Tuhan tahu kita berpuasa dalam raya, insya-Allah. Apapun, lebih baik asing. (Jika puasa nazar tidak boleh disekalikan).

Puasa qada' adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, untuk perkara ini ada dua pendapat sebenarnya. Satu boleh dan sah (jika ikut Mufti kita). Rujuk gambar di bawah. Wallahua'alam.

Sumber: http://lensakami.com/blog/2019/04/17/koleksi-hukum-dan-fatwa-berkaitan-ramadhan/

Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi :   
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى  
Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala 

*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .
 *ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)

Maksud: Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

ATAU

Lafaz niat puasa Qadha’ Ramadhan :

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat."

Walaupun ada yang mengatakan pelbagai pendapat tentang mana patut buat dulu antara qada dan sunat ini - namun pendapat umum ulama' mengatakan dibolehkan puasa sunat syawal dahulu baru puasa ganti kerana tempoh syawal adalah sebulan sahaja (apatah lagi jika waktu singkat dan terbatas). Puasa ganti dibolehkan sebelum menjelang ramadhan akan datang, namun elakkan bertangguh. Wallahua'lam.


PUASA ENAM SYAWAL

Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.
Lafaz Niat puasa sunat enam syawal :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ ِستَةٍ ِمنْ شَوَالٍ سُنَةً ِللَه تَعَالَي 

Nawaitu sauma ghodin an sittatin min syawalin sunattan lillahi taala.“Sahaja aku puasa sunat enam di bulan syawal kerana Allah swt “.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

****

Puasa Hari Putih

Maksud

Hari Putih ialah tiga hari pertengahan pada setiap bulandalam kalendar Islam iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan. Pada hari-hari itu juga kita disunatkan berpuasa. Boleh juga dikatakan 'rehat setiap bulan' dengan memberi ruang rehat kepada perut kita dari memproses makanan dengan kerap.

Sesiapa yg *tidak ada puasa Qadha' Ramadhan*, dan ingin berpuasa sunat sempena Hari Putih, *inilah NIATNYA* pada setiap harinya itu:

نَوَيْتُ صَوْمَ الْأَيَّامِ الْبِيْضِ لِلَّهِ تَعَالَى

*Ertinya*: Sahaja aku puasa pada hari-hari Putih kerana Allah Taala

Atau

Sahaja aku puasa sunat hari ini kerana Allah Taala

Tetapi *jika ada Puasa Qadha' Ramadhan yg belum selesai*..

ATAU

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


* Tiada lafaz niat yang khusus bagi puasa sunat Isnin dan Khamis.
Bagi memudahkan, memadai berniat seperti di atas.


***

*Dilarang berpuasa pada ‘Hari Syak’ atau meragukan iaitu hari ke-30 Syaaban melainkan apabila bertujuan untuk puasa qadha (mengganti puasa Ramadhan sebelumnya), puasa sunnah, puasa kafarah (puasa melanggar sumpah) .

[ Tambahan :

Niat puasa sunat di bulan Rejab adalah seperti berikut

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Rejab kerana Allah Taala” ]

***

Jika ada kesilapan, boleh betulkan di ruangan komen, atau boleh jawabkan soalan rakan-rakan di ruangan bawah ini. Saya hamba yang lemah, masih banyak perlu belajar dan perlukan teguran. Tulisan ini pun melalui beberapa rujukan. Maafkan saya ya. Terima kasih. Wallahua'lam.



77 yang menasihati

  1. terimakasih bacaan niat puasa syawalnya.

    ReplyDelete
  2. duh pas banget besok mau puasa ganti eh nemu di niatnya di blog anda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la saya. Selamat berpuasa mega

      Delete
  3. Mau tanya, bolehkah membayar fidiyah kepada orangtua sendiri karena kondisinya juga kekurangan? Mohon jawabannya, terimakasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous4:51 PM

      tidak boleh..

      Delete
    2. Anonymous1:35 AM

      boleh aja dong. sapa bilang tidak boleh.

      Delete
    3. Anonymous5:34 AM

      of cos boleh. .yg jawab nga boleh tolong mendalami ilmu Islamnya .jgn beri salah nasehat..bego lu!

      Delete
    4. Anonymous1:15 AM

      Tidak boleh kerana ianya adalah kpd darah daging sendiri. Fidiyah di beri kpd fakir miskin. Org yg serba kekurangan. Tidak berkemampuan.

      Delete
    5. Anonymous9:05 PM

      klo ke org tua sendiri mah ga usah niat fidyah dong, ngasih aja knpa?
      fidyah nya ke org lain yg lbih membutuhkan..

      Delete
  4. blog anda penuh dgn ilmu y bermanfaat!

    ReplyDelete
  5. mudahan kita bisa menjalankan puasa ramadan dengan lancar tanpa ada kendala.

    ReplyDelete
  6. berpuasa di bulan sywal bisa kita manfaatkan untuk mengurangi dosa dosa yang telah kita prbuat. puasa syawal juga merupakan penyempurna puasa ramadhan

    ReplyDelete
  7. sy nak tanya , kalau kita tiap-2 tahun ada yang tak ganti puasa lg , kalau nak puasa ganti selama mana ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @sigadis :

      Hutang dengan Allah perlu dibayar, anda anggarkan sahaja berapa yang perlu diganti dan memohonlah taubat dari Allah atas kecuaian ini. Fidyah di kira pada tahun kedua dan kira fidyah ikut hari yang anda agak. Lebih baik dilebihkan puasa ganti tersebut, sebagai sikap berjaga-jaga dari kekurangan puasa.

      boleh rujuk sini :

      http://www.ustaznoramin.com/2010/06/cara-ganti-puasa-ramadhan-bayar-fidyah.html

      Delete
    2. Nak bekenalan mcm seronok bkawan dgn awak.

      Delete
  8. Jika niat puasa ramadhan pula yg saya lupa niat mcm mana ye? Maksud saya lupa nak lafaz. Adakah puasa saya tdk sah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah, niat 2 sunat klau buat lagi bagus
      N yg pting niat kita bpuasa kerana Allah.. insyaAllah..

      Delete
    2. Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti mengatakanJika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, akan itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat. Selamat bekenalan nama fazz n selamat bpuasa.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Anonymous5:46 AM

      saya biasa niat puasa ramadhan satu bulan penuh di awal bulan. Buat berjaga-jaga bila lupa. Lepas tu juga niat puasa tiap malam.

      Delete
  9. Terima kasih banyak mas untuk lafaz niat puasanya

    ReplyDelete
  10. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita semua mendapat barakah di bulan yang mulia ini.

    Mama aisyah
    http://mypreciouslittleladybug.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. punya hutang puasa ramadhan 1 minggu tp ingin ikuti puasa syawal jg jadi harus gimana,bayar hutang dulu ato gmn ?apa puasa syawal itu hanya setelah lebaran hari ke dua ato selama bulan syawal boleh menjalankan puasa asal 6 gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous12:28 PM

      bukan kita bole buat sekali, kita lafaz kan niat puasa qada terlebih dahulu baru kita ikuti lafaz puasa syawal. mohon tunjuk bile ada kesilapan. terima kasih

      Delete
    2. Anonymous6:48 AM

      Puasa 6 dhulu...krana bulan syawal hanya sebulan saja.. puasa ganti boleh di kerjakan di bulan yang lain.. kita tidak boleh menggabungkan puasa sunat syawal dan puasa ganti kerana terdapat perbezaan...puasa ganti adalah wajib dan puasa sunat syawal adalah sunat.

      Delete
    3. Kalau pendapat saya .. lebih baik ganti puasa baru lakukan puasa Syawal

      Delete
  12. thanks utk info nya.. ;)

    ReplyDelete
  13. Edjengs2:18 PM

    terima kasih informasinya.

    ReplyDelete
  14. Terimq kasih untuk maklumat itu ya...

    ReplyDelete
  15. Semoga Allah Swt memberikan berkah atas ilmu yg telah anda bagikan amin.

    ReplyDelete
  16. Anonymous4:39 PM

    AMIN

    ReplyDelete
  17. mohon share TQ ^_^

    ReplyDelete
  18. Alhamdulilah..terima kasih

    ReplyDelete
  19. Anonymous11:38 PM

    tq ats perkongsian ..mda2han kta d rahmati Allah s.w.t

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Anonymous8:14 PM

    salam....
    puasa 9 & 10 muharram boleh x disekalikan dgn puasa ganti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh, tapi niat puasa ganti saja, insyaallah yang sunat tu Allah akan beri pahala. Mudah-mudahan. Wallahualam. Hanya dia maha memahami :)

      Delete
  22. terimakasih yaps.. :)

    ReplyDelete
  23. Anonymous8:53 AM

    setiap tahunny kita tdk pernah mengganti puasa klo pun ingin menggantinya sekarang tp kita lupa berapa jumlah semua hutang puasa yg sudh dtnggalkan...apa yg harus kita lakukan ?apakah harus puasa sebanyak mungkin untuk mengganti semua itu

    ReplyDelete
  24. 0896508557201:39 PM

    semoga ilmu nya bermanfaat untuk kita semuanya

    ReplyDelete
  25. asalammualaikum..
    mau tanya ni puasa syawal itu harus di lakukan pada tanggal 1-6 atau terserah yang penting masih di bulan syawal .
    tolong jawaban nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous8:06 PM

      terserah . yg penting mesti bulan syawal

      Delete
    2. 1 syawal haram berpuasa...

      Delete
  26. puasa sunat enam & puasa ganti (qada") boleh digabungkan,,sbb ustazah sy penah byk kali bgtaw..lagipun tu soalan SPM 2008 pendidikan islam dimana jawapannya puasa enam & puasa qada mmg boleh digabung kan..

    ReplyDelete
  27. Anonymous8:03 PM

    tumpang tanya, kalau nak buat puasa enam , niat tu utk sekali enam hari ke setiap satu kali puasa kena niat? kalau nak buat puasa enam skip hari , kena niat lain ke mcm mana ?

    ReplyDelete
  28. Anonymous10:10 PM

    As salam..maaf.cuma nk perbetulkan.ada juga pendapat ulama' membolehkan puasa qada digabungkan dgn puasa sunat syawal.jadi hukumnya boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous5:52 AM

      saya dengan dari ustadz niat ibadah wajib tak boleh digabung dengan ibadah sunat. puasa sunat dgn sunat boleh digabung macam puasa syawal, puasa senin kamis dan puasa putih (13, 14, 15). Wallahu alam

      Delete
  29. Anonymous8:04 AM

    Terima kasih untuk ilmu yang bermanfaat ini.
    Semoga Allah memberkatimu.

    ReplyDelete
  30. Anonymous8:29 PM

    Boleh x klau 1 hari kte niat untuk puasa 6 n puasa ganti kte niat dua2 skali boley ke ?

    ReplyDelete
  31. syukran atas segala ilmu yg dikongsikan..tabarakAllahufik=)

    ReplyDelete
  32. Anonymous1:03 PM

    Nak tanya , hari ape je yang boleh kan kite puasa enam . mcam conth kalau nk puasa hari jumaat , khamis kena puasa . betul ke cara tu ? Ke ade hari yg sepatutnye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh puasa kecuali pada hari yang diharamkan. Tapi untuk jumaat, sabtu atau ahad seeloknya puasa dengan hari sebelum atau selepas seharinya itu lebih baik. Kerana jumaat adalah hari raya 'kecil' umat islam. Dan puasa tunggal sabtu atau ahad sahaja pula menyamai amalan agama lain. Wallahua'lam.

      Delete
  33. Anonymous12:47 AM

    dgr ustaz kata boleh sekalikan tp kena niat qada dlu, mana satu ni?

    ReplyDelete
  34. Anonymous7:08 PM

    Terima kasih info nya,, ijin share yaa

    ReplyDelete
  35. Saya senang bisa membaca berita di website ini, saya akan sering berkunjung dan saya harap anda bisa mengunjungi website saya juga, terima kasih

    ReplyDelete
  36. Niat Puasa 6 tiada dalam Arab. Harus disertakan.

    ReplyDelete
  37. Saya juga akan mula berpuasa 6 syawal esok. Indahnya Islam dan terima kasih Allah kerana menjadikan aku orang Islam.

    ReplyDelete
  38. Terima kasih utk bacaan niat..

    ReplyDelete
  39. Baru tahu ada larangan puasa taggal 30 Syaban

    ReplyDelete
  40. Anonymous1:12 PM

    Assalamualaikum...saya nk tanya puasa sunat bole sekali dgn puasa ganti ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Oh, ini untuk puasa sebelum ramadhankan? Mengikut pendapat, niatkan sahaja puasa ganti. Insya-Allah Allah tahu kita juga mahu sebenarnya berpuasa sunat pada hari itu. Pahalanya sunatnya ada. Insya-Allah. Wallahua'lam. Selamat berpuasa!

      Delete
    2. Nak tanya niat berbuka puasa 6??ehe..tq

      Delete
    3. Doa berbuka? Masih sama.

      Delete
  41. Tahun ini puasanya bisa barengan gak ya?

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum wmwb semua.. Bagusnya jawapan kawan2 yang penting amalan puasa jgn dilupakan ambillah kesempatan d bulan syawal yg barokah ini..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Insya-Allah ameen.

      Delete
  43. Terima kasih ilmu nya.

    ReplyDelete
  44. Artikelnya tentang puasa sunatnya sangat bermanfaat. terimakasih

    ReplyDelete
  45. Assalammualaikum admin,tmpng bertanya,kalau puasa bulan rejab tu macam mana nak laksanakan.adakah berpuasa sepanjang bulan tersebut sepertimana bulan ramadhan?mohon jasa admin beri pencerahan kepada hamba Allah yang serba kekurangan ini...

    ReplyDelete
  46. Buat Unknown, waalaikummussalam. Puasa Rejab boleh dilaksanakan puasa sunat Rejab, namun menurut Jabatan Mufti Negeri Sembilan:

    Daripada Ibnu Abbas, beliau tidak suka berpuasa penuh sebulan dalam bulan Rejab. Begitu juga Anas, Said bin Jubair dan Yahya bin Said al-Ansari, Imam Ahmad berkata: berbuka sehari atau dua hari kemudian puasa semula.



    Imam al-Syafie dalam pendapat lamanya, makruh seorang lelaki berpuasa penuh sebulan seperti puasa Ramadhan berdasarkan hadith Aishah r.ah:



    مَا رَأَيْتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل شهرًا قط إلاَّ رمضان

    Yang bermaksud, Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sempurna sebulan kecuali bulan Ramadhan.



    Hukum makruh bersendirian berpuasa dalam bulan Rejab akan terhapus sekiranya diikuti berpuasa sunat pada bulan berikutnya. Berkata Imam Ahmad: Tidak boleh berpuasa penuh sebulan Rejab kecuali orang yang biasa berpuasa penuh setahun.

    Wallahua'lam.

    Rujukan:http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tarekat-tassawuf/725-bulan-rejab

    ReplyDelete
  47. http://buka-rahasia.blogspot.com/2013/07/cara-membuat-facebook-comment-like-box-responsive.html

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.









Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top