Semua orang nak jadi hebat jika boleh di dunia juga di akhirat. Dan antara syarat nak jadi hebat adalah menunaikan sembahyang (solat). Yang merupakan antara lima rukun islam. Kenapa solat ?
Kita perlu solat sebagai tanda tunduk dan patuh kepada Tuhan yang menjadikan kita. Malah kita tak minta pun, Dia beri nikmat yang banyak pada kita. Dia maha berkuasa, Dia tak beri pun tak apa. Tapi Dia maha penyayang, jadi Dia beri juga walaupun kita tak selalu ingat Dia. Subhanallah. Selain itu solat juga merehatkan kita seharian, buat hati tenang dan banyak hikmahnya dari segi kesihatan.
Paling istimewa
Istimewanya ibadah lain disampaikan melalui jalan wahyu perantaraan Jibrail. Namun solat, Nabi terima sendiri secara langsung daripada Allah.
Anas bin Malik menceritakan :
“ Difardukan solat ke atas Nabi S.A.W, ketika israk sebanyak 50 rakaat. “
“ Kemudiannya dikurangkan sehinggalah menjadi lima rakaat. Kemudiannya diseru: “Wahai Muhammad, sesungguhnya tidak berubah ketetapan di sisi-kU. Maka bagimu yang lima ini sebagaimana yang 50 itu ( nilai pahalanya).” - [ Riwayat al-nasa’i]
Yang pertama.
Solat juga adalah amalan pertama yang dihisab kelak.
“ Perkara pertama yang dihisab atas seorang hamba itu pada hari kiamat ialah solat. Sekiranya elok solatnya, eloklah seluruh amalannya.”- [ Riwayat al-Tabrani ]
Yang terakhir.
Yang terakhir juga biasanya istimewa. Solat adalah wasiat terakhir Nabi kepada kita. Ummu Salamah, isteri baginda menceritakan: “Nabi berpesan semasa sakitnya sebelum Baginda wafat: “Solat, Solat. Dan hamba-hamba kamu”. Tidak henti-henti Nabi berpesan sehingga Baginda sendiri tidak mampu berkata-kata lagi.- [ Riwayat Ibn Majah ]
Pemurahnya Allah mewajibkan sesuatu kepada hamba-Nya dengan sesuatu perkara melainkan diberi-nya juga ganjaran. Cukup lumayan sekiranya kita menjaga solat.
Syurga menanti di firdaus.
Allah berfirman: “ Dan mereka yang menjaga solatnya. Merekalah para pewaris. Yang mewarisi syurga firdaus, mereka hidup kekal di dalamnya.” - [ Al-Mukminum 9-11 ]
Dalam satu hadis qudsi Allah berfirman:
“ Aku telah fardukan atas umatmu lima solat. Aku berjanji dengan diri-Ku, bahawa siapa yang sungguh-sunggu menjaganya pada waktunya, akan Aku masukkan ke syurga. Dan sesiapa yang tidak menjaganya, tiadalah untuknya janji-Ku itu.” - [ Riwayat Ibn Majah ]
Berbicara dengan Allah.
Semasa solat sebenarnya kita sedang berbicara dengan Allah. Allah berfirman, “ Aku bahagikan solat kepada dua; antara Aku dan hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku apa yang dia minta.”
Tatkala hamba-Ku berkata: ‘Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin.”
Allah membalas: “ Hamba-Ku memuji-Ku.”
Apabila dia berkata: “Arrahmanirrahim.”
Allah menjawab: ‘Hamba-Ku memuja-Ku.”
“ Maliki yaumiddin”
Allah menjawab: “Hamba-Ku ini mengagung-agungkan-Ku.”
“Iyyaka na’budu wa iyyakan nasta’in.”
Allah membalas: “ Inilah antara-Ku dengan hamba-Ku, dan bagi hambaKu apa yang dia pohon.”
Maka apabila dia berkata : “( baki surah al-fatihah).”
Allah membalas: “ Inilah untuk hamba-ku, dan bagi hamba-Ku apa yang dia pohon.’
[Riwayat Muslim ]
Subhanallah. Indahnya sekurang-kurangnya 5 kali sehari kita berbual dengan Allah.
“ Saat paling hampir antara hamba dan Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud. Maka perbanyakkanlah doa kala itu.”[ Riwayat Muslim ]
Entri berkaitan :
-Solat bukan susah pun, sayang
-Tips khusyuk dalam solat
Jadi, selagi hidup tak terlewat memulakan apa pun perkara baik, jadi jom kita solat!
[ Ezy Dakwah, Solusi ]
1 yang menasihati
SubhanaAllah,. Thanks atas peringatan ni.. ^_^
ReplyDeleteUntuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.