#Thejourney filem Malaysia yang menarik ( 很好看 ) #InilahMalaysiaKita




Ada yang bertanya kenapa filem The Journey sangat disukai ramai sehingga memecah rekod pecah panggung dalam negara. Sedang orang yang buat filem memikirkan petua atau tips untuk menarik ramai ke pawagam, The journey dalam senyap telah berjaya dengan penuh bergaya. Dan dinyatakan di sini ia membawa budaya yang berbeza dari budaya sebahagian kita.

[ Lama dalam draft - baru publish . Filem yang pertama kali saya tonton tanpa membaca review dan sinopsisnya ]

Kenapa di sukai? Jawapannya mudah sahaja, sebab ia Dekat di hati  (worth it untuk ditonton ). Bagi saya tema filem ini adalah menjual perkara yang semua manusia mahu beli: iaitu impian ( 梦想). Impian semua orang, untuk diterima (anak mahu ayah menerima pasangan) dan seperti impian belon terbang (hajat kawan sekolah lama). 

Filem ibarat masakan. Kalau adunan dan ramuan sedap dan sebati, orang akan suka makan untuk tambah lagi. Makanan itu berjaya buat orang terkenang dan mengajak orang lain untuk sama makan sekali. 

Begitu juga The Journey. Ia tidak perlu pelakon yang begitu dikenali (popular) atau nama besar. Cukup semua pelakon boleh berlakon dengan baik, dari watak utama sehingga ke watak tambahan lain. Semua berlakon dengan begitu bersahaja dan ikhlas.


Menyentuh tentang sinematografi serta pemandangan , filem ini berjaya menguasainya teknik kamera dengan baik. Memilih tempat dan suasana cantik dan indah di Malaysia seperti Sabah, Pulau Pinang dan Pahang antaranya, berjaya menangkap hati penonton dengan sentuhan visualisasinya. Sangat menguntungkan dari aspek pelancongan.

Jalan cerita filem ini yang sangat dekat dan realiti dengan penonton ( ada cakap tema ini seperti kebanyakan drama di Malaysia ), ia tema ringan yang sekeluarga yang sesuai ditonton. Ada perkara yang mencuit hati (kelakar tersendiri tapi tidak lawak kosong), malah ada krisis yang kita ternanti kesudahannya serta beberapa lagi yang masih buat kita terkenang hingga kini.

Menurut pengarah The Journey, selain semua orang memberi kerjasama, ada beberapa adegan dalam filem ini adalah berkisar realiti. Dan realiti itu dari hati, apa saja dari hati pasti akhirnya akan menyentuh ke hati . 


Untuk kawan sekerja saya, Gee Siang terima kasih kerana berjaya membawa saya menonton filem ini. Walau pada awal tayangannya di Teluk Intan tempoh hari, hanya saya seorang melayu di panggung. Apapun 我给4颗星 untuk filem ini. Sekian. (y)




[ Review lain filem The Journey boleh dibaca di
lydia-gan.blogspot.
& sweetsurrender.99.com.my ]



p/s : Menonton filem ni buat saya Rindu Abah

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top