Showing posts with label niat puasa ganti. Show all posts
Showing posts with label niat puasa ganti. Show all posts



Niat ganti puasa / puasa qada' dalam rumi :


نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى


Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala


*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .

*ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)

Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

Wallahualam. 

Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar/subuh, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat."


Gambar



Soal Jawab Puasa ganti dan Puasa Qada'



1- Bolehkah puasa ganti hari jumaat? 

J: Puasa ganti pada hari jumaat adalah dibolehkan. Berbeza dengan puasa sunat, maka ini ada perbincangan yang lebih lanjut, saya ada tulis di sini: https://x.com/Muzuzxck/status/1660620647138230273?s=20



2- Bolehkah puasa ganti pada bulan Rejab & Sya'ban? 

J: Boleh dan mesti kita percepatkan ganti puasa itu sebelum tibanya Ramadan akan datang 



3- Adakah mesti diniatkan pada waktu malam atau waktu sahur untuk puasa ganti? 

J: Ya, dalam mazhab Shāfiʿī, niat bagi puasa yang wajib mesti diniatkan pada waktu malam atau sebelum masuknya waktu subuh. Puasa ganti termasuk dari puasa yang wajib, maka mesti diniatkan pada waktu malam sebelumnya, paling akhir adalah sebelum waktu subuh masuk. 

Berbeza dengan puasa sunat yang dibenarkan untuk kita berniat (jika masih belum buat perkara membatalkan) selagi masih belum masuk waktu zohor. 



4- Bolehkah gabung puasa ganti dengan puasa hari Isnin atau sunat-sunat yang lain? 

J: Boleh, namun lebih utama dan afdhal adalah DIASINGKAN antara puasa ganti dan sunat 



5- Bolehkah berbuka puasa tanpa keuzuran ketika puasa ganti? 

J: Tidak boleh berbuka puasa tanpa keuzuran ketika puasa ganti kerana termasuk puasa wajib, maka tidak boleh dibatalkan puasa wajib sewenangnya, bahkan dimasukkan dalam kategori dosa besar menurut Shaykh Zakariyyā al-Anṣārī.



6- Bolehkah puasa ganti selepas 15 Sya'ban? 

J: Boleh dan mesti dia puasa ganti walaupun setelah 15 Sya'ban, tiada halangan buatnya.



Wallahu a'lam. 



Antara Rujukan:













PUASA QADA' / GANTI

Sumber : Addien90 ; Pelajar hadis / Kolumnis

*Rujuk gambar, jika mahu buat, ikut mazhab Syafie, BOLEH namun tetap dikira qada. Tak sempurna. Namun Tuhan tahu kita berpuasa dalam raya, insya-Allah. Apapun, lebih baik asing. (Jika puasa nazar tidak boleh disekalikan).

Puasa qada' adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, untuk perkara ini ada dua pendapat sebenarnya. Satu boleh dan sah (jika ikut Mufti kita). Rujuk gambar di bawah. Wallahua'alam.

Sumber: http://lensakami.com/blog/2019/04/17/koleksi-hukum-dan-fatwa-berkaitan-ramadhan/

Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi :   
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى  
Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala 

*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .
 *ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)

Maksud: Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

ATAU

Lafaz niat puasa Qadha’ Ramadhan :

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat."

Walaupun ada yang mengatakan pelbagai pendapat tentang mana patut buat dulu antara qada dan sunat ini - namun pendapat umum ulama' mengatakan dibolehkan puasa sunat syawal dahulu baru puasa ganti kerana tempoh syawal adalah sebulan sahaja (apatah lagi jika waktu singkat dan terbatas). Puasa ganti dibolehkan sebelum menjelang ramadhan akan datang, namun elakkan bertangguh. Wallahua'lam.


PUASA ENAM SYAWAL

Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.
Lafaz Niat puasa sunat enam syawal :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ ِستَةٍ ِمنْ شَوَالٍ سُنَةً ِللَه تَعَالَي 

Nawaitu sauma ghodin an sittatin min syawalin sunattan lillahi taala.“Sahaja aku puasa sunat enam di bulan syawal kerana Allah swt “.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

****

Puasa Hari Putih

Maksud

Hari Putih ialah tiga hari pertengahan pada setiap bulandalam kalendar Islam iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan. Pada hari-hari itu juga kita disunatkan berpuasa. Boleh juga dikatakan 'rehat setiap bulan' dengan memberi ruang rehat kepada perut kita dari memproses makanan dengan kerap.

Sesiapa yg *tidak ada puasa Qadha' Ramadhan*, dan ingin berpuasa sunat sempena Hari Putih, *inilah NIATNYA* pada setiap harinya itu:

نَوَيْتُ صَوْمَ الْأَيَّامِ الْبِيْضِ لِلَّهِ تَعَالَى

*Ertinya*: Sahaja aku puasa pada hari-hari Putih kerana Allah Taala

Atau

Sahaja aku puasa sunat hari ini kerana Allah Taala

Tetapi *jika ada Puasa Qadha' Ramadhan yg belum selesai*..

ATAU

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


* Tiada lafaz niat yang khusus bagi puasa sunat Isnin dan Khamis.
Bagi memudahkan, memadai berniat seperti di atas.


***

*Dilarang berpuasa pada ‘Hari Syak’ atau meragukan iaitu hari ke-30 Syaaban melainkan apabila bertujuan untuk puasa qadha (mengganti puasa Ramadhan sebelumnya), puasa sunnah, puasa kafarah (puasa melanggar sumpah) .

[ Tambahan :

Niat puasa sunat di bulan Rejab adalah seperti berikut

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Rejab kerana Allah Taala” ]

***

Jika ada kesilapan, boleh betulkan di ruangan komen, atau boleh jawabkan soalan rakan-rakan di ruangan bawah ini. Saya hamba yang lemah, masih banyak perlu belajar dan perlukan teguran. Tulisan ini pun melalui beberapa rujukan. Maafkan saya ya. Terima kasih. Wallahua'lam.










Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top