Showing posts with label kenapa perlu solat. Show all posts
Showing posts with label kenapa perlu solat. Show all posts



Tanweer [redha] - Ustaz haryanto.

- Elak jika boleh sebelum mencegah.

- Mulakan solat sunat.

--ilmu--

Faham itu rezeki. Rezeki kita tak sama. Setiap orang faham berbeza. Jadi doakanlah agar kita diberi kefahaman.

Rezeki berkat.

Orang berpaling dari rahmat Allah akan :

-Susah beribadah
-Tak malu buat jahat
-Tak ada selera buat ibadah
-Tertutup rasa nak buat ibadah

Jika takut jauh dari rahmat Allah kerana rasa selalu buat dosa, taubat & beristighfarlah.

Orang beriman hargai ilmu

Istighfar diringi taubat.

Istighfar bukan hanya di mulut. Bukan disalahguna atau disalah erti. Patut buat makin insaf dan dekat dengan Allah.

Hati diservis dengan ilmu.
Lihat wajah mak ayah.
Bersedekah.
Duduk dengan orang soleh.

Beristighfar di mana saja berada. Sebab tak tahu bila pengampunan Allah turun.

Lazimi istighfar.

Azzariyat ; 18.

Semakin tengah malam, makin banyak cabaran.

Allah angkat darjat hambaNya yang masuk syurga. Hamba itu bertanya; kerana istighfar anakmu untukmu.

Kelebihan istighfar;
- Jauh dari siksaan Allah.
- Mendapat rezeki melimpah ruah dan anak. [Nuh: 10-12]
- Mendapat kekuatan daripada Allah. [ Hud : 52 ]

Penghulu istighfar. [ Ada dalam mahturat ] Orang yang beramal dengan penghulu istighfar, akan dapat keampunan dan syurga.

Akhiri apa kita buat dengan beristighfar.

Sedikit mencukupkan. Banyak menyenangkan semua.

Dosa luaran dan dalaman.

-- Saf --

Tanda dapat taufiq hidayah
- Jaga ibadah
- Tak ada selera dengan maksiat. Leave group yang tak baik
- Nampak kelemahan diri

Bersatu itu rahmat. Berpecah itu azab.

Paling penting kualiti hati.

Tuhan hapuskan dosa mereka yang bertasbih.

Anak solat jemaah senang dengar nasihat.

Kalau saf tak sama bukan masalah kaki, tapi masalah hati.

Al-a'raf 31

Nak malaikat doakan ada di saf pertama.

Rapat saf;
- bahu. - kaki -

Imam kena fakih.

Kenapa luruskan saf
- Allah kasih mereka yang berada dalam saf (tersusun). Ibarat bangunan kukuh.
- Lambang kesungguhan dalam berjemaah.
- Melatih displin, boleh tegur
- Mendidik hati tawaduk , rendah hati. Fikir orang lain
- Seimbangkan cas.

Dalam perhubungan pertama adalah pemahaman; faham tanggungjawab sendiri. Dan baru persefahaman itu datang. - Ustaz Don (Tanweer). 

Solat--

Solat untuk bersihkan hati. Solat itu kewajipan. Bab lain orang tu tak buat, itu kurang dia yang perlu didoakan. Biarlah Tuhan yang menilai.

Solat adalah sujud & pengharapan kita kepada Tuhan. Kerana kita memerlukan Dia. 1 waktu solat umpama sekali mandi sungai.

Solat beri ketenangan. Jika tak tenang, masalahnya adalah kita. Perbaiki & minta, mohon selalu agar dapat tenang, kusyuk & istiqamah.

#TanyalahUstazah


Semua orang nak jadi hebat jika boleh di dunia juga di akhirat. Dan antara syarat nak jadi hebat adalah menunaikan sembahyang (solat). Yang merupakan antara lima rukun islam. Kenapa solat ?

Kita perlu solat sebagai tanda tunduk dan patuh kepada Tuhan yang menjadikan kita. Malah kita tak minta pun, Dia beri nikmat yang banyak pada kita. Dia maha berkuasa, Dia tak beri pun tak apa. Tapi Dia maha penyayang, jadi Dia beri juga walaupun kita tak selalu ingat Dia. Subhanallah. Selain itu solat juga merehatkan kita seharian, buat hati tenang dan banyak hikmahnya dari segi kesihatan.

Paling istimewa

Istimewanya ibadah lain disampaikan melalui jalan wahyu perantaraan Jibrail. Namun solat, Nabi terima sendiri secara langsung daripada Allah.

Anas bin Malik menceritakan :
“ Difardukan solat ke atas Nabi S.A.W, ketika israk sebanyak 50 rakaat. “

“ Kemudiannya dikurangkan sehinggalah menjadi lima rakaat. Kemudiannya diseru: “Wahai Muhammad, sesungguhnya tidak berubah ketetapan di sisi-kU. Maka bagimu yang lima ini sebagaimana yang 50 itu ( nilai pahalanya).” - [ Riwayat al-nasa’i]

Yang pertama.

Solat juga adalah amalan pertama yang dihisab kelak.

“ Perkara pertama yang dihisab atas seorang hamba itu pada hari kiamat ialah solat. Sekiranya elok solatnya, eloklah seluruh amalannya.”- [ Riwayat al-Tabrani ]

Yang terakhir.

Yang terakhir juga biasanya istimewa. Solat adalah wasiat terakhir Nabi kepada kita. Ummu Salamah, isteri baginda menceritakan: “Nabi berpesan semasa sakitnya sebelum Baginda wafat: “Solat, Solat. Dan hamba-hamba kamu”. Tidak henti-henti Nabi berpesan sehingga Baginda sendiri tidak mampu berkata-kata lagi.- [ Riwayat Ibn Majah ]

Pemurahnya Allah mewajibkan sesuatu kepada hamba-Nya dengan sesuatu perkara melainkan diberi-nya juga ganjaran. Cukup lumayan sekiranya kita menjaga solat.

Syurga menanti di firdaus.

Allah berfirman: “ Dan mereka yang menjaga solatnya. Merekalah para pewaris. Yang mewarisi syurga firdaus, mereka hidup kekal di dalamnya.” - [ Al-Mukminum 9-11 ]

Dalam satu hadis qudsi Allah berfirman:
“ Aku telah fardukan atas umatmu lima solat. Aku berjanji dengan diri-Ku, bahawa siapa yang sungguh-sunggu menjaganya pada waktunya, akan Aku masukkan ke syurga. Dan sesiapa yang tidak menjaganya, tiadalah untuknya janji-Ku itu.” - [ Riwayat Ibn Majah ]

Berbicara dengan Allah.

Semasa solat sebenarnya kita sedang berbicara dengan Allah. Allah berfirman, “ Aku bahagikan solat kepada dua; antara Aku dan hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku apa yang dia minta.”

Tatkala hamba-Ku berkata: ‘Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin.”
Allah membalas: “ Hamba-Ku memuji-Ku.”
Apabila dia berkata: “Arrahmanirrahim.”
Allah menjawab: ‘Hamba-Ku memuja-Ku.”
“ Maliki yaumiddin”
Allah menjawab: “Hamba-Ku ini mengagung-agungkan-Ku.”
“Iyyaka na’budu wa iyyakan nasta’in.”
Allah membalas: “ Inilah antara-Ku dengan hamba-Ku, dan bagi hambaKu apa yang dia pohon.”
Maka apabila dia berkata : “( baki surah al-fatihah).”
Allah membalas: “ Inilah untuk hamba-ku, dan bagi hamba-Ku apa yang dia pohon.’
[Riwayat Muslim ]

Subhanallah. Indahnya sekurang-kurangnya 5 kali sehari kita berbual dengan Allah.
“ Saat paling hampir antara hamba dan Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud. Maka perbanyakkanlah doa kala itu.”[ Riwayat Muslim ]

Entri berkaitan :
-Solat bukan susah pun, sayang
-Tips khusyuk dalam solat

Jadi, selagi hidup tak terlewat memulakan apa pun perkara baik, jadi jom kita solat! 


[ Ezy Dakwah, Solusi ]








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top