Showing posts with label jalan kembali. Show all posts
Showing posts with label jalan kembali. Show all posts

Nak berubah semua orang boleh. Nak jadi baik semua orang boleh. Tapi nak terus berubah dan kekal baik tu perlu semangat dan kesungguhan yang tinggi. Kalau tak kuat, boleh tergoyah. Antaranya apa yang boleh dibuat bagi mengekalkan momentum untuk terus istiqamah beribadah dengan semangat atau terus berada di landasan yang disukai Allah ? Jom kita baca, cuba.

Artikel berkaitan: 


brotherhoodsart


Tips istiqamah dalam beribadah ( kekal berubah buat amalan  )

  • - Jaga konsistensi ibadah kerana ia adalah jambatan hubungan kita dengan Allah. ( Jika jambatan rapuh bagaimana mahu berhubung dengan dia untuk terus menguatkan ? )
  • - Berada bersama-sama dengan orang yang inginkan perubahan / biah yang soleh, solehah. ( Tidak perlu umum atau canang perubahan yang kita lakukan. Cukup setkan minda mahu berubah dan berusaha )
  • - Ambil sedikit masa untuk take a step back and reflect - muhasabah diri. ( persoalkan diri kenapa berubah , apa kita mahu ubah , apa akan terjadi, kesan dan ganjaran )
  • - Buat perubahan yang kecil dan termampu. ( sedikit yang berterusan lebih disukai Allah ) “Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim) 
  • - Displin yang tegar . Latih , latih dan terus berlatih . Percaya semua perubahan mampu dilatih.
  • - Jangan sesekali cuba untuk kembali kepada jahiliyyah walaupun sedikit. ( sentiasa dekat dengan Allah. Jika dah merasai kemanisan iman , tidak akan rasa mahu kembali ke jalan maksiat lagi )
  • - Doa, doa , doa - “ Allahumma yaa muqallibal qulub, tsabbit qulubana a’la deenik” Sentiasa doa pada Allah, minta kekuatan untuk ikhlas beristiqamah
  • -Memujuk dan memotivasikan hati dengan kata-kata membina. Ingatkan diri bahawa Allah lebih suka orang yang berusaha untuk mendekatkan diri denganNya dan mematuhi semua perintahNya. Biar orang lebih dari kita, asalkan apa kita ada lebih berkat di sisiNya.
  • - Membuat matlamat dan plan yang terperinci in terms of steps and strategies untuk mencapai matlamat dan perubahan
  • - Memperbanyak istighfar dan mengimbau kesalahan-kesalahan lalu. Bila kita muhasabah kita akan rasa malu banyak buat dosa. Jadi kita kena tingkatkan kebaikan berbanding dosa. 

Yakinlah Allah bersama kita. Biarlah pahit bagaimana pun sesuatu itu, jangan mengalah. Macam kopi, sebelum tu kita fikir pahit. Dah rasa kita ketagih pula dengan aromanya.

Sesungguhnya iman bukan semata-mata ucapan tetapi memerlukan ujian untuk mensabitkan bahawa kamu diuji dan berjaya dalam ujian. Fitnah merupakan ujian, justeru jangan menyangka masalah berlaku secara mudah dengan hanya berkata kami membawa dakwah kebenaran- [Syeikh Sya'rawi]

- Gambar Oleh Syaheed

"Jagalah Allah, nescaya engkau akan senantiasa mendapati-Nya di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang nescaya Dia akan mengenalimu saat kesulitan, ketahuilah bahawa apa yang ditetapkan luput darimu tidak akan pernah menimpamu dan apa yang telah ditetapkan menimpamu tidak akan pernah luput darimu.Ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi ujian dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan." (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)


Sekian, perkongsian daripada majalah JOM.
Terima kasih.


“Those who struggle in Allah’s way, the doors of Allah will open in their way” - Mereka yang berjuang untuk ke jalan Allah, akan dibukakan pintu ke arah-Nya” .

Beginilah, nak berubah jadi lebih baik, semua orang nak. Tapi jalannya tak mudah, kalau kita tak betul-betul kuat. Memang susah. Tapi Tuhan dah cakap setiap perkara susah, akan ada mudah. Apatah lagi kalau niat kita baik dan ingin kembali kepadaNya. Memandang kita hidup tak tahu sampai bila , adalah lebih baik kita jangan bertangguh. Mulakan dengan perlahan-lahan. Yang penting apa kata Tuhan, bukan apa kata orang. Istiqamah (terus) dan bersabar , insyaallah . Baik, Nah Anem kongsikan tip kekal di jalan yang lurus yang Anem dapat dari sebuah buku tempoh hari. Nak menambah atau kongsi pengalaman, dipersilakan.

Artikel berkaitan: 



1. Jangan bimbang dengan pandangan orang lain .

Abu Talib begitu bimbang mengenai tanggapan pembesar Quraisy setelah beliau meninggal dunia sekiranya memeluk islam. Kerisauan ini menyebabkan Abu Talib tidak mengucap kalimah syahadah .

2. Fokus kepada diri sendiri.

Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita lebih banyak menilai orang lain . Sibukkan dengan muhasabah dan memperbaiki diri terlebih dahulu.

3. Istighfar dan taubat .

Memohon selalu keampunan tuhan dengan menghadapkan hati dan diri kepadanya

4. Amalan yang berterusan .

Kekal dan tambahkan amalan . Caranya : ikhlaskan hati dan mengikut contoh Rasulullah SAW.

5. Sampaikan kebaikan

Hidayah akan kekal dan berterusan jika kita menjadi agen penyampai amar maaruf nahi mungkar kepada orang lain. Ya , marilah kita sebarkan kebaikan dan kasih sayang , bukannya kebencian atau keburukan dan kejahatan .

6. Cari kawan yang soleh (yang baik)

Pilih sahabat yang jujur dan akan membantu dan mengingatkan kita saat kita tergelincir.

7. Rajin mencari ilmu .

Kita perlukan ilmu untuk terus berada di jalan yang benar . Terus menggali ilmu daripada sumber sahih tanpa henti. Lebih banyak kita menimba ilmu, lebih banyak kita sedar yang sebenarnya selama ni banyak benda yang kita tak tahu .

8. Menjaga mata

Tundukkan pandangan , kerana khuatir pandangan itu daripada pandangan syaitan . Dengan cara ini kita secara tak langsung akan menjaga bicara dan hati kita juga dari mengata sesuatu yang tak kena pada jiwa kita.


Hadis Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

“Ada tiga perkara, barangsiapa yang ketiganya ada pada dirinya maka dia akan mendapatkan manisnya iman. (Tiga perkara tersebut adalah) menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya, mencintai seseorang -tidak mencintainya melainkan- kerana Allah, dan membenci kembali kepada kekafiran sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan ke dalam neraka.”
[HR Al Bukhari (16) dan Muslim (43)]

Teruskan istiqamah, sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan kita . Walaupun setiap kali kita salah, kita sedar bertaubat dia terima, kita buat lagi, dia tetap terima walau berapa kali, tapi kita seharusnya mempunyai sifat malu sendiri atas sikap kasihNya dia. Tetapkan niat, yang penting adalah pandangan Tuhan lebih dari pandangan sesiapapun.  Bi Hifzillah !

Perkongsian diambil dari Wardina Saffiyah Fadlullah , Gen-Q 17.


p/s: lagu ni best :)









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top