Saya tidak tahu kenapa malam ini saya rasa sungguh berdebar. Saya takut akan kehilangan. Namun saya lagi takut berdepan kenyataan. Sesekali saya melihat notifikasi. Kosong. Tiada teguran seperti kebiasaan. 

Mana entah sosok yang sedang dirindu itu. Hilang tenggelam dalam kekabu yang dipeluk sayu. Saya tahu malah saya sedar manusia itu tidak berjanji apa apa. Ya, manusia yang saya sudah hias cantik tempatnya di hati saya. 

Saya tidak tahu bila mulanya saya terasa mula menyenanginya. Dengan kata yang sungguh biasa, namun gayanya yang hanya mesra dengan yang rapat dengannya saja benar memukau saya  Hanya dengan dengan memiliki senyumannya sahaja sungguh membuatkan saya bahagia. 

Tapi saya tahu mimpi indah ni takkan lama. Mimpi -mana mungkin lama. Sampai saatnya saya akan terjaga meneruskan kehidupan seperti biasa. Bangun pagi berhidangkan sarapan sepi dan malam berbantalkan rasa sendiri adalah rutin rasmi sebelum bertemu dia. Ya, dia ini entah datangnya dari mana .

Tuhan itu adil, setelah diambil satu, diganti pula dengan yang lain. Dan yang pastinya lebih baik untuk kita. Dan dengan gantian ini saya cuba hargai sebaiknya. Cuma tetap bertemankan rasa takut dan percaya yang dia ini juga tidak akan lama dengan saya. 

Sebak mula mendatangi saya tatkala mula menaip hakikat yang satu ini. Hakikat yang semua hanya pinjaman. Malah nyawa saya sendiri adalah pinjaman untuk diri. Tak tahu tarikh luputnya bila .

Dan untuk dia seorang ini, saya mahu mengucapkan rasa terima kasih untuk rasa bahagia ini. Saya janji rasa ini bukan sementara - saya akan tetap simpan selagi diizin Tuhan yang esa. Itu pasti selama-lamanya. 

Dan rasanya saya tak perlu bertanya Tuhan kenapa - cukup saya tahu hikmahnya untuk belajar banyak perkara. Ya, menjadi seorang manusia lebih baik dan berguna - itu yang saya banyak belajar daripada dia. Hari ini, saat ini, saya jatuh - jatuh cinta kali yang keberapa.

Moga Tuhan ampunkan dosa hati saya. Saya mahu sayang dia kerana Pencipta. Benar, saya mahu. Tuhan, maafkan saya - ya ?

Kami mengujimu dengan kesusahan dan kesenangan dan
kepada Kami kelak kamu kembali.
(Terjemahan al-Quran, surah al-Anbiya': 35)

-----------------------


I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.


p/s : astagfirullahala'zim 




Awan cerah mengiringi penulisan yang nipis ini. Untuk sahabat yang seorang ini, moga-moga penulisan bergenre puisi  ini dapat disudi hadam dan disenangi . Terima kasih kerana sudi menerima lantas memberi .

TERIMA KASIH :)




---

Kamu, dengan rasa gembira aku meraikan hari minggu ini dengan penuh berlagu  - sempena dua dekad ulang tahun kelahiranmu .

Kamu, dengan menginjak usia kukirimkan engkau khabar suka yang aku akan sentiasa ada- untuk temani kamu waktu ria dan lara .

Kamu, dengan hatiku yang masih biru, aku dengan malu-malu tetap mendoakan kamu itu sentiasa dipelihara Tuhan yang satu .

Kamu, dengan rasa syukur terpaling dalam, aku berterima kasih kerana Tuhan hadiahkan aku seorang sahabat yang sudi dekat menemani hatiku disaat terang dan kelam

Kamu, moga-moga kamu bahagia sentiasa,  apapun kamu , ku tetap terima seadanya , semoga kita bersahabat selamanya , moga kau berjaya dunia dan akhirat juga- insyaallah .


PASTI :)




Insyaallah ada jodoh kita bertemu - sayang selalu  :)


p/s:  http://instagram.com/arnamee 






Sesekali Anem cuba mendengar teliti dan memahamkan apa butir percakapan mereka itu. Lain .Memahamkan perbezaan dan menerima keunikan adalah salah satu nikmat kesyukuran. Loghat dan percakapan penduduk semenanjung atau yang dikenali Tanah Melayu , yang merdeka selama 56 tahun ini belum lagi dikhatam. Namun keterujaan untuk belajar nada percakapan Sabah Sarawak yang mula bersatu hati dengan Semenanjung semenjak 50 tahun lalu sehinggalah diberi nama Malaysia adalah sangat tinggi.

Dulu pandangan agak skeptikal, melihat peta ada jurang dan semacam kejauhan dengan Sabah Sarawak. Namun Anem boleh kata rancangan televisyen (seperti realtivi tv ), radio , internet (pendek kata media baru & media massa) , selain aktiviti dan program seperti Khidmat Negara (PLKN) (selain BTN) adalah memungkin Anem terasa dekat dan mengenali budaya sebelah sana selain diketahui melalui mata pelajaran sejarah dan pengetahuan am.


"Sia nda kisah , tatap sayang kau bha" .  Keterasaan yang mana Sabah , negeri cantik , indah dan permai itu sebahagian dari Malaysia dan jiwa raga sangat disematkan. Cita-cita untuk ke sana, jangan cerita. Bukan mahu memeluk Gunung Kinabalu saja , malah Pulau-pula tercantik dunia juga mahu diselam ke dasarnya. Haish, banyak lagi ni tempat cantik, bukan yang popular diperkata sahaja. Kena kumpul duit lah jika ada kemahuan mahu jejak kaki di tempat yang mahu dirasa. Ye, dak ?

Dulu Anem pernah cerita tentang kemahuan mahu jejak kaki ke Sarawak, banyak keunikan yang mahu dijilat kunyah. Bila dah mahu, jauh susah bukan kira. Artikel Sarawak [sini] itu mendapat bacaan ramai juga, seronok usah dipertikan . "Kamek mahu belajar kelakar Sarawak tuk ".

+ Sejarah penubuhan Malaysia baca di sini : artikelnya.

Semenanjung + Sabah + Sarawak = Malaysia.

+ Video Malaysia Kau Ku Cinta Adibah Noor & Dina  [ lirik ] : 




+ Video Lagu Saya ANAK MALAYSIA 2011



Sekian jom layan lagu satu Malaysia satu bahtera: 


Baiklah untuk semua, rasa sama dan bangga Anem kongsikan , selamat Hari Malaysia semua ! Semoga Tuhan sentiasa memberkati dan melindungi kita apa adanya . Anem sayang semua- Semenajung Sabah Sarawak!


p/s : Anem berasal dari Selangor , namun kini tinggal di Perak :)


Aku ini sering memahu
Untuk segagah dia yang tahan kantuknya
Berpagi berdiri menyiap segala

Aku ini sering memimpi
Untuk sepersis dia menepis sedih luka
Diganti hidangan dengan senyuman bercahaya

Aku ini sering mengingini
Untuk seperkasa dia bertulang besi
mengemas, membersih teratak keluarga

Aku ini, yang sering bermimpi harap ini,
Akan terus berlari -
menjadi harapan dia yang tinggi
menjadi tongkat dia di sisi ,

Walau :
Sampai mati pun takkan terbalas budi
dan semua jasanya sang bidadari
Akan tetap kucuba menjahit cita-cita dihati
- semoga dia beroleh suka di hati

Walau :
Berjuta wajah hadir bertamu
Takkan dapat tergantikan dia -
kerana dia satu ,
pemilik sayangku yang takkan hilang


SELAMAT HARI LAHIR BUAT BONDA 
pada 10 September .


p/s: Along sayang Emak sangat. Semoga dipermudahkan dunia akhirat .
Alhamdulillah untuk semua nikmat . 








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top