Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Rindu Abah


Setiap hari ulang tahun saya, abah pasti berikan saya dan adik sesuatu. Walau apa bentuk sekalipun. Paling selalu ada; kek. Jadi apabila dizinkan Tuhan, saya mula bekerja, giliran saya pula mahu belikan abah sesuatu (walaupun dia tidak pernah minta apa-apa).

Jadi beberapa hari sebelum hari lahirnya, saya meminta emak meneman serta memilih hadiah untuk abah. Antara cadangan dalam kepala, saya mahu membelinya baju. Dan emak pastinya lebih mengetahui citarasa suaminya. Lantas kami memilih beberapa helai, dan akhirnya kami sepakat memilih baju mengikut warna kegemarannya; iaitu biru.

Malam hari lahirnya (23 Julai), saya pun melihat dia sedang menyiapkan kerjanya, dengan malu-malu saya menghulurkan baju itu pada dia.

“Selamat hari jadi, bah.”
Mukanya penuh rasa tak sangka. Dia ambil. Lantas mengucapkan terima kasih.

“Mesti mahalkan ni, long?”
“Biasa ja bah.” Saya senyum. Diambilnya, lantas dilihat-lihat dengan teliti. Dan setelah itu baju itu menjadi salah satu baju kegemarannya. Kerap dia pakai jika ingin pergi ke mana-mana.


***
Satu hari.

Menurut mak, Abah mahu keluar rumah semula hari tu, ada urusan. Kebiasaannya Abah seorang yang teliti orangnya. Dia tidak akan memakai sesuatu baju terlalu lama dalam tempoh sehari. Namun hari itu abah mahu kekal memakai baju yang sama. Dia kelihatan penat dan tidak berapa sihat (sempat emak mengurutnya sebelum keluar rumah), namun dia tetap bersungguh untuk keluar dan menyiapkan semua tugasannya.

Dan pada hari itu juga, abah menghembuskan nafas terakhir di hospital. Pada mulanya dia pengsan ketika berurusan di bank (urusan itu belum sempat pun selesai) sebelum dihantar ke sana. Sejuk katanya walaupun dirinya berpeluh (seperti diceritakan oleh beberapa kakitangan). Dia pergi ke sana dengan memakai baju biru itu. Baju kegemarannya. Juga baju pemberian anaknya. Baju yang akhirnya terpaksa dipotong doktor untuk diperiksa jantungnya. Sudahnya tiada lagu baju biru itu untuk kami sebagai kenangan buat ditatap peluk.

***
Kini, walaupun abah telah pergi, namun abah sentiasa hidup dalam hati along, hati mak dan hati adik. Hati kami semua. Semoga terus dirahmati dan dosa abah diampuni.
“Kita ini adalah seorang pengembara yang sedang berjalan dan akan sampai ke penghujungnya.” – Baharudin Husain; dalam kenangan. 

Terima kasih untuk semuanya, abah. Moga terus dirahmati Tuhan.


8 yang menasihati

  1. sy pun kehilangan ayah juga. tapi bezanya ayah sy meninggal mse umur sy 4 bulan. tak sempat nak tgk muka ayah pun :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah. Sungguhlah bahagian manusia ini lain-lain. Moga awak sekeluarga terus dipermudah ya, insya-Allah.

      Delete
  2. sedihnya...semoga tabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah. Terima kasih awak. :)

      Delete
  3. Semoga keluarg Anem sentiasa tabah dan kuat dalam menghadapi kehilangan ini. Rasa rindu itu pasti sentiasa ada kan. Moga sentiasa kuat Anem. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah. Terima kasih Faa. Moga baik-baik buat Faa juga. :)

      Delete
  4. Semoga awak tabah . sis juga dah kehilangan abah ... Al fatihah.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top