Tak tahu di mana silapnya. Sebab pada dasarnya, jika kesilapan kita benar telah dimaafkan, rasanya nak berkawan balik bukanlah satu perkara yang mustahil. Tiada sebab untuk terus berdendam. Mungkin sedikit berkecil hati, mungkin ,akan kata amarah terluah dari kekasih yang ditinggalkan, mungkin malu , mungkin mahu lupakan terus. Mungkin. Persoalan yang sering berlegar apa nak buat bila putus cinta .Ump, putus cinta , bukan putus kawan kan ? [ cc : Artikel siapa yang patut disalahkan sebelum ni ]


[Perhatian : Penulisan ini lebih mudah dihadam jika kamu BUKAN kawan baik sebelum menjadi kekasih . ]

video :  suatu pernah- fynn jamal.

suatu pernah
verse 1
habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.
-
seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...
verse 2
dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.
seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.
chorus
terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.
dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.
verse 3
takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.
takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.
takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.
(repeat chorus)
bridge
pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah
suatu—
pernah.
"Maafkan saya, boleh?' . Mungkin salahnya dari kita. Kita saja rasa dia seolah membenci kita, dan merasakan kita tak wujud. Ye, itu bagi kita. Namun bagi dia, bila dia berdiam , buat tak tahu , bukan bermakna tidak ambil tahu, bukan bermakna dia tak sayang kita, apatah lagi lupakan kita. Mungkin dia mahu ambil masa menenangkan jiwa. Menerima hakikat kekhilafan kita yang lama, menerima hakikat dia dan kita tiada apa. Dan mungkin tidak mahu mengganggu kita ada yang punya. Atau hakikatnya dia sendiri sudah berpunya. Hidup masing-masing sendiri ada untuk dijaga.

"Saya dah maafkan awak. Dah lama saya maafkan ". Yelah, jika fikirkan rasa bahagia dan kebaikan dia yang terhulur untuk kita, pastinya ia lebih banyak dan indah berbanding sedikit rasa tak suka yang wujud dalam raga kita. Sedikit. Melainkan kalau alasan tak munasabah atau ditinggalkan tanpa alasan, itu sedikit sakit. Tapi mampu dirawat dengan masa, insyaALLAH. Perlahan-lahan.

Jadi apa kata, kita terima hakikat, dengan move on. Betul , bukan senang nak move on. Kita akan tercari-cari bagaimana cara nak move on. Cara nak lupakan bekas kekasih kita , bukan senang nak lupakan Ex kita bukan ? Tapi kalau dia boleh lupakan kita , kenapa tidak kita, walaupun cakap memang senang , tapi jika dulu kita boleh sendiri , kenapa sekarang susah sangat, perlahan-lahan, dengan izin Tuhan , kawan :)

Hiduplah dengan menghargai keadaan yang baru ,menghargai keadaan sekarang , masa single kita - sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti (kalau kita single) atau menghargai orang yang bersama kita - sebelum kita pula kehilangan apa yang kita ada (jika kita sedang menyulam cinta) . Biarlah kenangan menjadi kenangan sahaja. Doakan bekas kekasih kita. Semoga dia bahagia dunia akhirat dia. 

Jika berpeluang melupakan rasa yang tidak enak, dan menjadi kawan semula. Hargailah beliau sebagai kawan baik kita. Hormati kehidupan peribadinya dan jangan diungkit perkara yang lama. 

Belajarlah menerima hakikat. Belajar . Dengan senyuman.

Untuk bekas bekas kekasih di dunia, terima kasih kerana pernah memberi rasa cinta , rasa bahagia dan pernah menjaga . Harap semuanya saling memaafkan dan menerima . Bersyukurlah pernah menyulam rasa, dan ingatilah dia sebagai kawan paling indah yang pernah anda ada . :)

*Tak perlu bersusah-payah penyibuk jadi stalker, hadiahkan senyuman jika tahu dia bahagia, doakan dia jika kita terdengar hidup dia resah dan gulana .Semoga keduanya gembira menjalani hidup yang baru - apa adanya -  :)

- melainkan jika telah berbaik dan benar pasrah - telah sudah menerima keadaan baru- bertanya khabar tiada salahnya . Tapi jangan ada niat menjadi pemusnah jiwa lainnya, itu elakkanlah ya ?  . Apapun , hargailah apa yang di sisi kita, sementara ia masih ada :)


Terinspirasi dari artikel ini : Terima Kasih Ex . - http://terfaktab.blogspot.com/2011/11/terima-kasih-ex.html


Entri ni ditulis pada 2011, dan diedit atas update pada 2014 :)

Masih boleh dapatkan Album Lagu Fynn Jamal Puisi Tepi Jalan di sini: beli album Fynn


 Fynn Jamal, mula saya kenal dalam blog dia [ puisitepijalan  fynnjamal] , dan dia sangat aktif dalam scene indie sebagai penyanyi [ youtube dia ] dan pemuisi sejak 2006 / 2007 lagi. Juga seorang penulis buku puisi ( buku merah, ranap, puisitepijalan ) dan penulis lirik. Pernah menjadi pensyarah di Malaysia dan kini seorang cikgu bahasa Inggeris di Kazakhstan . Pernah menyertai program realiti tv keynote - untuk komposer di Astro. Telah berkahwin dengan seorang pemuzik Tri Hadzir. Mempunyai seorang anak angkat bernama Bakti Arjuna Fitri. [ boleh baca kisah dia di sini ] . Kini telah mempunyai album FynnTri , gabungan dia dan suami. Sangat aktif di instagram dan turut mempunyai akaun twitter dan facebook.







@arnamee: Antara gambar: Gambar Juna,  Buku Ranap ( buku puisi dia selain buku puisi tepi jalan )  dah ada, CD *projek kesian dah ada , ( *geng Jentera Tepi Jalan ) 


* Lagu Terbang Tunduk , Fynn Jamal untuk Kapten Halim Othman yang mewakili Malaysia tu best.:)



Mula rasa macam tertakdir tak bersua bila katanya ada kelas.
"Akak , akak ada sini berapa lama? kita ada kelas sampai petang ".
Sms nan satu itu buat hati kelabu semula. Encik hajat macam jauh .

Bermesej satu dua lagi . Dan berselang seli dengan panggilan ,
akhirnya tanpa diri yang pada mulanya perlu masuk menjengah menara itu ,
dia kata akan jumpa juga dalam kekangan masa antara satu dengan satu waktu .

Diri duduk tepi meja dekat tempat makan itu , keluarga memberi ruang meninggalkan si along. Nah ! datang dah mereka. Dengan benda beroda dua. Dia dengan kawannya . Ya, kenal juga dia. Kawan pada 'dia.

Dia hadiahkan senyuman dan pautkan kenangan pada waktu terhad itu .
Kami berbual dalam kerangka cerita yang dekat dekat saja.
Semoga hari itu turut menjadi sesuatu untuk adik saya yang seorang ini,

Nursyifaa izzati bt abd.aziz.
[ juga peminat buku dan puisi ]

Adik, maaf untuk semua yang lalu.
Dan terima kasih untuk saat itu .
Dan saat lain yang kamu ada selalu.

Dan terima kasih sudi berkawan dengan akak lagi :D

Oh ya , sila kuat hadapi apa juga dugaan yang mendatang .
Semua perkara ada sebab , dan sebabnya hanya ALLAH yang tahu .
Pandang depan, sila jangan jatuh . Biar rapuh tapi jangan hancur . Kuat !  :)
---
Teluk Kenangan di medan selera ( sebelah UMT )

Minda masih hijau lagi
Waktu dah mula menjeling
Harap tertakdirlah
Harap dengan segala rasa mahu

Mula sebelum sesuatu
kucuba cungkil rasa berkaca
mencari alasan utuh
untuk sebuah pertemuan dengan insan
yang lebih muda 5 angka

Alhamdulillah, dasar orang bersabar
dan mahu kerana Dia yang satu
syukur aku ditemukan dengan sicomel-kecil
yang terlihatkan mulanya tersipu-sipu
namun lamanya aku yang kaku

Teluk kenangan terpaku dikalbu.
Indah pada 23 Oktober 2012 yang lalu.
Semoga sudi bertemu di lain kali  :)

*senyum*

terima kasih syifa.
 terima kasih juga buat zzy yang melorongkan ukhwah kita. 
semoga ukhwah sampai ke syurga  :)








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top