Ini adalah pengalaman saya mengambil lesen D (kereta). Sebelum kita sentuh format baru (sekarang) yang saya ada sertakan di bawah, saya ingin kongsikan juga pengalaman saya ambil lesen kereta sekitar tahun 2010. Tak jauh beza, samanya ada ujian komputer, dan ujian jalan raya dan bukit. Cuma sekarang lain sikit sebab ada RPK, RSM, S, Z semua itu. Oh ya, sebelum itu kalau tips atau cara saya kongsi di sini lain apa anda belajar, jangan ikut sangat. Tanya cikgu dulu, ikut cara cikgu anda. Baiklah kita mulakan.
PENGALAMAN SAYA
Saya ambil masa 2 tahun dan berbelas jam belajar dalam usaha untuk mendapatkan lesen P. Saya sampai melibatkan 2 sekolah memandu. 2 cikgu. Beberapa kali test JPJ hanya kerana saya gagal bahagian bukit 5 kali! Setiap kali ulang, akan ambil pra-ujian lagi, dan setiap kali itu abah suruh belajar lagi (pastinya akan perlukan duit lagi). Ya, itu bahagian sedih yang tak boleh saya lupakan. Banyak perlu dikeluarkan untuk saya. Mujur lulus juga akhirnya. Alhamdulillah. Terima kasih untuk mak dan abah serta semua cikgu-cikgu yang sabar dengan saya. Terutama Institut Memandu Intan (IMI), Teluk Intan.
Kenapa sampai 2 kali? Sebab kebetulan keluarga saya berpindah tempat tinggal. Selangor ke Perak. Setelah gagal di Selangor, berbulan juga saya mula ambil kelas semula di Perak. Nak dapat keyakinan balik. Gitu.
Semasa di Selangor, cikgu yang mengajarnya adalah lelaki muda yang sangat tegas dan yakin dengan saya. Dia pernah cerita, kepentingan dan semangat seorang makcik ini, yang dah kehilangan suami baru mula belajar bawa kereta, dia ulang 50 kali ujian! Dan akhirnya berjaya. Ada dia cerita lain, ada warga emas sekali saja lulus ujian jalan raya, sebab kesungguhannya mahu lulus.
Memang dia sangat suka bercerita. Semangat-semangat itu memang saya ambil, cuma dekat bahagian bukit saya gugup pula. Allah. Punya yakin jejaka muda ini, dia siap tertidur (saya rasa dia acah saja) masa perjalanan saya dari Selayang ke Puchong (dari rumah ke sekolah memandu) dahlah waktu tu memang pengalaman bawa kereta tak berapa nak ada (Abah pernah ajar saya dengan sabar, namun tetaplah saya tak mahir) selain kelemahan saya adalah mengingat jalan. Keyakinan cikgu muda tu antara semangat buat saya lulus di jalan raya! (Jalan raya sajalah tapi..hmm)
Di Perak, saya diajar cikgu lelaki lebih kurang usia abah saya, sangat lembut, tenang dan penyabar. Dia ajar macam anak-anak. Alhamdulillah untuk kedua-dua peluang berguru dengan mereka tersebut.
Tapi seperti yang kita tahu, gagal salah satu bahagian TIDAK akan gagal semua, cuma saya gagal bukit di Selangor, saya kena ULANG sebab dah berbulan, baru saya mula balik ambil lesen ujian di Perak. Apapun alhamdulillah akhirnya berjaya juga.
Perkongsian @imraaannnnn melalui twitter ini bagus. Cuma untuk rekod: saya dapat anggota JPJ perempuan, alhamdulillah beliau okay! Boleh klik lanjut pada perkongsian beliau di twitter untuk baca mereka pendapat yang lain juga.
Tips nak lulus test JPJ :— prnce pnyu (@imraaannnnn) January 31, 2018
- kena confident
- beri salam masa masuk kereta
- jadi peramah dengan JPJ tu
- kau layan je apa JPJ tu cakap and jangan lagak pandai
- bawak kereta kena smooth je jngn gelabah
Kalau kau dapat JPJ perempuan, nasiblah sebab peluang kau nak lulus tu tipis
*****
KEADAAN TELAH BERUBAH
KEADAAN TELAH BERUBAH
Format masa zaman saya dulu: Hadiri ceramah + Ujian berkomputer (untuk dapat lesen L) + Ujian jalan raya: bukit, litar & 3 penjuru (Lulus baru dapat lesen P)
Format sekarang: Hadiri ceramah + Ujian berkomputer (untuk dapat lesen L) + RPK, RSM, Jalan raya: (Bukit, Parking, Sisi 3, Z & S). - (Lulus baru dapat lesen P)
(Mungkin nota anda tak sama dengan senarai seperti dalam gambar di bawah, rujuk pada nota asal anda.)
Nota RPK (Klik gambar untuk lebih jelas) |
Nota RSM Kereta (Klik gambar untuk lebih jelas) |
Nah! Ini blog yang berguna untuk tips, soalan dan apa sahaja berkaitan lesen memandu oleh Cikgu Yap: http://driving-school.com.my
Daftar, ceramah & Ujian berkomputer
Saya daftar dengan sekolah memandu itu sendiri. KPP 01: kenalah dengar ceramah (dengar ja baik-baik, dapat penceramah lucu, memang seronok, tak ngantuk). Seronok juga jika jumpa kawan baru. Dan kemudian ujian berkomputer (ini kalau baca, ingat dan faham mudah saja. Ulang saja banyak kali baca, cuba fahamkan, sebut (sendiri, bagi ingat), buat latihan, insya-Allah boleh). Soalan ujian ini selalu berulang, cuma kena teliti berbalik-baliknya itu. Terutama bab sistem kejara itu. Pusing-pusing tang tu juga.
Kelas memandu
Adalah normal kalau dapat cikgu yang bising, berleter atau sesekali marah. Untuk kepentingan kita juga. Dan matlamatnya sama dengan kita, nak kita lulus. Ya, kita memang ada hak nak tukar, jadual pun, cuma kalau boleh belajar terima arahan dulu. Dengar cakap cikgu ni berkat. Macam saya, memang cikgu itu akan ambil dan hantar ke tempat belajar. Balik pun. Pengalaman saya, cikgu itu hantar semula ke tempat kerja (sebab saya sudah bekerja waktu itu). Tiada masalah. Mereka baik-baik saja. Alhamdulillah untuk semuanya.
Adalah normal kalau dapat cikgu yang bising, berleter atau sesekali marah. Untuk kepentingan kita juga. Dan matlamatnya sama dengan kita, nak kita lulus. Ya, kita memang ada hak nak tukar, jadual pun, cuma kalau boleh belajar terima arahan dulu. Dengar cakap cikgu ni berkat. Macam saya, memang cikgu itu akan ambil dan hantar ke tempat belajar. Balik pun. Pengalaman saya, cikgu itu hantar semula ke tempat kerja (sebab saya sudah bekerja waktu itu). Tiada masalah. Mereka baik-baik saja. Alhamdulillah untuk semuanya.
Cikgu suka sebut benda yang pelajar lain selalu gagal. Cikgu pertama dulu dia suka sebut:
"Kita kena perasan apa berlaku di sekeliling kita. Depan. Belakang. Tepi. Nampak tak orang depan buat apa? Kalau dia brek (lampu brek mereka nyala), kita brek / sedia nak brek. Sedia nak brek maksudnya perlahankan kereta."
Cikgu kedua saya pula, dia tahu kelemahan saya bukit, itulah latihan dia duk suruh saya ulang-ulang. Pusing-pusing. Dia siap tanya saya boleh atau tak. Penyabar betul.
Kalau rasa tak yakin atau tak cukup kelas, mohonlah tambah (kena tambah duit juga). Tapi lebih baik tambah kelas, berbanding tak cukup latihan dan gagal. Sakitnya tu di sini (daripada pengalaman saya ni).
QT1 (Latihan amali / pra-ujian)
Kena kalau orang dah biasa bawa, mungkin dia tak ambil pun. Jimat. QT1 Cikgu akan menilai kita ala-ala ujian sebenar. Kira trial namanya. Saya ambil dan waktu itulah kita tahu kelemahan kita apa. Mungkin kita gopoh sangat, ada terlupa atau nervous sangat. Paling penting jangan over confident, elakkan riak. Insya-Allah okay punya!
Nota:
*Sebelum menghidupkan enjin pastikan gear kereta berada dalam keadaan free gear. Kemudian hidupkan enjin.
*Jangan amalkan pengunaan gear 2 semasa kereta baru nak bergerak atau bergerak terlalu perlahan. Boleh juga guna tapi lining clutch cepat rosak sebab masa kereta begerak terlalu perlahan anda guna gear 2 anda terpaksa guna clutch bagi mengelakkan mati enjin.
Tips naik bukit:
1. Kena pandai seimbangkan minyak dan cluctch. Sampai bukit, minyak kene tekan sampai 2000 rpm atau jarum meter tu at least kat angka 3, baru turunkan handbrake, dan bergeraklah perlahan-lahan.
Atau- Naik bukit sesuai guna gear apa? Paling sesuai adalah gear 3 tapi kena pecut dari bawahlah, bila RPM dah drop tukar ke gear 2, bila makin semput sebab mendaki bukit guna enjin kancil boleh drop ke gear 1. (Antara sumber: Cara memandu kereta manual)
Ujian JPJ
Bermulalah saat-saat mendebarkan, daftar kehadiran, ambil nombor giliran. Dia akan panggil kita. Jadi kita bersedialah untuk menaiki kenderaan. Kenalkan diri dan kena check kereta. (Masa saya dulu tiada RPK, jadi kami terus masuk kereta dan sebut satu-satu macam yang dipanggil RSM sekarang ni.)
Pengalaman saya masa dengan JPJ Lelaki, encik ini lebih tenang dan sukar diduga. Berbanding JPJ perempuan, dia selesa cara pemanduan atau tak, dia akan nampak di muka. Saya selalu diperdengarkan yang pegawai lelaki kita kena ambil hatilah, perempuan kadang garanglah. Tapi dengan saya alhamdulillah, encik itu sangat profesional. Yang perempuan pun sama, malah bertolak-ansur pula memberi markah. Saya tak mahir berbual, jadi dalam kereta memang senyap sunyi sahaja. Cukuplah kita menghulurkan senyum dan menghormati mereka.
Berdebar juga kalau dia tiba-tiba disuruh berhenti tepi, maksudnya kita gagal. Tapi alhamdulillah selesai. Bila teringat balik, macam robot pun ada! Tegak dan buat saja macam dalam kelas memandu, bayangkan punya berdebar! Haha.
Masa parking saya memang ambil masa lama, terutama bab nak pusing stereng berapa darjah, mujurlah ingat tapi tetaplah lama. Pengawai yang bertugas memang baik hati. Saya lebih beberapa saat, dia pertimbangkan lagi. Sedikit senang mestilah 3 penjuru. Dekat bukit saya gagal sebab asyik melebihi garisan belakang bila berundur. Kerana saya lambat tekan minyak. Tak yakin agaknya. Padahal kaki kena pandai balancekan antara clutch dan minyak. Bagi bunyi enjin sedap. Ada yang saya gagal bukit, sebab mati enjin. Kena relaks, tapi itu yang saya kurang waktu itu. Kalau tak relaks dan fokus kita akan mudah lepaskan kaki, itu kena pandai kawal emosi.
Apapun yang penting yakin. Litar tak sama dengan ujian komputer, mana boleh guna teknik hafaz ni.
Selepas selesai, kita akan ke litar. Jangan lupa, turun kereta pun ada etikanya. Jangan lepas selesai semua terus ja keluar dahlah. Cakap terima kasih dekat pegawai.
REZEKI
Akhirnya kata, rezeki itu kita semua ada. Cuma bahagian saja berbeza. tiada jalan mudah untuk berjaya dan diredhai-Nya. Jika kita lulus, bersyukurlah dan jadilah pemandu yang baik. Alhamdulillah. Dan jika gagal, jangan putus asa kerana kita manusia yang tak akan mudah mengalah mencuba. Kadangkala lambat sedikit, bukannya belum berjaya. Jadi sabar. Cuba lagi. Adalah tu hikmahnya. Selamat maju jaya dan semoga berjaya!
Perkongsian:
KPP02:
Mengenal kereta iaitu belajar RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) & RSM(Rutin Selamat Memandu)
Mengenal kereta iaitu belajar RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) & RSM(Rutin Selamat Memandu)
Ujian kpp 02: Litar Kereta:
Link: Pengalaman-pengalaman menarik yang boleh dibaca:
- Praktikal bahagian 2 - PPC AMSA
- Praktikal bahagian 2 - PPC AMSA
- Alin Alina untuk Nota RPK & RSM
- Pengalaman ini agak lengkap (bab ujian di litar) : fatihahsyam.blogspot.my
- Ulangkaji parking sisi, 3 penjuru, Z, S & Bukit: airia98.blogspot.my
- Cerita Ujian JPJ - nineteencapri.blogspot.my
- dotdotmissme.blogspot.com (Lebih kurang tahun saya).
- fa-hanana.blogspot.my (Kata-kata semangat nak ambil lesen).
Tips lulus ujian memandu JPJ / ambil lesen: - Baca untuk bahagian kena ingat, jangan hafal, baca sampai habis dan fahamkan. Jika boleh buat latihan sendiri dulu di rumah (berlatih): kalau sekarang RPK & RSM tu, haa buat. Berlatih dulu.
- Kalau memandu, belajar sungguh, fokus cikgu ajar insya-Allah berkat. Jangan lupa baca doa penerang hati sebelum ujian dan yakin dengan diri.
- Minta restu mak ayah / ahli keluarga. Jangan baca atau dengar banyak pengalaman gagal (maaf kalau dah terbaca ni), kalau baca pun jangan cepat jatuh, sebab pengalaman kita semua berbeza sebab kelebihan kita dan cikgu mengajar kita lain-lain. Kita pasti ada kekuatan kita sendiri. Kadang orang cuma usik saja, biarlah. Yang penting apa dalam hati kita. Kita nak berjaya.
- Buat yang terbaik dan jangan terlalu yakin namun jangan terlalu takut. Tiada apa yang nak ditakutkan. Di jalan, berserahlah. Ahli keluarga kita dan kawan-kawan mampu bawa kereta dengan baik. Mesti kita juga boleh!
- Dan pegawai JPJ tidaklah menakutkan. Muka acah garang dan bagi kita serius. Namun mereka tak makan orang. Saja tu. Cukuplah kita menghormati mereka. Tenang-tenang saja, insya-Allah boleh. Mulakan dengan bismillah.
Akhir kata, mesti seronok nanti dapat bawa kereta sendiri dan tak susahkan sesiapakan? Boleh bawa yang tersayang jalan-jalan. Jadi, bersemangatlah. Insya-Allah boleh! Jika tidak, jangan pernah berhenti jadi berani! Cubalah sampai berjaya nanti.
Kalau tips atau cara saya kongsi di sini lain apa anda belajar, jangan ikut sangat. Tanya cikgu dulu, ikut cara cikgu anda.
Sekian, selamat berjuang semuanya! Moga dipermudahkan. Insya-Allah.
Sekian, selamat berjuang semuanya! Moga dipermudahkan. Insya-Allah.
Hmm saya ni, pernah gagal pun nak bagi tips, tapi itulah kalau boleh kita nak semua orang lulus dan tak ulang silap sama, tenang-tenang saja, insya-Allah boleh tu. :)
48 yang menasihati
kalau gagal tu an, kena ulang tu bayar ke?
ReplyDeleteYa. Ulang JPJ kena bayar (hampir RM 200). Kena tanya institut memandu berapa sebab mungkin sekarang dah lain. Dan nak ambil kelas lagi pun kena bayar (dalam puluh begitu).
Deletesaya berterima kasih kepada anda kerana info sangat berguna . Terima kasih
ReplyDeleteSama-sama. Selamat maju jaya!
DeleteWaktu qti, rpk dengan rsm ada ke?
ReplyDeleteKena rujuk cikgu yang mengajar.
DeleteJPJ kerja byk lambat. Mana-mana pejabat pun sama. Kena tunggu lama di sana.
ReplyDeleteKak nak tanya sikit. Ujian QTI nie kan kak bayar berapa?
ReplyDeleteSelalunya termasuk dalam harga ambil lesen semua sekali. Namun boleh tanya tempat adik belajar unuk lebih maklumat. Bergantung.
DeleteAssalamualikum. Saya nak tnya. Saya belajar memandu di Perak tetapi saya gagal test jpj di litar. So saya kena repeat tetapi saya nak ubah tempah belajar memandu di Melaka sbbnya saya belajar di Melaka. Saya dah nak msuk sem baru. Kalau nak tunggu cuti balik perak nnti memakan masa. saya takut lupa. Agaknya mcm mana eh? Dia ajar kita litar je kan? So klau jpj nnti kita bhagian no pelajar yg repeat lah.??
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Belajar tu ikut bayaran kita. Jika kita dah arif bahagian jalan, ambil saja kelas litar dan dia akan ajar yang kita bayar itu. Boleh sambung di mana pun. Kalau syarikat sama cawangan saja lain, lagi mudah. Jika lain syarikat pun tak apa. Nyatakan saja bahagian kita nak belajar.
DeleteKalau dah ujian JPJ, ada tempoh jarak dengan ujian seterusnya. Untuk kita boleh ulang bahagian yang gagal sahaja. Melebihi tempoh kena ulang semua.
Boleh tanya cikgu memandu / orang di syarikat itu, jika anda jika keliru dengan jawapan saya. Sebab masa saya ambil ini dah lama dulu. Wallahua'lam.
Klau enjin mati time s dan z kire gagal ke ?
ReplyDeleteDan klau hujung s dan z tu kene berhenti sebelom line tu eh ?
- Perlu elakkan enjin mati.
Delete- Tak boleh langgar garisan.
Penerangan lanjut boleh rujuk sini: Latihan ujian memandu.
Assalammualaikum wtb, inshaa allah isnin ni23/07/2018 Jpj DOAkan scha yahh
ReplyDeleteSHA DA LULUS KE
DeleteGagal test kat jalan raya je perlu ke ulang rpk and bahagian ii semua tu?
ReplyDeleteJika yang lain lulus, tak perlu. Ulang yang gagal sahaja. Namun ada tempoh, jika lebih tempoh, perlu ulang semua.
DeleteThank you for the tips. Berdebarnya nk jpj ni 😅
ReplyDeleteThank you so much untuk perkongsian dalam blog ni. Very helpful!
ReplyDeleteSaya budak baru belajar...drive belajar kereta baru 2 kali sabtu
ReplyDeleteAll the best, ya! :)
DeleteTima kasih atas perkogsian,umo skang 27,ank dah 2 bru nak amek lesn,😢😢today kpp3,sy masih blur parking,doakan sy,,
ReplyDeleteSama-sama. Semangat begini yang kita perlukan. Semoga dipermudahkan ya.
DeleteDoakan saya test jpj hari kmis ni . Sya merupakn calon rayuan sbb lesen dh expired . Nekad ambil semula lesen kali ni
ReplyDeleteAmeen. Semoga berjaya!
DeleteAminn . Thnk you ��������
DeleteNak tanya.. kan kita dh buat rpk ngn rsm.. lepas tu.. masa ujian jalan raya tu kena ckp jgk ke rsm tu?
ReplyDeleteIkut masa kita latihan cikgu cakap macam mana. Jika buat lagi pun tak ada masalah. Namun jika ragu-ragu, rujuklah cikgu kita.
DeleteTerima kasih tips-tips nya
ReplyDeletesaya belajar dgn pkcik ramli..sgt pyabar..utk org ipoh..ni tiponnya 0195133716..sy bernasib baik sekali je ambik dgn jpj..alhamdulilah berkat pkcik ramli yg sabar baik byk dan tip..
ReplyDeleteNak Tanya . Saya Lulus rpk rsm dengan . Dengan jalan Raya . Saya cuma gagal Dalam litar Saja sebab terlanggar garisan kuning . Kalau nak ulang balik . Kena ulang semua sekali ke ?
ReplyDeleteThanks info yang bermanfaat
ReplyDeleteUntuk unknown yang tanya di atas, tidak. Kena ulang litar sahaja. Tapi ada tempohnya. Jika terlalu lama, kena ulang semua.
ReplyDeleteAssalakualaikum nak tanya ? saya pun dalam keadaan spt awak iaitu saya amek lesen di penang dan perlu pindah di kl . Masa di penang saya dh habis smua prosedur L dan jpj . Tetapi saya gagal ujian litar dan minggu hadapan sya perlu pindah KL . Jadi soalan sya ialah boleh tak kalau saya nk buat ujian jpj litar sahaja di sekolah memandu yg baru ?
ReplyDeleteAssalammualaikum , QTI sya hari ni , dah pun lepas tetap gagal bahagian litar dan dpt pulak pegawai yg strict habis , ujian jalan raya pun sya gagal sbb sya tak perasan ada org takeover . Dan dilabel pulak " org bahaya " huhu . Terima kasih sbb info awak , ingat kan dah tak boleh lulus klau asyik pegawai yg sama sje
ReplyDeletesalam saya nak tnya. sya dh pegi kelas 6 jam dan lulus ujian undang2 untuk pandu kereta manual. tapi skrang sya rasa sya nak tukar auto. mcm mna ya? biasanya boleh ke mcm tu?
ReplyDeleteSaya baru belajar memandu. Sy punya masalah adalah tak berapa mahir dkt clutch.Cikgu mmg bising habis la tp ni first time memandu tu yg nervous �� ada tipa tak supaya kaki bila dkt clutch tak lepas habis,means kita lepas slow2. sy punya problem dkt bukit jugak bila nk turun tu nk angkat handbrake ya allah takut rasanya ��
ReplyDeleteKalau gagal dalam litar,rpk dan rsm kena ulang tak?
ReplyDeleteTerima kasih atas suntikan semangat yg dilontarkan. Kini, saya rasa lebih bersemangat utk menghadapi jpj esok. Doakan kejayaan buat saya. Insya Allah, ada rezeki jika kita tidak berputus asa.
ReplyDeleteSy dh lme x dtg ujian litar ni..Jd ape perlu sy buat kalau nak sambung ?
ReplyDeletePerlu bertanya pusat memandu semula. :)
ReplyDeleteAsalamualaikum sy nk tnya waktu bila nk kena hon and angkt tgn..
ReplyDeleteTerima kasih 😁 anda telah meningkat kan semangat saya untuk amek ujian nanti .
ReplyDeletekalau dh buat qti berapa lama nk tunggu ambil ujian jpj
ReplyDeleteSelepas QTI, booking tarikh dengan orang sekolah memandu, nanti dia bagi tarikh untuk ujian JPJ tu. All the best ya!
ReplyDeleteAssalam sya nak Tanya pasal naik bukit..klau kli pertama sya btul2 dah brhnti PDA grisan kuning tu..tp bla nak trus jln tiba2 enjin mati. .pstu kena brhnti semula ka jln trus tnpa brhnti???
ReplyDeletehello everyone
ReplyDeletehopefully all of us get the license
Perkongsian yang sangat menarik ^^
ReplyDeletebengkel kereta
mekanik
car service near me
bateri kereta
servis kereta
Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.