Artikel berkaitan:
- Salahkah kalau kita nak berubah, bertaubat jadi lebih baik?
- Tips / ubat malas beribadah
- Cara menjadi lebih baik (Hijrah)
- Nak jadi baik susah?
- Istiqamah Dalam Hijrah
Tips istiqamah dalam beribadah ( kekal berubah buat amalan )
- - Jaga konsistensi ibadah kerana ia adalah jambatan hubungan kita dengan Allah. ( Jika jambatan rapuh bagaimana mahu berhubung dengan dia untuk terus menguatkan ? )
- - Berada bersama-sama dengan orang yang inginkan perubahan / biah yang soleh, solehah. ( Tidak perlu umum atau canang perubahan yang kita lakukan. Cukup setkan minda mahu berubah dan berusaha )
- - Ambil sedikit masa untuk take a step back and reflect - muhasabah diri. ( persoalkan diri kenapa berubah , apa kita mahu ubah , apa akan terjadi, kesan dan ganjaran )
- Buat perubahan yang kecil dan termampu. ( sedikit yang berterusan lebih disukai Allah ) “Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim)
- - Displin yang tegar . Latih , latih dan terus berlatih . Percaya semua perubahan mampu dilatih.
- - Jangan sesekali cuba untuk kembali kepada jahiliyyah walaupun sedikit. ( sentiasa dekat dengan Allah. Jika dah merasai kemanisan iman , tidak akan rasa mahu kembali ke jalan maksiat lagi )
- - Doa, doa , doa - “ Allahumma yaa muqallibal qulub, tsabbit qulubana a’la deenik” Sentiasa doa pada Allah, minta kekuatan untuk ikhlas beristiqamah
- -Memujuk dan memotivasikan hati dengan kata-kata membina. Ingatkan diri bahawa Allah lebih suka orang yang berusaha untuk mendekatkan diri denganNya dan mematuhi semua perintahNya. Biar orang lebih dari kita, asalkan apa kita ada lebih berkat di sisiNya.
- - Membuat matlamat dan plan yang terperinci in terms of steps and strategies untuk mencapai matlamat dan perubahan
- - Memperbanyak istighfar dan mengimbau kesalahan-kesalahan lalu. Bila kita muhasabah kita akan rasa malu banyak buat dosa. Jadi kita kena tingkatkan kebaikan berbanding dosa.
Yakinlah Allah bersama kita. Biarlah pahit bagaimana pun sesuatu itu, jangan mengalah. Macam kopi, sebelum tu kita fikir pahit. Dah rasa kita ketagih pula dengan aromanya.
Sesungguhnya iman bukan semata-mata ucapan tetapi memerlukan ujian untuk mensabitkan bahawa kamu diuji dan berjaya dalam ujian. Fitnah merupakan ujian, justeru jangan menyangka masalah berlaku secara mudah dengan hanya berkata kami membawa dakwah kebenaran- [Syeikh Sya'rawi]
"Jagalah Allah, nescaya engkau akan senantiasa mendapati-Nya di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang nescaya Dia akan mengenalimu saat kesulitan, ketahuilah bahawa apa yang ditetapkan luput darimu tidak akan pernah menimpamu dan apa yang telah ditetapkan menimpamu tidak akan pernah luput darimu.Ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi ujian dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan." (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Sekian, perkongsian daripada majalah JOM.
Terima kasih.
Terima kasih.
0 yang menasihati:
Post a Comment
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.