Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Niat puasa sunat asyura 10 muharram & Kelebihan puasa sunat asyura


Salam Muharram. Ok. Kali ni Anem kongsikan niat puasa sunat Asyura pula & Kelebihan puasa sunat asyura .( Jika sebelum Anem ada post entri : resepi bubur asyura dari pelbagai negeri

NOTA : 
Tak sempat sahur/ lupa niat , boleh puasa sunat. Puasa sunat boleh niat sebelum zohor ikut mazhab Syafi'e. Niat tak semestinya dalam bahasa arab, Perkara batalkan puasa tetap sama. Amalan hari asyura adalah seperti biasanya, seperti hari jumaat. Banyakkan bersedekah, mengaji & ibadah lain. Tak ada amalan pelik-pelik ya.
JIKA ADA SEBARANG KESALAHAN PADA ARTIKEL INI , SILA NYATAKAN DI BAWAH YA ? KITA KONGSI ILMU SAMA-SAMA . TERIMA KASIH :)

Ok, ada yang tanya jika 10 Muharram ni jatuh pada hari sabtu, boleh tak puasa sabtu sahaja, atau puasa hanya pada 10 MUHARRAM sahaja, boleh tak  ? 

Jawapannya disunatkan puasa sebelum atau sesudahnya kerana tidak mahu menyamai puasa orang yahudi, mereka berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja. Mereka berpuasa pada hari itu, satu hari sahaja. Sebenarnya jika jatuh pada hari lain pun begitu juga sunatnya. Sehari sebelum atau sehari selepas.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.  Atau 9, 10, 11.




Niat Puasa

.
a.  Niat puasa hari ke 9 Muharam (Hari Tasu’a)  ialah:

 * NAWAITU SAUMA GADHIN MIN YAUMI TASU'A SUNNATAN LILLAHI TA’ALA


( sumber : shafiqolbu )
b .  Niat Puasa Sunat 10 Muharram (Puasa Sunat ’Asyura)

 


NAWAITU SAUMA GHODIN  MIN YAUMI ‘ASYURA SUNNATTAN LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa sunat hari ’Asyura pada esok hari ,  kerana Allah ta’ala.”
* KALAU NIAT PADA SIANG , GHODIN ( BERMAKSUD ESOK ) TAK PERLU DINYATAKAN :)

NIAT PADA HARI LAIN SELAIN ASYURA, TASU'A DALAM BULAN MUHARRAM - NIATKAN -SAHAJA AKU BERPUASA SUNAT PADA ESOK HARI KERANA ALLAH TAALA. 

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.


 إِنِّى أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّيِّئَةَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهَا Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa )



SEJARAH MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada bulan tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.



14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

(Bukan asyura je, bulan lain, hari lain sangat digalakkan juga)

1. Melapangkan masa / belanja anak ,  isteri2
2. Memuliakan fakir miskin
3. Menahan marah
4. Menunjukkan orang sesat
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
6. Bersedekah
7. Memelihara kehormatan diri
8. Mandi Sunat
9. Bercelak
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
11. Sembahyang sunat empat rakaat
12. Membaca
13. Menjamu orang berbuka puasa
14. Puasa
Niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’


Antara amalan yang digalakkan pada hari `asyura (10 muharram) ialah:

i) Menunaikan puasa sunat sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahunsebelumnya.(Riwayat Muslim)Bagi membezakan amalan puasa sunat pada hari tersebut dengan puasa orangYahudi, maka disunatkan umat Islam berpuasa pada hari 9 dan 10 Muharram,kerana orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

ii) Membanyakkan amal kebajikan seperti sedekah, membaca al-Quran,melapangkan masa untuk keluarga, memuliakan fakir miskin, menahan marah,menunjukan jalan bagi orang sesat, memelihara kehormatan diri,, mandisunat, sembahyang sunat empat rakaat, menjamu orang berbuka puasa danlain-lain.Mengenai pahala yang akan diberikan di atas kebajikan yang telah dilakukan itu terpulang kepada Allah.SWT.
Puasa 'Asyura sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan keterangan beberapa hadis, antaranya :

1.    صُوْمُوا يَوْمَ عَاشُورَاء ، وَخَالِفُوا اليَهُودَ ، صُومُوا يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ يَوْمًا بَعْدَهُ - Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura, dan bezalah dengan (puasa) Yahudi, (oleh itu) berpuasalah (juga) sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya ( Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya I/241 ; Ibnu Huzaimah - 2095 - di dalam sanad hadis ini Ibnu Abi Laila yang kurang kuat hafazannya)

2. صُومُوا اليَومَ التَّاسِعَ والعَاشِرَ وَخَالِفُوا اليَهُودَ - Berpuasalah kamu pada hari yang ke sembilan dan hari yang ke sepuluh, dan bezakanlah dengan (puasa) Yahudi. ( daripada Ibnu Abbas r.a. melalui jalan Al-Baihaqi IV/287 - Sanadnya Sahih )

3. إِنِّى أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّيِّئَةَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهَا - Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa )

Berdasarkan keterangan hadis-hadis di atas maka dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya :

1. Puasa Asyura sunat hukumnya. Ia dilakukan pada hari yang ke sepuluh dari bulan Muharram. Tetapi jika selain 10 Muharram, juga dilakukan sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya adalah lebih baik untuk membezakan antara ibadat Umat Islam dengan ibadat Yahudi.

2. Para ulamak berpendapat tentang derjat puasa Hari Asyura : Derjat I : Puasa tiga hari 9,10,11 Muharram ;  Derjat II : Puasa dua hari 9 dan 10 Muharram ; Derjat III : Puasa Asyura hanya sehari iaitu 10 Muharram saja. Namun demikian jika seseorang berpuasa hanya sehari saja (10 Muharram) juga sah, tetapi jika lebih sehari adalah lebih afdhal.

3. Fadhilat puasa Asyura : Siapa yang melakukan puasa Asyura nescaya Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya selama setahun sebelumnya. Namun demikian, pengampunan dosa tersebut terbatas hanya dosa-dosa kecilnya saja, sedangkan dosa-dosa besar hanya akan diampuni melalui Taubat Nasuha.

4. Selain itu juga terdapat beberapa hadis tentang fadhilat hari Asyura, antaranya : ( Barangsiapa yang memberi kelapangan dan keselesaan kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan memperluaskan rezekinya sepanjang tahun ) - (HR Tabarani). Semua hadis seumpama ini derjatnya dhaif (lemah). Imam Al-Nawawiy berkata dalam kitabnya "Al-Adzkar" : Ulama Hadis berkata : Dibolehkan beramal berdasarkan hadis dhaif (lemah) dalam fadhilat amalan selagi hadis tersebut bukan hadis maudhu' (palsu). 

5. Doa pada Hari Asyura :

يَا مُحْسِنٌ قَدْ جَــاءَكَ المُسِيْئُ ، وَقَدْ أَمَرْتَ يَا مُحْسِنٌ بِالتَّجَــاوُزِ عَنِ المُسِيْئِ ، وَأَنْتَ المُحْسِنُ وَأَنَـــا المُسِيْئُ ، فَتَجَــاوَزْ عَنْ قَبِيْحِ مَا عِنْدِي بَجَمِيْلِ مَا عِنْدَكَ ، فَأَنْتَ بِالمَعْرُوْفِ مَوْصُوْفٌ ، أَئْتِنِي مَعْرُوْفَكَ ، وَأَغْنِنِي بِــهِ عَنْ مَعْرُوْفِ مِنْ سِوَاكَ ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ  - ( Wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh telah datang kepada-Mu orang yang berdosa ini, wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh Engkau telah menyuruh agar memaafkan kesalahan orang yang berdosa, sedangkan Engkau Maha baik dan aku pula berdosa, oleh sebab itu hapuskanlah keburukan yang datang dari sisiku dengan keindahan yang ada di sisi-Mu, Engkau disifati dengan sifat makruf (baik), oleh itu anugerahkanlah kepadaku sifat makruf-Mu itu, dan cukupkanlah daku dengan makruf-Mu itu sehingga aku tidak memerlukan makruf daripada selain Engkau, dengan berkat rahmat-Mu, wahai Allah Yang Maha Pengasih ). ( Doa ini berasal daripada Saidina Ali Bin Abu Talib r.a. sebagaimana dinyatakan oleh ulama Hadis - Mereka berkata : Doa ini bagus diamalkan pada Hari Asyura )

Penjelasan di atas berdasarkan kitab-kitab berikut :

1. Kitab Al-Mughniy - Ibnu Qudamah - Juz IV / 440 - 442
2. Zaad Al-Ma'aad - Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah - Juz II / 63 - 73
3. Fadhail Al-Syuhur Wa Al-Ayyam - Imam Abdul Ghaniy Bin Ismail Al-Nablusiy - Hlmn. 70 - 75

Gambar: Mufti Wilayah Persekutuan (Facebook | Laman web)

50 yang menasihati

  1. SALAM..AWAK..SAYA MOHON SHARE YE,..UNTUK PERKONGSIAN ILMU.T.Q

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:37 PM

    Salam ...mohon share... moga Allah swt memberkahti segala usaha

    ReplyDelete
  3. salam ukhuwah utk tuan rumah..akak follow sini

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:33 AM

    assalam...mohon share ye..time kasih..

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:14 AM

    Assalamualaikum, Niat puasa ke 9 atau ke 11 ikut sama macam niat puasa yang ke 10 muharram ke?

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:20 PM

    salam... nak tnya niat hari yg lain dlm bulan muharam macam mane yer?

    ReplyDelete
  7. Salam, terima kasih pada yang sudi share dan berkunjung, pada persoalan yang ditanya, akan dibuat penambahan, Maaf ya :)

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:17 AM

    salam..mohon share ye.. terima kasih atas perkongsian....

    ReplyDelete
  9. Anonymous10:55 PM

    mohon share yea..

    ReplyDelete
  10. Anonymous1:19 AM

    mohon share yea...

    ReplyDelete
  11. Anonymous6:18 AM

    Assalamu'Alaikum. Mohon syer ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Anonymous6:53 AM

    Mohom share ye, terima kasih

    ReplyDelete
  13. Anonymous9:37 AM

    As Salam....mohon copy ye... Timekaseh krn berkongsi ilmu... (^_^)

    ReplyDelete
  14. Assalam, mohon copy... TQ..

    http://babyeulfah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. Assalamu'alaikum , terimakasih mhon copas juga he :)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...Mohon share ye... :)

    ReplyDelete
  17. assalam , nak tnya skit blh tak ??? blh kn puasa sesudah hari tu , hari khamis ni 10 muharram kn so nk bezakan dgn org yahudi lbih afdhal puasa tuu , niatnya tetap sama tak ?? yg nawaitu sauma 'asyura sunnatan lillahi taala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat puasa selepas 10 muharram iaitu esoknya; 11 muharram ,
      macam niat puasa sunat biasa.
      Dalam bahasa melayu pun boleh , macam ni:

      Sahaja aku berpuasa sunat pada bulan Muharram kerana Allah Taala

      - Nawaitu sauma fi syahri Muharram sunnatan lillahi ta’ala.

      Wallahualam :)


      Delete
  18. Anonymous2:31 PM

    Klu x puasa pd 9 muharam tp gntikn pd 11 muharam blh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, gantikan . Sebab puasa asyura tidak digalakkan dalam satu hari, kena puasa bersama hari sebelum atau selepas. Tapi lebih afdhal sehari sebelum. TAPI Jika sehari selepas, tidak salah :)

      Delete
  19. Anonymous6:51 PM

    mohon share terima kasih

    ReplyDelete
  20. Mohon share terima kasih :)

    ReplyDelete
  21. Anonymous1:03 AM

    Slm mohon share.. t.ksh

    ReplyDelete
  22. Anonymous1:46 AM

    teriiima kasehhhhhhh

    ReplyDelete
  23. Anonymous5:59 AM

    http://almanhaj.or.id/content/2034/slash/0/hari-asyura-10-muharram-antara-sunnah-dan-bidah/

    ReplyDelete
  24. Anonymous2:01 PM

    Sangat berguna..mohon share..tima kasih

    ReplyDelete
  25. Anonymous9:39 PM

    14 Perkara yg diatas hadits nya tdk shahih,...bisa menjadi bid'ah

    ReplyDelete
  26. Anonymous11:39 AM

    Cik, terima kasih atas ilmu yang bermanfaat dan izinkan saya menyebarkan pada saudara2 kita diluar sana...Semoga Cik diberkati Allah, kesihatan yang berpanjangan.

    ReplyDelete
  27. Anonymous1:18 AM

    Alhamdulillah ... ilmu yang sangat berguna... utk amalan bersama... amin...

    ReplyDelete
  28. Izin save gambar yaa, mau share. Thanx

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah..terima kasih atas penerangan yang sangat jelas. Moga ilmu ini dapat kita amalkan bersama-sama.

    ReplyDelete
  30. Anonymous1:26 AM

    #alhamdulillah ilmu yg sangat bermanfaat
    #insyaallah akn diamalkn

    ReplyDelete
  31. prous muslim5:38 AM

    Yg berisi : dari ibnu abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda apa itu benar adanya ? Kalo iya ada di hadist apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas teguran. Sudah semak. Ia maudu' .

      Delete
  32. Subhanallah..perkongsian yang sangat baik
    Sama2 kita manfaatkannya. In Sha Allah

    ReplyDelete
  33. Klu nak puasa 3hari berturut bole ke? 9,10&11?

    ReplyDelete
  34. Klu nak puasa 3hari berturut bole ke? 9,10&11?

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum.....
    Smoga allah mengampuni dosa kita
    Aminn

    ReplyDelete
  36. salam muharram ni, kira macam menegur salam jumaat begitu. Assalamualaikum ya tu benarnya. :)

    ReplyDelete
  37. Ilmu yang bermanfaat

    ReplyDelete
  38. Terima kasih anem atas ilmu yang diberikan ������

    ReplyDelete
  39. Anonymous5:50 AM

    Dibawah tajuk "KELEBIHAN" tu xde isi. Drp peristiwa terus ke perkara sunat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. Baru buang perkataan tersebut. Boleh rujuk gambar untuk kelebihan. Terima kasih. Wallahua'lam.

      Delete
  40. Assalammualaikum..
    Tahun ini 1440 hijrah , 10 muharram jatuh hari khamis.boleh tak sy puasa 9,10,11 muharram, maksudnya rabu ,khamis dan Jumaat iaitu 3 hari berturut-turut..? TK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Boleh. Sangat digalakkan. :)

      Delete
  41. ASSALMU'ALAIKUM
    SEMUGA ALLAH MEMBALAS ATAS KEBAIKANYA YG SUDAH MENGINGATKAN PUASA DI BULAN MUHARAM/ASYURA

    ReplyDelete
  42. Terima kasih...sangat bermanfaat..izin share ye

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top