Masa tak pernah cukup?


Semua kita mempunyai bilangan masa yang sama, namun cara kita menguruskan atau memanfaatkan itu berbeza. Ada yang cukup , ada tak. Yang penting sekali, mulakan dengan niat, ada perancangan dan lakukan dengan terbaik dan ikhlas, insyaAllah dipermudah.

24 Jam tidak pernah cukup
- Dahulukan apa yang penting  (Tulis, atur dan letak di tempat yang boleh dilihat)
- Untuk yang masih belajar, mengulangkaji pelajaran semasa hari persekolahan (Bahagi masa, paling kurang sejam belajar masa minima)
- Kualiti masa ; tidak boleh buat hal sendiri saja
- Dakwah fardiyah (ucapkan kata yang baik dan bantu keperluan dan kehendak semampu kita ). Ingat apa yang disukai dan apa yang dibenci. Dakwah fardiyah tak bermakna bersamanya all the time, but it’s about being there at the right time and doing the right thing. Semoga Allah beri pertolongan dan petunjuk dalam kita melaksanakan
- Jangan bertangguh * ingat lima perkara sebelum lima perkara
- Belajar secara bijak * fokus , rancang jadual
- Mesyuarat yang efektif ( bincang awal, ada isi , fokus )
- Jaga hubungan dengan Allah. ( Berkat tak dapat diukur dengan tangan dan pembaris. Kita muslim, kita wajib ihsan . Merasa Allah melihat. Lakukan sempurna mungkin. )

Perlu sihat dan ceria
- Bersenam, sekurang-kurangnya 30 minit tiga kali seminggu. Tak sempat naik tangga berbanding lif, senam selepas subuh elak tidur.
- Hidup secara sihat dengan tidur dan rehat yang cukup. Amalkan tidur tidak kurang 5 jam sehari, dan tidak lebih dari 8 jam sehari. Cari ruang qailullah , tidur sebentar waktu tengahari jika berkesempatan.
- Jadilah manusia yang seimbang . Adakah waktu untuk kerjaya, keluarga, serta aktiviti sosial
- Makanan seimbang. Sumber halal.
- Kurangkan makanan lemak dan manis. Minum air sekurang-kurangnya 8 cawan sehari.
- Jangan tinggalkan solat serta ibadah wajib. Kekuatan daripada Allah.
- Fikir secara positif. Jangan cari masalah, selesaikan. Cuba terbaik, walaupun sukar.
- Perkasakan hubungan dengan Allah dan manusia.
- Berlapang dada dengan ketentuan [ 30:37 ]
-Pastikan adanya iman dalam hati. Iman beri tenaga.

10 tips produktif supaya hebat setiap hari
-Geng pukul 5 pagi ( bersenam mulakan seminggu. 15 minit - 30 )
-Buatlah senarai to-do
- Buat satu per satu ( al insyirah 7 )
- buat yang susah dulu
- kalahkan jam anda
- sebut apa yang hendak dilakukan
- fokus dengan buang semua pengacau
- laksanakan 5 minit rule
- gunalah apps
- komunikasilah dengan baik

Mukmin itu tidak pernah terusik dengan kesenangan dan kemewahan dunia. Baginya semua tu di syurga. Sebuah kenikmatan abadi yang tiada penghujung.

Semoga dapat uruskan masa dan buat yang terbaik, insyaAllah!

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee 2024 © TERIMA KASIH ♥



click to te top