Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Zara Qairina Mahathir iaitu pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah, ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada 3 pagi, 16 Julai lalu.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.


Berikut adalah kronologi berkaitan kes ini:


16 Julai:

Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah pada 3 pagi. Mangsa dilaporkan jatuh dari tingkat tiga asrama sekolah dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

17 Julai:

Zara Qairina disahkan meninggal dunia dan kemudiannya dikebumikan di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang.

18 Julai:

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementeriannya memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan memberi ruang kepada pihak terbabit menjalankan siasatan tanpa gangguan.

21 Julai:

Ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat menggesa siasatan yang telus, adil dan saksama terhadap kematian anak perempuannya. Wanita itu mendedahkan kali terakhir melihat anak tunggalnya adalah semasa program gotong-royong sekolah pada 12 Julai.

28 Julai:

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata siasatan teliti sedang dijalankan daripada semua sudut. Beliau menggesa orang ramai untuk bertenang dan mengelakkan spekulasi.

30 Julai:

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud menafikan sebarang pembabitan dalam kes itu, sama ada oleh dirinya atau isteri, Cikgu Rosnih Nasir iaitu bekas pengetua sekolah yang berkhidmat dari 20 Mac hingga 22 November 2024, sebelum bersara. Beliau menyifatkan dakwaan yang dibangkitkan di Parlimen sebagai tidak berasas dan merosakkan reputasi.

31 Julai:

Polis mengesahkan mereka berada di peringkat akhir siasatan. Pesuruhjaya Jauteh Dikun berkata kertas siasatan diserahkan kepada Bukit Aman untuk semakan akhir sebelum dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). Seramai 60 individu direkod keterangan.

1 Ogos:

Ibu Zara Qairina memohon mayat anaknya digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan, demi mendapatkan jawapan dan keadilan. Peguam diarah memulakan proses undang-undang bagi penggalian semula mayat.

6 Ogos:

Peguam yang mewakili ibu mangsa menggesa orang ramai untuk tidak membuat spekulasi, yang boleh menyebabkan tekanan kepada keluarga dan mungkin membawa kepada akibat jenayah.

AGC memulangkan laporan siasatan awal kepada pihak polis dengan arahan melengkapkan siasatan. AGC menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau berkongsi imej kanak-kanak yang didakwa terbabit kes itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail memberi amaran bahawa penyebaran kandungan yang tidak tepat boleh menjejaskan siasatan dan menafikan keadilan.

7 Ogos:

Ibu Zara Qairina akan menyerahkan telefon bimbitnya yang mengandungi rakaman audio perbualan antara dirinya dan arwah anak perempuannya, kepada polis untuk membantu siasatan.

Kementerian Pendidikan membuat lebih 10 laporan polis berhubung penyebaran hantaran dan video yang mengelirukan berkaitan kes itu, dengan alasan kebimbangan terhadap potensi gangguan awam yang ditujukan kepada guru dan pelajar.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis untuk memastikan siasatan teliti. SKMM turut memberi amaran terhadap penyebaran maklumat tidak sahih.

Ibu Zara Qairina memberi keterangan di balai polis Sipitang.

Kementerian Pendidikan memberi jaminan kepada ibu bapa mengenai komitmen meningkatkan keselamatan di sekolah berasrama, dengan menyatakan bahawa 72 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negara ini kekal menjadi pilihan utama keluarga.

8 Ogos:

AGC memulangkan kertas siasatan kepada polis dengan mengarahkan tindakan lanjut termasuk penggalian semula mayat Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.

9 Ogos:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir akan dijalankan secara telus tanpa ada tolak ansur.

Prosedur bedah siasat dan menggali semula mayat pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir akan dilakukan dengan kadar segera oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Proses menggali semula mayat Zara Qairina bagi prosedur bedah siasat dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol.

Penggalian semula kubur mengambil masa lebih satu jam sebelum selesai pada 7.31 malam.

Jenazah Zara Qairina Mahathir dibawa ke Hospital Queen Elizabeth dan tiba pada 10.30 malam.

10 Ogos:

Proses bedah siasat bermula pada kira-kira 11 pagi.

Empat pakar patologi menjalankan bedah siasat termasuk pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.

Peguam, tiga polis turut memerhati proses bedah siasat Zara Qairina.

Peguam yang mewakili keluarga Zara Qairina menafikan jeritan meminta tolong dalam sebuah video yang tular di media sosial adalah suara arwah.

Peguam turut menafikan ada membuat kutipan sumbangan bagi membiayai yuran guaman.

Prosedur bedah siasat selesai sebelum jam 8 malam. 

11 Ogos:

Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Papar, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, selamat dikebumikan semula di tanah perkuburan sama jam 1.15 pagi.

Pengebumian semula jenazah Zara dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang mengambil masa selama setengah jam selepas prosedur bedah siasat dilakukan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE), selama lapan jam, semalam.

Selepas prosedur bedah siasat selesai, kenderaan yang membawa jenazah Zara meninggalkan HQE pada jam 9.20 malam dan tiba di tanah perkuburan di sini jam 12.41 tengah malam.

Walaupun hujan, ia tidak menghalang orang ramai termasuk keluarga dan kenalan Zara menunggu di sekitar kawasan perkuburan sehingga pengebumian selesai.

Klik untuk lebih jelas

Berkaitan Laporan Bedah Siasat Zara Qairina

Peguam, Shahlan Jufri berkata, Saya boleh beritahu perjalanan post-mortem sangat baik. Tidak ada unsur-unsur seperti yang di media sosial, seperti dakwaan ada 'tangan-tangan' tertentu, semua itu tiada.

"Saya sendiri lihat dan saksikan bagaimana arwah Zara diperiksa sehingga selesai, termasuk dengan semua prosedur yang diperlukan," katanya ditemui pemberita di pekarangan HQE, di sini, malam tadi.

Katanya, setelah proses bedah siasat siap, laporannya akan disediakan oleh pasukan forensik dan disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak berkenaan.

Mengenai berapa lama laporan itu boleh disiapkan, beliau berkata, perkara itu tidak dapat ditentukan dengan tepat, namun paling lewat boleh sampai dua bulan.

"Kalau tanya proses itu berapa lama, saya tidak tahu dengan tepat. Biasanya, paling cepat atau paling minimum mungkin dalam tempoh tertentu, tetapi paling lambat mungkin dua bulan.

"Ini kerana ia membabitkan beberapa orang pakar dan semua pakar ini akan berbincang sebelum memuktamadkan post-mortem report itu," katanya.

Mengulas mengenai perjalanan bedah siasat, Shahlan berkata, beliau melihat sendiri doktor memeriksa jenazah arwah Zara secara menyeluruh.

"Di dalam bilik forensik, doktor itu saya tengok macam mana dia (jenazah arwah) diperiksa, diperiksa secara menyeluruh.

"Beberapa orang anggota polis juga masuk, tetapi yang masuk ke dalam bilik bedah hanya saya dengan pasukan forensik. Sebab memang itu keinginan keluarga arwah Zara.

"Saya berada di situ dari jam 11 pagi sampai jam 7.30 malam tadi. Kalau tanya berapa lama periksa post-mortem bagi keluarga, saya tidak pasti sebab bergantung kepada pihak berkaitan," katanya.

Beliau berkata, proses bedah siasat jenazah arwah Zara dijalankan empat orang pakar, termasuk Pakar Perunding Patologi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Khairul Anuar Zainun.

Katanya, mereka dibantu jurufoto forensik dan jurufoto polis.

Selepas selesai bedah siasat, jenazah arwah Zara dihantar semula ke Sipitang untuk dikebumikan semula di lokasi yang sama.







Al-Fatihah buat Zara Qairina. Moga kes ini dapat pembelaan sewajarnya dan moga Allahyarham Zara Qairina ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.


Sumber:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/08/1431501/tiada-tangan-ghaib-ganggu-bedah-siasat-zara-qairina-laporan-paling

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/08/1250406/kronologi-kes-zara-qairina

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/08/1431509/jenazah-zara-qairina-selamat-dikebumikan-semula





 TOB TOB TOBI TOB INI SYAIR RUPANYA? 




Kalau korang ada TikTok, mesti FYP korang dok ulang-ulang "Tob Tobi Tob!". Jangan risau, ini bukan ayat Al-Quran tau.

Tapi… apa sebenarnya "Tob Tobi Tob" ini? Syair? Gurauan? Atau sekadar satu lagi trend TikTok yang akan hilang begitu saja?


Lirik lagu viral Tob Tobi Tob


Lirik Lagu Sawt Safiri Al-Bulbuli (Tob Tobi Tob)

Sawtu shofiiril bulbuliy, hayyaj qalbits tsamili

Al ma-u wazzahru ma'a, ma'zahri nakhthim muqali


Wa anta yaa sayyidal liy, wasayyidiy wa maw laliy

Fakam fakam tayammuniy, 'uzayyilul 'aqiqali


Fathoftahu miw wajnatin, mil latsmi wardil khajali

Fa qala laa laa laa laa, wa qad ghadaa mu harwili


Walkhudu maa lat thoraban, min fa'li haa dzar rajuli

Fa wal walat wa wal walat, waliy waliyya way laliy


Faqultu laa tu walwily, Wa bayyinil lu'lu aliy

Qaa lat lahu hiyna kadza, innah dhawijd bil muqali


Wa fityatin saqaw lani, qahwat kal'usasiliy

Syamamtuhaa bi-anafi azka minal quruquni


Fi wasthi bustanil huliy bilzahri wasururuliy

Wa'ludu dandan dana li, watoblu tob tob tobali


Tob tobi tob tob tobi tob tob tobi tob tob tobaliy

Wasaqfu saq saq saqliy wa raqsu qad tho ba iliy


Syawaa syawaa wa syaa hisyu, 'ala waraq sifarjali

Wagarradil qimriya yishiyhu malalil fii malaliy


Wa law taraaniy raakiban, 'ala himarin azzali

Yimsyii 'ala tsalatsatin kamsyyatil 'aranjiniy


Wannasu tarjim jamaliy, fissuwqi bil qulqulaliy

Walkullu kalka'ka'ika' khalfi waminhu waylaliy


Lakim nasyaytu haa riban, min khasyyatil 'aqaqali

Ila liqaa-i malikin, mu'adzhdzhamim mubajjali...


Ya'muruliy bikhil'atin, khamra-a kaddam damaliy

Ajurru fiiha maa syiyan, mubghadidal lidzdziyali


Anal-adiibul alma'iy, min hayyi' ardhil mushili

Nadzhimtu qith'an zikhrifat, ya'ajuzu 'anhal-adbuli

Aquulu fi mathla-'ihaa shawtu shafiiri bulbuliy


(Sumber: https://www.detik.com/)



[Legenda Di Sebalik Syair "Tob Tobi Tob"]


Kredit tulisan asal: Azizul Farhan

(Facebook The Patriots)


Cr: https://www.10000birds.com


Rupanya, "Tob Tobi Tob" bukan calang-calang puisi. Ia berasal dari sebuah syair klasik Arab bertajuk Saud Safir al-Bulbul (صوت صفير البلبل) atau dalam bahasa kita, "Suara Burung Bulbul". 

Syair ini dikarang lebih 1000 tahun lepas! Ya, bukan setahun dua lepas, tapi lebih dari satu milenium!

Ceritanya bermula pada zaman Khalifah Abu Ja’far al-Mansur, pemerintah dinasti Abbasiyah yang terkenal dengan otak geliga dan ingatan luar biasa. 

Diceritakan, setiap kali ada penyair datang baca syair, dia boleh hafal bulat-bulat serta-merta! 

Kalau itu tak cukup hebat, khalifah ini juga ada dua orang budak suruhan. Satu boleh hafal lepas dengar dua kali, satu lagi lepas tiga kali.

Maknanya? Mana-mana penyair yang datang, confirm kena game!

"Aku dah pernah dengar syair ini," kata khalifah setiap kali ada orang cuba baca syair baru. Lepas tu dia ulang balik syair itu tanpa satu kesalahan pun! 

Kalau ada yang tak percaya, dia panggil budak-budak suruhannya yang turut boleh ulang dengan lancar. Maka, penyair pun balik dengan hati remuk.


[Al-Asma’i – Sang Penyair Cerdik Yang ‘Tipu’ Khalifah]

Namun, langit tak selalunya cerah untuk sang khalifah. Satu hari, seorang penyair genius bernama Al-Asma’i muncul dengan satu syair yang luar biasa.

Dia tahu kalau buat syair biasa, confirm kena game. Jadi dia reka syair yang penuh dengan permainan bunyi, kata-kata berulang, dan lidah berbelit! 

Kalau korang rasa "Tob Tobi Tob" susah nak hafal, bayangkan satu syair penuh macam itu!

Maka, Al-Asma’i pun baca syairnya:


> صَوْتُ صَفيرِ البُلْبُلِ هَيَّجَ قَلْبِيَ الثَمِلِ

(Suara burung bulbul, menggoncang hati yang mabuk)


وَالعُودُ دَنْدَنَ دَنَ لِي وَالطَّبْلُ طَبْطَبَ لِي

(Bunyi seruling berdendang-dendang, tabuh bergegar-gegar!)


طَب طَبِ طَب طَبِ طَب طَب طَبَ لِي

(Tob! Tob! Tob Tob Tob!)


Syair ini sengaja dibuat untuk susah dihafal. Penuh dengan perkataan berulang, bunyi pelik dan rentak yang mencabar otak!

Bila Khalifah Abu Ja’far al-Mansur dengar, dia ternganga! Otaknya yang sebelum ini boleh hafal apa saja tak mampu ulang balik syair ini!

Lalu, dia panggil budak-budaknya untuk bantu. Tapi... dua-dua pun angkat tangan. Mereka pun tak boleh hafal! Kali pertama dalam sejarah khalifah kena scam dengan penyair!

Dan kerana perjanjiannya, Khalifah terpaksa bagi hadiah emas kepada Al-Asma’i. Tapi Al-Asma’i dengan liciknya tulis syair itu atas batu marmar dan mintak emas seberat batu tersebut! Khalifah pun tak boleh nak buat apa, dia terpaksa bayar.

Lepas kejadian ini, khalifah berhenti dari buat pertandingan hafal syair.




[Lagu Yang Membawa Syair Ini Kembali Viral]

Syair klasik ini mungkin dah lama wujud, tapi ia kembali mencuri perhatian dunia moden bila dinyanyikan semula dalam bentuk lagu. 

Lagu yang menjadi background sound dalam video TikTok itu sebenarnya datang dari versi nyanyian oleh Ahmed El Qatane pada tahun 2012.

Lagu bertajuk "Sawt Safiri el Bolboli (Qissa)" ini mengambil lirik penuh daripada syair asal Al-Asma’i dan dinyanyikan dengan gaya yang lebih berirama. 

Gabungan muzik yang menarik dengan lirik yang berulang-ulang membuatkan lagu ini mudah melekat di kepala dan akhirnya jadi trend viral.


[Bentuk Penuh Syair "Suara Burung Bulbul"]

Bagi yang nak cuba cabar diri, ini versi penuh syair Saud Safir al-Bulbul yang bikin Khalifah pening kepala:


صوت صفير البلبل


> صَوْتُ صَفيرِ البُلْبُلِ هَيَّجَ قَلْبِيَ الثَمِلِ

المَاءُ وَالزَّهْرُ مَعَاً مَعَ زَهرِ لَحْظِ المُقَلِ

وَالعُودُ دَنْدَنَ دَنَ لِي وَالطَّبْلُ طَبْطَبَ لِي


طَب طَبِ طَب طَبِ طَب طَب طَبَ لِي

وَالسَّقْفُ قَدْ سَقْسَقَ لِي وَالرَّقْصُ قَدْ طَبْطَبَ لِي

شَوَى شَوَى وَشَاهِشُ عَلَى وَرَقْ سَفَرجَلِ

وَغَرَّدَ القَمْرُ يَصِيحُ مِنْ مَلَلٍ فِي مَلَلِ

فَلَوْ تَرَانِي رَاكِباً عَلَى حِمَارٍ أَهْزَلِ

يَمْشِي عَلَى ثَلاثَةٍ كَمَشْيَةِ العَرَنْجِلِ

وَالنَّاسُ تَرْجِمْ جَمَلِي فِي السُّوقِ بالقُلْقُلَلِ

وَالكُلُّ كَعْكَعْ كَعِكَعْ خَلْفِي وَمِنْ حُوَيْلَلِي

لكِنْ مَشَيتُ هَارِباً مِنْ خَشْيَةِ العَقَنْقِلِي


[Kenapa "Tob Tobi Tob" Viral?]



Satu lagi sebab kenapa "Tob Tobi Tob" meletup di TikTok adalah kerana… seekor kucing!

Kucing ini berasal dari akaun @mrmariomentadomalaysia dan namanya Mario. Dalam videonya, Mario sering dipakaikan baju Melayu macam siap nak pergi solat Tarawih. 

Apa yang buat video ini kelakar? Ada orang letak lagu "Tob Tobi Tob" yang dimainkan di latar belakang!

Netizen pun terus ambil peluang buat pelbagai meme kreatif berkenaan kucing ini, terutamanya sepanjang bulan Ramadan. 

Ada yang edit letak Mario dalam video lawak Ramadan, ada yang buat parodi kucing berzikir, malah ada yang samakan Mario dengan imam masjid!


[Dari Istana Khalifah Ke TikTok!]

Siapa sangka syair yang dicipta untuk menipu seorang khalifah lebih 1000 tahun lalu, hari ini jadi viral di TikTok? 

"Tob Tobi Tob" bukan sekadar bunyi pelik, tapi sebahagian dari sejarah puisi Arab yang penuh kecerdikan.

Jadi, lain kali kalau ada orang buat cabaran hafal syair ini, hang boleh senyum dan kata,

"Aku tahu asal-usulnya. Ini bukan sekadar trend, ni sejarah!"


*****





Kalau anda berminat nak baca tentang cerita-cerita hebat berkenaan pencapaian saintifik umat Islam pada zaman dulu, dapatkan sekarang buku tulisan Helmi Effendy, ZAMAN KEEMASAN TAMADUN ISLAM. 


Boleh beli di:

https://s.shopee.com.my/1g4b47EY3t

https://s.shopee.com.my/1g4b47EY3t

https://s.shopee.com.my/1g4b47EY3t


Terima kasih!








Tak mungkin 

ini aku mahu

Sering disalahkan

Apa guna bertahan


Terlalu berharap akan

Untuk bahagia

Ternyata itu 

Bukannya


Sememangnya kau biarkanku aku


Melepaskan hati biar aku sendirian

Andai bisa ulang mungkin takkan bersama lagi

Cukup sampai sini

Mungkin ini yang terbaik

Cukup sederhana

Lepas ini cinta gantiku


Melepaskan hati biar aku sendirian

Andai bisa ulang mungkin takkan bersama lagi

Cukup sampai sini

Mungkin ini yang terbaik

Cukup sederhana

Lepas ini cinta gantiku





Semoga kejadian pukul OKU di Terengganu tidak lagi berulang. 😢


Sabar itu indah, jangan tergesa-gesa untuk bertindak. Jangan biarkan amarah menguasai diri hingga kita terlupa untuk berbincang dengan tenang. Ingatlah, tindakan tergesa-gesa tanpa pertimbangan boleh membawa padah yang tidak diingini.



Sumber:

Facebook Artortoise

 



Sebagai manusia, kekuatan kita adalah pada empati, bukan tangan yang menghukum.

Marah itu api, kawal sebelum ia memusnahkan segalanya. Jadilah penyelamat, bukan pendera.


- https://x.com/health_malaysia







Air rendaman kurma atau juga dikenali sebagai air nabeez. Inilah minuman sunnah yang ramai tidak tahu banyak khasiat sebenarnya.

Menjelang puasa ini, mari kita cuba buat Air Nabeez ini. Selamat mencuba! 

Biasanya, sebelum ini kita hanya makan terus kurma tetapi tidak salah biasakan diri dengan amalkan air rendaman kurma pula.





Cara buat Air Nabeez:


• Ambil kurma dlm angka ganjil 3/5/7

• Rendam kurma dalam air masak & biar semalaman untuk sahur

• Simpan dekat suhu bilik. SIAP! 

• Kacau & minum!


Boleh juga:

Blend sekali dengan susu, atau letak buah pisang atau strawberi untuk lebih sedap. 


Tambahan:

Jangan menyimpan atau meninggalkan air rendaman kurma melebihi 3 hari kerana pada ketika itu, bermulanya proses penapaian.

maka, air itu dikira sebagai air nabīdh yang mengandungi alkohol yang ḥarām untuk diminum.


Antara kelebihan/kebaikan air nabeez:

i. Mengelakkan badan dihidrasi

ii. Meningkatkan tenaga

Kurma mngandungi karbohidrat dan gula yang menjadi sumber tenaga utama kepada tubuh.

Oleh itu, minuman ini sesuai diambil bagi mengatasi rasa keletihan terutama sepanjang Ramadan atau selepas melakukan aktiviti fizikal.

iii. Melancarkan pencernaan

iv. Mengawal gula dalam darah

Dinasihati supaya tidak menambah gula atau pemanis tambahan dalam air nabeez bagi mengekalkannya sebagai minuman berkhasiat.

v. Mencegah penyakit

Kurma diketahui dapat menurunkan paras lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikategorikan kolesterol 'jahat' yang kesannya baik kepada kesihatan jantung.

Khasiat lain kurma seperti kandungan flavonoid, karotenoid dan asid fenolik yang boleh mengurangkan keradangan serta merendahkan risiko penyakit seperti kencing manis juga barah.

Elakkan daripada merendam kurma dalam tempoh panjang iaitu melebihi 24 jam bagi mengelakkan ia rosak.



Kredit video: https://vt.tiktok.com/ZSFPdqMjY/






Sumber rujukan:

https://www.astroawani.com/

https://www.hmetro.com.my/sihat/2021/05/704011/raih-kebaikan-air-nabeez

https://twitter.com/MaisarahMahmud/





Khairul Hakimin Muhammad,berasal dari Mentakab, Pahang merupakan seorang “Content Developer” yang berpusat di Bandar Baru Bangi. Sangat dikenali sebagai seorang yang rajin berkongsi cerita (stori) sehingga kerap kali viral di facebook beliau, dan juga suka berkongsi resepi serta tips. Berikut saya kongskan beberapa ebook / buku Khairul Hakimin Muhammad (KHM).


BUKU RESEPI KHAIRUL HAKIMIN MUHAMMAD

Antara resepi viral Khairul Hakimin Muhammad: adalah brownies walnut viral dan beliau juga membuat pelbagai brownies lain dalam buku resepi ini.

- Buku ini mengandungi 30 resipi brownies. Antaranya seperti Double Chocolate Brownies, Red Velvet Brownies, Fruits Mix Brownies, Dark Chocolate Brownies, Congo Bar, Strawberry Bar dan lain-lain.

Nak beli buku resepi ini? Di sini: http://bit.ly/bukuresepiKHM
P/S: kalau nak dapatkan:  Pes SALWA

Itu belum lagi kita bercerta tentang ebook keluaran beliau, antara yang terkini:



Beli EBOOK 21 CERITA MURAH REZEKI di sini: http://bit.ly/bukumurahrezeki-KHM
Ebook ini mengandungi 21 Kisah Benar dan Cerita-cerita menarik tentang orang yang murah rezeki yang kita sendiri tak pernah terfikir. Ianya bukan cerita biasa.. tapi cerita benar yang banyak sangat pengajaran yang kita boleh contohi darinya.

Yang bestnya, KHM ada sertakan sekali teknik-teknik yang kita boleh amalkan supaya rezeki kita pun turut melimpah seperti mereka. Teknik ini nampak biasa, tapi bila diamalkan, sangat besar impaknya. Serius!

"Bagi saya, REZEKI rezeki adalah Hak Mutlak dari Allah. Namun, Allah melihat segala usaha dari kita. Dari situ kunci pintu rezeki dapat dibuka." - KHM

BUKU-BUKU TULISAN KHAIRUL HAKIMIN MUHAMMAD


Ini pula antara buku yang ditulis oleh Khairul Hakimin Muhammad yang masih ada dalam stok.
  • Bintang Al-Nilam di Langit Mentakab
  • Emak Rindu Mathanga Erissery
  • Tuhan, Jaga Dia Untukku
  • Hey, Allah Kan Ada
  • Ya Tuhan, Ini Amat Menyakitkan
Senarai buku di atas boleh dibeli di: Buku-buKu tulisan KHM
Personal Coaching bersama KHM

Untuk menyertai kelas beliau atau personal coaching di sini: Personal Coaching bersama Khairul Hakimin Muhammad

Sesi Personal Coaching ini adalah sesi one to one bersama KHM dengan maksimum 5 pax pada satu-satu masa sahaja.

Kalian boleh pilih sama ada mahu berkumpulan atau datang seorang diri.

Personal Coaching meliputi:

1. Sesi view and repair media sosial.
2. Niche and positioning media sosial.
3. Basic Content.
4. Content Development.

10.30am-11.30am (sesi individu)
2.00pm-3.00pm (sesi berkumpulan)


Kongsi baik-baik, dapat baik-baik. Insya-Allah.



Siapa yang tidak pernah dikutuk, diperli atau dihina dengan penampilan dan rupa mereka? Kebanyakan kita, pernah. Malahan sudah bertahun kita didedahkan dengan jenaka body shaming ini di pertandingan lawak di kaca tv dan perkara melibatkan fizikal dan penampilan ini juga sering menjadi modal pengacara popular (yang kebanyakan juga pelawak).

Kemuncak perkara ini terjadi apabila bermulanya satu usikan seorang juri  (yang juga penyanyi) terhadap penampilan fizikal pengacara di kaca tv dalam rancangan realiti tv popular, sehingga viral dan diperkatakan netizen. Namun dapat diselesaikan dengan baik kedua belah pihak.

Kemudian perkara ini diperkatakan sekali netizen, apabila isu body shaming tak kelakar dan pengakuan mangsa buli keluar di rancangan televisyen (tetamu episod body shaming tersebut adalah model albino dan influencer; Azfar, seorang jejaka sado dan artis serba boleh, Zulin Aziz).



Tahukah kita bahawa body shaming itu satu jenayah?

Tahukah anda body shaming yang bermaksud perbuatan mengejek fizikal seseorang itu adalah merupakan satu kesalahan jenayah? Apatah lagi jika anda memuat naik di media sosial atau social network.

Menerusi facebook Polis Diraja Malaysia, berkata: Mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Seksyen (SKMM) 233 (1) (b), seseorang yang memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik melakukan suatu kesalahan.
Mereka yang membuat kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mangsa boleh terus membuat laporan di mana-mana balai polis yang berdekatan atau terus membuat laporan di SKMM untuk tindakan selanjutnya.Kumpulkan semua bukti dan jangan takut mempertahankan hak sendri.

Perbuatan tersebut memberikan kesan negatif kepada mangsa antaranya stress dan gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kecelaruan pemakanan, kemurungan serta perbuatan membunuh diri.

Ayuh jauhi budaya ‘body shaming' dan sentiasa peka dengan sensitiviti rakan atau orang di sekeliling kita. Jangan jadi kak buli dan hati-hatilah dengan kata-kata kata dan perbuatan kita sendiri.


*Sumber gambar:  facebook PDRM

*Jangan mudah menghina, kita tak tahu sudahnya kita bagaimana. Nah, sebagai selingan, tonton drama keinsafan yang viral ini: Insan Terpilih.

.

 

Alhamdulillah. Bertambah lagi umat Islam. Menukar agama bukan sesuatu yang mudah. Banyak pengorbanan yang harus ditempuh.

Pengislaman ibu Ustaz Firdaus Wong Wai Hung

Alhamdulillah, ibu kepada pendakwah Ustaz Firdaus Wong Wai Hung, akhirnya memeluk Islam setelah 14 tahun Ustaz itu sendiri memeluk agama Islam.



"Jazakumullahu Khairan di atas segala ucapan serta doa selepas ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah Jumaat (25/10/2019) lepas. Saya berusaha membalas beratus mesej di WhatsApp tetapi saya memohon maaf tidak dapat membalas setiap komen di Instagram & Facebook yang berjumlah puluhan ribu.

Doakan agar Allah kurniakan kekuatan kepada ibu saya untuk mengharungi kehidupan sebagai seorang Muslim. Doakan juga agar kita semua tetap istiqomah melaksanakan segala tuntutan agama Islam sebagai mungkin dan menjadi asbab masyarakat di sekeliling kita menerima hidayah dari Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.
.
Saya doakan agar ahli keluarga sahabat semua yang belum Muslim juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Tunjukkan akhlak islamiah dan kongsikan Islam dengan mereka sebaik mungkin kerana kita cinta dan sayangkan mereka."- Ustaz Firdaus.

Versi cina: https://www.facebook.com/FirdausWongMRMCN



-Facebook Ustaz Firdaus Wong Wai Hung
-Instagram Ustaz Firdaus Wong Wai Hung
Moga terus istiqamah dan dipermudahkan buat semuanya. Ameen.


Viral lagu Entah Apa Yang Merasukimu ini di kalangan pengguna aplikasi tiktok atau tajuk sebenarnya Salah Apa Aku yang dinyanyikan oleh kumpulan ILIR 7 yang dianggotai oleh Ave, (vokalis), Richie (pemain dram), Zinc (gitaris)  dan Vic (pemain bass) ini.  Lagu yang terhasil tahun 2018 ini tiba-tiba kembali popular dan dikenali.

Lirik Entah Apa Yang Merasukimu (Salah Apa Aku) - ILIR 7

Aku percaya kamu
Tapi lagi-lagi kau bohongiku
kau telah tipu aku

Aku menyayangimu
Tapi lagi-lagi kau sakitiku
Kau telah khianatiku

Tak pernah kusangka kau telah berubah
Kau membagi cinta dengan dirinya
Aku yang terluka, sungguh aku kecewa

Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu

Salah apa diriku padamu
Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku

Aku menyayangimu
Tapi lagi-lagi kau sakitiku
Kau telah khianatiku

Tak pernah kusangka kau telah berubah
Kau membagi cinta dengan dirinya
Aku yang terluka, sungguh aku kecewa

Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu

Salah apa diriku padamu
Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku

Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu

Salah apa diriku padamu
Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku

Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu

Salah apa diriku padamu
Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku



Penyanyi: Ilir 7
Ciptaan: Vic Ilir7
Penerbit: ASCADA MUSIK


Video muzik rasmi: https://www.youtube.com/watch?v=u4WCCI4JmVw

Via Vallen - Salah Apa Aku  (Setan Apa Yang Merasukimu)- https://www.youtube.com/watch?v=YttnBzesR6I


Sumber lirik: https://www.youtube.com/watch?v=hWDbihohV-s
Profil: https://www.tribunnews.com

Saban hari semakin banyak drama melayu yang menarik untuk ditonton. Mungkin ada yang semakin berani, atau ada yang memilih untuk mencuba di luar kotak. Dua drama yang ingin saya sentuh di sini adalah drama Nur 2 dan Leftenan Zana.


Nur 2

Awal-awal lagi watak perempuannya, Ecah dan Nur membuatkan penonton geram. Iya, Ecah bagus dalam ketaatan dan Nur baik dalam sangkaan, namun di sini menunjukkan keterlaluan boleh mengundang kepada perkara tidak baik. Perlu taat, pada tempatnya. Perlu husnudzon pada tempatnya. Walaupun kita seakan tidak sangka kewujudan perempuan seperti mereka, namun yakinlah masih ada lagi, ramai.

Watak lelaki pula, yang menonjol sebagai protagonis: Hamadi yang masih tak insaf selepas tertangkap semakin menjengkelkan, serta Adam dan Mirul yang menunjukkan iman tetap diuji walau siapapun kita. Namun asas dan amalan agama memainkan peranan di sini.

Kekuatan ayah, Datuk Ayah Haji Mukhsin dan emak Adam; Datin Ibu Hajah Musalmah antara tunjang drama. Mereka wujud dalam real life. Seorang ayah yang tegas dan emak yang masih bersungguh memberi peluang.

Kemunculan Juita, yang bertindak mahu merampas begitu nyata sekali. Dia begitu tenang, licik dan teratur. Di hadapan baik, di belakang berniat sebalik.

Kemunculan Jojo; kawan baik Nur dan  Jiran yang prihatin ; Mak cik Wongshu juga menangka perhatian dalam Nur 2 kali ini.

Pengarah dan penulis skrip Nur 1 dan nur 2; Shahrulezad Mohameddin benar-benar mahu "mencabar" perasaan dan minda penonton kali ini nampaknya.
Gambar: Twitter @ainazkh_
Oh ya, siapa pernah berada dalam kem (tentera, polis, kadet pakaian seragam apa pun, sekalipun PLKN) akan mengimbau kenangan. Betapa seronoknya setiakawan, betapa indahnya berjuang dan berlawan dalam suasana mahu lepas dan berjaya, dalam erti kata lain, semua mahu berusaha keras menjadi seorang yang terbaik. Allah.. Rindunya kawad dan kawan-kawan.

Melihatkan Zana yang tegas dalam mahu mencapai cita-cita, kuat berusaha dan tabah melawan perasaan kecewa serta tidak berputus asa membuatkan ramai remaja (juga dewasa) meminati drama Leftenan Zana ini. Erti setiakawan juga dipamerkan. Cerita terbitan JS Pictures ini harus dipuji.

Bacaan lain: Leftenan Zana raih 10 juta tontonan

Kenangan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara)

Jika saya, selain rindu solat berjemaah, beraktiviti lasak dan menunggu waktu mula ambil hidangan dan kembali memegang telefon (setelah disimpan), saya teringat ditegur seorang Puan di kem tentang pelembab bibir saya, dia ingat saya pakai lipstick, katanya itu bukan masa berlawa, walaupun saya menegaskan ia hanya pelembab bibir yang jenis ikut darah, saya tetap disuruh hilangkan. Kelam-kabutlah juga. Hehe. Pengalaman ini menjadikan saya lebih peka dengan peraturan dan bersedia dalam banyak hal.

*Saya ada cerita tentang PLKN di artikel ini.

Belum lagi saya diberi tanggungjawab menjadi ketua 'rumah' saya (Bravo waktu itu), sekaligus menjaga adik-adik dan memberi arahan kawad, teruja dan seronok walaupun penat sedikit, kadangkala. Itu belum lagi wujudnya kejadian-kejadian kecil yang terpahat menjadi kenangan. Alhamdulillah, masih ramai sahabat-sahabat saya yang baik di sana yang masih berhubungan dengan saya. Kini, PLKN juga hanya tinggal kenangan.

Sekian. Terima kasih sudi membaca. :)

(Banyak lagi drama Melayu yang menarik terutama jika di RTM; slot Panggung RTM manakala di Citra adalah slot Citra Eksklusif).

Pendapat anda tentang drama-drama ini? Puas hati tak dengan ending drama Nur 2? Apa pula drama kegemaran anda?


Ada dua isu tentang anak-anak yang diperkatakan sekarang. Antara isunya, sebahagian (tidak semua) ibu bapa yang mempersoalkan denda yang dikenakan terhadap anak mereka dan juga kesan keputusan peperiksaan terhadap anak-anak akibat pengharapan yang dimahukan oleh mak ayah mereka. 

Denda: zaman dulu dan kini wajarkah dibanding?

Sungguh kita membesar pada zaman kena denda - dah besar berjaya. Atau istilah popular “berjaya jadi orang.” Lihatlah sejumlah denda kita kena dahulu, berdiri atas kerusi, kena duduk luar kelas, berjemur, jalan itik, ketuk ketampi, dicubit, tulis berulang dalam buku mahupun bersihkan tandas. Dan banyak lagi.

Namun seiring perubahan masa, kelihatan cara didikan para ibu bapa kini begitu berhati-hati. Sama ada mahu menjaga nama sendiri, tidak mahu anak melalui zaman sukar seperti mereka dahulu atau sebenarnya ditakuti kesan kasar pada anak memberi kesan lebih besar. Ya, sebab anak-anak sekarang sudah berbeza. Dengan pengaruh internet, sekeliling dan kawan yang begitu cepat, mereka memang kelihatan sedikit lebih pantas dan juga degil.

Namun berbalik pada denda & hubungan cikgu dan murid. (Perkongsian seorang ustaz)

- Boleh denda jika tak keterlaluan.Sebagai pengajaran.Sebab sayang.
- Cikgu itu yang didik anak kita, serta memberi ilmu. Kena ingat itu.
- Jangan serang terus guru yang denda, tanya, minta penjelasan. Bincang dahulu. Mungkin silapnya anak kita. Jangan percaya anak bulat-bulat. Ibu bapa kena bijak. Cari sebab.
- Anak itu amanah yang perlu dipeluk.
- Ibu bapa dan guru perlu muhasabah diri dan sederhanakan. Dekatkan diri dengan agama.
- Denda perlu lihat fleksibiliti. Ikut kesesuaian.
- Masing-masing nak mendidik. Jadi guru dan ibu bapa perlu cari jalan sama-sama dalam menentukan jalan terbaik.
Rasulullah sallallahualaihi wasallam bersabda;
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يُجِلَّ كَبِيرَنَا، وَيَرْحَمْ صَغِيرَنَا، وَيَعْرِفْ لِعَالِمِنَا
“Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak memuliakan yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda serta yang tidak mengerti (hak) orang yang berilmu (agar diutamakan pandangannya).” (Riwayat Ahmad)
Sungguh didikan ibu bapa dan guru-guru adalah besar kepada tumbesaran dan pemikiran anak-anak. Jadi, sederhanakan. Kerana apa kita buat hari ini mungkin kesannya besar di kemudian hari.

Gred peperiksaan: antara bangga dengan A atau hargai usaha anak?

Sungguh. Siapa tidak mahu anak mereka berjaya. Namun siapalah kita untuk menyatakan tentang rezeki. Apatah lagi dengan penukaran format peperiksaan. Sedangkan sudah terang kita nampak usaha anak itu. Susah payahnya. Jadi bersyukurlah jika anak itu dah berusaha apatah lagi dia rajin dan mendengar cakap. Ucapkan tahniah ke dia. Ada orang hendak dapat anak pun belum rezeki, apatah lagi jika dapat anak yang rajin dan bijak. Anak; anugerah dan amanah untuk kita semua. Sedangkan kita dahulu pun semua pernah gagal.

Perkataan mak ayah sebut walaupun sikit beri kesan pada anak-anak. Jadi, ucaplah selalu yang baik-baik dan rasa sayang pada anak-anak.

Apapun belum terlewat untuk anak itu berusaha lagi, beri mereka galakan agar mereka tidak terus jatuh dan masih minat untuk belajar. Susun semula jadual, banyakkan doa. Dan jangan pernah putus asa!

Hikmah sesuatu datang pada tepat waktu, bukan saat hati terlalu mahu & terburu-buru. Insya-Allah. Yakinlah selalu.

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar. - (Al-Anfal Ayat 28)
***

Akhir kata, hargailah sementara ada!

Kembalilah kepada agama. Didikan yang betul, ilmu dan perbincangan itu sangat penting.

Yang masih ada ibu ayah, hargailah, hormati dan sayangilah mereka. Kita tak boleh pilih siapa ibu bapa kita, tapi kita boleh pilih nak jadi anak yang bagaimana.

Untuk yang ada anak, itu adalah harta kita, jadi jangan sia-siakannya. Didiklah dengan cara dituntut agama.
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”(QS. At-Tahrim: 66:6)

Jom! Sama-sama berusaha untuk ke syurga. Tuhan menilai setiap semuanya. Moga kita semua dalam redha-Nya. Insya-Allah. Ameen.

-- Salam takziah untuk keluarga adik Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, 12 tahun, pesakit kanser kelenjar yang memperoleh keputusan 6A pada UPSR yang lalu. Inalillahi wa inna ilaihi rojiun.


// Penulis menulis dari sudut seorang anak, pembaca dan pemerhati. Komen kalian dialu-alukan. Terima kasih.



Apa itu supermoon (fenomena bulan penuh perigee)?

Fenomena supermoon atau bulan penuh perigee ini berlaku sekali setiap bulan, pada tarikh-tarikh yang berlainan dan asbab kejadian ini ialah kerana orbit Bulan ini tidak sempurna bulat. Ia berbentuk elips. Ketika ini Bulan berada pada jarak 356511 km daripada Bumi.

Fenomena Bulan Penuh Perigee ialah kejadian di mana Bulan Penuh berada pada kedudukan Perigee (paling hampir dengan Bumi). Bulan Penuh kali ini akan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah berbanding bulan penuh biasa. Air Pasang Besar dijangka berlaku sekali lagi.

Walaupun jika dilihat dari segi fenomena, kejadian Bulan Penuh Perigee ini tidaklah mempunyai apa-apa ‘kesan istimewa’, namun ada satu perkara menarik mengapa supermoon kali ini lebih unik berbanding yang lain.



Berdasarkan kiraan falak lagi, supermoon kali ini adalah yang paling besar dan terang sejak tahun 1948! Maknanya, dari 1948 hinggalah tahun 2016, dalam banyak-banyak supermoon, kejadian kali ini adalah yang paling top! Kita perlu menunggu 25 November 2034, untuk sekali lagi mengalami supermoon yang lebih super berbanding biasa!

(Boleh rujuk: Falak Online)

Apa kaitan supermoon dengan air pasang besar?

Setiap kali Bulan Penuh Perigee, kita akan mengalami air pasang besar. Pada bulan lepas (Oktober) penduduk di pantai barat khasnya terpaksa mengharungi air laut yang melimpah naik ke darat. Ketika itu, perbezaan waktu antara antara Bulan Penuh dan Bulan Perigee ialah 19 jam.

Pasang naik dan pasang surut air laut disebabkan oleh graviti Bulan (dan Matahari) terhadap Bumi. Walaupun Bulan ukurannya jauh lebih kecil daripada Matahari, tetapi pengaruhnya lebih besar kerana letak Bulan jauh lebih dekat ke Bumi berbanding Matahari.

Gaya graviti menarik air laut ke arah Bulan dan Matahari dan menghasilkan dua unjuran pasang surut tarikan graviti di laut. Lintang dari unjuran pasang surut ditentukan oleh deklinasi (keserongan), sudut antara paksi putaran Bumi dan bidang orbit Bulan dan Matahari.

Kerana Bulan berada cukup dekat dengan Bumi pada saat Bulan Purnama perigee 14 November 2016, maka pada saat itu akan terjadilah pasang naik yang sangat tinggi dan pasang surut yang sangat rendah. Pasang laut seperti ini juga terjadi pada saat fasa Bulan Baru.


(Merujuk: Infoastronomy.org & Bintang.com)
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; (Ar-Rahman; ayat 5)
3 FAKTA MENARIK BULAN

1. Proses kelahiran yang unik
Mengikut teori, bulan terjadi apabila sebuah batu bersaiz planet Marikh menghentam bumi ketika awal pembentukan sistem suria 4.5 billion lampau. Hentaman ini menghasilkan serpihan-serpihan atau 'debris' ke ruang angkasa beribu-ribu km jauhnya. Setelah sekian lama, debris ini membentuk batu gergasi yang dinamakan bulan hari ini.

2. Putaran bulan yang unik.
Sama ada kita perasan atau tidak, bulan sebenarnya menghadap ke arah kita dengan wajah yang sama. Tidak pernah berubah. Ini kerana putaran bulan pada paksinya sangat perlahan dan memakan masa sebulan untuk lengkap satu putaran. Dalam masa sebulan itu jugalah bulan lengkap mengorbit sekeliling bumi. Ini kerana graviti bumi telah memperlahankan dan menstabilkan pergerakan bulan.

3. Selamat tinggal bulan!
Ketika anda membaca artikel ini, bulan sedang berangkat meninggalkan anda. Saintis melaporkan bulan sedang bergerak 3.8 cm setiap tahun. Bagaimana ini terjadi? Ianya terjadi kerana bulan menggunakan tenaga daripada putaran bumi untuk menolaknya jauh daripada kita. Ketika awal pembentukannya, bulan hanya 22,530 km daripada kita. Sekarang kedudukannya sudah 450,000 km.

Sumber; Zul Astrogamb‎ 
Kredit : Hoshizora Astronomy Club ( HAC ) - Space.com


Gambar oleh Harris Jeffrey
Untuk mengetahui perkembangan keadaan cuaca dan laut serta air pasang besar boleh merujuk: Facebook Met Malaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) atau laman web mereka.
Gambar oleh AmirAzim
Jika ingin melihat banyak gambar bulan yang menarik boleh merujuk post di facebook falak online ini atau ke instagram dengan hashtag bulan. Terima kasih.

***
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah. - (Surah fussilat [41:37])







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top